Pembantu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 29 Dec 2021 05:35:38 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pembantu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pasangan Suami Isteri Dituduh Di Mahkamah Hari Ini, Dera Pembantu Rumah https://sabahmedia.com/2021/12/29/pasangan-suami-isteri-dituduh-di-mahkamah-hari-ini-dera-pembantu-rumah/ https://sabahmedia.com/2021/12/29/pasangan-suami-isteri-dituduh-di-mahkamah-hari-ini-dera-pembantu-rumah/#respond Wed, 29 Dec 2021 05:25:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10430
Read Time:1 Minute, 1 Second

PENAMPANG: Pasangan suami isteri yang ditahan, dituduh di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini dipercayai mendera pembantu rumah mereka sehingga menyebabkan kematian.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, kertas siasatan selesai sepenuhnya hasil daripada tahanan reman yang dijalankan terhadap kedua-dua suspek seterusnya dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwaraya sebelum diarahkan pertuduhan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Pasangan berusia 40 dan 33 tahun itu dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian seorang pembantu rumah berusia 28 tahun di rumah mereka di sebuah kondominium di Jalan Lintas Lido, dekat sini.

“Kejadian dilaporkan pada 13 Disember lalu apabila pasangan terbabit mendakwa menemui pembantu rumah mereka meninggal dunia selepas pulang dari bercuti di Kundasang.

“Bagaimanapun siasatan lanjut mendapati mangsa mengalami beberapa kecederaan termasuk melecur di sebahagian badan,” katanya.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I untuk proses bedah siasat.

“Manakala kedua-dua suspek terus ditahan bagi membantu siasatan lanjut sebelum pendakwaan dijalankan hari ini,” jelasnya.

Sebelum ini satu portal tempatan melaporkan pasangan suami isteri keluarga VVIP sabah, dera pembantu rumah sehingga mati dibebaskan reman.

Menurut laporan itu, pembantu rumah berusia 28 tahun yang berketurunan bugis mati selepas didera teruk oleh pasangan suami isteri ” keluarga VVIP Sabah itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/29/pasangan-suami-isteri-dituduh-di-mahkamah-hari-ini-dera-pembantu-rumah/feed/ 0 10430
Pembantu Menteri KBS Terima Kunjungan Hormat Pengarah Sabah FC https://sabahmedia.com/2021/06/26/pembantu-menteri-kbs-terima-kunjungan-hormat-pengarah-sabah-fc/ https://sabahmedia.com/2021/06/26/pembantu-menteri-kbs-terima-kunjungan-hormat-pengarah-sabah-fc/#respond Sat, 26 Jun 2021 06:42:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2000
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri, Andy Muhammad Surady Bandy menerima kunjungan hormat Pengarah Sabah FC yang baharu, Datuk Dr. Jelani Hamdan di pejabatnya, kelmarin (25 Jun).

Turut bersama Jelani yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) dalam kunjungan itu ialah Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar dan Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom.

Menurut Andy, perbincangan mereka menjurus kepada soal pelan dan tindakan berhubung perancangan pembangunan bolasepak negeri, tapak tanah SAFA dan usahasama mengenai cadangan pengendalian Stadium Likas.

“Ia bertujuan untuk memantapkan lagi kewangan dan pentadbiran jangka masa panjang badan bolasepak itu,”katanya.

Pembantu Menteri itu memberitahu, turut dibincangkan ialah Akademi bolasepak SAFA yang mendapat tajaan Petronas melalui Kementerian Belia dan Sukan.

Selain itu, kata Andy, pihaknya juga tertarik dengan prestasi yang ditunjukkan Sabah FC dalam saingan Liga Super yang memberangsangkan.

“Pencapaian kelab itu dalam carta Liga Super 2021 agak baik kerana berjaya melonjak ke kedudukan tangga ketujuh selepas mengharungi 13 perlawanan,” ujar beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/26/pembantu-menteri-kbs-terima-kunjungan-hormat-pengarah-sabah-fc/feed/ 0 2000