pembangunan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 24 Jul 2025 04:18:11 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pembangunan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah antara lima negeri teratas dalam pelaksanaan projek dan program pembangunan  https://sabahmedia.com/2025/07/24/sabah-antara-lima-negeri-teratas-dalam-pelaksanaan-projek-dan-program-pembangunan/ https://sabahmedia.com/2025/07/24/sabah-antara-lima-negeri-teratas-dalam-pelaksanaan-projek-dan-program-pembangunan/#respond Thu, 24 Jul 2025 04:18:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77838
Read Time:2 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu: Sabah merupakan antara lima negeri teratas di negara ini dari segi penyempurnaan projek dan program pembangunan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, berdasarkan laporan MyProjek, sejumlah 1,271 projek, merangkumi 396 projek sambungan dan 876 projek baharu sedang dilaksanakan di negeri ini pada tahun ini.

“Daripada jumlah itu, 1,171 projek atau bernilai RM5.584 bilion adalah projek fizikal, manakala 100 projek lagi bernilai RM355.24 juta adalah projek bukan fizikal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) di Menara Kinabalu di sini pada Khamis.

Hajiji turut menyeru kepada semua pihak untuk terus mempertingkatkan usaha bagi memastikan Sabah muncul negeri terbaik dalam pelaksanaan projek dan program pembangunan di Malaysia.

Walaupun pencapaian ini membanggakan, Hajiji menegaskan bahawa ia tidak sepatutnya menjadi alasan untuk leka dan memperlahankan momentum pemantauan terhadap program atau projek kerajaan.

“Sebaliknya, pencapaian ini harus dijadikan sebagai indikator untuk kita bekerja lebih keras dalam menambah baik dan menyelesaikan setiap program dan projek dengan lebih cepat, tepat dan teratur, seterusnya memberikan manfaat kepada seluruh rakyat Sabah,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata pelaksanaan program dan projek tidak seharusnya hanya digalas oleh agensi utama semata-mata, sebaliknya semua agensi dan kementerian perlu memainkan peranan yang signifikan dalam memastikan kejayaan pelaksanaan.

Beliau turut menyatakan bahawa Kerajaan Negeri telah berusaha memperkukuh tadbir urus kewangan negeri melalui penambahbaikan prosedur dan garis panduan pengurusan kewangan.

Katanya, ia dilaksanakan melalui penilaian dan mengambil kira tatacara perolehan dan pelantikan konsesi sebagai satu mekanisme membendung masalah pembangunan di negeri Sabah.

“Di samping itu, setiap agensi dan kementerian perlu lebih kerap memantau penyaluran peruntukan yang telah diberikan bagi memastikan ia dibelanjakan sepenuhnya dan memberi manfaat kepada rakyat Sabah.

“Pembayaran kepada kontraktor dan perunding juga mesti dilakukan dengan cepat, tepat dan teratur agar pelaksanaan projek di negeri ini tidak terganggu atau mengalami kelewatan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan ahli MTPNg agar memastikan segala keperluan pembangunan yang mendesak dapat ditangani dengan segera.

Hajiji berkata Kerajaan Negeri juga komited melaksanakan pelbagai inisiatif di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya untuk melaksanakan program peningkatan pendapatan dan produktiviti dalam menangani isu miskin dan miskin tegar yang dinamik.

“Melalui inisiatif ini, kita bukan sahaja membantu meningkatkan pendapatan, tetapi juga berusaha membantu golongan sasar agar berjaya keluar daripada kemiskinan.

“Keprihatinan kita juga jelas melalui usaha dan kerja keras yang berterusan dalam memastikan setiap agenda negara mahupun negeri dipatuhi, diperbaiki dan dipertingkatkan,” katanya.

Hajiji berkata penyediaan berterusan keperluan dan kemudahan kepada rakyat melalui penaiktarafan kemudahan awam, kemudahan asas, infrastruktur sosial serta bantuan perkhidmatan sosial telah memberikan manfaat yang berganda kepada golongan miskin di Sabah.

Selain itu, beliau menyatakan bahawa teras Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat dalam pelan pembangunan SMJ juga memfokuskan kepada membangunkan potensi rakyat Sabah melalui pendidikan, latihan, dan kesejahteraan sosial.

“Ini termasuk inisiatif untuk meningkatkan taraf hidup, menyediakan peluang pendidikan dan memperkasa modal insan secara menyeluruh, di samping mendidik masyarakat agar lebih cakna dan cenderung untuk turut serta, dan kerap membantu atau menyumbang kepada pelaksanaan program-program yang memberi manfaat kepada golongan sasar seperti golongan miskin dan miskin tegar ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/24/sabah-antara-lima-negeri-teratas-dalam-pelaksanaan-projek-dan-program-pembangunan/feed/ 0 77838
Pelbagai inisiatif pembangunan negeri dilaksanakan untuk kesejahteraan rakyat https://sabahmedia.com/2025/04/28/pelbagai-inisiatif-pembangunan-negeri-dilaksanakan-untuk-kesejahteraan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/04/28/pelbagai-inisiatif-pembangunan-negeri-dilaksanakan-untuk-kesejahteraan-rakyat/#respond Mon, 28 Apr 2025 10:00:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72824
Read Time:4 Minute, 25 Second

Sook: Kerajaan Negeri yang diterajui oleh Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan PH Plus bukan hanya merancang malah telah melaksanakan banyak inisiatif pembangunan dalam aspek ekonomi juga untuk kesejahteraan rakyat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, dakwaan pembangkang kononnya kerajaan GRS-PH Plus tidak membawa apa-apa pembangunan di negeri ini, adalah tidak betul.

