Pembangkang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 28 Mar 2025 02:46:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pembangkang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sikap pembangkang putarbelit fakta disifatkan langkah terdesak https://sabahmedia.com/2025/03/28/sikap-pembangkang-putarbelit-fakta-disifatkan-langkah-terdesak/ https://sabahmedia.com/2025/03/28/sikap-pembangkang-putarbelit-fakta-disifatkan-langkah-terdesak/#respond Fri, 28 Mar 2025 02:46:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=71230
Read Time:2 Minute, 12 Second

Kota Kinabalu : Sikap pemimpin pembangkang yang sering memutarbelit fakta terutama mengenai sambutan rasmi ulang tahun Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri disifatkan sebagai politik tidak matang dan murahan 

Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Moyog, Datuk Ceasar Mandela Malakun berkata, tindakan itu juga dilihat merupakan satu langkah terdesak 

Katanya, pembangkang sewajarnya perlu memahami pengisian acara rasmi sempena Sambutan Ulang Tahun Yang di-Pertua Negeri Sabah sebelum menjadikannya sebagai isu politik.

“Ini bukan soal ‘tiga bulan pesta’. Ini bukan soal ‘majlis makan-makan mewah setiap malam’. Antara acara yang dirancang bukan pesta muda mudi. Ada majlis tahlil dan doa kesyukuran, ada juga majlis minum petang bersama anak-anak yatim dan OKU. 

“Acara kemuncak pula pada 21 Jun, termasuk perbarisan rasmi, penyampaian anugerah darjah kebesaran dan jamuan negeri. Ini adalah sambutan rasmi negeri kita yang berlangsung setiap tahun. Yang pernah berlaku di bawah mana-mana kerajaan, tidak kira benderanya.

“Sebenarnya, hanya tujuh acara rasmi dijadualkan. Bukan tiga bulan berturut-turut. Bukan konvoi setiap hari. Jumlah acara tahun ini sudah pun dikurangkan berbanding tahun lepas yang ada 12 acara. Malah, bajetnya juga dikurangkan sebanyak 30 peratus,” katanya.

Ceasar berkata demikian dalam satu kenyataan yang dimuat naik  di Facebooknya di sini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan sambutan terbabit diadakan selama tiga bulan sehingga mencetuskan kekeliruan orang ramai sejak kelmarin.

Beliau yang Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri turut berkata acara sama juga pernah dilakukan ketika pembangkang menerajui kerajaan negeri sebelum ini.

“Ironinya, semasa mereka menjadi kerajaan, acara ini juga diadakan. Tiada pula kedengaran suara-suara sumbang ketika itu. Bila hilang kuasa, baru muncul sensitiviti palsu.

“Politik seperti ini tidak membawa kita ke mana-mana. Bila fakta diputar belit, bila rakyat dipaksa marah atas perkara yang tidak wujud, maka demokrasi menjadi mangsa. Pemimpin sebegini sebenarnya hanya pandai menangguk di air keruh,” katanya.

Dalam pada itu, Ceasar turut menegaskan semua pihak termasuk pembangkang harus meneliti sesuatu perkara atau isu dengan menyemak fakta yang tepat disamping mengingatkan kepada pemimpin harus menyatakan perkara benar.

“Kita perlu pemimpin yang bercakap benar walaupun tidak popular. Bukan yang popular kerana putar belit. Jika setiap perkara dijadikan bahan politik, maka bila masanya kita akan sempat membina negeri ini?

“Ini bukan soal Tuan Yang Terutama (TYT). Ini soal kedewasaan politik. Dan jika isu sekecil ini pun dijadikan medan serangan tanpa asas, bayangkan bagaimana mereka akan kendalikan isu yang lebih besar jika kembali berkuasa?.

“Saya tidak minta kita semua bersetuju dengan kerajaan. Tapi biarlah kritikan itu bersandarkan fakta, bukan persepsi. Jangan terlampau bermain sentimen, bikin-bikin cerita, dan membakar perasaan rakyat.

