pemimpin – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 26 Aug 2023 10:48:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pemimpin – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Program Sesi Dialog Keselamatan wujudkan hubungan baik, kerjasama antara PDRM, pemimpin & masyarakat setempat https://sabahmedia.com/2023/08/26/program-sesi-dialog-keselamatan-wujudkan-hubungan-baik-kerjasama-antara-pdrm-pemimpin-masyarakat-setempat/ https://sabahmedia.com/2023/08/26/program-sesi-dialog-keselamatan-wujudkan-hubungan-baik-kerjasama-antara-pdrm-pemimpin-masyarakat-setempat/#respond Sat, 26 Aug 2023 10:48:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=40755
Read Time:1 Minute, 35 Second

KOTA KINABALU: Lebih 100 orang penduduk menghadiri program Sesi Dialog Keselamatan Ketua Polis Daerah & PDRM bersama Pelanggan dengan Penduduk Tanjung Aru di Balai Raya Kampung Tanjung Aru, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaidi Abdullah berkata, objektif program diadakan adalah untuk mewujudkan hubungan baik dan kerjasama antara Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kota Kinabalu dengan pemimpin dan masyarakat setempat selaras dengan moto “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada”.

Mohd Zaidi (tengah) diapit oleh Kalsom (kiri) dan Reduan (kanan) semasa program sesi dialog keselamatan di Kg Tg Aru, di sini, hari ini.- Foto ihsan PDRM KK

Katanya, program ini juga sebagai medium kepada masyarakat untuk mengemukakan pandangan, o kocadangan, informasi dan lain – lain ke arah meningkatkan kualiti perkhidmatan (Service Delivery) PDRM kepada masyarakat setempat.

“Selain itu, masyarakat dapat menyalurkan info tentang masalah keselamatan dan perbincangan tentang langkah – langkah pencegahan jenayah oleh PDRM.

“Disamping merancang aktiviti kemasyarakatan untuk merapatkan hubungan antara PDRM dan masyarakat setempat.

“Program ini juga sebagai satu cara untuk PDRM membudayakan amalan layanan mesra sekaligus dapat meningkatkan perkhidmatan PDRM,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mohd Zaidi berkata, program tersebut berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan yang sangat positif oleh orang ramai.

“Penduduk Kampung Tanjung Aru yang menghadiri program tersebut rata-rata menzahirkan rasa teruja, puas hati dan rasa dihargai kerana program diadakan di kawasan tersebut. Ucapan Syabas dan terima kasih kepada pihak PDRM atas program yang dijalankan.

“Di samping itu, program ini juga dapat memberi peluang kepada orang awam untuk mengenal lebih rapat pucuk pimpinan PDRM IPD Kota Kinabalu,” tambah beliau.

Hadir sama dalam program itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superintendan Kalsom Idris, Pegawai-Pegawai PDRM KK, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tanjung Aru, Mohd Reduan Datuk Aklee, Pegawai Kemajuan MasyarakatTanjung Aru, Salina Otip, Ketua Anak Negeri, Ketua – Ketua Kampung, Ketua masyarakat Cina, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Dalam Bandar (JKDB).

]]>
https://sabahmedia.com/2023/08/26/program-sesi-dialog-keselamatan-wujudkan-hubungan-baik-kerjasama-antara-pdrm-pemimpin-masyarakat-setempat/feed/ 0 40755
Pemimpin, ahli PBS perlu berkorban demi parti & rakyat Sabah – Dr. Joachim https://sabahmedia.com/2023/06/18/pemimpin-ahli-pbs-perlu-berkorban-demi-parti-rakyat-sabah-dr-joachim/ https://sabahmedia.com/2023/06/18/pemimpin-ahli-pbs-perlu-berkorban-demi-parti-rakyat-sabah-dr-joachim/#respond Sun, 18 Jun 2023 04:01:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=36587
Read Time:3 Minute, 12 Second

RANAU: Para pemimpin dan ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) diminta agar tidak hanya taksub dan berbangga dengan nama parti yang tertua di negeri ini tetapi tidak berbuat apa-apa demi parti.

Timbalan Presiden PBS, Datuk Seri Dr. Joachim Gunsalam berkata, semua pemimpin dan ahli perlu berkorban demi PBS kerana mereka berjuang bersama dan ia adalah untuk rakyat Sabah.

