Pembangunan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 05 Jul 2026 06:44:28 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pembangunan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah komited perkasa pembangunan luar bandar, tingkat kesejahteraan rakyat https://sabahmedia.com/2026/07/05/sabah-komited-perkasa-pembangunan-luar-bandar-tingkat-kesejahteraan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2026/07/05/sabah-komited-perkasa-pembangunan-luar-bandar-tingkat-kesejahteraan-rakyat/#respond Sun, 05 Jul 2026 06:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=99378
Read Time:1 Minute, 6 Second

RANAU : Kerajaan Sabah terus komited dalam memastikan pembangunan dan penyediaan kemudahan di kawasan luar bandar diberi perhatian berterusan bagi meningkatkan kesejahteraan, keselesaan serta kualiti hidup rakyat, di samping memudahkan urusan harian masyarakat setempat.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Masidi Manjun, berkata penyediaan kemudahan yang berkualiti bukan sahaja meningkatkan keselesaan penduduk, malah turut menjadi pemangkin kepada pembangunan ekonomi setempat.

Beliau berkata, penyediaan kemudahan kepada rakyat turut dapat memperkukuh aktiviti sosial serta mewujudkan komuniti yang lebih harmoni dan sejahtera.

“Penyediaan kemudahan seperti dewan serbaguna bukan sekadar ruang untuk penganjuran majlis dan aktiviti kemasyarakatan, tetapi juga berfungsi sebagai pusat penyatuan penduduk serta platform untuk mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Dewan Serbaguna dan Sambutan Kaamatan Kampung Mohimboyon di sini, pada Sabtu.

Masidi yang juga Menteri Kewangan turut menegaskan bahawa Kerajaan Negeri akan memastikan setiap projek pembangunan dan penyediaan kemudahan dilaksanakan mengikut jadual serta mematuhi spesifikasi dan standard yang ditetapkan, agar manfaatnya dapat dinikmati rakyat secara optimum.

“Sehubungan itu, kerajaan akan terus memberi penekanan kepada pembangunan luar bandar bagi memastikan tiada komuniti yang tercicir daripada arus pembangunan, serta setiap rakyat berpeluang menikmati hasil kemajuan negeri secara adil dan saksama,” jelasnya.

Dalam masa yang sama, Masidi menyeru seluruh lapisan masyarakat agar terus memelihara semangat perpaduan, kerjasama dan saling menghormati sebagai asas kepada keharmonian serta kemajuan komuniti setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/05/sabah-komited-perkasa-pembangunan-luar-bandar-tingkat-kesejahteraan-rakyat/feed/ 0 99378
Pembangunan beridentiti Sabah pacu ekonomi dan pelancongan https://sabahmedia.com/2026/06/15/pembangunan-beridentiti-sabah-pacu-ekonomi-dan-pelancongan/ https://sabahmedia.com/2026/06/15/pembangunan-beridentiti-sabah-pacu-ekonomi-dan-pelancongan/#respond Sun, 14 Jun 2026 22:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98232
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Pembangunan yang mengetengahkan identiti tempatan serta mencerminkan kepelbagaian budaya Sabah mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi, pelancongan dan pembangunan bandar yang mampan di negeri ini.

Masidi diberi taklimat ketika meninjau The Playground @ Kota Kinabalu.

Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, keunikan masyarakat berbilang kaum, budaya dan tradisi di Sabah perlu terus diterapkan dalam pembangunan moden agar identiti negeri kekal terpelihara dan diperkasakan.

Menurutnya, pembangunan yang diinspirasikan oleh semangat komuniti dan warisan tempatan bukan sahaja mampu mewujudkan persekitaran yang lebih dinamik serta berdaya saing, malah meningkatkan daya tarikan Sabah sebagai destinasi pelancongan.

“Pembangunan seperti ini bukan sahaja penting dari sudut pelaburan hartanah, malah turut menyumbang kepada pertumbuhan sektor pelancongan, peluang pekerjaan dan perkembangan ekonomi negeri secara keseluruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan pembukaan Galeri Jualan Playground bagi pembangunan Riuh @ Sembulan, di sini, pada Ahad.

Masidi berkata, ketika Sabah terus memperkukuh sektor pelancongan dan ekonomi bandar, pembangunan yang menggabungkan elemen gaya hidup, hospitaliti serta penginapan moden akan memainkan peranan penting dalam menyokong aspirasi pembangunan jangka panjang negeri.

Pada masa sama, beliau menyifatkan pembangunan sektor industri dan logistik sebagai komponen penting dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Sabah, memperkukuh ekosistem perusahaan kecil dan sederhana (PKS), mengembangkan aktiviti perniagaan serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Menurutnya, pembangunan yang dirancang secara strategik mampu meningkatkan kecekapan operasi perniagaan, menarik pelaburan baharu dan merangsang pertumbuhan ekonomi di kawasan pembangunan utama negeri.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih banyak pembangunan berkualiti yang mengangkat identiti Sabah, merangsang aktiviti ekonomi dan memberi manfaat kepada rakyat dapat dilaksanakan bagi menyokong kemajuan serta kesejahteraan negeri pada masa depan.

Riuh KK Suites dibangunkan menerusi kerjasama strategik antara Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) sebagai pemilik tanah, Golden Land Berhad selaku pemaju dan Maple Hospitality Group sebagai pengendali hospitaliti.

