Pemuda Gagasan Rakyat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 16 Dec 2025 11:01:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pemuda Gagasan Rakyat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemuda Gagasan Rakyat adakan sesi libat urus tangani isu pelajar tercicir https://sabahmedia.com/2025/12/16/pemuda-gagasan-rakyat-adakan-sesi-libat-urus-tangani-isu-pelajar-tercicir/ https://sabahmedia.com/2025/12/16/pemuda-gagasan-rakyat-adakan-sesi-libat-urus-tangani-isu-pelajar-tercicir/#respond Tue, 16 Dec 2025 11:01:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88416
Read Time:1 Minute, 22 Second

KOTA KINABALU : Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) akan mengadakan sesi libat urus bersama pihak berkepentingan termasuk agensi kerajaan berkaitan dan institusi pengajian tinggi (IPT) bagi menangani isu hampir 800 pelajar Sabah yang dilaporkan gagal mendaftar di Universiti Malaysia Sabah (UMS) akibat kekangan kewangan.

Pemangku Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Azrul Ibrahim berkata, sesi libat urus tersebut bertujuan mengenal pasti kelemahan dalam aspek pelaksanaan, penyampaian serta pemantauan bantuan pendidikan yang telah disediakan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

Katanya, ini adalah bagi memastikan tiada pelajar tercicir hanya kerana masalah teknikal atau kekurangan maklumat.

Menurut beliau, Kerajaan Negeri Sabah sebenarnya telah memperuntukkan pelbagai bentuk bantuan pendidikan, termasuk Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) yang menyediakan RM2,000 kepada pelajar ijazah sarjana muda dan RM1,500 bagi diploma, asasi serta matrikulasi, selain peruntukan biasiswa hampir RM138 juta tahun ini, tertinggi dalam sejarah negeri.

“Isu yang berlaku bukan semata-mata soal ketiadaan bantuan, tetapi lebih kepada kelemahan sistem penyampaian dan pelaksanaan di peringkat akar umbi,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Sehubungan itu, Azrul berkata, pihaknya menggesa agar bantuan pendidikan disalurkan lebih awal, khususnya sebelum atau semasa proses pendaftaran IPT, selain pendekatan lebih proaktif dengan turun ke lapangan terutama di kawasan pedalaman.

Beliau turut menekankan keperluan agensi berkaitan mengenal pasti pelajar yang tercicir maklumat atau menghadapi kesukaran dalam proses permohonan supaya intervensi awal dapat dilaksanakan.

“Tiada anak Sabah sepatutnya tercicir daripada melanjutkan pengajian hanya kerana kelemahan sistem. Pendidikan adalah pelaburan masa depan negeri dan tanggungjawab ini mesti dilaksanakan dengan berkesan,” katanya.

Beliau berkata, Pemuda Gagasan Rakyat menegaskan komitmen mereka untuk terus memperjuangkan akses pendidikan yang adil dan menyeluruh demi pembangunan modal insan Sabah. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/16/pemuda-gagasan-rakyat-adakan-sesi-libat-urus-tangani-isu-pelajar-tercicir/feed/ 0 88416
Pemuda Gagasan Rakyat sokong kepimpinan Ketua Menteri Sabah https://sabahmedia.com/2025/12/02/pemuda-gagasan-rakyat-sokong-kepimpinan-ketua-menteri-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/12/02/pemuda-gagasan-rakyat-sokong-kepimpinan-ketua-menteri-sabah/#respond Tue, 02 Dec 2025 03:15:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87614
Read Time:1 Minute, 44 Second

KOTA KINABALU : Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat (Gagasan Rakyat) menegaskan sokongan padu dan tidak berbelah bahagi kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Presiden Gagasan Rakyat dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Dalam satu kenyataan hari ini, pergerakan itu berkata, sokongan ini adalah manifestasi keyakinan terhadap kepimpinan Ketua Menteri yang terbukti matang, berwibawa, berwawasan, serta berpandangan jauh dalam memastikan kestabilan politik, kemakmuran ekonomi, dan kelangsungan pembangunan negeri.

“Sehubungan itu, seluruh jentera dan kepimpinan Pemuda disemua peringkat digesa untuk memperteguh kesatuan saf perjuangan dan memberikan sokongan padu kepada kepimpinan Datuk Seri Hajiji Noor dalam mengemudi pentadbiran negeri bagi tempoh lima tahun akan datang.

“Sokongan ini amat penting bagi memastikan segala agenda pembangunan rakyat, kesejahteraan sosial serta kemajuan Sabah dapat dilaksanakan secara konsisten, tersusun dan berkesan,” menurut kenyataan itu di sini pada Selasa.