“Kita perlu terus bersama-sama bekerja keras, bekerjasama demi parti dan rakyat Sabah. Kita utamakan kepentingan PBS dan rakyat Sabah, bukan kepentingan diri sendiri.

“Marilah kita perkuatkan lagi akar umbi kita, bukan kerana kita parti tertua di Sabah tetapi kerana kita parti berprinsip, berdisiplin dan bersatu,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PBS Bahagian N.36 Kundasang, Bahagian N.37 Karanaan dan Bahagian N.38 Paginatan kali ke-38 di Dewan Komuniti Kampung Kilimu, di sini, kelmarin (17 Jun).

Mesyuarat Agung Tahunan pada kali ini memghimpunkan seramai 500 perwakilan beserta pemerhati.

Dr. Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri, turut membawa semua pemimpin dan ahli mengimbau kembali perjalanan parti yang menurutnya telah melalui pelbagai fasa dan merekodkan kejayaan yang membanggakan dalam memperjuangkan beberapa agenda penting.

Antaranya, katanya, kejayaan PBS mempertahankan nama Pesta Kaamatan daripada dijadikan Pesta Rakyat; menjadi parti pertama mengusulkan undang-undang anti-lompat parti secara konsisten; menamatkan pengiliran Ketua Menteri dengan menyertai Barisan Nasional (BN) pada tahun 2002 demi kestabilan politik Sabah; menyuarakan secara konsisten isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah; dan perjuangan sebagai sebuah parti berbilang kaum yang menjadi ikutan oleh parti-parti tempatan yang lain.  

Beliau turut meminta semua bahagian dan cawangan agar terus memperkukuhkan keahlian dan kesetiaan ahli PBS serta merancakkan promosi untuk menarik lebih ramai belia dan beliawanis menyertai parti.

“PBS ketika ini dalam usaha meremajakan parti dengan mengetengahkan barisan pelapis pemimpin muda. Sememangnya PBS mempunyai ramai pemimpin muda serta profesional yang berkelayakan dan berkualiti. Mereka inilah yang akan dapat mempromosi dan menarik lebih ramai belia-beliawanis dan profesional ke dalam parti…kita amat mengalu-alukan kemasukan para belia-beliawanis dan profesional ke dalam parti kita,” kata beliau yang juga merupakan salah seorang pemimpin yang menyertai parti itu dengan mendaftar sebagai seorang profesional pada tahun 2002.  

Selain itu, Dr. Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan menyeru semua ahli PBS untuk menyokong sesiapa sahaja antara mereka yang diangkat calon mewakili PBS pada Pilihan Raya Negeri dan Umum akan datang.

“Kita akan kempen sepenuhnya tanpa berbelah bagi,” katanya, sambil mengajak kepimpinan di semua peringkat dan semua ahli untuk terus bergerak ke hadapan dengan penuh yakin dan berani untuk meneruskan perjuangan parti.

“Gunakan kestabilan politik sekarang ini untuk kita memperkukuhkan kedudukan parti di peringkat bahagian dan cawangan, termasuk di Ranau. Inilah masanya kita masuk ke kampung-kampung dengan lebih kerap dan berseru kepada semua Sabahan bahawa PBS akan terus mempertahankan hak-hak Sabahan dan pada masa yang sama, kita memerlukan sokongan padu daripada mereka,” katanya.

Dr. Joachim mengucapkan syabas dan tahniah kepada AJK pelaksana program dan semua perwakilan daripada ketiga-tiga bahagian atas kejayaan mesyuarat tersebut.

Pada masa yang sama, katanya PBS komited untuk terus berjuang bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) selagi GRS berkongsi perjuangan yang sama dengan PBS.   

