pemimpin adat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 23 Jul 2024 01:37:36 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pemimpin adat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kekalkan hubungan baik dengan pemimpin terdahulu – Jahid https://sabahmedia.com/2024/07/23/kekalkan-hubungan-baik-dengan-pemimpin-terdahulu-jahid/ https://sabahmedia.com/2024/07/23/kekalkan-hubungan-baik-dengan-pemimpin-terdahulu-jahid/#respond Tue, 23 Jul 2024 01:37:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=57881
Read Time:1 Minute, 3 Second

Tamparuli : Para pemimpin adat yang baharu disaran agar sentiasa mendekati dan menjalin hubungan baik dengan dengan mana-mana bekas pemimpin adat yang diganti oleh mereka dalam tugasan di kampung.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata, para ketua kampung dan wakil ketua anak negeri perlu mengambil dan menimba segala ilmu yang ada, selain memperkukuhkan persahabatan dengan mantan ketua kampung mereka.

“Sekiranya ada persoalan, dekatilah mereka yang boleh memberi tunjuk ajar, nasihat dan pandangan, agar kampung yang dipimpin oleh anda, dapat ditadbir licin dan lancar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Ketua Adat Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli, di Pejabat Daerah Kecil Tamparuli, di sini semalam.

Hadir sama Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, Herman Tunggiging dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak.

Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamparuli, menekankan mereka yang dilantik untuk bekerja sebaik mungkin, agar pengetahuan baharu tersebut akan mempermudahkan lagi kelancaran mereka menjalankan tugasan nanti.

“Jagalah tatasusila dan perlakuan yang baik agar tidak mencemarkan nama baik kerajaan, dan tidak mencetuskan perkara-perkara yang boleh memudaratkan kita semua,” katanya.

Tiga orang penerima watikah terdiri daripada Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) Lim Ikat, Ketua Kampung Bukit Giling, KK Patrin Sabinus, dan Ketua Kampung Bantayan, KK Francis Sinail @ Faizal Mohd Sabree.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/07/23/kekalkan-hubungan-baik-dengan-pemimpin-terdahulu-jahid/feed/ 0 57881
Pemimpin adat diingatkan untuk sentiasa beri sokongan kepada Kerajaan https://sabahmedia.com/2024/01/26/pemimpin-adat-diingatkan-untuk-sentiasa-beri-sokongan-kepada-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2024/01/26/pemimpin-adat-diingatkan-untuk-sentiasa-beri-sokongan-kepada-kerajaan/#respond Thu, 25 Jan 2024 16:02:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48514
Read Time:54 Second

Ranau : Pemimpin adat di negeri diingatkan untuk sentiasa memberi sokongan kepada Kerajaan semasa yang mentadbir.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, mereka juga merupakan sebahagian daripada jentera di peringkat akar umbi bagi membantu Kerajaan.

“Justeru itu, para pemimpin adat adalah diingatkan agar sentiasa menjalankan kewajipan dengan bertanggungjawab dan memastikan suasana masyarakat juga terjaga.

“Pihak kementerian khususnya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemimpin adat yang mengkritik Kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyerahan baju pemimpin adat kepada semua ketua adat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang di sini semalam.

Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, jemaah Kabinet Negeri telah bersetuju agar jawatan semua pemimpin adat di negeri ini dikekalkan.

“Kabinet telah memutuskan bahawa semua jawatan pemimpin adat diteruskan kecuali mereka yang sakit dan tidak dapat bekerja lagi,.

“Atau terdapat masalah-masalah lain serta sekiranya terdapat permintaan mana-mana wakil-wakil rakyat di satu-satu tempat untuk membuat penggantian. Pihak Kementerian akan mempertimbangkan,” katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri juga telah menaikkan elaun mereka bermula bulan September tahun lalu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/26/pemimpin-adat-diingatkan-untuk-sentiasa-beri-sokongan-kepada-kerajaan/feed/ 0 48514