pemulih – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 22 Jul 2021 06:43:52 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pemulih – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 SESB pastikan pengguna menerima diskaun PEMULIH https://sabahmedia.com/2021/07/22/sesb-pastikan-pengguna-menerima-diskaun-pemulih/ https://sabahmedia.com/2021/07/22/sesb-pastikan-pengguna-menerima-diskaun-pemulih/#comments Thu, 22 Jul 2021 06:43:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3423
Read Time:1 Minute, 19 Second

KOTA KINABALU: Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) akan memastikan pengguna akan menerima diskaun bil elektrik sepertimana yang diumumkan oleh kerajaan.

Lanjutan daripada pengumuman kerajaan mengenai pelaksanaan pakej PEMULIH pada 28 Jun 2021, SESB akan memberikan diskaun bil elektrik kepada kumpulan sasar berdasarkan jumlah penggunaan elektrik bulanan untuk tempoh 1 Julai, 2021 hingga 30 September, 2021.

Justeru itu, kerja-kerja konfigurasi terhadap sistem pembilan SESB sedang dilaksanakanbermula pada awal Julai untuk merekod masuk diskaun bil elektrik di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Ir. Idris Mohd Noor berkata berikutan kepada kerja-kerja konfigurasi tersebut, pengguna SESB akan menerima bil elektrik lewat untuk bulan Julai ini.

“SESB menghentikan bacaan meter di tapak bagi mengemaskini sistem pembilan untuk memastikan diskaun tersebut dapat diberikan kepada semua pengguna,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurut beliau, SESB sentiasa berusaha untuk memastikan pelaksanaan diskaun PEMULIH berjalan dengan lancar.

Katanya, akaun pengguna akan dibilkan secara anggaran di dalam sistem berdasarkan amaun bil pada bulan sebelumnya dan akan diselaraskan apabila bacaan di sebenar di tapak dilaksanakan pada penghujung Julai ini.

Sehubungan dengan itu, beliau turut menasihati pengguna untuk mendaftar ke Online Customer Services (OCS) SESB bagi mendapat semakan bil.

SESB juga menyarankan pengguna untuk mengemaskini maklumat data pengguna bagi memudahkan informasi terkini mengenai perkhidmatan SESB disalurkan kepada pengguna termasuk perkhidmatan menerima pesanan ringkas (SMS) berkaitan maklumat bil.

Dalam pada itu, SESB turut menangguhkan pemotongan bekalan elektrik sehingga 31 Ogos 2021 untuk semua pelanggan SESB.

Pengguna boleh menghubungi SESB Careline di talian 15454 atau 088- 515000, 019- 852 5427 (aplikasi Whatsapp) untuk sebarang pertanyaan lanjut.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/22/sesb-pastikan-pengguna-menerima-diskaun-pemulih/feed/ 1 3423
45 KIR Terima Bantuan Membaiki Rumah Yang Rosak & Bakul Makanan Di Kampung Pulau Keniogan https://sabahmedia.com/2021/07/11/45-kir-terima-bantuan-membaiki-rumah-yang-rosak-bakul-makanan-di-kampung-pulau-keniogan/ https://sabahmedia.com/2021/07/11/45-kir-terima-bantuan-membaiki-rumah-yang-rosak-bakul-makanan-di-kampung-pulau-keniogan/#respond Sun, 11 Jul 2021 13:32:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2917
Read Time:2 Minute, 14 Second

BELURAN : Sebanyak 45 Ketua Isi Rumah (KIR) di Kampung Pulau Keniogan disini menerima bantuan merangkumi peralatan membaiki rumah yang rosak dan terjejas akibat kejadian ribut serta hujan lebat pada 5 Julai lalu.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, KIR yang terdiri dari nelayan-nelayan di kampung berkenaan turut mendapat bantuan bakul makanan yang diagihkan melalui Pejabat Parlimen Beluran; Pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Labuk dan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Pada hari ini saya meninjau masalah infrastuktur penduduk dan rumah nelayan di kampung ini yang rosak dan terjejas akibat kejadian ribut pada awal Julai lalu dan saya menyerahkan bantuan peralatan membaiki rumah serta bakul makanan dibawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).

“Sebelum ini, Pejabat Parlimen Beluran juga telah mengagihkan 17,000 bantuan bakul makanan dan dengan peruntukan tambahan di bawah PEMULIH, jumlah keseluruhan bantuan bakul makanan di kawasan Parlimen Beluran untuk golongan yang memerlukan adalah 20,000 bakul makanan setakat ini,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan bantuan kepada nelayan-belayan di Kampung Pulau Keniogan disini pagi tadi.