“Kita bekerjasama dengan semua parti komponen GRS, kita hormat-menghormati sesama kita dan mengamalkan formula perkongsian kuasa yang telus, adil dan saksama dalam GRS,” tegas Dr. Joachim yang juga Ketua Bahagian PBS Kundasang.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Naib Presiden PBS, Datuk Johnny Mositun; Ketua Pemuda PBS merangkap Naib Presiden PBS Christoper Mandut; Ketua Wanita PBS bersama Timbalan, Datin Malianah Ugau dan Rosnah Ulap; Penolong Setiausaha Agung PBS, Jonnybone J. Kurum; Setiausaha Kerja PBS Pusat, Mesilus Roman; Ketua Bahagian PBS N.37 Karanaan, Datuk Bernard J. Dalinting; Ketua Bahagian PBS N.38 Paginatan, Arthur Sen serta barisan kepimpinan bahagian masing-masing; Ahli -ahli Majlis Tertinggi (AMT); Exco- Exco pergerakan pemuda; wanita serta ketua-ketua bahagian bersama timbalan serta pemerhati.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/06/18/pemimpin-ahli-pbs-perlu-berkorban-demi-parti-rakyat-sabah-dr-joachim/feed/ 0 36587
Pemimpin, Ketua-Ketua Cawangan Warisan Tenom & Sepanggar Keluar Parti Sokong Kerajaan https://sabahmedia.com/2022/01/03/pemimpin-ketua-ketua-cawangan-warisan-tenom-sepanggar-keluar-parti-sokong-kerajaan/ https://sabahmedia.com/2022/01/03/pemimpin-ketua-ketua-cawangan-warisan-tenom-sepanggar-keluar-parti-sokong-kerajaan/#respond Mon, 03 Jan 2022 05:50:25 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10646
Read Time:1 Minute, 29 Second

KOTA KINABALU: Parti Warisan di Tenom terkesan dengan perkembangan politik semasa Sabah apabila pemimpin-pemimpinnya mengikut jejak Ketua Bahagian, Datuk Peter Anthony meninggalkan parti itu.

Timbalan Ketua Bahagian, Donneysius Ansuku mengumumkan keputusan mereka itu pada jam 2.00 petang di Tenom, semalam (Ahad).

Donneysius yang juga Ketua Cawangan Warisan Kg Gumisi Laut berkata, beliau bersama-sama dengan AJK Bahagian, Ketua-Ketua Cawangan Warisan dan ketua-ketua Pusat Daerah Mengundi (PDM) P181 Tenom, merestui keputusan Peter keluar dari parti Warisan.

“Dengan ini, kami dengan rela hati tanpa paksaan mengisytiharkan keluar secara rasminya dari parti Warisan berkuatkuasa serta merta dan menyokong penuh kepimpinan Datuk Peter dalam parti baharu nanti,” katanya.

Sejam selepas pengumuman Donneysius, Warisan Sepanggar turut menerima tamparan apabila Ketua Wira-nya, Jumardie Lukman turut mengumumkan meninggalkan parti itu, di sini.

“Saya, ketua Wira P171 Sepanggar dan beberapa lagi yang bersama saya terdiri daripada AJK-AJK Bahagian dan Ketua-Ketua Cawangan Parti Warisan serta beberapa orang-orang berpengaruh di seluruh kawasan P171 Sepanggar mengumumkan untuk meletakkan jawatan dan keluar daripada Parti Warisan serta-merta hari ini (2 Januari),” katanya.

“Bagi saya, politik ini hanyalah fahaman ideologi. Jika kita sudah tidak sefahaman dengan perjalanannya atau sudah tidak sehaluan dan berbeza hala-tujunya maka kita berhak untuk menarik diri secara peribadi daripada wadah ini dan ianya sudah pasti bersifat peribadi.

“Oleh itu, saya menyokong keputusan akar umbi dan Datuk Peter Anthony selaku Naib Presiden Parti Warisan keluar daripada Parti Warisan yang bakal menubuhkan parti baharu berbilang kaum mesra Kerajaan di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor demi pembangunan Negeri Sabah,” tambahnya.

Peter yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap mengumumkan bersama ADUN Limbahau, Datuk Juil Nuatim keluar dari parti Warisan pada 28 Disember lalu.

Peter akan menubuhkan parti baharu yang dijangka akan dilancarkan dalam masa terdekat ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/03/pemimpin-ketua-ketua-cawangan-warisan-tenom-sepanggar-keluar-parti-sokong-kerajaan/feed/ 0 10646
Pemimpin Muda Perlu Kuasai Kemahiran Pengucapan Awam – Andi https://sabahmedia.com/2021/12/14/pemimpin-muda-perlu-kuasai-kemahiran-pengucapan-awam-andi/ https://sabahmedia.com/2021/12/14/pemimpin-muda-perlu-kuasai-kemahiran-pengucapan-awam-andi/#respond Tue, 14 Dec 2021 02:41:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9852
Read Time:1 Minute, 0 Second

KOTA KINABALU: Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah menganjurkan Bengkel Pengucapan Awam yang melibatkan para pimpinan mahasiswa/pelajar Sabah, pemimpin/aktivis belia dan badan bukan kerajaan (NGO) serta para penggiat media sosial bertempat di Hotel Palace dekat sini.

