Pemuda GRS – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 23 Jun 2025 03:22:34 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pemuda GRS – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pemuda GRS Beaufort kecam demonstrasi mahasiswa, desak tindakan tegas https://sabahmedia.com/2025/06/23/pemuda-grs-beaufort-kecam-demonstrasi-mahasiswa-desak-tindakan-tegas/ https://sabahmedia.com/2025/06/23/pemuda-grs-beaufort-kecam-demonstrasi-mahasiswa-desak-tindakan-tegas/#respond Mon, 23 Jun 2025 03:22:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76007
Read Time:2 Minute, 46 Second

BEAUFORT: Ketua Pemuda Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Bahagian Klias, Mohd Shahril Osin mengecam sekeras-kerasnya tindakan sekumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang terlibat dalam penganjuran Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah 2.0 di ibu negeri pada 21 dan 22 Jun lalu.

Menurutnya, aksi demonstrasi yang diketuai oleh Fadhil Kasim bersama beberapa rakannya di bawah kumpulan Suara Mahasiswa UMS itu bukan sahaja melanggar nilai sopan santun budaya Sabah, malah memperlihatkan kebiadaban yang keterlaluan dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Lebih menjijikkan, perhimpunan itu disulami tindakan provokatif termasuk aksi membakar lukisan karikatur yang menyerupai wajah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ini bukan sahaja biadab, malah satu penghinaan terbuka kepada pemimpin negara dan mencerminkan kegagalan penganjur untuk beradab dalam menyampaikan pandangan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Shahril, tindakan sedemikian mencemarkan nama baik UMS dan seharusnya dikenakan tindakan tegas oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM), pihak pentadbiran UMS dan juga Kementerian Pengajian Tinggi.

“Tindakan membakar simbol pemimpin negara dalam perhimpunan kononnya atas nama antirasuah adalah sangat keterlaluan dan tidak wajar dibiarkan tanpa hukuman,” tegasnya.

Beliau turut menyelar keras penglibatan pemimpin pembangkang yang dilihat mengambil kesempatan politik dengan turut serta dalam demonstrasi itu, sekali gus menunggang golongan mahasiswa demi kepentingan politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17.

“Budaya luar yang dibawa masuk ke bumi Sabah ini semakin keterlaluan. Aksi membakar, provokasi dan kekacauan bukan budaya orang Sabah yang terkenal dengan adab, hormat dan kesederhanaan. Malah, tindakan segelintir mahasiswa yang bukan pun anak jati negeri ini jelas mengundang perpecahan, mengganggu keharmonian dan mencemarkan nama baik UMS,” ujarnya.

Shahril berkata, kehadiran pemimpin pembangkang seperti Warisan di tengah-tengah aksi provokatif itu memperlihatkan corak politik terdesak dan tidak beretika.

“Kita lihat jelas agenda tersembunyi di sebalik aksi ini. Ia bukan semata-mata suara mahasiswa, tetapi telah dicemari oleh kepentingan politik sempit pihak pembangkang.

“Pemimpin Warisan sepatutnya menunjukkan teladan yang baik, bukannya mencetuskan suasana tidak tenteram di ibu negeri,” katanya.

Beliau turut mendesak agar pihak pengurusan UMS bertindak tegas terhadap mana-mana pelajar yang terbukti terlibat bagi memastikan universiti itu tidak dijadikan platform untuk percaturan politik luar.

“UMS adalah institusi ilmu dan kecemerlangan, bukan pentas politik. Pentadbiran UMS perlu bertindak segera agar insiden seperti ini tidak menjadi “precedent” kepada mana-mana kelompok yang mahu menjadikan perhimpunan sebagai gelanggang provokasi,” katanya.

Menurutnya, mahasiswa perlu kembali kepada landasan intelektualisme dan memperjuangkan isu dengan ilmu serta hujah, bukannya emosi dan tindakan jalanan yang tidak beradab.

“Mahasiswa sepatutnya membawa suara dengan ilmu dan hikmah, bukan dengan cara yang biadab dan melampau. Hormatilah tanah tempat anda berpijak! Sabah adalah negeri yang beradat, bukan tempat untuk uji kaji politik murahan,” ujarnya.

Shahril berkata, rakyat Sabah secara jelas menolak sebarang bentuk politik kebencian dan provokasi, apatah lagi apabila ia cuba disemai di institusi pendidikan yang sepatutnya menjadi tapak penyatuan generasi muda pelbagai latar belakang.