Turut hadir, Yang Dipertua USIA Datuk Sapawi Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif GLB Stewart Yap dan Pengasas Bersama MHG Danny Hor.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/15/pembangunan-beridentiti-sabah-pacu-ekonomi-dan-pelancongan/feed/ 0 98232
Wanita pemacu utama pembangunan mampan di Sabah – Azizah https://sabahmedia.com/2025/05/07/wanita-pemacu-utama-pembangunan-mampan-di-sabah-azizah/ https://sabahmedia.com/2025/05/07/wanita-pemacu-utama-pembangunan-mampan-di-sabah-azizah/#respond Wed, 07 May 2025 11:16:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73371
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Institut Kajian Pembangunan (IDS) Sabah, Datuk Seri Azizah Mohd Dun, menyatakan sokongan penuh terhadap seruan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, untuk memperkasakan wanita melalui akses lebih luas kepada peluang ekonomi, pendidikan dan politik.

Azizah berkata seruan itu tepat pada masanya dan selari dengan visi IDS untuk memperkukuh kepimpinan wanita di semua peringkat masyarakat.

“Pemerkasaan wanita bukan sekadar isu kesaksamaan, tetapi pemacu utama pembangunan mampan. Melabur dalam wanita bermakna melabur untuk masa depan Sabah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

IDS menurutnya telah mengambil langkah proaktif menerusi penubuhan Jawatankuasa Inisiatif Kepimpinan Wanita (WLIC) pada 10 Julai 2024, yang bertujuan memperkukuh peranan wanita dalam kepimpinan, ekonomi dan keusahawanan, selain menyediakan bimbingan profesional sepanjang kerjaya.

Sejak ditubuhkan, WLIC telah menganjurkan pelbagai program seperti Sesi Meja Bulat bersama agensi kerajaan, GLC, sektor swasta dan NGO, serta Town hall Bajet Wanita Negeri Sabah. Inisiatif ini menyumbang kepada penggubalan Pelan Induk Kepimpinan Wanita Negeri Sabah yang dijangka menjadi asas kepada penubuhan Kementerian Wanita Negeri.

Beliau yakin WLIC mampu menjadi mekanisme pemantauan berkesan dalam memastikan kemajuan penyertaan wanita dalam kepimpinan dan proses membuat keputusan.

Selaras Belanjawan Negeri Sabah 2025, IDS turut bekerjasama dengan Perbadanan Pinjaman Sabah (SCC) melancarkan Program Keusahawanan Wanita Muda: Daya Upaya Peluang Usahanita (DAYANG) pada 27 Februari lalu.

Program itu bukan sekadar menawarkan pembiayaan, tetapi turut menyediakan latihan perniagaan, bimbingan dan sokongan pemasaran dengan struktur sokongan selama 18 bulan menerusi Majlis Penasihat Keusahawanan yang ditubuhkan khas.

IDS bertanggungjawab terhadap penyelidikan manakala SCC menguruskan kewangan dan pembiayaan. Setakat ini, sebanyak 16 permohonan berjumlah RM425,000 telah diterima, menunjukkan minat tinggi wanita muda terhadap peluang perniagaan.

Terbaharu, pada 26 April lalu, program daerah bertajuk ‘Kuasa Wanita, Kuasa Ekonomi’ telah dilaksanakan di Beaufort sebagai permulaan pelaksanaan awal DAYANG di kawasan luar bandar.

“IDS komited memastikan setiap inisiatif yang dijalankan bukan sahaja inklusif tetapi memberi impak langsung terhadap kualiti hidup wanita di Sabah,” tambah Azizah.

Beliau menegaskan pemerkasaan wanita adalah strategi penting dalam pembangunan negeri dan IDS akan terus menyokong usaha Ketua Menteri ke arah masyarakat yang lebih progresif dan berdaya tahan menerusi penglibatan aktif wanita Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/07/wanita-pemacu-utama-pembangunan-mampan-di-sabah-azizah/feed/ 0 73371
Kerajaan tekad perhebat pembangunan negeri Sabah https://sabahmedia.com/2023/10/07/kerajaan-tekad-perhebat-pembangunan-negeri-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/10/07/kerajaan-tekad-perhebat-pembangunan-negeri-sabah/#respond Sat, 07 Oct 2023 06:04:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43257
Read Time:2 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri bertekad memperhebatkan lagi pembangunan negeri Sabah disamping menambah baik kualiti hidup rakyat menerusi pelaksanaan pelbagai program dan inisiatif yang meliputi pelbagai sektor pembangunan, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Seiring dengan komitmen itu, katanya Kerajaan negeri akan menubuhkan dua lagi taman perindustrian baharu iaitu di Kimanis bagi minyak dan gas dan taman perindustrian biasa di kawasan antara Kota Marudu dan Kota Belud.

Beliau berkata, penubuhan taman perindustrian baharu itu dilakukan susulan dua taman perindustrian sedia ada iaitu Taman Perindustrian Minyak dan Gas Sipitang (Sogip) dan Taman Perindustrian Kota Kinabalu (KKIP) telah hampir penuh.

“Usaha ini juga sejajar dengan pendekatan mesra pelabur yang diamalkan kerajaan untuk merancakkan lagi pertumbuhan industri di negeri ini”, katanya dalam ucapan menjunjung kasih pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Bintang-Bintang serta Pingat-Pingat Negeri Sabah Sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-70 Yang Di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri pada Sabtu.

Hajiji berkata, dalam tempoh baharu tiga tahun menerajui negeri ini, agenda pembangunan negeri khususnya Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) kini berada di landasan yang betul dan mula menampakkan hasil positif.