Katanya,  itu adalah dakyah mereka yang sentiasa mahu menafikan setiap kejayaan yang dibawa oleh kerajaan.

“Namun kita tidak berdiam diri, sebaliknya terus bekerja untuk pembangunan negeri dan rakyat. Pelbagai inisiatif bantuan diberi kepada rakyat khususnya kepada anak-anak dalam kalangan keluarga B40 yang berjaya melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT).

“Antara bantuan itu ialah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) dan Bantuan Tunai Khas Peperiksaan (BAKTI), Bantuan Ihsan Komputer (BAIK) selain bantuan subsidi tiket penerbangan pelajar Sabah (GRS-SUBFLY) sebanyak RM600 kepada pelajar yang belajar di Semenanjung dan Sarawak serta Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA) sebanyak RM300.

“Ini adalah sebahagian daripada kira-kira 13 inisiatif dalam Bantuan Pendidikan Kerajaan Negeri kepada para pelajar yang layak di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Naik Taraf Daerah Penuh Sook di Perkarangan Bangunan Urusetia Daerah Sook, Keningau di sini hari ini.

Hajiji berkata, inisiatif lain yang turut diberi kepada rakyat kurang berkemampuan pada tahun ini termasuklah pembinaan sebanyak 3,000 unit Rumah Mesra SMJ di semua 73 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan kos sebanyak RM250 juta.

Katanya, bantuan terbaharu yang diberikan kerajaan negeri mulai tahun ini ialah Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 100,000 penerima di Sabah, khususnya Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar layak menerima bantuan tunai RM300 sebulan sehingga akhir tahun.

Menyentuh isu bekalan air, elektrik dan jalan raya yang sering dijadikan bahan oleh pembangkang, beliau berkata, kerajaan menerima masalah yang diwarisi, namun sentiasa berusaha untuk menangani dan menyelesaikan masalah berkenaan.

Justeru katanya, sebanyak 13 projek pembangunan bekalan air berimpak tinggi telah dan sedang dilaksanakan sebagai langkah jangka panjang bagi memastikan bekalan air di negeri ini mencukupi, antara projek tu ialah Skim Bekalan Air Tawau Fasa 3, Pembinaan Loji Rawatan Air Kundasang, Pembinaan Loji Rawatan Air Baru Semporna, Skim Bekalan Air di Lahad Datu Fasa 1 dan Penambahan Kapasiti Loji Rawatan Air Telibong II.

“Sementara itu, projek penambahan kapasiti Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon Fasa Dua di Papar, melibatkan kerja-kerja menaik taraf kapasiti daripada 40 juta liter sehari (JLH) kepada 80 JLH, yang dijangka siap pada 2026,” katanya.

Mengenai masalah bekalan elektrik, Hajiji berkata, pelbagai usaha dibuat termasuk melaksanakan Projek Hidroelektrik Ulu Padas yang bakal menjana tenaga elektrik sebanyak

187.5 megawatt (MW) dan Majlis Tenaga Sabah juga telah meluluskan hampir 1,000 megawatt (MW) tenaga elektrik yang akan dijana melalui beberapa projek penjanaan elektrik bagi meningkatkan keperluan tenaga di negeri ini.

“Projek berkenaan bukan saja untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah, tetapi ia adalah antara usaha penyelesaian jangka panjang yang mampan kepada negeri ini,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, lebih banyak lagi pembangunan akan dibawa ke negeri ini dan baru-baru ini beliau dimaklumkan bahawa sebanyak 4 daripada 16 pakej Fasa 1A Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah telah disiapkan, dan baki 12 pakej lagi sedang dalam pembinaan, dengan status kemajuan sebanyak 81.7 peratus siap.

“Semua ini adalah antara inisiatif-inisiatif yang telah dan sedang kita laksanakan. Apa yang kita bawa ini tidak pernah dibuat sebelum ini. Lebih banyak lagi pembangunan yang akan dibawa ke negeri ini untuk pembangunan dan kesejahteraan rakyat jika kita diberi mandat lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji  berkata,  bagi  daerah  Sook  beberapa   projek   pembangunan   kini   giat dijalankan termasuklah dua projek pembinaan jalan raya berturap iaitu Jalan Sinaron, Sook ke Jalan Linayukan, Tongod sepanjang 40km serta Jalan Rancangan Belia Tiulon, Sook sepanjang 22.85km yang masing-masing bernilai RM 320 juta dan RM 127 juta yang kini sedang dalam pelaksanaan.