“Kalau Sabah berpecah, yang rugi bukan musuh politik, tapi harapan dan masa depan anak cucu kita,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/28/sikap-pembangkang-putarbelit-fakta-disifatkan-langkah-terdesak/feed/ 0 71230
Perjanjian GRS, Pembangkang Tidak Bermakna Jika Tanpa Warisan https://sabahmedia.com/2021/10/26/perjanjian-grs-pembangkang-tidak-bermakna-jika-tanpa-warisan/ https://sabahmedia.com/2021/10/26/perjanjian-grs-pembangkang-tidak-bermakna-jika-tanpa-warisan/#respond Tue, 26 Oct 2021 02:42:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7909
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU – Sebarang perjanjian antara Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti pembangkang di negeri ini tidak bermakna apa-apa tanpa penyertaan Parti Warisan Sabah (Warisan), kata Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee.

Beliau juga Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) berkata, walaupun terdapat perbincangan antara GRS dan Pakatan Harapan (PH) di sini, pemimpin PKR dan DAP di Sabah tidak dapat memberikan sebarang ketetapan muktamad, sebaliknya ia perlu diterajui oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

Ahli jawatankuasa GRS itu berkata, hakikatnya di Sabah parti pembangkang utama ialah Warisan yang bukan sebahagian daripada PH, dan hanya Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) adalah parti tempatan Sabah yang berada dalam gabungan PH.

“Justeru, sebarang perbincangan mengenai apa jua perjanjian kerjasama dengan parti pembangkang di Sabah secara realistiknya perlu melibatkan parti Warisan. Sama ada Warisan mahu terlibat atau tidak; ia soal lain, yang perlu ditangani apabila tiba masanya nanti.

“Seterusnya setiap perjanjian kerjasama antara GRS dan pihak pembangkang harus menegakkan konsep kedaulatan undang-undang (rule of law). Perjanjian kerjasama tidak boleh dicemari oleh sebarang unsur-unsur ‘penyelesaian di luar mahkamah’ bagi kes kes-kes mahkamah yang sedang dijalankan, atau proses pengadilan di mana-mana mahkamah,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Pada Ahad, Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor yang juga ketua menteri berkata, gabungan itu akan mengadakan perbincangan berhubung cadangan PH Sabah untuk bersama menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), dan berkata, Guan Eng telah membangkitkan perkara itu dalam pertemuan dengannya baru-baru ini.

GRS terdiri daripada parti Perikatan Nasional (Bersatu, STAR, SAPP, PAS dan Gerakan); Barisan Nasional (UMNO, MCA, MIC, PBRS); dan Parti Bersatu Sabah (PBS). – Bernama.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/26/perjanjian-grs-pembangkang-tidak-bermakna-jika-tanpa-warisan/feed/ 0 7909
Kerajaan Dan Pembangkang Setuju Tolak Akta Laut Wilayah 2012 https://sabahmedia.com/2021/09/24/kerajaan-dan-pembangkang-setuju-tolak-akta-laut-wilayah-2012/ https://sabahmedia.com/2021/09/24/kerajaan-dan-pembangkang-setuju-tolak-akta-laut-wilayah-2012/#respond Fri, 24 Sep 2021 05:50:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6790
Read Time:1 Minute, 42 Second

Kota Kinabalu – Ketua Menteri Hajiji Noor terbuka untuk bekerjasama dengan pembangkang mengenai usul agar Sabah menolak Akta Laut Wilayah (TSA) 2012.

Menjawab pertanyaan ADUN Warisan, Moyog, Darell Leiking di Dewan Undangan Negeri, Hajiji menyambut baik cadangannya justeru ke dua belah pihak perlu bekerjasama bagi menyokong usul itu. 

Ketua Menteri Sabah, Datuk Hajiji merasakan itu adalah usul atau cadangan yang baik dan berharap agar sama sama mengusahakannya dengan itu dapat menyelesaikan beberapa isu dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Pendirian pemerintah Sabah adalah bahawa hak batas negeri harus seperti yang dinyatakan dalam Perintah Borneo Utara (Perubahan Sempadan) dalam Majlis, 1954, yang meliputi landasan benua.

“Dengan demikian, hak dan kepentingan negara berhubungan ini akan dibawa ke komite khusus MA63 yang dipengerusikan oleh perdana menteri,” kata Datuk Hajiji. Datuk Hajiji Noor juga bertegas akan terus melindungi dan memperjuangkan hak negeri.

Datuk Hajiji kelmarin mengatakan bahawa pemerintah Sabah akan melihat cadangan Leiking untuk menolak TSA, yang telah menjadi pertikaian ahli politik dari Sabah dan Sarawak.

Ini kerana akta atau undang-undang itu membataskan penguasaan Sabah ke atas perairannya.