“Kita tidak mahu Sabah yang aman ini dicemari oleh tangan-tangan luar yang sengaja mahu menimbulkan huru-hara. Golongan mahasiswa bukan alat untuk agenda politik yang tidak bermaruah,” katanya.

Pemuda GRS Beaufort juga menyatakan sokongan penuh terhadap pihak keselamatan dan pentadbiran universiti untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap mana-mana pelajar atau pihak luar yang didapati mencetuskan ketegangan atau melanggar undang-undang negara.

Shahril turut menyeru mahasiswa tempatan agar terus menjadi agen perubahan positif dengan berpaksikan ilmu, hormat dan hikmah bukan menjadi mangsa kepada permainan politik yang rakus dan oportunis.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/06/23/pemuda-grs-beaufort-kecam-demonstrasi-mahasiswa-desak-tindakan-tegas/feed/ 0 76007
Pemuda GRS saran pelajar UMS gunakan saluran betul suarakan isu https://sabahmedia.com/2024/12/26/pemuda-grs-saran-pelajar-ums-gunakan-saluran-betul-suarakan-isu/ https://sabahmedia.com/2024/12/26/pemuda-grs-saran-pelajar-ums-gunakan-saluran-betul-suarakan-isu/#respond Thu, 26 Dec 2024 08:19:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65985
Read Time:1 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil maklum tentang rancangan sekumpulan pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) untuk mengadakan Perhimpunan Aman Gempur Rasuah Sabah pada 31 Disember ini.

Walaupun menghormati hak kebebasan bersuara para pelajar, Pemuda GRS menegaskan bahawa isu rasuah dan kebajikan masyarakat harus disampaikan melalui saluran yang lebih sesuai.

Menurut kenyataan Pemuda GRS hari ini, dialog dan perbincangan konstruktif adalah pendekatan yang lebih berkesan untuk menangani isu-isu besar seperti rasuah.

“Kami berpendapat bahawa tindakan ini bukan sahaja dapat memastikan ketenteraman awam terpelihara, tetapi juga memberi peluang untuk penyelesaian yang lebih baik melalui kerjasama dengan pihak berkaitan.

“Selain itu, perhimpunan jalanan berisiko mencetuskan insiden yang boleh menjejaskan keselamatan peserta dan masyarakat umum.

“Dengan musim cuti hujung tahun yang sedang berlangsung, imej Sabah sebagai destinasi pelancongan aman dan harmoni juga boleh terjejas,” kata kenyataan itu.

Sehubungan dengan itu, Pemuda GRS menyeru Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mempertimbangkan pembatalan permit perhimpunan demi menjaga keselamatan dan ketenteraman negeri.

Pemuda GRS juga mengingatkan bahawa pelantikan jawatan penting seperti Yang di-Pertua Negeri adalah keputusan Majlis Raja-Raja dan Yang di-Pertuan Agong, yang seharusnya dihormati oleh semua pihak.

“Kami nasihatkan pelajar agar tidak terlibat dalam aktiviti yang boleh menjejaskan masa depan mereka. Pendidikan, harus menjadi keutamaan bagi golongan muda.

“Kami juga menyeru pelajar supaya berwaspada terhadap sebarang usaha pihak tertentu yang cuba memanipulasi mereka untuk agenda politik,” tegas kenyataan itu.

Sebagai langkah lanjut, Pemuda GRS meminta pihak Lembaga Disiplin UMS untuk menasihati pelajar agar tidak terlibat dalam perhimpunan tersebut dan terus fokus kepada pencapaian akademik serta aktiviti yang lebih membina.

Walaupun menyokong penuh usaha membanteras rasuah dan memperjuangkan integriti, Pemuda GRS menegaskan bahawa semua tindakan perlu dilaksanakan mengikut undang-undang dan melalui saluran yang tepat.