Menurutnya, kejayaan turut dicapai dalam pelbagai sektor yang diberi keutamaan menerusi SMJ seperti perindustrian, pertanian dan pelancongan termasuk pembangunan modal insan bagi memastikan anak-anak tidak tercicir dalam aspek
pendidikan dan peluang pekerjaan.

Katanya, menurut laporan Statistik Perdagangan Luar Negeri Sabah, negeri ini telah mencatatkan jumlah perdagangan sebanyak RM118.1 billion pada tahun 2022, yang
merangkumi eksport sebanyak RM77.2 billion dan import RM40.9 billion, dengan lebihan dagangan sebanyak RM36.2 billion.

“Dari segi eksport ia membabitkan produk perdagangan utama antaranya petroleum mentah, minyak kelapa Sawit dan gas asli cecair manakala import kita ialah jentera dan kelengkapan pengangkutan, makanan serta barangan keluaran kilang.

“Walaupun pencapaian ini amat memberangsangkan, namun banyak lagi yang perlu kita lakukan untuk tahun-tahun mendatang, khususnya membabitkan tiga teras utama Hala Tuju Sabah Maju Jaya iaitu sektor perindustrian, pertanian dan pelancongan,” tambahnya.

Hajiji berkata, dalam aspek pelancongan, jumlah ketibaan pelancong ke Sabah semakin
meningkat iaitu seramai 1.4 juta pengunjung dalam tempoh Januari hingga Julai 2023, dengan pelancong tempatan seramai 999,129 dan antarabangsa 424,052 orang.

Menurutnya, perkembangan itu jelas bahawa sektor pelancongan di Sabah terus menunjukkan pertumbuhan kukuh untuk tahun ini dan masa-masa akan datang.

“Sesungguhnya, kerajaan negeri adalah kerajaan yang bertanggungjawab, bukan saja memikirkan dan merancang, malah lebih penting ialah melaksanakan agenda pembangunan. Kerajaan negeri komited dan akan berusaha untuk menyelesaikan masalah-masalah legasi yang kita warisi seperti bekalan air dan eletrik demi kesejahteraan rakyat”, tegasnya.

Sementara itu, Hajiji dan isteri Datin Seri Panglima Datuk Hajah Juliah Salag menghadiri Istidat Perbarisan sempena Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-70 Yang Di-Pertua Negeri
di Padang Merdeka.

Istiadat perbarisan itu disertai oleh jabatan kerajaan tidak berpakaian seragam rasmi, agensi swasta, pertubuhan bukan kerajaan, persatuan etnik Sabah, IPTA, IPTS, sekolah menengah dan sekolah rendah.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/07/kerajaan-tekad-perhebat-pembangunan-negeri-sabah/feed/ 0 43257
Kerajaan Negeri menggalakkan pembangunan, projek meningkatkan Sabah MM2H https://sabahmedia.com/2023/03/18/kerajaan-negeri-menggalakkan-pembangunan-projek-meningkatkan-sabah-mm2h/ https://sabahmedia.com/2023/03/18/kerajaan-negeri-menggalakkan-pembangunan-projek-meningkatkan-sabah-mm2h/#respond Sat, 18 Mar 2023 00:46:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31001
Read Time:3 Minute, 57 Second

PENAMPANG: Kerajaan Negeri menggalakkan pembangunan dan projek yang akan merancakkan inisiatif Sabah My Malaysia Second Home (Sabah MM2H), menjadikan Sabah destinasi menarik untuk warga asing tinggal dan melabur, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Pada masa sama, katanya, pemaju juga digesa supaya mengutamakan pembinaan rumah mampu milik bagi menampung permintaan yang semakin meningkat.

“Untuk mencapai matlamat kami iaitu sektor perumahan yang sihat dan mudah diakses, kami mesti bekerjasama antara Kerajaan, pemaju hartanah, institusi kewangan dan pihak berkepentingan lain. Objektif bersama kami adalah untuk mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan.

“Kerajaan mengiktiraf kepentingan menyokong pemaju untuk merangsang sektor hartanah dan pasaran. Untuk tujuan ini, Kerajaan telah melaksanakan insentif seperti pelepasan cukai, subsidi dan pengecualian duti setem Belanjawan Persekutuan 2023 yang diumumkan baru-baru ini.

“Dalam masa terdekat, Sabah MM2H juga akan dilancarkan untuk menarik lebih banyak pelaburan asing ke Sabah. Bagaimanapun, tumpuan kita mesti kekal untuk menangani kekurangan rumah mampu milik berkualiti di Sabah, yang menjadi lebih mendesak akibat pandemik Covid-19.

“Justeru, kita mahu pemaju mengutamakan membina rumah mampu milik untuk menampung permintaan yang semakin meningkat. Pada masa yang sama, kita menggalakkan pembangunan dan projek yang akan melonjakkan inisiatif MM2H Sabah, menjadikan Sabah destinasi menarik bagi warga asing untuk tinggal dan melabur,” kata Dr Joachim, yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), semasa pameran di ITCC dan Makan Malam Hartanah Pertama Penampang, di sini, pada Jumaat.

Dr Joachim berkata KKTP juga mengiktiraf kepentingan menerima pendigitalan dalam sektor hartanah.

“Pandemik ini telah mempercepatkan penggunaan teknologi digital, membolehkan pemaju dan ejen hartanah memanfaatkan platform digital untuk mempamerkan hartanah, menjalankan lawatan maya dan mengurus transaksi. Oleh itu, Kementerian saya akan melihat cara untuk menambah baik infrastruktur yang diperlukan untuk menarik pelabur dan meningkatkan pasaran hartanah.