Dalam masa yang sama, Pemuda Gagasan Rakyat menegaskan bahawa pimpinan Pemuda telah dan akan terus berperanan sebagai wadah utama menyuarakan aspirasi, harapan serta denyut nadi anak muda Sabah kepada kepimpinan tertinggi parti dan kerajaan.

“Namun demikian, Pemuda juga menzahirkan pendirian untuk sentiasa akur, patuh dan setia terhadap setiap keputusan pimpinan, demi menjamin kestabilan, keutuhan organisasi serta kelangsungan perjuangan membangunkan negeri dan membela nasib rakyat,” tambah kenyataan itu.

Pemuda Gagasan Rakyat juga merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh barisan Jemaah Menteri Negeri Sabah yang telah mengangkat sumpah pada Isnin.

“Kami menaruh penuh keyakinan agar barisan kabinet yang dilantik ini dapat memberikan tumpuan sepenuhnya kepada penyelesaian isu-isu legasi rakyat secara menyeluruh dan tuntas selain penambahbaikan serta peluasan inisiatif kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

“Selain itu, pemuda Gagasan Rakyat juga mahu pemerkasaan agenda wanita dan pembangunan anak muda, peningkatan kecekapan tadbir urus dan penggunaan sumber negeri secara berhemah serta terus konsisten mempertahankan dan memperjuangkan hak-hak Sabah selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963,” menurut kenyataan itu lagi.

Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat yakin dan percaya bahawa tempoh lima tahun pentadbiran akan datang akan menjadi saksi kepada keupayaan Kerajaan GRS Plus untuk membawa Sabah ke arah sebuah negeri yang lebih maju, stabil, makmur dan berdaya saing, demi kepentingan rakyat dan masa depan generasi akan datang. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/02/pemuda-gagasan-rakyat-sokong-kepimpinan-ketua-menteri-sabah/feed/ 0 87614
Pemuda Gagasan Rakyat yakin Kerajaan campuran GRS Plus pacu pembangunan Sabah https://sabahmedia.com/2025/11/30/pemuda-gagasan-rakyat-yakin-kerajaan-campuran-grs-plus-pacu-pembangunan-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/11/30/pemuda-gagasan-rakyat-yakin-kerajaan-campuran-grs-plus-pacu-pembangunan-sabah/#respond Sun, 30 Nov 2025 10:30:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87509
Read Time:1 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) menyifatkan pembentukan Kerajaan Campuran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Plus sebagai satu langkah strategik yang mampu menjadi pemangkin kepada pembangunan negeri yang lebih mampan, inklusif dan berterusan.

Pemangku Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Azrul Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, pergerakan itu turut merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Seri Hajiji Noor atas pelantikan beliau sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu bagi meneruskan agenda pembangunan negeri melalui pelaksanaan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) 2.0.

Menurutnya, pembentukan kerajaan campuran itu diyakini mampu memperkukuh pentadbiran negeri serta memastikan kesinambungan dasar-dasar sedia ada dapat diteruskan dengan lebih tersusun dan berkesan demi kepentingan rakyat.

“Kerajaan Campuran GRS Plus dilihat berupaya menangani setiap isu dan keperluan rakyat secara lebih menyeluruh, selain memastikan pembangunan negeri terus bergerak seiring dengan tuntutan semasa,” katanya.

Dalam masa sama, Azrul berkata, Pemuda Gagasan Rakyat turut menegaskan komitmen mereka untuk terus memainkan peranan sebagai suara anak muda Sabah, khususnya dalam memperjuangkan isu kebajikan, pendidikan, ekonomi serta peluang pekerjaan generasi muda.

“Kami akan terus bergerak secara kolektif dengan menggembleng kekuatan dan kebersamaan bagi memastikan potensi anak muda diperkasakan mengikut keperluan dan cabaran semasa,” katanya.

Beliau turut menyeru seluruh lapisan masyarakat, pimpinan serta rakan-rakan dalam Kerajaan Campuran GRS Plus agar terus bersatu dan berpadu tenaga demi membawa Sabah ke arah sebuah negeri yang lebih maju, stabil, makmur dan berjaya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/30/pemuda-gagasan-rakyat-yakin-kerajaan-campuran-grs-plus-pacu-pembangunan-sabah/feed/ 0 87509
Pemuda Gagasan Rakyat Tanjung Keramat sokong penuh seruan Pengerusi GRS untuk bergerak solo https://sabahmedia.com/2025/05/10/pemuda-gagasan-rakyat-tanjung-keramat-sokong-penuh-seruan-pengerusi-grs-untuk-bergerak-solo/ https://sabahmedia.com/2025/05/10/pemuda-gagasan-rakyat-tanjung-keramat-sokong-penuh-seruan-pengerusi-grs-untuk-bergerak-solo/#respond Sat, 10 May 2025 08:50:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73545
Read Time:59 Second

PUTATAN: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Tanjung Keramat, Burhanuddin Datuk Seri Yahya Hussin menyatakan sokongan penuh terhadap seruan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, agar gabungan itu bergerak secara solo menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 Sabah akan datang.

