Pemimpin akar umbi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 04 Oct 2025 07:13:27 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pemimpin akar umbi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemimpin akar umbi perlu kuasai media sosial secara beretika https://sabahmedia.com/2025/10/04/pemimpin-akar-umbi-perlu-kuasai-media-sosial-secara-beretika/ https://sabahmedia.com/2025/10/04/pemimpin-akar-umbi-perlu-kuasai-media-sosial-secara-beretika/#respond Sat, 04 Oct 2025 07:13:26 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82488
Read Time:1 Minute, 39 Second

MEMBAKUT : Seramai 60 pemimpin akar umbi di daerah ini termasuk Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung serta pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kursus pemantapan media dan editing siri kedua.

Kursus yang dirasmikan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif itu merupakan antara usaha bagi memperkukuh kecekapan digital dan keupayaan komunikasi mereka kepada masyarakat.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, kursus ini juga memberi fokus untuk melatih para pemimpin agar lebih cekap menggunakan platform media sosial.

Katanya, ia adalah bagi menyampaikan maklumat rasmi, mempromosi program serta menerima dan menjawab maklum balas rakyat secara berkesan dan beretika.

“Penggunaan media digital kini bukan lagi satu pilihan, tetapi keperluan bagi setiap pemimpin masyarakat agar usaha dan kerja mereka dapat dilihat serta difahami oleh orang ramai.

“Melalui media maya, semua program, acara dan inisiatif yang dijalankan boleh disiarkan untuk pengetahuan masyarakat. Pada masa sama, mereka juga boleh menerima maklumat dari rakyat dan menjawabnya dengan pantas dan tertib,” katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua peserta atas komitmen mereka dalam menjayakan program ini.

Sementara itu, Arifin berkata, program itu merupakan siri kedua yang dijalankan tahun ini, dan dirancang untuk diadakan tiga kali setahun bagi memastikan semua pemimpin akar umbi menguasai kemahiran media digital secara progresif dan berterusan.

“Inisiatif ini diyakini dapat meningkatkan keberkesanan penyampaian maklumat dan tanggungjawab sebagai pemimpin di peringkat akar umbi, khususnya dalam era komunikasi pantas hari ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan isu penyebaran fitnah di media sosial yang kian berleluasa, dan mengingatkan semua ketua adat agar mengendalikan media secara beradab dan berhikmah.

“Saya tegaskan, jangan sesekali balas kejahatan dengan kejahatan. Apa yang perlu dijelaskan, jelaskanlah dengan sopan santun. Kalau mahu ketengahkan sesuatu, ketengahkanlah dengan adab dan tata cara yang mulia sebagai pemimpin masyarakat,” katanya.

Beliau juga menyeru agar pemimpin yang menjaga adat menjadi teladan dalam tutur kata dan tindakan mereka di media sosial selain menyebarkan perkara yang baik, dan membalas tohmahan dengan kebaikan, bukan kebencian. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/04/pemimpin-akar-umbi-perlu-kuasai-media-sosial-secara-beretika/feed/ 0 82488
Pemimpin setempat perlu salur maklumat berhubung pembangunan dasar Kerajaan https://sabahmedia.com/2024/03/30/pemimpin-setempat-perlu-salur-maklumat-berhubung-pembangunan-dasar-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2024/03/30/pemimpin-setempat-perlu-salur-maklumat-berhubung-pembangunan-dasar-kerajaan/#respond Sat, 30 Mar 2024 02:11:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51868
Read Time:1 Minute, 38 Second

Kota Kinabalu: Pemimpin akar umbi diingatkan untuk terus menyalurkan maklumat hasil daripada Program Sesi Libat Urus kepada komuniti setempat di kawasan masing-masing.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata penganjuran program tersebut bertujuan memberi maklumat yang tepat kepada pimpinan setempat agar maklumat pembangunan dasar dan insentif kerajaan dapat disebar luas ke peringkat akar umbi.

“Hari ini kita anjurkan program tatakelola berhubung dengan peranan agensi kerajaan negeri dan persekutuan yang ada hubungkait dengan masyarakat di Membakut.

