Pemandu maut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 26 Apr 2026 03:35:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pemandu maut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemandu maut, dua cedera selepas pacuan empat roda terbabas https://sabahmedia.com/2026/04/26/pemandu-maut-dua-cedera-selepas-pacuan-empat-roda-terbabas/ https://sabahmedia.com/2026/04/26/pemandu-maut-dua-cedera-selepas-pacuan-empat-roda-terbabas/#respond Sun, 26 Apr 2026 03:32:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95574
Read Time:1 Minute, 16 Second

TENOM: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas sendiri dalam kejadian di Kilometer 7 Jalan Tenom–Enubai berhampiran Kampung Sri Meranti, di sini, malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, mangsa dikenali sebagai Victor Chung Yin Tat, 41, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Tenom, Superintendan Azmir Abd Razak berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan itu sekitar jam 10 malam menerusi panggilan MERS999 sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

“Siasatan awal mendapati kemalangan melibatkan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dipandu mangsa bersama dua penumpang, termasuk isterinya.

“Ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari arah Kampung Binsilon menuju ke Pekan Tenom sebelum dipercayai hilang kawalan akibat keadaan jalan licin dan cuaca hujan lebat,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Menurutnya, kenderaan tersebut kemudian terbabas ke bahu kiri jalan sebelum terbalik.

Akibat kemalangan itu, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan Hospital Tenom.

“Sementara itu, isterinya yang berusia 37 tahun mengalami kecederaan pada badan serta patah tulang rusuk kiri, manakala seorang lagi penumpang lelaki berusia 28 tahun cedera di bahagian kepala.

“Kedua-dua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Tenom untuk rawatan lanjut,” katanya.

Azmir berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tenom sebelum dibawa ke Hospital Keningau untuk proses bedah siasat.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu yang hilang kawalan kenderaan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/26/pemandu-maut-dua-cedera-selepas-pacuan-empat-roda-terbabas/feed/ 0 95574
Pemandu maut tertimbus selepas lori treler terjunam dalam gaung https://sabahmedia.com/2025/01/24/pemandu-maut-tertimbus-selepas-lori-treler-terjunam-dalam-gaung/ https://sabahmedia.com/2025/01/24/pemandu-maut-tertimbus-selepas-lori-treler-terjunam-dalam-gaung/#respond Fri, 24 Jan 2025 03:11:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=67377
Read Time:1 Minute, 5 Second

RANAU: Seorang lelaki berusia 30 tahun maut tertimbus selepas lori treler yang dipandunya membawa muatan tiang elektrik (konkrit) terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Kampung Nabutan, Ranau pada pagi Khamis.

Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa tertimbus di bawah lori treler yang terbabas.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah memaklumkan pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 8:41 pagi.

Katanya, sepasukan Bomba dan Penyelamat Ranau (BBP Ranau) yang tiba di lokasi kejadian pada jam 9:12 pagi itu mendapati lori tersebut terjatuh ke dalam gaung sedalam 50 meter, dengan pemandu tersepit di bawah lori.

“Pasukan bomba segera melaksanakan operasi menyelamat dengan menggunakan peralatan khas untuk menggali tanah bagi mengeluarkan mangsa. Namun, usaha awal tersebut menemui kegagalan.

“Pada jam 6:00 petang, bantuan kren berat dari Kota Kinabalu tiba, namun tiga percubaan mengangkat lori itu juga tidak berjaya. Pasukan bomba kemudian mengubah strategi dengan memindahkan lebih 60 batang tiang simen yang menghalang proses penyelamatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 2.50 pagi. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan lanjut,” katanya.

Setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3:12 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/24/pemandu-maut-tertimbus-selepas-lori-treler-terjunam-dalam-gaung/feed/ 0 67377
Pemandu maut dihempap jengkaut https://sabahmedia.com/2023/07/27/pemandu-maut-dihempap-jengkaut/ https://sabahmedia.com/2023/07/27/pemandu-maut-dihempap-jengkaut/#respond Thu, 27 Jul 2023 10:46:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=39047
Read Time:41 Second

KOTA MARUDU: Seorang pemandu jentera berat jengkaut (excavator) maut selepas dihempap jentera yang dikendalikannya terjatuh ke dalam gaung sedalam 80 meter semasa menjalankan kerja-kerja pembersihan ladang di ladang kelapa sawit Felcra Kampung Rosob, Pitas pada Khamis (27 Julai).