Bengkel yang berlangsung selama tiga hari bermula 12 Disember hingga 14 Disember 2021 dirasmikan oleh Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah, Andi Muhamad Suryady Bandy.

Andi dalam ucapan perasmiannya berkata, para pimpinan belia, NGO, pelajar, mahasiswa dan penggiat media sosial merupakan pemimpin di peringkat akar umbi yang perlu memiliki dan menguasai kemahiran dan seni pengucapan awam bagi memudahkan mereka menyampaikan setiap dasar dan polisi kerajaan bagi memastikan rakyat bukan sahaja memahami malah mendapat manfaat daripadanya.

Beliau turut berharap para peserta dapat terus mempraktikkan ilmu yang diperolehi melalui bengkel tersebut dengan mencari platform seperti forum, wacana, syarahan, dialog dan sebagainya.

Terdahulu, Pengarah Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR), Jabatan Ketua Menteri Sabah, Azrul Ibrahim, dalam ucapannya menyatakan bengkel yang diadakan merupakan sebahagian daripada usaha IKRAR untuk mendekati rakyat khususnya anak muda bagi menyemarakkan lagi kebersamaan antara kerajaan dan rakyat.

Bengkel tersebut dikendalikan oleh Roslie Hussien, seorang fasilitator yang berpengalaman dalam bidang pengucapan awam, komunikasi dan kepimpinan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/14/pemimpin-muda-perlu-kuasai-kemahiran-pengucapan-awam-andi/feed/ 0 9852
Golongan Wanita Sebagai Pemimpin Bukti Potensi Kepimpinan Dihargai https://sabahmedia.com/2021/11/15/golongan-wanita-sebagai-pemimpin-bukti-potensi-kepimpinan-dihargai/ https://sabahmedia.com/2021/11/15/golongan-wanita-sebagai-pemimpin-bukti-potensi-kepimpinan-dihargai/#respond Mon, 15 Nov 2021 02:26:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8472
Read Time:1 Minute, 46 Second

TAMPARULI: Pengiktirafan kepada golongan wanita sebagai pemimpin masyarakat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli membuktikan potensi kepimpinan mereka dihargai.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim berkata, pemilihan lebih kurang 30 peratus golongan wanita menjadi peneraju kepimpinan dipelbagai peringkat di DUN Tamparuli jelas menunjukkan pengiktirafan beliau terhadap golongan wanita.

Katanya, ia termasuklah perlantikan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Ketua Kampung, Wakil Ketua Anak Negeri (WKAN) dan Ketua Anak Negeri (KAN).

“Pemilihan mereka adalah berdasarkan merit dan potensi kepimpinan yang tinggi, jika kita lihat mereka mampu memimpin lebih baik, apa salahnya kita beri mereka peluang,” katanya.

Beliau menyatakan demikian semasa menyempurnakan Majlis Penyampaian Watikah Ketua Masyarakat Cina (Kapitan), Ketua Kampung dan Pengerusi JPKK kawasan Tamparuli, disini semalam.

Hadir sama, Penolong Pegawai Daerah (ADO) Tamparuli, Herman Tunggiging, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) Tamparuli, Madin Anak, Setiausaha Politik Kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah, Jilias Lintar dan Ketua Pergerakan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS), Datin Malianah Ugau.

Jahid berkata, beliau percaya terhadap keupayaan wanita dalam memimpin dan atas dasar itu pihaknya memberi mandat kepada mereka untuk sama ada menjadi Pengerusi JPKK, Setiausaha JPKK, termasuklah Ketua Biro.

“Selain itu, kita juga ada Ketua Kampung, WKAN, KAN, dan kakitantan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) selain lantikan lain dalam kalangan wanita di kawasan DUN Tamparuli,” katanya.

Daripada keseluruhan kepimpinan masyarakat yang terdapat di Tamparuli, lebih kurang 30 peratus golongan wanita telah terpilih menjadi pemimpin masyarakat.

“Sepanjang tempoh ini saya belum ada menerima sebarang aduan mengenai salah laku dan ketidakadilan dalam pentadbiran di bawah lantikan kita, saya harap ianya berterusan begini,” katanya.

