Pemulihan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 31 Dec 2021 02:01:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pemulihan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 FCAS Memainkan Peranan Bantu Pemulihan Ekonomi Sabah – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/12/31/fcas-memainkan-peranan-bantu-pemulihan-ekonomi-sabah-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/12/31/fcas-memainkan-peranan-bantu-pemulihan-ekonomi-sabah-hajiji/#respond Fri, 31 Dec 2021 01:56:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10497
Read Time:2 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) memainkan peranan penting untuk membantu kerajaan dalam pemulihan ekonomi negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menggesa semua ketua industri di dalam FCAS untuk sama-sama menyokong usaha kerajaan dalam tempoh pemulihan semula ekonomi negeri yang turut terjejas akibat pandemik COVID-19.

“Sejak hampir dua tahun lalu, kita telah melalui begitu banyak cabaran akibat penularan pandemik COVID-19. Kerajaan Negeri telah mengambil pelbagai langkah untuk mengurangkan kesan negatif pandemik COVID-19 dan merangsang semula pertumbuhan ekonomi Sabah.

“Pelbagai inisiatif yang telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan negeri termasuk membuka semula sektor ekonomi dan membenarkan aktiviti merentas daerah serta negeri. Kerajaan yang saya terajui ini juga komited mempergiatkan usaha merangsang pertumbuhan ekonomi dengan melaksanakan pelbagai projek pembangunan serta menarik pelaburan berimpak tinggi merentasi semua sektor.

“Justeru, dengan pengaruh, kepakaran dan rangkaian FCAS yang luas, saya yakin gabungan ini akan memanfaatkan semua inisiatif kerajaan serta memainkan peranan dalam usaha memulihkan ekonomi negeri ini,” katanya ketika merasmikan majlis Mengangkat Sumpah bagi AJK Pusat Penggal ke-13 Gabungan Persatuan Cina Sabah (FCAS) pada malam Khamis.

Teks ucapan beliau disampaikan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Roland Chia.

Hajiji berkata pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dan pelbagai pakej rangsangan oleh Kerajaan Persekutuan telah berjaya mempercepatkan lagi usaha pemulihan ekonomi Sabah.

“Dengan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh Kerajaan, pertumbuhan negatif pelbagai sektor pada tahun 2020 telah menunjukkan pertumbuhan positif pada tahun 2021. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi Sabah pada tahun 2021 dijangka menunjukkan aliran pemulihan dan akan berkembang secara perlahan tetapi pada kadar positif 3.8 peratus hingga 4 peratus.

“Malah, dalam ucapan Belanjawan 2022 awal bulan ini, saya telah menegaskan bahawa strategi dan pendekatan kita adalah untuk mempercepatkan pembangunan yang akan tertumpu kepada sektor pertumbuhan produktif dan sektor pemting dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu pertanian, perindustrian dan pelancongan.

“Bagi tahun 2022, kita memperuntukkan sebanyak RM919.18 juta untuk pembangunan sektor berkenaan. Jumlah itu membabitkan peningkatan sebanyak RM8.48 juta daripada RM910.7 juta pada tahun 2021,” katanya.

Hajiji berkata, kerajaan negeri juga akan memperkukuh pelaksanaan projek pembangunan sedia ada dan baharu di dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe12) bagi tempoh 2021 hingga 2025 dan usaha itu meliputi semua sektor yang akan meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan menjana lebih banyak peluang pekerjaan kepada orang ramai.

“Seperti yang kita ketahui, antara tiga pelaburan awal baharu yang telah dimeterai pada 22 Mac 2021 ialah industri pembuatan kerajang tembaga di KKIP bernilai RM4.2 bilion; Projek Lok Kawi Resort City dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM7 bilion dan projek penanaman kelapa berhasil tinggi.

“Kami yakin dengan pelaksanaan pelbagai projek ini, prospek ekonomi Sabah pada tahun 2022 dijangka menunjukkan arah aliran pemulihan yang lebih baik, sejajar dengan peringkat nasional dan global. Ekonomi Sabah dijangka berkembang pada 4 hingga 4.5 peratus pada tahun 2022.

“Kerajaan akan terus memantau untuk memastikan semua projek yang disenaraikan dalam Belanjawan Persekutuan 2022 dan Belanjawan Negeri 2022 akan dilaksanakan segera untuk memacu ekonomi,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/31/fcas-memainkan-peranan-bantu-pemulihan-ekonomi-sabah-hajiji/feed/ 0 10497
Pindaan Perlembagaan Persekutuan Membuka Jalan Kepada Pemulihan Penuh MA63 – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/12/15/pindaan-perlembagaan-persekutuan-membuka-jalan-kepada-pemulihan-penuh-ma63-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/12/15/pindaan-perlembagaan-persekutuan-membuka-jalan-kepada-pemulihan-penuh-ma63-hajiji/#respond Wed, 15 Dec 2021 04:03:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9895
Read Time:58 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan kelulusan Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 adalah penting dan ia akan membuka jalan kepada pemulihan sepenuhnya Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), “Ia adalah detik penting dalam sejarah negara kita, terutama sekali apabila ia diluluskan sebulat suara oleh Parlimen.