“Kementerian saya akan terus komited untuk menyokong orang ramai, pemilik rumah dan pelabur dengan memastikan sektor perumahan kekal sihat dan boleh diakses oleh semua.

“Bagi mereka yang ingin membeli rumah, inflasi yang meningkat boleh menyukarkan untuk berbuat demikian. Walau bagaimanapun, ini adalah masa yang sesuai untuk menjadi pemilik rumah dan melindung nilai daripada inflasi melalui pasaran hartanah.

“Kita harus memuji keputusan Kerajaan Persekutuan untuk mengekalkan pengecualian duti setem untuk pembeli rumah kali pertama untuk rumah bernilai kurang daripada RM500,000 dan mengetepikan 75 peratus cukai setem ke atas perjanjian jual beli bagi hartanah berharga antara RM500,000 dan RM1 juta,” katanya.

Dr Joachim juga berharap pemaju akan melakukan yang terbaik untuk mempunyai lebih banyak elemen budaya yang diterima pakai sebagai sebahagian daripada identiti seni bina negeri.

“Ini bukan sahaja mempromosikan budaya kita yang kaya tetapi secara tidak langsung meningkatkan ekonomi negeri dengan mempromosikan industri pelancongan kita. Sabah mempunyai identiti budaya yang unik dan pembangun boleh mendapatkan inspirasi daripada budaya kita dan mengintegrasikannya ke dalam reka bentuk dan seni bina.

“Dengan memahami keutamaan orang ramai, pemaju boleh menyediakan pilihan yang menghormati dan menghormati budaya kita sambil mengingati kemampuan. Saya juga menggalakkan anda untuk terus berinovasi dan membawa teknologi dan konsep baharu kepada industri hartanah di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Dr Joachim menggesa majlis tempatan memainkan peranan mereka untuk memudahkan pertumbuhan dan pembangunan perniagaan dalam bidang kuasa mereka.

“Seperti yang kita sedia maklum, perniagaan adalah tulang belakang kepada mana-mana ekonomi masyarakat. Mereka menyediakan pekerjaan, menjana pendapatan, dan menyumbang kepada kesejahteraan keseluruhan masyarakat. Itulah sebabnya saya berada di sini hari ini untuk bercakap tentang kepentingan menyokong perniagaan tempatan kita.

“Sejak kebelakangan ini, saya telah mendengar tentang majlis tempatan yang melaksanakan dasar dan peraturan yang membahayakan perniagaan sedia ada dan bukannya membantu mereka berkembang. Ini adalah perkembangan yang membimbangkan, dan adalah penting untuk kita mengambil tindakan untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku.

“Saya percaya bahawa peranan majlis tempatan adalah untuk memudahkan pertumbuhan dan pembangunan perniagaan dalam bidang kuasa mereka. Ini bermakna mereka seharusnya memudahkan dan mewujudkan persekitaran perniagaan yang menggalakkan dan bukannya memperburuk kerenah birokrasi. Semua urusan dengan kerajaan tempatan akan diproses atau diservis secepat mungkin,” katanya sambil mengucapkan tahniah kepada penganjur kerana mengadakan Pameran Hartanah Pertama 2023 di ITCC.

Berharap pameran itu akan memberi manfaat kepada kedua-dua pembeli rumah dan pemaju, beliau berkata pembeli rumah boleh memperoleh pandangan berharga tentang pilihan mereka manakala pemaju boleh menangani sebarang kebimbangan atau masalah yang mereka hadapi.

“Mari kita bekerjasama ke arah Sabah yang lebih baik. Dengan usaha semua orang, kita sudah pasti dapat mencapai matlamat kita, Sabah Maju Jaya,” katanya.

Hadir sama, Pengerusi Kumpulan Malakun Holdings, Datuk Seri Clarence B. Malakun dan isteri, Datin Seri Sylvia Wong Siew Wah; Senator Datuk John Ambrose; Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Dr Jamili Nais; Penolong Pegawai Daerah Penampang, Stanley Sikolis; Presiden Persatuan Komuniti Cina Sabah Bersatu Kota Kinabalu dan Pengarah Urusan Kumpulan WSG, Datuk Susan Wong Siew Guen; Ahli Majlis Kehakiman Damai Sabah, Ahli Persatuan Pemilik Tanah & Pemaju Anak Negeri Sabah, Kakitangan Awam Kerajaan dan semua pegawai.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/18/kerajaan-negeri-menggalakkan-pembangunan-projek-meningkatkan-sabah-mm2h/feed/ 0 31001
KGC bakal dapat manfaat pembangunan TAED https://sabahmedia.com/2023/03/05/kgc-bakal-dapat-manfaat-pembangunan-taed/ https://sabahmedia.com/2023/03/05/kgc-bakal-dapat-manfaat-pembangunan-taed/#respond Sun, 05 Mar 2023 09:42:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=30320
Read Time:2 Minute, 48 Second

KOTA KINABALU: Kelab golf tertua di Sabah iaitu Kinabalu Golf Club (KGC) bakal mendapat limpahan manfaat daripada pembangunan Tanjung Aru Eco Development (TAED).

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, pada masa yang sama, KGC akan memberi nilai tambah kepada TAED dan pembangunan sekitarnya.

“Seperti kita semua sedia maklum, Kerajaan Negeri akan meneruskan pembangunan TAED. Apabila TAED siap kelak beserta dengan pembangunan infrastruktur yang canggih dan moden, saya pasti KGC akan turut mendapat manfaat yang akan melonjakkan imej dan nilai keahlian KGC.