Jahid yang juga Wakil Rakyat Tamparuli, menghargai semua pemimpin yang selama ini telah menjalankan tugasan mereka dengan baik.

“Teruskan prestasi kerja, disiplin, dan keperibadian yang baik agar nama baik kita pun terjaga,” katanya.

Beliau mengucapkan selamat menjalankan tugas kepada semua pemimpin masyarakat yang baharu dilantik, dengan harapan mereka menjadi cerminan kepada kerajaan sedia ada.

Tiga Ketua Masyarakat Cina yang dilantik ialah Tan Ah Pang, Ng Su Hin, dan Tee Kuan Hing @ Johnny Tee, Ketua Kampung dilantik di Kampung Tengkurangoh, KK Sylvester Dani, dan Pengerusi JPKK dilantik di Kampung Topokon, Yahir @ Mary Martin, dan Noor Azizah @ Rejibis Sakumil.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/15/golongan-wanita-sebagai-pemimpin-bukti-potensi-kepimpinan-dihargai/feed/ 0 8472
Kerjasama PPD, Pemimpin Perkasakan Penyampaian Maklumat https://sabahmedia.com/2021/11/13/kerjasama-ppd-pemimpin-perkasakan-penyampaian-maklumat/ https://sabahmedia.com/2021/11/13/kerjasama-ppd-pemimpin-perkasakan-penyampaian-maklumat/#respond Sat, 13 Nov 2021 12:34:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8441
Read Time:50 Second

PITAS: Kerjasama Pejabat Penerangan Daerah (PPD) dan pemimpin masyarakat mampu memperkasakan penyampaian maklumat kepada rakyat. 

Pembantu Menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi, Datuk Seri Ruddy Awah berkata, ke arah menjayakan kerjasama itu pihaknya bersedia untuk membantu dalam menyediakan peralatan untuk hebahan.

“Kita akan membantu menyediakan peralatan dan kelengkapan yang diperlukan oleh PPD seperti pembesar suara dan sebagainya.

“Ini kerana umum mengetahui bahawa hebahan merupakan platform penting bagi penyampaian maklumat yang tepat dan sahih kepada rakyat khususnya di kawasan pedalaman,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Sembang Santai dan Ramah Mesra di sini.

Ruddy berkata, daerah Pitas yang mempunyai keluasan yang besar selain didiami puluhan ribu penduduk dan hanya boleh dituju menggunakan kenderaan pacuan empat roda.

Katanya, ia turut menjadi kesukaran penduduk setempat untuk mendapatkan maklumat.

“Dengan lawatan sebegini, Jabatan Penerangan (Japen) dapat melihat kelengkapan yang diperlukan bagi melancarkan hebahan ke kawasan-kawasan pedalaman dan kita akan bantu agar maklumat sampai kepada semua penduduk daerah ini,” katanya.

Hadir sama, Pengarah Penerangan Sabah, Nadzerah Andullah. – Penerangan-

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/13/kerjasama-ppd-pemimpin-perkasakan-penyampaian-maklumat/feed/ 0 8441
Semua Pemimpin Masyarakat Diseru Bantu Pastikan Penduduk Patuh SOP https://sabahmedia.com/2021/10/22/semua-pemimpin-masyarakat-diseru-bantu-pastikan-penduduk-patuh-sop/ https://sabahmedia.com/2021/10/22/semua-pemimpin-masyarakat-diseru-bantu-pastikan-penduduk-patuh-sop/#respond Fri, 22 Oct 2021 11:27:05 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7805
Read Time:2 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU : Semua pemimpin masyarakat diperingkat akar umbi diseru untuk turut membantu memastikan penduduk setempat sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ia penting bagi memastikan penduduk setempat berada dalam keadaan sihat selain berupaya mengurangkan jumlah jangkitan harian.

“Saya menyeru kepada semua Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Ketua Kampung dan pemimpin-pemimpin akar umbi lain membantu Kerajaan memastikan semua penduduk mematuhi SOP di kampung masing-masing.

“Pada hari ini tidak banyak perubahan situasi jangkitan COVID-19 di Sabah berbanding semalam. Jumlah kes hari ini ialah 641, penurunan kecil 10 kes,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Katanya, lebih membimbangkan ialah kes2 sporadik yang semakin meningkat. Hari ini 41.3% daripada jumlah kes adalah kes-kes yang berlaku secara sporadik, pembawa virus tidak diketahui dan tempat jangkitan juga tidak dapat dipastikan.

