Pemilihan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 20 Dec 2022 10:42:12 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pemilihan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemilihan pemain Piala Presiden dan Piala Belia musim 2023 https://sabahmedia.com/2022/12/20/pemilihan-pemain-piala-presiden-dan-piala-belia-musim-2023/ https://sabahmedia.com/2022/12/20/pemilihan-pemain-piala-presiden-dan-piala-belia-musim-2023/#respond Tue, 20 Dec 2022 10:42:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26612
Read Time:1 Minute, 11 Second

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Sepak Negeri Sabah (SAFA) akan mengadakan sesi pemilihan pemain bagi membawa cabaran pasukan Piala Presiden dan Piala Belia untuk menghadapi saingan musim 2023.

Setiausaha Agung SAFA, Datuk Dr Jelani Hamdan berkata, sesi pemilihan berkenaan dijangka akan diadakan menjelang Januari tahun hadapan membabitkan lapan zon di seluruh negeri ini.

Katanya, keputusan itu diambil hasil perbincangan dengan Presiden SAFA, Datuk Seri Bung Moktar Radin pada 5 Disember lalu.

“Perbincangan berkenaan memutuskan pasukan untuk kedua-dua kejohanan ini akan dikendalikan oleh SAFA sendiri,” katanya kepada pemberita di pejabatnya hari ini.

Menurut Jelani, sesi pemilihan ini bertujuan untuk mencari pemain berkaliber bagi memantapkan lagi saingan pasukan Sabah dalam kedua-dua kejohanan berkenaan.

“Bagaimanapun, tarikh dan lokasi sesi pemilihan itu akan diumumkan sebaik pihak pengurusan SAFA dapat mengesahkan mengikut kesesuaian.

“Pemilihan ini terbuka kepada semua pemain bawah 18 dan 20 tahun yang ingin melangkah lebih jauh dalam sukan bola sepak,” katanya.

Beliau berkata, sesi pemilihan berkenaan akan dikendalikan panel pemilihan yang diketuai Pengarah Teknikal SAFA, Omar Maya Amat bersama barisan penyelaras dilantik dengan kerjasama SAFA daerah.

“Antara barisan kejurulatihan yang bakal dijemput untuk membantu dalam sesi pemilihan ini termasuklah Jelius Ating, Burhan Ajui dan Irwan Jamil.

“Justeru, ini adalah peluang terbuka kepada mana-mana lepasan sekolah atau pemain bawah 20 tahun yang ingin mengetengahkan bakat mereka.

“Kita mengharapkan pemain yang hadir pada sesi pemilihan itu nanti dapat menunjukkan prestasi terbaik sekaligus mampu memikat panel pemilihan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/20/pemilihan-pemain-piala-presiden-dan-piala-belia-musim-2023/feed/ 0 26612
Joachim Gunsalam menang jawatan Timbalan Presiden PBS https://sabahmedia.com/2022/07/01/joachim-gunsalam-menang-jawatan-timbalan-presiden-pbs/ https://sabahmedia.com/2022/07/01/joachim-gunsalam-menang-jawatan-timbalan-presiden-pbs/#respond Fri, 01 Jul 2022 02:15:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=17790
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Perebutan jawatan timbalan presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) bagi kuota bumiputera bukan Islam yang menjadi perhatian pada pemilihan kali ini menyaksikan Datuk Dr Joachim Gunsalam berjaya memenanginya dengan keputusan tipis.

Joachim yang juga timbalan ketua menteri mengatasi Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Joniston Bangkuai.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang itu memperoleh 339 undi manakala Joniston yang juga ADUN Kiulu memperoleh 334 undi sementara sebanyak 65 undi rosak.

Walaupun tewas, Joniston kemudian dilantik sebagai ketua penerangan PBS.

Dua lagi yang dilantik adalah ADUN Matunggong Julita Majungki sebagai setiausaha agung dan Lu Kim Yen sebagai bendahari agung.

Dalam perkembangan sama, satu lagi jawatan timbalan presiden bagi kouta Cina dimenangi bekas ahli Parlimen Kota Kinabalu Yee Moh Chai.

Beliau mengatasi bekas ADUN Tanjung Aru Edward Yong Oui Fah dengan kelebihan 259 undi.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal dan Sarawak) Maximus Ongkili mengekalkan jawatan presiden selepas tidak dicabar.

Seorang lagi iaitu ADUN Tamparuli Jahid Jahim turut mengekalkan jawatan timbalan presiden bagi kuota bumiputera Islam selepas turut tidak dicabar.

Lain-lain keputusan ialah:

Naib Presiden :

  • Arthur Sen Siong Choo
  • Ruslan Muharam
  • Mursid Mohd Rais
  • Hendrus Anding
  • Johnny Mositun

Ahli Majlis Tertinggi:

  • Johnny Goh
  • Kong Nyuk Thou
  • Lim Vun Chan
  • Gan En Siong
  • Fazidah Mohd Yassin
  • Kasirin Kamiran
  • Juin Saman
  • Azmi Ahmad
  • Omar Abdul Hakim
  • Peter Jino Allion
  • Samuil Mopun
  • Fredolin Totin Bangon
  • Stanis Buandi
  • Suman Yasambun
  • William Majimbon
  • Masum Takin
]]>
https://sabahmedia.com/2022/07/01/joachim-gunsalam-menang-jawatan-timbalan-presiden-pbs/feed/ 0 17790