“Pada masa ini, KGC dizonkan sebagai ‘Green Belt” dan sudah tentunya kewujudan KGC akan memberi nilai tambah kepada TAED dan pembangunan sekitarnya,” katanya ketika merasmikan Hari KGC di kelab tersebut di Tanjung Aru, di sini, hari ini.
 
Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) turut menyokong hasrat yang disuarakan oleh Presiden KGC, Datuk Joannes Solidau untuk berkerjasama dengan TAED bagi mendapatkan sokongan dan bantuan daripada Kerajaan Negeri untuk memberikan tanah bagi pembinaan 9 lubang lagi supaya KGC menjadi padang golf 18 lubang (18-hole golf course).

“Walaupun saya tidak mempunyai maklumat samada terdapat lagi kawasan tanah kerajaan yang berhampiran yang boleh dijadikan sebagai padang golf, tetapi saya secara peribadi amat menyokong cadangan tersebut. Apa yang penting adalah usaha dan perancangan yang baik dan konsisten daripada KGC.
 
“Dalam pengamatan saya, KGC mempunyai potensi baik untuk mengharumkan lagi reputasi Bandaraya Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya yang sejahtera, menarik dan sebagai destinasi pelancongan dari luar dan dalam negara. Penganjuran kejohanan golf seperti KGC Open, Senior Open dan Ladies & Youth Open Golf Tournament sudah tentu boleh membantu Kerajaan Negeri dalam usaha meningkatkan lagi sektor pelancongan golf (golf tourism),” katanya.

Menurut beliau, KKTP melalui Pihak Berkuasa Tempatan di Sabah sedang berusaha untuk mengutamakan kebersihan dan keceriaan di setiap bandar dan pekan di seluruh Sabah.

“Usaha tersebut tidak akan mencapai matlamatnya tanpa kerjasama semua pihak termasuk kelab-kelab golf di seluruh Sabah. Oleh itu, saya mempunyai keyakinan tinggi kepada pihak pengurusan KGC dan ahli-ahli KGC untuk meneruskan program-program yang mampan bagi menyokong aspirasi Kerajaan Negeri dalam pemuliharaan dan kelestarian alam sekitar,” ujarnya.

Dr. Joachim yang juga merupakan ahli KGC turut berbangga dan mengalu-alukan usaha AJK KGC menganjurkan Hari KGC dan mengisinya dengan aktiviti menanam pokok, gotong-royong membersih dan menutup divot-divot di padang golf dan perasmian pembukaan Buggy Shed.

Selain itu, turut diadakan pertandingan golf 9 lubang menggunakan 3 batang kayu golf dan putter.

Hari KGC diadakan dengan objektif utamanya untuk memperingati penubuhannya yang telah dicatatkan pada bulan Mac 1933., iaitu 90 tahun yang lalu.

Kedudukan KGC yang berhampiran dengan laut dan Pusat Bandaraya Kota Kinabalu amat strategik dan menjadi aset utama bukan sahaja kepada kelab tersebut tetapi juga kepada Bandaraya Kota Kinabalu dan Negeri Sabah.

Terdahulu, Joannes dalam ucapannya berkata, selain untuk memperingati penubuhan KGC, Hari KGC juga bertujuan untuk memperbaharui dan meningkatkan semangat kerjasama dan silatulrahim di kalangan ahli yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan.

“Salah satu keunikan dan kebaikan KGC adalah kemesraan dan sikap toleransi yang tinggi dikalangan ahli-ahli KGC. Selama saya menjadi ahli KGC hampir 30 tahun, saya rasa selesa dengan suasana yang harmoni tanpa wujudnya diskriminasi dan amalan berpuak-puak. Suasana ini harus kita kekalkan dan pelihara supaya KGC terus menjadi sebuah Kelab Golf yang ideal dan pilihan terbaik,” katanya.

Beliau juga berterima kasih kepada semua yang menderma pokok dan bunga yang ditanam pada hari tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/05/kgc-bakal-dapat-manfaat-pembangunan-taed/feed/ 0 30320
Sabah peruntukkan RM97.5 juta untuk pembangunan belia dan sukan tahun ini https://sabahmedia.com/2023/02/23/sabah-peruntukkan-rm97-5-juta-untuk-pembangunan-belia-dan-sukan-tahun-ini/ https://sabahmedia.com/2023/02/23/sabah-peruntukkan-rm97-5-juta-untuk-pembangunan-belia-dan-sukan-tahun-ini/#respond Thu, 23 Feb 2023 06:44:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29930
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM97.5 juta kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah untuk pembangunan belia dan sukan, menaik taraf kemudahan sukan dan penyediaan pengajian sains sukan pada tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, ini mencerminkan Kerajaan Negeri komited untuk memajukan pembangunan sukan di Sabah.

“Sebagai Ketua Menteri Sabah, saya mahu melihat Sabah melahirkan lebih ramai atlet yang hebat dan ahli sukan yang akan membawa kegemilangan sukan kepada negeri dan negara kita.

“Ramai yang telah cemerlang dan membanggakan Sabah dan daerah di peringkat kebangsaan serta di
arena sukan antarabangsa,” katanya pada pelancaran media Kejohanan Ragbi Borneo Sevens 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini hari ini.

Ucapan beliau disampaikan oleh Timbalan Ketua Menteri II/Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam.

Beliau berkata, tumpuan juga perlu diberikan kepada sukan seperti ragbi supaya bakat muda boleh ditemui dan diolah.