“Lazimnya kes-kes sporadik berlaku di tempat awam atau khalayak ramai dan kelalalaian mengutamakan pematuhan SOP,” jelasnya.

Masidi turut mengingatkan kepada orang ramai bahawa vaksin tidak memberi perlindungan 100% daripada jangkitan. Malah tidak ada vaksin untuk apapun penyakit yang memberi jaminan imuniti 100%.

“Ini dapat diperhatikan semakin ramai mereka yang telah memperolehi vaksin lengkap dijangkiti virus Covid. Cuma hampir keseluruhan mereka ini hanya mengalami gejala ringan ataupun tidak mengalami sebarang simptom.

“Kesimpulannya ramai diantara mereka ini mungkin sudah lalai mematuhi SOP kerana berandaian vaksin memberi perlindungan 100% daripada jangkitan. Sebagai ingatan mereka yang sudah memperolehi vaksin tidak terkecuali daripada mematuhi semua SOP bagi melindungi diri daripada jangkitan,”ujarnya.

Dalam pada itu, Daerah Kota Kinabalu merekodkan jumlah kes yang paling tinggi hari ini dengan 70 kes, peningkatan 23 kes berbanding semalam. Tetapi adalah juga diperhatikan bahawa 63 daripada 70 kes di Kota Kinabalu adalah kes-kes lewat daftar dua hari atau lebih setelah keputusan saringan diketahui.

Manakala di Tenom cuma satu kes berlaku sepanjang 24 jam yang lalu, sementara 33 kes lagi adalah kes-kes lewat daftar dua hari atau lebih. 26 daripada 51 kes di Lahad Datu juga merupakan kes lewat daftar. Secara keseluruhan 274 (42.7%) daripada 641 kes hari ini adalah kes-kes yang lewat didaftar dua hari atau lebih lama.

Namun, kes-kes melalui saringan kontak rapat masih menjadi penyumbang utama kepada jumlah kes harian di Sabah dan hari ini 312 kes atau 48.7%. Tetapi seperti yang dinyatakan lebih awal, kes-kes melalui saringan bergejala (sporadik) semakin bertambah, dan hari ini 265 kes atau 41.3%. Ini satu isyarat kepada masyarakat agar melipatgandakan usaha menjaga kesihatan diri serta mematuhi semua SOP. Setiap daripada kita sudah menjadi ‘frontliners’.

Walau bagaimanapun, daripada 641 kes yang dilaporkan hari ini, 62 orang adalah dalam Kategori 1, 557 orang atau 86.9% dalam Kategori 2, empat orang dalam Kategori 3, satu orang dalam Kategori 4 dan tiga orang dalam Kategori 5. 14 kes lagi masih dalam siasatan dan penilaian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS).

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/22/semua-pemimpin-masyarakat-diseru-bantu-pastikan-penduduk-patuh-sop/feed/ 0 7805
Pemimpin Masyarakat Perlu Sentiasa Turun Padang https://sabahmedia.com/2021/10/13/pemimpin-masyarakat-perlu-sentiasa-turun-padang/ https://sabahmedia.com/2021/10/13/pemimpin-masyarakat-perlu-sentiasa-turun-padang/#respond Wed, 13 Oct 2021 08:42:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7489
Read Time:1 Minute, 24 Second

BUKIT GARAM : Pemimpin masyarakat di negeri ini diingatkan agar sentiasa turun padang bagi menerangkan program-program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19, rakyat khususnya di kawasan luar bandar berdepan dengan pelbagai masalah terutama dari aspek kebajikan mereka.

“Pemimpin masyarakat terutama Ketua Kampung, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Pemaju Mukim dan lain lain perlu cakna kepada isu semasa dan segera menyalurkan maklumat kepada pemimpin atas agar tindakan segera dapat dibantu.

“Selain itu, pendekatan itu bukan sahaja menjelaskan kesungguhan kerajaan dalam membela nasib rakyat, tetapi juga boleh menangkis tuduhan yang dilemparkan pembangkang terhadap kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Pejabat Adun dan Parlimen yang baru  di Pekan Baru Bukit Garam  seterusnya mengadakan perjumpaan bersama pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan tersebut baru-baru ini.

Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata, pemimpin dan masyarakat setempat  perlu saling bekerjasama dalam menjaga nama baik negeri ini.