Hadir sama, Pembantu Menteri Pembangunan Luar Bandar Negeri Sabah yang juga ADUN Labuk, Samad Jambri dan Penolong Pegawai Daerah Beluran, Leprus Bin Esuvas @ Giswa.

Ronald yang juga Ahli Parlimen Beluran berharap bantuan yang disalurkan mampu mengurangkan beban penduduk setempat khususnya ketika berdepan pandemik COVID-19.

Katanya, kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebelum ini turut membaikpulih 152 rumah nelayan di kawasan Beluran dalam tempoh masa yang singkat dengan mematuhi spesifikasi yang ditetapkan.

“Manakala, 200 lagi rumah nelayan akan dibaikpulih dibawah Projek Khas Perumahan Nelayan bernilai RM3 juta yang akan dilaksanakan bermula bulan Ogos 2021.

“Selain itu, bagi membangunkan infrastruktur jeti sedia ada, tiga lokasi telah dibaik pulih sebelum ini iaitu di Jeti Kampung Munad II, Jeti Kampung Seri Menanti dan Jeti Kampung Keramat dengan kos sebanyak RM150,000,” katanya.

Katanya, sebanyak 18 jeti dan titian di sekitar kampung-kampung nelayan di Beluran juga sedang dalam perancangan LKIM untuk dibaikpulih, dinaiktaraf serta bina baharu yang akan memberi kemudahan pendaratan ikan yang lebih baik.

“Kerajaan sentiasa peka dengan kebajikan golongan nelayan yang banyak menyumbang kepada pengeluaran makanan negara.

“Kerajaan juga telah meningkatkan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) daripada kadar RM250 kepada RM300 sebulan yang memberi manfaat kepada 35,000 nelayan manakala Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) juga telah dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 sebulan bermula Januari 2021 yang memanfaatkan 3,400 nelayan darat berdaftar. Kedua-dua elaun ini memberi implikasi kewangan sebanyak RM151 juta setahun kepada Kerajaan,” katanya.

Katanya, pihak kementerian akan terus memastikan kebajikan semua golongan sasar termasuk golongan nelayan sentiasa terbela serta memastikan kelangsungan dan kelancaran rantaian bekalan makanan di kala pandemik COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/11/45-kir-terima-bantuan-membaiki-rumah-yang-rosak-bakul-makanan-di-kampung-pulau-keniogan/feed/ 0 2917
Penduduk Ranau Terima Bakul Makanan PEMULIH https://sabahmedia.com/2021/07/06/penduduk-ranau-terima-bakul-makanan-pemulih/ https://sabahmedia.com/2021/07/06/penduduk-ranau-terima-bakul-makanan-pemulih/#respond Tue, 06 Jul 2021 10:07:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2629
Read Time:1 Minute, 8 Second

RANAU: Seramai 1000 orang Ketua Isi Rumah (KIR) dari kawasan Parlimen  Ranau menerima sumbangan  berupa Bakul Makanan  disampaikan Timbalan  Menteri Dalam Negeri II, yang juga Ahli Parlimen Ranau, Jonathan Yasin.

Sumbangan itu  merupakan sebahagiaan peruntukan yang diambil daripada kerajaan pusat berjumlah RM300,000 bagi setiap Parlimen seluruh negara termasuk Parlimen kawasan pembangkang.

“Peruntukan RM300,000 itu kita guna-agihkan sebaik mungkin secara berperingkat dalam bentuk barangan kepada penduduk yang terkesan dengan pandemik Covid-19 terutama golongan miskin tegar, ibu-ibu tunggal, Orang Kelainan Upaya (OKU), Anak-Anak Yatim dan Pesakit Telantar yang diwakili keluarga masing-masing dan belum menerima apa-apa bantuan sebelum ini.

“Sumbangan ini kita akan sampaikan tanpa membezakan suku kaum, agama, idologi politik dan dikenalpasti benar-benar terkesan dengan pandemik Covid-19 yang kini belum berakhir”, jelas Jonathan ketika ditemui selepas menyampaikan secara gimik sumbangan bakul makanan tersebut bagi peringat pertama di perkarangan Sabindo Supermarket, 2 kilometer dari  pekan Ranau petang tadi.

