PEMERKASA – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 14 Aug 2021 09:27:57 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png PEMERKASA – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 3,908 Pemandu E-Hailing Terima Bantuan ‘One-Off’ Isnin Depan https://sabahmedia.com/2021/08/14/3908-pemandu-e-hailing-terima-bantuan-one-off-isnin-depan/ https://sabahmedia.com/2021/08/14/3908-pemandu-e-hailing-terima-bantuan-one-off-isnin-depan/#respond Sat, 14 Aug 2021 09:27:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4614
Read Time:1 Minute, 24 Second

KOTA KINABALU : Seramai 3,908 orang pemandu e-hailing Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan akan menerima bantuan one-off sebanyak RM500 yang akan mula disalurkan 16 Ogos ini.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah Datuk Chin Kim Hiung berkata, bantuan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) Fasa Satu itu melibatkan peruntukan sebanyak RM1.95 juta.

“Bayaran bantuan PEMERKASA Plus Fasa Satu ini merupakan lanjutan daripada pembayaran kepada 2588 orang pemandu teksi dan kereta sewa, bas sekolah serta bas pelancong yang telah disalurkan bermula 27 Julai lalu melibatkan peruntukan sebanyak RM1.29 juta.

“Sehingga rayuan ditutup pada 9 Ogos lalu, 2021, LPKP Sabah menerima 4627 senarai nama pemandu e-hailing daripada syarikat pengendali e-hailing (EHO) untuk saringan penerima bantuan PEMERKASA Plus iaitu seramai 4461 orang pemandu GRAB, 54 orang pemandu Maxim dan 112 orang pemandu MyCar,” katanya.

Chin berkata, daripada jumlah 4627 senarai pemandu e-hailing yang diterima, hanya 3908 orang yang layak menerima bantuan selepas memenuhi kritera yang ditetapkan.

Katanya, semakan senarai pemandu e-hailing yang layak menerima bantuan PEMERKASA Plus boleh dibuat melalui pautan http://www.lpkpsabah.gov.my/pemerkasa.

“Selaku Pengerusi LPKP Sabah, sekali lagi saya ingin menekankan bahawa kerajaan sentiasa prihatin terhadap nasib pemandu pengangkutan awam di Sabah.

“Jumlah keseluruhan sebanyak RM3.24 juta yang diperuntukkan menerusi PEMERKASA Plus kepada golongan ini menunjukkan kerajaan tidak pernah mengabaikan mereka,” katanya.

Katanya, adalah diharapkan agar bantuan daripada kerajaan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pemandu yang terlibat sepanjang tempoh pandemik ini.

Tambahnya, pihaknya juga diingatkan agar semua pemandu pengangkutan awam di Sabah sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kita sama-sama dapat mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/14/3908-pemandu-e-hailing-terima-bantuan-one-off-isnin-depan/feed/ 0 4614
Bayaran Bantuan One-Off RM500 PEMERKASA Plus fasa 1 untuk pemandu pengangkutan awam di Sabah bermula hari ini https://sabahmedia.com/2021/07/29/bayaran-bantuan-one-off-rm500-pemerkasa-plus-fasa-1-untuk-pemandu-pengangkutan-awam-di-sabah-bermula-hari-ini/ https://sabahmedia.com/2021/07/29/bayaran-bantuan-one-off-rm500-pemerkasa-plus-fasa-1-untuk-pemandu-pengangkutan-awam-di-sabah-bermula-hari-ini/#respond Thu, 29 Jul 2021 10:02:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3759
Read Time:1 Minute, 51 Second

KOTA KINABALU: Bantuan one-off sebanyak RM500 di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat Dan Ekonomi Tambahan (PEMERKASA Plus) Fasa 1 kepada 2588 orang pemandu pengangkutan awam di Sabah akan mula disalurkan hari ini oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah yang melibatkan RM1.29 juta peruntukan.

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung berkata, pecahan jumlah penerima bantuan PEMERKASA Plus Fasa 1 ini merangkumi pemandu teksi dan kereta sewa seramai 1818 orang, diikuti oleh pemandu bas pelancong seramai 391 orang dan seterusnya pemandu bas sekolah seramai 379 orang.

“Penerima bantuan PEMERKASA Plus Fasa 1 ini merupakan penerima sedia ada yang telah menerima bantuan PERMAI dan Geran Khas Prihatin (GKP) yang akan menerima bantuan ini secara automatik menerusi akaun bank masing-masing,” kata Chin dalam satu kenyataan media hari ini.

LPKP Sabah juga telah menerima senarai nama bagi 4627 pemandu e-hailing daripada syarikat pengendali e-hailing (EHO) untuk saringan penerima bantuan PEMERKASA Plus iaitu seramai 4461 orang pemandu GRAB, 54 orang pemandu Maxim dan 112 orang pemandu MyCar.

Menurut Chin, jumlah pemandu e-hailing yang layak bantuan selepas saringan oleh LPKP Sabah adalah sebanyak 3690 orang pemandu GRAB, 44 orang pemandu Maxim dan 106 orang pemandu MyCar.

Walau bagaimanapun, jumlah selebihnya telah ditolak kerana tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan iaitu pemandu perlu mencapai sasaran pendapatan sekurang-kurangya RM500 sebulan dalam mana-mana tempoh dari Januari hingga Mei 2021 dan pemandu perlu mempunyai lesen EVP (e-vehicle permit) dan lesen PSV (public service vehicle) yang masih aktif pada atau selepas 31 Mac 2021.

Semakan bagi senarai pemandu e-hailing yang layak menerima bantuan PEMERKASA Plus boleh dibuat melalui pautan http://www.lpkpsabah.gov.my/pemerkasa.

Bagi mereka yang tidak layak, rayuan boleh dihantar kepada LPKP Sabah menerusi emel [email protected] beserta dokumen sokongan yang berkaitan sebelum 9 Ogos 2021.

Manakala, pembayaran bantuan bagi pemandu e-hailing akan dibuat selepas tempoh rayuan ditutup.

“Adalah diharapkan agar bantuan daripada kerajaan ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban pemandu yang terlibat sepanjang tempoh pandemik ini.

“Suka juga diingatkan agar semua pemandu pengangkutan awam di Sabah sentiasa mematuhi SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan agar kita sama-sama dapat mengekang penularan pandemik COVID-19 di negara ini,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/29/bayaran-bantuan-one-off-rm500-pemerkasa-plus-fasa-1-untuk-pemandu-pengangkutan-awam-di-sabah-bermula-hari-ini/feed/ 0 3759