“Sabah, seperti yang kita sedia maklum sudah pun menjadi salah satu ‘power-house’ sukan ragbi di Malaysia dan saya amat berbangga kerana pasukan ragbi lelaki Sabah telah cemerlang dan berjaya memenangi
sebanyak lima kali dalam Kejohanan Piala Agong yang berprestij setakat ini. Ini petanda baik untuk sukan ragbi di negeri ini dan saya ingin melihat pasukan ragbi kita melonjak ke tahap yang lebih tinggi,” katanya.

Ketua Menteri berkata bersama Sabah Rugby Union dan Eagles Rugby Club antara perintis dalam melaksanakan teknik dan modul terkini dalam pembangunan sukan, beliau boleh meramalkan masa depan yang baik untuk permainan di sini.

“Saya gembira mengetahui bahawa pertubuhan Ragbi Sabah telah menetapkan standard dalam sukan
pembangunan yang patut dicontohi ramai,” katanya dan yakin pengurusan ragbi Sabah mempunyai kemampuan.

“Dengan kehadiran pasukan luar negara ternama dan pasukan terbaik Malaysia beraksi, peminat sukan khususnya peminat ragbi akan dijamu dengan kecemerlangan ragbi
pada Mac akan datang ini.

“Saya yakin Borneo Sevens akan terus berkembang, berprestij untuk menjadi acara teras dalam kalendar kejohanan untuk semua pasukan ragbi di rantau ini,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/23/sabah-peruntukkan-rm97-5-juta-untuk-pembangunan-belia-dan-sukan-tahun-ini/feed/ 0 29930
Mohon Majlis Sukan Negara Luluskan Kebenaran Pembangunan Kompleks Sukan Para Sabah – PESRON Sabah https://sabahmedia.com/2022/03/17/mohon-majlis-sukan-negara-luluskan-kebenaran-pembangunan-kompleks-sukan-para-sabah-pesron-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/03/17/mohon-majlis-sukan-negara-luluskan-kebenaran-pembangunan-kompleks-sukan-para-sabah-pesron-sabah/#respond Thu, 17 Mar 2022 01:48:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13102
Read Time:3 Minute, 17 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Pasukan atlet para Sabah meraih 17 pingat emas dalam acara renang dan lima pingat emas serta empat pingat perak menerusi acara ping pong semasa Sirkit Sukan Para Kebangsaan yang telah diadakan di Kuala Lumpur pada 8 Mac hingga 12 Mac baru-baru ini.

Presiden Persatuan Sukan Dan Rekreasi Untuk Orang Kurang Upaya Negeri Sabah (PESRON Sabah), Tan Hwa Koon berkata, atlet para negeri semakin menyaksikan prestasi yang cemerlang dalam acara sukan yang disertai namun ketiadaan pusat latihan bagi atlet-atlet para menjadi kekangan untuk mereka membuat latihan dengan lebih baik lagi.

Pasukan atlet para Sabah (ping pong).
Pasukan atlet para Sabah (ping pong).
Atlet para Aliff Aldih, 16, ( kanan) menerima pingat emas dalam acara ping pong dan Jurulatih Thien Teck Leong.
Atlet para Aliff Aldih, 16, ( kanan) menerima pingat emas dalam acara ping pong dan Jurulatih Thien Teck Leong.
Jurulatih renang dari kiri Roni Safihin Ibrahim, Eva Wong Hie Ning dan Ian Cheng Hong Ming.
Jurulatih renang dari kiri Roni Safihin Ibrahim, Eva Wong Hie Ning dan Ian Cheng Hong Ming.
Pasukan atlet para Sabah (Renang) dan jurulatih.
Pasukan atlet para Sabah (Renang) bersama jurulatih.

Susulan dengan masalah itu, Tan ingin memohon Kementerian Sukan Sabah mendapatkan kelulusan daripada Majlis Sukan Negara untuk membenarkan Sabah mempunyai pusat latihan sendiri dan latihan masing-masing dijalankan di negeri ini untuk semua atlet sukan, berkebolehan dan kurang upaya. Beliau juga memaklumkan kesemua pemenang pingat adalah atlet terlatih tempatan (Sabah).

“Dengan membenarkan atlet para berlatih di tempat asal mereka akan membolehkan mereka lebih menumpukan perhatian kerana mereka lebih dekat dengan keluarga mereka.

“Lebih-lebih lagi, Sabah mempunyai jurulatih sukan para yang berkelayakan dan komited dan kemudahan yang disediakan oleh Kementerian Sukan Sabah adalah sangat baik dan bertaraf kebangsaan,” kata Tan dalam kenyataan medianya.

Tan turut menyatakan, atlet para negeri perlu diberi peluang menghadiri pemilihan dan juga diberi peluang mewakili negara.

“Ini adalah adil kerana Sabah telah melahirkan beberapa atlet yang layak ke kejohanan antarabangsa termasuk Sukan Olimpik. Ada banyak kali, atlet berpotensi negeri kita diketepikan tanpa sebab. PESRON Sabah berharap semua badan sukan negeri menyokong idea ini,’ jelasnya.

Tan menambah, keputusan memberangsangkan itu telah membuktikan keupayaan jurulatih para negeri dan PESRON Sabah juga menantikan pembangunan Kompleks Sukan Para Sabah dalam masa terdekat.

Berikutan dengan perkara itu, presiden dan ahli Jawatankuasa PESRON Sabah akan membuat kunjungan hormat ke Kementerian Sukan ini tidak lama lagi.