Menurut Jonathan, sumbangan itu adalah di bawah Program  Bantuan Bakul  Makanan di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan  Ekonomi (PEMULIH) bagi kawasan Parlimen Ranau dan fasa  pertama kini mula diagihkan kepada mereka yang berkelayakan.

Semua bakul makanan akan dihantar ke semua lokasi di beberapa buah kampung yang tersenerai dan akan disampaikan oleh para sukarelawan  Parlimen Ranau yang mewakili Jonathan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/06/penduduk-ranau-terima-bakul-makanan-pemulih/feed/ 0 2629
PEMULIH : Pakej Ransangan Menyeluruh, Turut Beri Manfaat Kepada Sabah https://sabahmedia.com/2021/06/29/pemulih-pakej-ransangan-menyeluruh-turut-beri-manfaat-kepada-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/06/29/pemulih-pakej-ransangan-menyeluruh-turut-beri-manfaat-kepada-sabah/#respond Tue, 29 Jun 2021 08:33:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2202
Read Time:2 Minute, 7 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin atas pengumuman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) sebanyak RM150 bilion.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pakej itu merupakan pakej rangsangan menyeluruh yang akan turut memberi manfaat kepada Sabah.

“Pakej rangsangan yang amat komprehensif ini sudah pasti akan memberi manfaat kepada rakyat dan pelbagai sektor ekonomi di Sabah.

“Peruntukan yang merangkumi suntikan fiskal RM10 bilion adalah besar dan inilah yang diperlukan negara sekarang untuk mengatasi impak penutupan kali ketiga di seluruh negara oleh COVID-19,” katanya.

Hajiji berkata, ini sangat baik bagi penduduk di Sabah yang akan menerima bantuan wang tunai dari kerajaan negeri di bawah Bantuan Sabah Prihatin (BSP) 3.0 selain Bantuan Khas COVID-19 (BKC) bernilai RM4.6 bilion di bawah PEMULIH.

Katanya, BKC dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 11 juta isi rumah, warga emas dan individu bujang dalam kategori B40 dan M40 di negara ini.

“Menerusi PEMULIH, isi rumah B40 akan menerima sebanyak RM500 daripada kerajaan pada Ogos dan RM300 pada Disember; individu bujang B40 akan menerima RM200 pada Ogos; isi rumah M40 menerima RM250 pada Ogos manakala individu bujang M40 akan menerima RM100 pada Ogos.

“Isi rumah yang dikategorikan sebagai miskin akan menerima bantuan sebanyak RM1,800,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata, peruntukan sebanyak RM300,000 kepada Ahli Parlimen untuk bantuan bakul makanan akan membantu ramai golongan yang terkesan di kawasan masing-masing.

“Saya turut mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri bahawa Bank Simpanan Nasional (BSN) akan memulakan kemudahan perbankan mudah alih di Sabah pada bulan Julai ini, bagi memberi akses yang lebih mudah dalam perkhidmatan bank kepada penduduk di luar bandar.

“Kerajaan juga akan menawarkan dana sebanyak RM18 juta kepada bank tempatan untuk menyediakan kira-kira 30 unit bank bergerak di Semenanjung, Sabah dan Sarawak yang meliputi 250 kawasan luar bandar,”katanya.

Dalam pada itu, Hajiji berkata, PEMULIH menyediakan bantuan kewangan yang lebih baik kepada petani, kontraktor, perusahan kecil dan sederhana (PKS), pengusaha taska, pengusaha kemudahan sukan, seni kreatif, orang kurang upaya (OKU) dan sektor pelancongan.

Katanya, Sabah juga menyambut baik peruntukan sebanyak RM400 juta untuk meningkatkan bekalan vaksin negara dan mempercepatkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

“Pemberian moratorium pinjaman bank selama enam bulan tanpa syarat kepada semua peminjam individu dan pengusaha mikro membuktikan keprihatinan kerajaan kepada keperluan semua rakyatnya.

“Langkah untuk memperbanyakkan Elaun Mencari Pekerjaan kepada bukan pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) terutama kepada graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja tidak formal, yang mana mendaftar di bawah platform MyFuture Jobs, bakal menerima sekurangkurangnya RM300, kurangnya RM300, adalah sangat bermakna,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/29/pemulih-pakej-ransangan-menyeluruh-turut-beri-manfaat-kepada-sabah/feed/ 0 2202