Mereka berharap semua pihak dapat memastikan isu ini ditangani dengan baik demi kestabilan dan keharmonian negeri Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/26/pemuda-grs-saran-pelajar-ums-gunakan-saluran-betul-suarakan-isu/feed/ 0 65985
Ucapan Dr Jeffrey beri semangat jentera pemuda GRS, misi & perjuangan parti – Nizam https://sabahmedia.com/2024/12/11/ucapan-dr-jeffrey-beri-semangat-jentera-pemuda-grs-misi-perjuangan-parti-nizam/ https://sabahmedia.com/2024/12/11/ucapan-dr-jeffrey-beri-semangat-jentera-pemuda-grs-misi-perjuangan-parti-nizam/#respond Wed, 11 Dec 2024 05:58:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=65211
Read Time:2 Minute, 9 Second

KOTA KINABALU: Ucapan Datuk Dr. Jeffrey G. Kitingan semasa merasmikan Pelancaran Jentera Pemuda Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak mengandungi sebarang unsur hasutan, kata Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

“Sebaliknya, ucapan tersebut bertujuan memberi semangat kepada jentera pemuda berkenaan misi dan perjuangan parti dengan menekankan prinsip “Rumah Kita, Kita Jaga.”

“Prinsip ini menyeru pemuda untuk mempertahankan apa yang menjadi hak mereka dan berhati-hati dengan musuh dalam selimut yang cuba merampasnya.

‘Persoalannya, mengapa Ketua UMNO Sabah begitu terkesan dengan ucapan ini? Adakah beliau secara tidak langsung mengakui bahawa UMNO adalah musuh dalam selimut untuk Kerajaan Negeri Sabah?,” kata Nizam dalam satu kenyataannya hari ini.

Menurut Nizam yang juga AJK Biro Penerangan GRS, sebagai ahli politik yang berpengalaman, tidak wajar bagi Datuk Bung Moktar Radin menyerang Dr. Jeffrey secara peribadi dengan mengungkit perjalanan politiknya yang penuh liku.

“Apa kaitan perjalanan politik seseorang pemimpin dengan isu ini?

“Sebagai seorang pemimpin yang pernah menjadi sebahagian daripada Kerajaan GRS dan menang di DUN Lamag serta Parlimen Kinabatangan atas sokongan ahli ahli GRS, Bung sepatutnya menyokong prinsip “Rumah Kita, Kita Jaga.”

“Namun, nampaknya beliau masih sukar menerima hakikat bahawa era Barisan Nasional (BN) sudah berlalu. Kini adalah era GRS, dengan misi yang jelas dan perjuangan rakyat Sabah yang dipacu oleh Plan Sabah Maju Jaya,” jelasnya.

Tambah beliau, Bung juga harus sedar bahawa rakyat Sabah kini semakin memberi sokongan kepada parti tempatan yang memahami keperluan dan aspirasi mereka.

“Serangan beliau terhadap prinsip “Rumah Kita, Kita Jaga” hanya menonjolkan keresahan beliau dan UMNO terhadap sokongan rakyat yang semakin berkurangan.

“Seperti yang dinyatakan Dr. Jeffrey, rakyat Sabah perlu bersatu dengan pemimpin untuk menolak kaedah pecah dan perintah yang telah merosakkan pembangunan, ekonomi, dan sosial negeri ini selama puluhan tahun di bawah pentadbiran UMNO,” tegasnya.

Jelas Nizam lagi, Dr. Jeffrey berhujah berasaskan fakta, bukan retorik politik. Bung, sebagai wakil Parlimen Kinabatangan selama beberapa penggal, pastinya sedar kawasan tersebut masih mundur dan daif.

“Ini adalah bukti jelas kegagalan model pentadbiran yang beliau wakili.

“Lebih mengejutkan, Bung memberikan kepercayaan kepada rakaman video yang meragukan dan jelas memiliki motif politik.

“Adakah Bung sebahagian daripada komplot ini sehingga bertindak menjadi pendakwa dan hakim sekaligus?,” soal Nizam.

Menurutnya, sebagai pemimpin, Bung seharusnya lebih bijak memahami bahawa mana-mana rakaman video, audio, atau gambar yang telah disunting dan tidak memiliki kredibiliti tidak akan diterima sebagai bukti di mahkamah.

“Adalah lebih baik beliau sendiri fokus dengan tuduhan mahkamah yang sedang dihadapinya.

“Oleh itu, nasihat saya kepada Datuk Bung Moktar adalah supaya tidak menjaga tepi kain orang, fokus pada isu sebenar, dan patuh pada undang-undang negara tanpa membuat tuduhan melulu,” tegas Nizam lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/11/ucapan-dr-jeffrey-beri-semangat-jentera-pemuda-grs-misi-perjuangan-parti-nizam/feed/ 0 65211