Untuk makluman Sarawak dan Kelantan juga menolak akta TSA dan ia telah pun menjadi usul yang dipersetujui di Dewan Undangan Negeri mereka. 

TSA disahkan oleh Parlimen pada tahun 2012 yang menggariskan batas laut negeri negeri atau wilayah bermula dari garis pangkal pantai.

Undang-undang antarabangsa menetapkan perairan negeri dalam Malaysia sejauh 12 batu nautika (22km) dari pantai tetapi TSA menghadkan bidang kuasa negeri hanya tiga batu nautika (5.5km) dari pantai.

Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji menekankan bahawa kerajaan Sabah akan terus melindungi dan memperjuangkan hak-hak negeri yang termaktub di bawah MA63 dan juga Perlembagaan Persekutuan.

Beliau juga menyambut baik ucapan pemerintah dan pembangkang semasa sidang dewan undangan negeri mengenai perlunya mereka semua bersatu menuntut kembali hak dan hak yang perlu dibayar kepada Sabah.

“Perbezaan ideologi politik tidak seharusnya menjadi penghalang antara kita untuk memperjuangkan hak-hak ini di peringkat persekutuan,” katanya.

“Perpaduan dan kesepakatan kita adalah penting agar kita selalu berada dalam gelombang yang sama untuk mempertahankan hak-hak rakyat demi kepentingan negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/24/kerajaan-dan-pembangkang-setuju-tolak-akta-laut-wilayah-2012/feed/ 0 6790
Kerjasama Kerajaan & Pembangkang Demi Pembangunan Negara – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/09/14/kerjasama-kerajaan-pembangkang-demi-pembangunan-negara-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/09/14/kerjasama-kerajaan-pembangkang-demi-pembangunan-negara-hajiji/#respond Tue, 14 Sep 2021 09:31:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=6312
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, yakin pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) mampu menghentikan ‘politiking’ demi pembangunan negara dan rakyat.

Beliau berkata memorandum persefahaman ini akan menjadi satu panduan untuk bersama-sama mencari jalan sekali gus menyelesaikan krisis ekonomi dan kesihatan yang dihadapi sekarang ini akibat penularan pandemik COVID-19.

“Bagi pihak kerajaan negeri Sabah, kita berasakan memorandum persefahaman antara kerajaan dan pembangkang (PH) ini adalah yang terbaik dan berupaya mengetepikan segala perbezaan politik, menghentikan terlalu banyak berpolitik sekali gus dapat memastikan pemulihan negara khususnya ekonomi berjalan dengan lebih lancar dan holistik.

“Terutama ketika ini, pada saat ramai rakyat kita yang terjejas sumber pendapatan termasuk perniagaan mereka, justeru jalan penyelesaian seperti ini (kerjasama) adalah tindakan terbaik diambil,” katanya di sini pada Selasa.

Hajiji berkata kerjasama ini akan menjadi satu medan untuk duduk bersama dan berbincang apa yang terbaik kepada negara.

“Apa yang penting sekarang ini adalah kestabilan politik ke arah untuk membangunkan negara ini khususnya dalam aspek ekonomi, yang terjejas teruk akibat penularan pandemik COVID-19,” katanya sambil menambah kerjasama ini juga sejajar dengan konsep Keluarga Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pada Isnin, Kerajaan Persekutuan dan PH melakar sejarah apabila julung kali memeterai memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik.

MoU yang dimeterai di Bangunan Parlimen itu merangkumi enam perkara iaitu Pemerkasaan Pelan COVID-19, Transformasi Pentadbiran dan Pembaharuan Parlimen, Kebebasan Institusi Kehakiman, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan
Pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, dalam satu kenyataan susulan pemeteraian MoU itu berkata, MoU itu membentuk kerjasama ‘dwi-partisan’ yang ampuh dan mantap dengan menjulang semangat Keluarga Malaysia, selaras dengan titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/14/kerjasama-kerajaan-pembangkang-demi-pembangunan-negara-hajiji/feed/ 0 6312
Pembangkang Politikkan Isu COVID-19 Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/28/pembangkang-politikkan-isu-covid-19-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/28/pembangkang-politikkan-isu-covid-19-di-sabah/#respond Sat, 28 Aug 2021 08:01:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5415
Read Time:2 Minute, 40 Second

KOTA KINABALU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya hari ini menempelak tohmahan daripada pihak pembangkang berhubung isu dakwaan kerajaan lemah dalam menangani kes Covid-19 di Sabah.

