Pemandu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 25 Feb 2024 10:29:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pemandu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemandu, penumpang terselamat, brek tidak berfungsi, kereta terbabas https://sabahmedia.com/2024/02/25/remaja-penumpang-terselamat-brek-tidak-berfungsi-kereta-terbabas/ https://sabahmedia.com/2024/02/25/remaja-penumpang-terselamat-brek-tidak-berfungsi-kereta-terbabas/#respond Sun, 25 Feb 2024 09:57:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50091
Read Time:1 Minute, 7 Second

PAPAR: Seorang remaja lelaki yang membawa seorang penumpang nyaris maut apabila kenderaan Perodua Myvi yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas dan terbalik di Kilometer 37, Jalan Kimanis – Keningau pada Sabtu (24 Feb).

Ketua Polis Daerah Papar, Superintendan Kamaruddin Ambo Sakka berkata, dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu , pemandu berusia 17 tahun memandu kenderaan Perodua Myvi bersama seorang penumpang wanita berusia 24 tahun, dari Keningau menuju ke Kota Kinabalu dan apabila sampai di tempat kejadian, semasa menuruni bukit, tiba-tiba brek keretanya tidak berfungsi sehingga menyebabkan kereta tersebut hilang kawalan lalu terlanggar tebing bukit dan terbalik

“Bagaimanapun, kedua-dua pemandu dan penumpang itu hanya mengalami cedera ringan dan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Papar,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Sehubungan dengan itu Kamaruddin menasihatkan kepada semua pengguna jalanraya supaya berhati-hati terutama apabila melalui jalan berbukit terutama di Jalan Kimanis-Keningau.

“Orang ramai dinasihatkan supaya memeriksa keadaan brek kenderaan dan selenggara kenderaan sekiranya mahu melalui kawasan tersebut. İni disebabkan bentuk muka bumi yang curam dan sememangnya lokasi yang kerap berlakunya kemalangan jalanraya.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan,” katanya.

Semalam, paparan video berdurasi 29 saat mengenai kejadian kemalangan tersebut tular di media sosial menerusi laman Facebook Video DashCam Sabah ILLS.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/25/remaja-penumpang-terselamat-brek-tidak-berfungsi-kereta-terbabas/feed/ 0 50091
Pemandu Perodua Kancil parah, kenderaan dilanggar bas ekspress https://sabahmedia.com/2023/11/04/pemandu-perempuan-parah-perodua-kancil-dilanggar-bas-ekspress/ https://sabahmedia.com/2023/11/04/pemandu-perempuan-parah-perodua-kancil-dilanggar-bas-ekspress/#respond Sat, 04 Nov 2023 13:29:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=44726
Read Time:1 Minute, 16 Second

RANAU: Seorang mangsa perempuan mengalami kecederaan parah selepas kereta Perodua Kancil yang dipandunya dilanggar oleh sebuah bas express dalam satu kejadian kemalangan jalan raya di Kilometer 12 Jalan Ranau -Telupid pada Jumaat (3 Nov).

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintenden Simiun Lomudin berkata, kejadian kemalangan berlaku lebih kurang jam 11.15 pagi pada Jumaat, hasil siasatan awal mendapati bas express tersebut dalam perjalanan daripada Sandakan menuju ke Kota Kinabalu, manakala Perodua Kancil dipandu dari arah Kampung Nabutan menuju ke Kampung Nalapak.

“Pemandu bas express seorang lelaki tempatan berumur awal 60-an dipercayai memandu bas secara cuai dengan memotong di kawasan garisan berkembar sebelum melanggar sebuah Perodua Kancil yang masuk ke Simpang Kg.Nalapak sebelah kanan jalan.

“Akibat daripada kemalangan tersebut, pemandu Perodua Kancil iaitu seorang perempuan tempatan berumur awal 30-an telah mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan rusuk,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurut Simiun, mangsa yang parah itu seterusnya dibawa ke Hospital Ranau untuk rawatan lanjut.

“Sementara pemandu bas express bersama 26 orang penumpang tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kemalangan tersebut.

“Kes disiasat dibawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ssehubungan dengan itu, Simiun turut menasihatkan pengusaha dan pemandu bas express supaya mematuhi undang-undang dan peraturan lalulintas ketika berada diatas jalanraya.

“Pastikan memandu dalam keadaan berhati-hati dan perlahankan kenderaan terutama di kawasan sekolah, klinik dan juga kawasan perkampungan.

“Elakkan daripada memandu secara melulu dan bahaya serta tingkatkan
keselamatan di jalan raya. Ingatlah orang yang tersayang, penumpang serta orang awam yang berada berdekatan dengan jalan raya,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/11/04/pemandu-perempuan-parah-perodua-kancil-dilanggar-bas-ekspress/feed/ 0 44726