Dalam pada itu, Kejohanan Ping Pong 1 Para Kebangsaan 2022 yang telah berlangsung selama lima hari bermula 8 Mac hingga 12 Mac 2022 di Pusat Kecemerlangan Sukan Paralimpik Kg. Pandan bersama pasukan Pingpong Para Sabah yang diketuai oleh Ketua Jurulatih Thien Teck Leong dan penolong jurulatih Safwanizam Suhaibul, Anibah Duani, Wong Hang Wah dan Tina Yip Shuk Fen berjaya meraih lima pingat emas dan empat perak.

Sementara itu di kolam renang negara, Bukit Jalil, (8 Mac – 10 Mac 2022) Perenang Para Sabah memperolehi sejumlah 17 pingat emas dan satu pingat perak dalam pelbagai kategori yang disertai. Mengetuai perenang para ialah Ketua Jurulatih Eva Wong Hie Ning dan 2 orang pembantunya iaitu Ian Cheng Hong Ming dan Jurulatih renang para yang berpangkalan di Sandakan Roni Safihin Ibrahim.

Atlet- atlet para yang berjaya meraih pingat dalam acara ping pong iaitu Mohd Lizan Mat Sittim Wheelchair Men Individual (TT3) (emas), Micheal Tham Kah Fong Wheelchair Men Individual (TT3) (emas), Harman Halion Wheelchair Men Individual (TT5) (pingat perak), Mohd Nazizul Hamzah Standing Men Individual (TT7) (emas),Mohd Khairul Nizam Sulaiman Standing Men Individual (TT7) (pingat perak), Aliff Aldih Standing Men Individual (TT9) (emas), Gujile Gandila Standing Men Individual (TT10) (pingat perak), Nur Bazli Arola Standing Men Individual (TT10) (pingat perak) dan Rahimah Andungai Wheelchair Women Individual (TT3) (emas).

Manakala acara renang iaitu Brenda Anellia Larry Fizikal category (S4) meraih 4 emas dari 50m backstroke, 100m freestyle, 100m backstroke and 150m individual medley, Ethan Khoo Yin Yun Illetectual disability (S14) peroleh 4 emas dari 100m dan 200m freestyle, 100m backstroke dan 200m individual medley, Abd Halim Mohammad Fizikal (S8) mendapat 4 emas dari 50m dan 100m breaststroke, 50m dan100m freestyle, Jaynie Jamirin Fizikal (S9), peroleh 2 emas dari 50m free style dan 50m backstroke serta satu gangsa dari 50m breaststroke, Wahyu Eqwal Nazrey Fizikal (S5) peroleh 3 emas dari 50m butterfly, backstroke dan freestyle.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/17/mohon-majlis-sukan-negara-luluskan-kebenaran-pembangunan-kompleks-sukan-para-sabah-pesron-sabah/feed/ 0 13102
Ketua Jabatan Negeri, Persekutuan Perlu Pastikan Projek Pembangunan Dilaksanakan Segera – Hajiji https://sabahmedia.com/2022/03/04/ketua-jabatan-negeri-persekutuan-perlu-pastikan-projek-pembangunandilaksanakan-segera-hajiji/ https://sabahmedia.com/2022/03/04/ketua-jabatan-negeri-persekutuan-perlu-pastikan-projek-pembangunandilaksanakan-segera-hajiji/#respond Fri, 04 Mar 2022 09:02:52 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12703
Read Time:1 Minute, 57 Second

KOTA KINABALU: Semua ketua jabatan negeri dan persekutuan digesa memastikan semua projek yang mendapat kelulusan bajet untuk Rolling Plan 2, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dilaksanakan segera bagi membolehkan rakyat cepat mendapat manfaatnya.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tiada lagi alasan kelewatan pelaksanaan sesuatu projek disebabkan situasi penularan COVID-19 seperti sebelum ini.

Katanya, kelewatan dalam melaksanakan projek-projek yang telah diluluskan akan merugikan rakyat dan kerajaan, serta menafikan hak rakyat terhadap manfaat yang sepatutnya mereka diterima, selain akan meningkatkan lagi kos pelaksanaan.

“Semua projek hendaklah dilaksanakan segera khususnya projek-projek yang berbentuk “touch points”. Semua agensi hendaklah cuba untuk ‘facilitate’ semua pelaksanaan projek yang telah diluluskan dan bukan sebaliknya”, katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Sabah Bil.1/2022 di Menara Kinabalu, hari ini.

Mesyuarat itu turut disertai oleh Timbalan Ketua Menteri ll / Menteri Pertanian dan Perikanan Negeri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Jahid Jahim, Menteri Tugas-Tugas Khas,Datuk Haji Mohd Arifin bin Haji Mohd Arif, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ellron Angin, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untong dan Setiausaha Persekutuan Sabah, Dato’ Sarul Bahiyah Abu.

Hajiji berkata, aktiviti ekonomi perlu terus bergerak dan program/projek pembangunan perlu dirancakkan, selain sistem pendidikan perlu terus berjalan.

“Justeru kita perlu gandakan pemanduan, gariskan pelan tindakan yang mantap, rencanakan strategi yang ampuh, selusuri carta perbatuan yang munasabah yang memberikan impak yang tinggi bukan sahaja kepada organisasi tetapi kepada rakyat yang memerlukan”, tegasnya.

