Pemotong rumput – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 11 Jun 2024 04:05:09 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pemotong rumput – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemotong rumput maut dihempap pokok https://sabahmedia.com/2024/06/11/pemotong-rumput-maut-dihempap-pokok/ https://sabahmedia.com/2024/06/11/pemotong-rumput-maut-dihempap-pokok/#respond Tue, 11 Jun 2024 04:05:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=55816
Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Seorang pekerja lelaki maut dihempap pokok ketika sedang memotong rumput di kawasan berhampiran sekolah, Jalan Tebobon, di sini pagi tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 9.08 pagi, hari ini.

Katanya, mangsa berumur 35 tahun itu dilaporkan dihempap pokok tumbang dan tersepit semasa menjalankan aktiviti memotong rumput di lokasi kejadian.

“Pasukan bomba bertindak memotong dahan-dahan pokok tersebut menggunakan gergaji berantai dan dialihkan ke tempat lain dan mangsa berjaya dikeluarkan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di tempat kejadian.

“Seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, operasi ditamatkan setelah memastikan tiada bahaya lain di lokasi kejadian pada jam 9.52 pagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/11/pemotong-rumput-maut-dihempap-pokok/feed/ 0 55816
Pemotong rumput luka tembus di lengan kanan, terkena tembakan senjata tiruan https://sabahmedia.com/2024/05/20/pemotong-rumput-cedera-terkena-tembakan-senjata-tiruan/ https://sabahmedia.com/2024/05/20/pemotong-rumput-cedera-terkena-tembakan-senjata-tiruan/#respond Mon, 20 May 2024 12:19:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54714
Read Time:1 Minute, 4 Second

KOTA KINABALU: Seorang pekerja pemotong rumput mengalami kecederaan luka tembus di bahagian lengan kanan dipercayai terkena tembakan senapang angin buatan sendiri di salah sebuah taman di Luyang dekat sini pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihak polis menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam lebih kurang 9.31 pagi kelmarin (19 Mei).

“Pengadu seorang lelaki memaklumkan rakan sekerjanya berusia lingkungan 23 tahun dipercayai terkena tembakan senapang angin di salah sebuah taman di Luyang, Kota Kinabalu.

“Siasatan awal mendapati, semasa kejadian mangsa bersama dua orang rakannya sedang berehat daripada memotong rumput dan tiba-tiba mangsa berasa sakit di bahagian lengan sebelah kanan dan terdapat pendarahan.

“Mangsa tidak mendengar sebarang bunyi tembakan memandangkan semasa kejadian bunyi persekitaran agak bising dengan mesin rumput,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Kasim, mangsa cedera iaitu luka tembus di bahagian belakang lengan sebelah kanan dan luka kecil di bahagian tepi rusuk kanan.

Sehubungan dengan itu, Kasim berkata, polis Kota Kinabalu telah berjaya menangkap suspek dan merampas beberapa senjata tiruan termasuk tiga bilah kerambit buatan sendiri ditemui di belakang pintu bilik suspek.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 36 Akta Senjata 1960.

“Orang ramai adalah dinasihati supaya tidak memiliki atau menggunakan senjata tiruan kerana ia salah di sisi undang-undang,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/20/pemotong-rumput-cedera-terkena-tembakan-senjata-tiruan/feed/ 0 54714