Katanya, pemimpin masyarakat juga perlu bijak menyampaikan program dan dasar kerajaan agar rakyat tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negeri.

“Kerajaan sentiasa berusaha menjaga amanah rakyat dengan menyediakan pelbagai peluang agar kehidupan rakyat lebih sejahtera.

“Tugas dan tanggunjawab kita sebagai pemimpin masyarakat akar umbi bukan sekadar duduk di pejabat tapi perlu turun ke lapangan bagi mendapatkan maklumat yang tepat tentang apa juga isu rakyat baik dari segi kebajikan dan pembangunan,” katanya.

Dalam pada itu, Bung turut merakamkan penghargaan kepada pemimpin masyarakat dan penjawat awam negeri serta Persekutuan kerana memudahkan kerjanya sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

“Kita berkerja sebagai satu pasukan untuk membangunkan kawasan ini dalam menyediakan prasarana dan meningkatkan ekonomi rakyat,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/13/pemimpin-masyarakat-perlu-sentiasa-turun-padang/feed/ 0 7489
Komitmen Dan Perpaduan Dikalangan Pemimpin GRS Perlu Terus Kukuh Demi Rakyat – Dr Nordin https://sabahmedia.com/2021/08/20/komitmen-dan-perpaduan-dikalangan-pemimpin-grs-perlu-terus-kukuh-demi-rakyat-dr-nordin/ https://sabahmedia.com/2021/08/20/komitmen-dan-perpaduan-dikalangan-pemimpin-grs-perlu-terus-kukuh-demi-rakyat-dr-nordin/#respond Fri, 20 Aug 2021 08:08:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4936
Read Time:1 Minute, 5 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Komitmen serta perpaduan dikalangan pemimpin dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) perlu terus diperkukuhkan demi menjaga kebajikan rakyat di negeri ini meskipun berlaku ‘perpecahan’ diperingkat Persekutuan.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Nordin Sakke berkata, perebutan kuasa khususnya melibatkan pelantikan Perdana Menteri memerlukan kebijaksaan Yang di-Pertuan Agong dalam menentukan pemilihan jawatan itu.

“Sejak beberapa hari lalu, kita sedia maklum beberapa perkara telah berlaku di peringkat persekutuan dimana peletakan jawatan kabinet termasuk Perdana Menteri yang kini dipegang sementara oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kita dapat lihat, ‘perpecahan’ dikalangan ahli politik Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN) itu dilihat sebagai satu proses pemerkasaan politik selain perpaduan ummah,” katanya ketika dihubungi Sabah Media disini hari ini.

Namun Dr Nordin yang juga Penyelidik, Geo-Politik dan Elektoral Sabah (GeoPES) berkata, perbalahan dan perpecahan yang berlaku itu tidak seharusnya berlaku ketika musim pandemik ini.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai Pilihan Raya Umum (PRU) ketika pandemik, beliau berkata, ia bergantung kepada kesediaan kerajaan bagi melaksanakan dengan penuh prosedur operasi standard (SOP).

Katanya, ia termasuklah kesediaan rakyat bagi mematuhi SOP.

“Jika kita lihat sebelum ini iaitu melalui Pilihan Raya Negeri (PRN) rakyat dilihat agak sukar untuk mengawal penjarakan sosial yang menjadi pencetus kepada banyak kluster baru COVID-19,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/20/komitmen-dan-perpaduan-dikalangan-pemimpin-grs-perlu-terus-kukuh-demi-rakyat-dr-nordin/feed/ 0 4936
Hajiji Terima Kunjungan Pemimpin Pengakap Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/13/hajiji-terima-kunjungan-pemimpin-pengakap-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/13/hajiji-terima-kunjungan-pemimpin-pengakap-sabah/#respond Tue, 13 Jul 2021 09:17:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2983
Read Time:26 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada rombongan Pengakap Sabah terdiri daripada Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Mohd Yusrie Abdullah, Presiden Majlis Pengakap Malaysia Sabah, Datuk Yusoff Datuk Seri Mohamed Kasim dan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah yang baharu, Abdul Rahman Laman.

Hajiji diberi taklimat mengenai program-program yang akan dilaksanakan oleh Pengakap Sabah pada masa depan.

Dalam pada itu, Abdul Rahman Laman baru saja menerima watikah perlantikan sebagai Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2021.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/13/hajiji-terima-kunjungan-pemimpin-pengakap-sabah/feed/ 0 2983