pemilik syarikat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 10 Jan 2025 10:07:58 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pemilik syarikat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemilik syarikat ditahan kemuka butir matan palsu RM 300,000 https://sabahmedia.com/2025/01/10/pemilik-syarikat-ditahan-kemuka-butir-matan-palsu-rm-300000/ https://sabahmedia.com/2025/01/10/pemilik-syarikat-ditahan-kemuka-butir-matan-palsu-rm-300000/#respond Fri, 10 Jan 2025 10:07:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=66738
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan menahan reman seorang pemilik syarikat kerana disyaki mengemukakan dokumen yang mengandungi butir matan palsu melibatkan kerja pendawaian senggaraan bangunan di sebuah agensi kerajaan di wilayah tersebut bernilai kira-kira RM300,000.

Perintah reman selama lima hari sehingga 15 Januari 2025 telah dikeluarkan Majistret Kasyfurrahman Abang Ahmad selepas SPRM membuat permohonan tersebut di Mahkamah Majistret Labuan pagi tadi.

Pengarah SPRM Labuan, Muhammat Azis Malmod ketika dihubungi media hari ini mengesahkan penahanan tersebut.

Menurutnya, suspek lelaki berusia 30-an telah ditahan kira-kira jam 5 petang semalam ketika hadir bagi memberi keterangan di SPRM Labuan.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2022.

“Suspek juga disyaki mengemukakan tuntutan yang mengandungi butir matan palsu bagi kerja pendawaian senggaraan bangunan bernilai kira-kira RM300,000 sedangkan kerja tersebut tidak dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/01/10/pemilik-syarikat-ditahan-kemuka-butir-matan-palsu-rm-300000/feed/ 0 66738
Pemilik syarikat ditahan kemuka tuntutan palsu bernilai RM200,000 https://sabahmedia.com/2024/07/29/pemilik-syarikat-ditahan-kemuka-tuntutan-palsu-bernilai-rm200000/ https://sabahmedia.com/2024/07/29/pemilik-syarikat-ditahan-kemuka-tuntutan-palsu-bernilai-rm200000/#respond Mon, 29 Jul 2024 13:48:09 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58265
Read Time:43 Second

KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini menahan seorang pemilik syarikat kerana disyaki mengemukakan tuntutan mengandungi butir matan palsu bagi tujuan mendapatkan sebut harga kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan dua buah sekolah di negeri tersebut bernilai kira-kira RM200,000.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy ketika dihubungi media hari ini mengesahkan tangkapan itu.

Katanya, suspek lelaki berusia sekitar 60-an telah ditahan kira-kira jam 9 pagi tadi ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM cawangan Tawau.

“Siasatan awal mendapati suspek dipercayai melakukan perbuatan tersebut pada tahun 2020.

“Suspek disyaki telah menggunakan penyata akaun bank palsu bagi mendapatkan sebut harga kerja-kerja baik pulih dan penyelenggaraan dua buah sekolah di negeri tersebut di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi (PPE),” katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Tawau, esok,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/29/pemilik-syarikat-ditahan-kemuka-tuntutan-palsu-bernilai-rm200000/feed/ 0 58265