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.41 petang Khamis mengenai kejadian tersebut.

“Pasukan bomba tiba di lokasi kejadian mendapati sebuah jentera berat jengkaut jatuh ke dalam gaung sedalam 80 meter semasa menjalankan kerja-kerja pembersihan ladang.

“Terdapat seorang mangsa tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba dengan peralatan khas.

“Mangsa dikenali Kok Vui Siong, 64, disahkan meninggal dunia oleh pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Seterusnya mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut sebelum menamatkan operasi pada jam 4.24 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/27/pemandu-maut-dihempap-jengkaut/feed/ 0 39047
Pemandu maut gagal memotong, kenderaan bertembung lori tanker https://sabahmedia.com/2023/07/01/pemandu-maut-gagal-memotong-kenderaan-bertembung-lori-tanker/ https://sabahmedia.com/2023/07/01/pemandu-maut-gagal-memotong-kenderaan-bertembung-lori-tanker/#respond Sat, 01 Jul 2023 12:29:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=37518
Read Time:2 Minute, 2 Second

LAHAD DATU: Seorang lelaki maut di tempat kejadian apabila kenderaan pacuan empat roda yang dipandu gagal memotong dan bertembung dengan sebuah lori dengan muatan tanker yang menyebabkan kemalangan di jalan kilometer 10 jalan Lahad Datu – Sandakan dekat sini pada Sabtu (1 Julai).

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Asisten Komisioner Dr. Rohan Shah Ahmad mengesahkan kejadian dan katanya kemalangan itu berlaku kira-kira jam 11.30 pagi tadi (1 Julai) di jalan kilometer 10 jalan Lahad Datu – Sandakan.

“Kemalangan tersebut melibatkan tiga buah kenderaan iaitu sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang datang dari arah Lahad Datu ke Sandakan dan sebuah lori jenis Hino Yamaha yang
datang dari arah yang sama serta sebuah lori muatan jenis tanker yang datang dari arah Sandakan menuju ke Lahad Datu.

“Dalam kejadian ini kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang lelaki dewasa berusia 36 tahun yang cuba memotong kenderaan di hadapan tetapi gagal masuk semula ke laluannya dan bertembung dengan sebuah lori dengan muatan tanker yang datang dari arah bertentangan yang dipandu oleh seorang lelaki dewasa berusia 63 tahun.

“Pemandu kenderaan pacuan empat roda telah meninggal dunia di tempat kejadian.
Manakala, pemandu kenderaan lori jenis Hino dan pemandu kenderaan lori muatan tanker terbabit hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar di hospital Lahad Datu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Rohan berkata, mayat mangsa telah dibawa oleh pihak polis ke Hospital Lahad Datu untuk tindakan selanjutnya.

Menurut beliau, hasil siasatan pihak polis mendapati punca kemalangan itu berpunca daripada kecuaian pemandu kenderaan pacuan empat roda yang telah cuba memotong kenderaan di hadapan dan gagal masuk semula ke laluannya dan bertembung dengan sebuah lori dengan muatan tanker yang datang dari arah bertentangan.

Katanya, pihak polis mendapati pemandu kenderaan pacuan empat roda dan pemandu kenderaan lori muatan tanker terbabit tidak disyaki dipengaruhi dadah atau alkohol.

“Walau bagaimanapun, sampel darah telah diambil untuk dianalisa oleh pihak Jabatan Kimia Malaysia di Kota Kinabalu.

“Siasatan diteruskan dan kes disiasat Di Bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Mana-mana individu yang menyaksikan kejadian ini, boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohamad Humaidi Harun di talian 089-881255 sambungan 414 untuk membantu siasatan,” ujarnya.

Sehubungan Dengan Itu, Dr Rohan memberikan nasihat kepada para pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan jalan raya sedia ada serta sentiasa mengamalkan sikap sabar dan berhati-hati ketika memandu kerana “malang tidak berbau” agar tidak membahayakan nyawa kepada pengguna-pengguna jalan raya lain.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/01/pemandu-maut-gagal-memotong-kenderaan-bertembung-lori-tanker/feed/ 0 37518