Beliau berkata, dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh beberapa pemimpin pembangkang seperti Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal dan Pengerusi DAP Sabah, Datuk Frankie Poon, baru-baru ini, adalah diibaratkan sebagai bermain sentimen politik semata, tanpa mengambil kira fakta sebenar.

“Kenyataan media itu adalah lebih bersifat bermain sentimen politik tanpa kesudahan dalam negeri dan negara mengharungi pandemik Covid-19.

” Kerajaan Negeri sedang dan terus berusaha dengan gigih bersama JKNS dan KKM dalam usaha memberi perkhidmatan yg baik untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat,”katanya.

Shahelmey berkata demikian dalam satu kenyataan medianya hari ini bagi menjawab dakwaan Shafie dan Frankie, serta beberapa lagi wakil rakyat pembangkang yang mempersoalkan komitmen kerajaan negeri ditadbir Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menangani pandemik Covid-19.

Dalam kenyataan media Presiden Warisan itu, Shafie mendakwa kerajaan perlu bertanggungjawab atas peningkatan jangkitan Covid-19 di negeri ini, manakala Frankie (bekas Menteri Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah) pula menyalahkan kerajaan atas pelaksanaan dasar serta kelemahan yang berlaku.

Sementara itu, Shahelmey dalam pada itu berkata, Kerajaan Negeri yakin bahawa menjelang awal September ini, jumlah penerima dos pertama bg penduduk Sabah yang layak menerima vaksin akan mencapai 60 peratus dengan bererti sebelum hujung September, penerima dos kedua penduduk Sabah akan melebihi 60 peratus.

“Kerajaan Negeri juga yakin bahawa dengan adanya tambahan vaksin CanSino untuk negeri Sabah, maka sasaran untuk mencapai lebih 80 peratus penduduk dewasa Sabah lengkap menerima vaksin boleh dicapai sebelum penghujung Oktober ini.

” Begitu juga kadar pengunaan katil di hospital-hospital adalah mencukupi walau pada kadar yg tinggi namun perancangan untuk mengatasinya telah disediakan oleh pihak JKNS dan KKM.

” Malah, begitu juga dengan penggunaan ventilator yang masih dalam keadaan mencukupi,”katanya.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Exco Kesihatan Negeri Sabah itu berkata, berhubung kes harian Covid-19 negeri yang masih tinggi, Shahelmey menyeru dan menasihatkan rakyat negeri ini untuk sama-sama menjadi rakyat yg bertanggungjawab mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dikenakan oleh kerajaan.

“Ini kerana, hasil dari saringan-saringan yang telah dibuat membuktikan bahawa virus Covid-19 ini memang sudah berada di dalam komuniti kita.

” Maka untuk mengawal kadar jangkitan semasa, sebaiknya, laksanakanlah disiplin diri dgn tidak keluar rumah tanpa sebab munasabah sementara kita sedang gigih berusaha mencapai imunisasi kelompok,” katanya.

Sehubungan itu, Shahelmey meminta semua pihak termasuklah pemimpin-pemimpin pembangkang untuk turut memainkan peranan dalam usaha program imunisasi kebangsaan bagi memberi vaksin kepada rakyat di negeri ini.

” Berehatlah seketika dari asyik menuding jari, kerana semasa Warisan dan sekutunya menjadi kerajaan negeri, situasi jangkitan Covid-19 pada tahun lalu adalah berlainan dari yang dihadapi sekarang.

” Justeru itu, adalah lebih baik untuk mereka bersama-sama memberi kerjasama dan cadangan yang menambahbaik untuk kebaikan rakyat di negeri ini dan bukannya bermain sentimen politik bagi meraih populariti sendiri,” ujarnya.

Terdahulu, dalam menjawab tuduhan isu ketiadaan vaksin, Shahelmey berkata, berdasarkan sambutan positif rakyat negeri ini untuk menerima vaksin, maka kadar pemberian vaksin telah ditingkatkan ke tahap optima lebih 50,000 dos sehari.

” Dengan berdepan situasi bekalan vaksin yang agak terhad buat seketika, kita masih dapat memberi vaksin sebanyak 53,655 dos pada semalam (Jumaat),” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/28/pembangkang-politikkan-isu-covid-19-di-sabah/feed/ 0 5415