Beliau yang juga Ketua Cawangan Kuala Putatan berkata, pendirian itu selaras dengan prinsip GRS untuk memastikan pentadbiran negeri terus diterajui oleh parti tempatan demi kestabilan dan kemajuan rakyat Sabah.

“Kunci kejayaan kerajaan negeri adalah kestabilan politik. Situasi tukar-tukar kerajaan ini tidak membawa apa-apa kemajuan kepada rakyat Sabah,” katanya semasa berucap dalam Persidangan Cawangan Tahunan Gagasan Rakyat Cawangan Kuala Putatan yang diadakan di kediamannya di sini, malam tadi.

Majlis itu dihadiri lebih 100 ahli termasuk ahli lama dan baharu yang mendaftar keahlian pada malam tersebut.

Mengulas kenyataan beberapa pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yang menyuarakan hasrat untuk bekerjasama menghadapi PRN akan datang, Burhanuddin menegaskan bahawa GRS tetap berpegang pada prinsip memperkasakan autonomi dan kepimpinan parti tempatan.

Beliau turut menyeru seluruh ahli Gagasan Rakyat, khususnya di Bahagian Tanjung Keramat, agar terus memperkukuh perpaduan dan semangat perjuangan demi menjamin kestabilan serta pembangunan berterusan di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/10/pemuda-gagasan-rakyat-tanjung-keramat-sokong-penuh-seruan-pengerusi-grs-untuk-bergerak-solo/feed/ 0 73545
Pemuda Gagasan Rakyat umum penubuhan skuad GAHMUDA https://sabahmedia.com/2023/05/02/pemuda-gagasan-rakyat-umum-penubuhan-skuad-gahmuda/ https://sabahmedia.com/2023/05/02/pemuda-gagasan-rakyat-umum-penubuhan-skuad-gahmuda/#respond Tue, 02 May 2023 10:06:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33710
Read Time:1 Minute, 6 Second

KOTA KINABALU: Ketua Pergerakan Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Datuk Fairuz Renddan mengumumkan penubuhan skuad GAHMUDA merupakan sebuah pasukan sukarela yang menjadi platform kepada penggerak pemuda dan penyokongnya serta anak muda di negeri ini.

Fairuz berkata, skuad GAHMUDA ditubuhkan bagi menyumbang buah fikiran, tenaga dan masa mencakupi isu kebajikan rakyat, bencana alam, kemalangan, malapetaka dan seumpamanya.

“Setakat ini GAHMUDA menerima 300 permohonan keahlian dan sasaran kami adalah 20 ribu penyertaan dari anak muda Sabah,” katanya semasa mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat kali pertama di Ibu Pejabat parti di Alamesra, dekat sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, Fairuz mengalu-alukan kebersamaan anak muda bagi
sama-sama menyemarakkan semangat kesukarelawanan melalui wadah GAHMUDA.

“Pemuda Gagasan Rakyat akan sentiasa
memperjuangkan isu-isu anak muda Sabah bagi memastikan golongan ini akan sentiasa terbela dan terjaga haknya,” katanya.

Terdahulu, beliau turut mengumumkan senarai jawatankuasanya yang menggabungkan pemimpin muda daripada pelbagai latar belakang selaras dengan falsafah perjuangan Gagasan Rakyat.

Dalam mesyuarat itu, Azrul Ibrahim diumumkan sebagai Naib Ketua Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat.

Fairuz menyatakan pelantikan Azrul sebagai Naib Ketua Pemuda adalah berdasarkan pengalaman serta kebolehan beliau menerajui beberapa organisasi termasuk pernah menjadi pemimpin mahasiswa dan Ahli Parlimen Belia Malaysia sebelum ini.

Turut diumumkan pelantikan Khazarudin Kahar sebagai Penolong Setiausaha, Mohammad Ghazali Hajiji Penolong Bendahari dan Barhul Sahibu Ketua Penerangan selain barisan Exco pemuda Gagasan Rakyat.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/02/pemuda-gagasan-rakyat-umum-penubuhan-skuad-gahmuda/feed/ 0 33710