Pembentungan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 23 Jan 2026 06:13:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pembentungan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penumpang maut, pemandu cedera, pacuan empat roda terbabas dalam lubang pembentungan https://sabahmedia.com/2026/01/23/penumpang-maut-pemandu-cedera-pacuan-empat-roda-terbabas-dalam-lubang-pembentungan/ https://sabahmedia.com/2026/01/23/penumpang-maut-pemandu-cedera-pacuan-empat-roda-terbabas-dalam-lubang-pembentungan/#respond Fri, 23 Jan 2026 06:08:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90217
Read Time:1 Minute, 11 Second

LAHAD DATU: Seorang penumpang maut manakala pemandu cedera selepas kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka terbabas sendiri sebelum melanggar penghadang dan terjatuh ke dalam lubang pembentungan sedalam kira-kira tujuh meter di Jalan Pantai menghala ke Bandar Lahad Datu, pagi Jumaat.

Pacuan empat roda yang dinaiki dua mangsa lelaki terbabas lalu terjatuh ke dalam lubang pembentungan yang sedang dalam pembinaan di sini pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.04 pagi sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lahad Datu digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Vigo yang dinaiki dua orang mangsa lelaki didapati terjatuh ke dalam lubang pembentungan (jacking pit) berukuran kira-kira 6.5 meter lebar yang sedang dalam pembinaan.

“Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba menggunakan tali dan pengusung. Bagaimanapun, penumpang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian, manakala pemandu mengalami kecederaan patah tangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mangsa maut dikenal pasti sebagai Muhammad Almadi Hassan, manakala pemandu yang cedera ialah Wilyamil Ahajul, 34 tahun, dan dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

Tindakan pihak bomba seterusnya memasang sawar-sawar di lokasi kejadian sebelum operasi menyelamat ditamatkan sepenuhnya pada jam 9.07 pagi selepas kawasan kejadian dipastikan selamat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/23/penumpang-maut-pemandu-cedera-pacuan-empat-roda-terbabas-dalam-lubang-pembentungan/feed/ 0 90217
Pengurusan, penyelenggaraan sistem pembentungan di KK kini dibawah JPPS https://sabahmedia.com/2024/10/22/pengurusan-penyelenggaraan-sistem-pembentungan-di-kk-kini-dibawah-jpps/ https://sabahmedia.com/2024/10/22/pengurusan-penyelenggaraan-sistem-pembentungan-di-kk-kini-dibawah-jpps/#respond Tue, 22 Oct 2024 06:17:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=62559
Read Time:41 Second

Kota Kinabalu : Pengurusan dan penyelenggaraan sistem pembentungan di Bandaraya Kota Kinabalu kini dibawah bidang kuasa Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah (JPPS) berkuatkuasa 02 Oktober lalu.

Datuk Bandar Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah berkata, pengurusan bagi sistem itu sebelum ini adalah dibawah kendalian Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

Katanya, penyerahan itu termasuklah semua aset-aset pembetungan DBKK.

“Antaranya adalah seperti rumah loji kumbahan, stesen rumah pam dan saluran kumbahan di seluruh kawasan Bandaraya Kota Kinabalu. 

“Selain daripada itu, semua pelan-pelan pembetungan yang sebelum ini dikemukakan kepada DBKK oleh pihak pemaju melalui juruperunding akan diproses dan diluluskan oleh JPPS,” katanya dalam kenyataan di sini.

Sabin berkata, untuk tujuan penyaluran aduan dan pertanyaan lanjut, orang awam boleh menghubungi JPPS di talian 019-6455577, 1-800-88-7985 (CareLine) atau emel ke [email protected]. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/22/pengurusan-penyelenggaraan-sistem-pembentungan-di-kk-kini-dibawah-jpps/feed/ 0 62559