Beliau berkata, dengan adanya jalan berturap ini, ia akan menjimatkan masa dan kos perjalanan selain mampu menjana pertumbuhan ekonomi tempatan.

Menyentuh aspek pembanguna pendidikan, katanya sebanyak 4 buah sekolah juga kini dalam pembinaan iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Ambual, SK Rancangan Belia Tiulon, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dalit serta SMK Trusmadi yang hampir siap sepenuhnya.

Manakala, projek menaiktaraf klinik kesihatan serta projek Pembinaan Pencawang Pembahagian Utama (PPU) Sabah Electricity sudah siap pada tahun lalu.

Ini membabitkan Klinik Kesihatan Sook yang bernilai hampir RM1 juta serta Klinik Desa Karamatoi dan Klinik Desa Marapok yang masing-masing bernilai RM600,000.

“Manakala, seramai 120 penduduk telah menerima manfaat Rumah Mesra SMJ dari tahun 2022 sehingga tahun 2024 yang bernilai hampir RM9.6 juta di Sook. Pada tahun 2025 ini, kerajaan negeri telah memperuntukkan sebanyak RM6.4 juta untuk membina 80 buah rumah SMJ bagi Sook,” katanya.

Hajiji berkata, banyak lagi pembangunan akan dibawa ke Sook pada masa akan datang yang akan memberi manfaat kepada rakyat di daerah ini seperti pembinaan kompleks sukan, hospital daerah Sook, membina balai polis daerah dan menambah keluasan kawasan klinik kesihatan Sook.

“Setiap pembangunan yang dibawa adalah lambang kesungguhan kerajaan negeri hari ini untuk membela nasib rakyat dan membawa Sabah ke arah pembangunan yang lebih maju, tersusun dan saksama”, tegasnya.

Sempena majlis itu beliau turut meluluskan peruntukan sebanyak RM2 juta untuk membina Dewan Terbuka Daerah Sook dan menaiktaraf Bangunan Urusetia Daerah Sook. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/28/pelbagai-inisiatif-pembangunan-negeri-dilaksanakan-untuk-kesejahteraan-rakyat/feed/ 0 72824
Kerajaan Pusat Diminta Beri Penekanan Pembangunan Di Sabah https://sabahmedia.com/2021/12/24/kerajaan-pusat-diminta-beri-penekanan-pembangunan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/12/24/kerajaan-pusat-diminta-beri-penekanan-pembangunan-di-sabah/#respond Fri, 24 Dec 2021 03:01:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10251
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU : Kerajaan Pusat diminta untuk memberi penekanan terhadap pembangunan di Sabah khususnya yang melibatkan kemudahan asas agar negeri itu dapat membangun seiring dengan negeri-negeri lain.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata peruntukan yang lebih besar berbanding sebelumnya perlu diberikan kepada Sabah dengan mengambil kira faktor geografi negeri tersebut.

“Isu pembangunan yang dihadapi oleh rakyat di negeri ini khususnya di luar bandar membabitkan insfrastruktur asas seperti bekalan air, jalan raya dan elektrik agak kritikal dimana pembangunan ini sangat penting selain memerlukan peruntukan yang agak besar untuk dilaksanakan.

“Kemudahan asas merupakan keperluan utama rakyat Sabah, ianya memerlukan peruntukan yang agak besar yang tidak mampu disediakan oleh kerajaan negeri sebagai contoh untuk membaiki dan menaik taraf bekalan air bersih sahaja kita memerlukan sekitar 27 bilion untuk memulihkan  kerosakan pada loji air di seluruh Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Dato’ Ramlan Harun di pejabat kementerian berkenaan di Putrajaya baru-baru ini.

Bung yang juga Menteri Kerja Raya Sabah berkata, kerajaan Sabah berharap bantuan dari kerajaan pusat dapat disalurkan dengan lebih banyak peruntukan ke negeri ini selaras dengan konsep Keluarga Malaysia dan memenuhi aspirasi rakyat Sabah dalam semangat Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Katanya, peruntukan yang lebih besar  perlu difokuskan juga kepada isu kemudahan air terawat, kerana isu berkenaan telah berlarutan sejak sekian lama dan menjadi isu yang agak kritikal ketika ini selain kemudahan sistem perhubungan jalanraya.

Dalam pertemuan itu, beliau turut mengemukakan beberapa cadangan dan permohonan kepada KPLB terutamanya untuk kemudahan bekalan air bersih dan jalanraya di Sabah.

“Dengan pertemuan ini kita berharap banyak  masalah dapat di atasi berhubung pelaksanaan projek luar bandar di Sabah terutama pelaksanaan bekalan air, elektrik dan jalan luar bandar secara beperingkat-peringkat mengikut keutamaan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/24/kerajaan-pusat-diminta-beri-penekanan-pembangunan-di-sabah/feed/ 0 10251