“Isu yang ditimbulkan antaranya tentang jalan raya, bekalan elektrik dan air dan kita juga menjemput pegawai daripada Pejabat Tugas-Tugas Khas, Jabatan Ketua Menteri (JKM) yang menyediakan maklumat khusus kepada para pelajar berhubung inisiatif-inisiatif pendidikan.

“Pada sesi ini juga, kita mendapat pencerahan daripada Pegawai di Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri yang menyediakan maklumat berkaitan insentif kerajaan persekutuan melalui Program SejaTi MADANI,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sesi Libat Urus Pemimpin Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut di Dewan Sa’adah Wisma MUIS, di sini.

Arifin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, rakyat khususnya di Membakut amat bertuah kerana menjadi daerah pertama di Sabah mendapat penjelasan insentif SejaTi MADANI yang boleh memberi manfaat kepada komuniti setempat untuk mengimarahkan aktiviti ekonomi komuniti sehingga RM100,000..

“Semua maklumat terkini ini perlu kita jelaskan kepada masyarakat agar maklumat yang tepat dan insentif yang disediakan oleh kerajaan negeri serta persekutuan dapat dinikmati,” katanya

Jelas beliau, taklimat pembangunan dan sesi soal jawab program tersebut mendapat respon serta penjelasan yang baik daripada para panel jemputan.

Katanya, pihaknya turut merakamkan penghargaan kepada semua agensi terlibat dan berharap sesi libat urus itu yang sebelum ini diadakan di Sook dan Nabawan akan diteruskan ke daerah yang lain.

Seramai kira-kira 500 pemimpin masyarakat terdiri daripada Pengerusi-Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK), Jawatankuasa Pembangunan Bandar (JKDB), pemimpin Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Membakut dan Persatuan Masyarakat Brunei Sabah (PMBS) mengambil bahagian pada majlis tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/30/pemimpin-setempat-perlu-salur-maklumat-berhubung-pembangunan-dasar-kerajaan/feed/ 0 51868
Pemimpin akar umbi digesa bantu Kerajaan kenal pasti rakyat memerlukan bantuan https://sabahmedia.com/2024/02/25/pemimpin-akar-umbi-digesa-bantu-kerajaan-kenal-pasti-rakyat-memerlukan-bantuan/ https://sabahmedia.com/2024/02/25/pemimpin-akar-umbi-digesa-bantu-kerajaan-kenal-pasti-rakyat-memerlukan-bantuan/#respond Sun, 25 Feb 2024 03:24:13 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50068
Read Time:1 Minute, 0 Second

Beaufort : Pemimpin akar umbi diminta untuk sentiasa memberi kerjasama kepada agensi kerajaan khususnya Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am (JPKA) Sabah bagi mengenal pasti rakyat yang memerlukan bantuan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Ruslan Muharam berkata, kerjasama itu juga perlu khususnya ketika menghadpai musibah atau bencana yang sentiasa berlaku.

“Kita juga mengharapkan agar para pemimpin khususnya di akar umbi dapat bekerjasama dengan agensi kerajaan terutama sekali di JPKA khususnya dalam menghadapi musibah atau bencana yang sentiasa berlaku.

“Maknanya dengan adanya kerjasama ini, kita yakin pihak JPKA sudah tentu dapat menjalankan tugas dengan mudah dan tentunya kita harapkan supaya semua peringkat kepimpinan dapat memberi kerjasama,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Program Pemantapan Kerja Berpasukan JPKA Sabah 2024 di sini kelmarin.

Ruslan berkata, pemimpin akar umbi juga diminta untuk mengenal pasti rakyat yang memerlukan bantuan dan perkhidmatan dari JPKA sebaik mungkin.

“Kita difahamkan bahawa JPKA pada hari ini telah pun menyediakan katil dan kerusi roda dan ini semua perlu kita santuni rakyat kita yang sangat-sangat memerlukan perkhidmatan tersebut.

“Ini juga adalah sejajar dengan usaha gagasan Kerajaan Negeri di bawah Hala Tuju Sabah Maju Jaya yang mahu meningkatkan mutu perkhidmatan yang baik kepada rakyat,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/25/pemimpin-akar-umbi-digesa-bantu-kerajaan-kenal-pasti-rakyat-memerlukan-bantuan/feed/ 0 50068