Katanya, terdapat beberapa penambahbaikan dalam strategi utama dan struktur Arahan No. 1, 2022, Antaranya ialah penubuhan semula Jawatankuasa Tindakan Pembangunan Negeri (JTPNg) Sabah yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, jawatankuasa bagi Focus Group Kesejahteraan Rakyat Peringkat Negeri (FGN) juga dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri dan Focus Group Kesejahteraan Rakyat Peringkat Daerah (FGD) yang dipengerusikan oleh pegawai-pegawai daerah.

Beliau menyeru semua Jawatankuasa memainkan peranan dan fungsi sewajarnya dalam memastikan pelaksanaan mesyuarat mengikut ketetapan Arahan No. 1, 2022.

“Sekiranya terdapat masalah atau isu dalam pelaksanaan program atau projek pembangunan yang tidak dapat diselesaikan di peringkat daerah, maka ianya hendaklah dikemukakan ke peringkat seterusnya seperti yang ditetapkan dalam struktur arahan tersebut”, tegasnya.

Beliau turut mengumumkan pelantikan Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah binti Mohd Yusof sebagai ahli baharu MTPNg Sabah, selaras dengan Arahan No. 1 Tahun 2022.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/04/ketua-jabatan-negeri-persekutuan-perlu-pastikan-projek-pembangunandilaksanakan-segera-hajiji/feed/ 0 12703
Kerajaan GRS Beri Penekanan Kepada Pembangunan Modal Insan https://sabahmedia.com/2022/03/03/kerajaan-grs-beri-penekanan-kepada-pembangunan-modal-insan/ https://sabahmedia.com/2022/03/03/kerajaan-grs-beri-penekanan-kepada-pembangunan-modal-insan/#respond Thu, 03 Mar 2022 09:44:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12687
Read Time:2 Minute, 17 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan terus memberi penekanan kepada pembangunan modal insan selain memberi tumpuan kepada sektor utama Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk merangsang pertumbuhan dan pemulihan ekonomi di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, penekanan terhadap Pembangunan Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat merupakan teras kedua Pelan Hala Tuju SMJ.

“Saya telah menyatakan perkara ini dalam Bajet 2022 Negeri kita, di mana terdapat dana yang besar diperuntukkan kepada agensi dan kementerian berkaitan untuk pembangunan modal insan,” katanya pada Majlis Anugerah Shell LiveWIRE Sabah 2021 di Hilton Kota Kinabalu di sini Khamis.

Menteri Belia dan Sukan Negeri, Datuk Ellron Alfred Angin mewakili dan menyampaikan ucapan Ketua Menteri pada majlis tersebut.

Hajiji berkata, sejumlah RM24 juta diperuntukkan kepada Pembangunan Sumber Manusia Jabatan untuk menjalankan kursus dan latihan kemahiran dalam teknologi, teknikal dan perdagangan bagi memperkukuh pembangunan modal insan serta melahirkan insan yang berwibawa dan generasi berdaya tahan.

Ini termasuk Program Pembangunan Bakat dan Keusahawanan Sabah untuk membantu belia yang hilang punca pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Platform terkini yang ditubuhkan ialah Pusat Produk Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Kota Kinabalu, Beaufort dan Ranau serta kerjasama dengan rangkaian pasar raya.

“Ini akan meningkatkan sektor runcit tempatan bagi mereka yang berhasrat untuk meningkatkan perniagaan mereka.

“Sebanyak RM5.76 juta juga diperuntukkan untuk menubuhkan empat lagi Pusat Industri Kecil dan Sederhana (IKS) pada 2022 di peringkat daerah untuk memasarkan produk IKS.

Begitu juga dengan Program Bantuan IKS (BAIKS) yang telah membantu seramai 3,269 usahawan di negeri ini akan dipergiatkan,” katanya.

Dalam pada itu, Hajiji turut memuji Shell kerana memperkenalkan program pembangunan keusahawanan di Sabah tujuh tahun lalu yang memberi manfaat kepada golongan muda di negeri ini.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri mengalu-alukan sokongan semua pihak termasuk sektor swasta untuk melengkapkan usaha pembangunannya seperti yang digariskan dalam tempoh lima tahun rancangan pembangunan negeri, Hala Tuju SMJ.

“Saya gembira mengetahui bahawa program Shell LiveWIRE telah menyokong usahawan tempatan untuk mengakses pengetahuan, kemahiran, rangkaian dan sumber serta mengubah idea perniagaan menjadi perusahaan yang berjaya,” katanya.

Hajiji menggalakkan usahawan baru untuk mencari dan mengambil kesempatan daripada inisiatif kerajaan serta memanfaatkan peluang seperti program Shell LiveWIRE ini.

Beliau juga turut menggesa usahawan di negeri ini supaya berfikir di luar kotak dan menerima pakai pendekatan baharu untuk berjaya dalam dunia yang kompetitif dan cepat berubah.

“Anda perlu menonjol, dinamik dan proaktif serta bercita-cita untuk melihat melangkaui pasaran tempatan dan sempadan. Terokai peluang untuk melepasi halangan ini dan menuju secara global; memanfaatkan peluang contohnya dalam e-Dagang atau bersedia untuk bekerjasama dengan usahawan lain dalam dan luar Sabah,” katanya.

Ketua Menteri mengucapkan tahniah kepada lima penerima muda Anugerah Shell LiveWire 2021 yang berjaya melontarkan idea perniagaan mereka untuk memenangi wang tunai RM10,000 setiap seorang untuk mengembangkan perniagaan mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/03/kerajaan-grs-beri-penekanan-kepada-pembangunan-modal-insan/feed/ 0 12687