“Kami sentiasa mempertahankan hal ini dan Majlis Khas MA63 yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri telah sedia menerima permintaan yang dikemukakan oleh Sabah dan Sarawak,” katanya sambil menambah bahawa dengan asas-asas MA63 dilaksanakan, langkah-langkah kini boleh diambil untuk bergerak lebih jauh ke hadapan dalam memulihkan hak Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

Hajiji mengulangi bahawa Majlis Khas MA63 adalah penting kerana ia adalah manifestasi kerajaan hari ini untuk duduk bersama dan menyelesaikan isu berkaitan sebagai satu Keluarga Malaysia.

Beliau memberi jaminan bahawa Kerajaan Negeri Sabah tidak akan berhenti setakat ini, sebaliknya akan meneruskan hak negeri seperti yang dipersetujui melalui Majlis Khas MA63.

Pada Selasa, Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan Persekutuan 2021 yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang- Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah diluluskan sebulat suara oleh Ahli Parlimen melalui pengundian pada bacaan akhir kali kedua dan ketiga.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/15/pindaan-perlembagaan-persekutuan-membuka-jalan-kepada-pemulihan-penuh-ma63-hajiji/feed/ 0 9895
Usaha Pemulihan dan Pemuliharaan Hutan Sabah Perlu Sokongan Semua Pihak – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/12/01/usaha-pemulihan-dan-pemuliharaan-hutan-sabah-perlu-sokongan-semua-pihak-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/12/01/usaha-pemulihan-dan-pemuliharaan-hutan-sabah-perlu-sokongan-semua-pihak-hajiji/#respond Wed, 01 Dec 2021 01:26:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9115
Read Time:3 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Pelan Pemulihan dan Pemuliharaan Hutan oleh Jabatan Perhutanan perlu disokong oleh semua pihak, terutama pemegang konsesi Perjanjian Lesen Pengurusan Hutan Mampan (SFMLA) atau Unit Pengurusan Hutan (FMU), pemain industri hiliran dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata pujian perlu diberikan kepada konsesi SFMLA atau FMU yang telah mengekalkan pensijilan pematuhan mereka dalam pengurusan hutan serta semua rakan pemuliharaan atas sumbangan mereka dalam agensi konservasi negeri ini.

“Saya percaya Jabatan Perhutanan Sabah dengan jalinan kerjasama dan penglibatan semua pihak yang berkaitan mampu untuk terus mencapai kecemerlangan dalam agenda konservasi hutan dan pemulihan ke arah pengurusan lestari hutan kita untuk anak cucu,” katanya.

Berucap sempena Majlis Apresiasi Perhutanan 2021 di Sabah International Convention Centre (SICC), di sini semalam (Selasa), Hajiji meminta Jabatan Perhutanan Negeri memainkan peranan aktif dalam memacu pembangunan eko-pelancongan yang dikenalpasti sebagai tonggak ekonomi utama dalam Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan
anugerah Compliance Certificate kepada Yayasan Sabah (YS) yang diterima oleh Pengurus Kumpulan YS, Dr.Esther Li (dua dari kiri). Yayasan Sabah menerima 2 Compliance Certificate untuk tahun 2019 dan 2020 bagi pelaksanaan aktiviti SFM di FMU 15 dan 16. – Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri
Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan Anugerah Rakan Konservasi kepada Borneo Rhino Alliance (BORA) yang diterima oleh Pengarah Eksekutifnya, Datuk DrJunaidi Payne (kiri). BORA menerima anugerah tersebut diatas usaha memulihara hidupan liar terancam dan habitatnya di negeri Sabah. – Foto Ihsan Jabatan Ketua Menteri

” Seperti yang disebut oleh Ketua Konservator Hutan (Datuk Frederick Kugan) sebelum ini, eko-pelancongan dan perhutanan adalah saling berkaitan.

“Hutan kita adalah habitat kepada kepelbagaian bio, yang mana kita boleh menemui antara lain pokok Dipterocarp tertinggi di dunia dan orang utan, gajah, beruang serta Tembadau. Semua ini adalah tarikan utama untuk pelancong domestik dan antarabangsa ke Sabah.

“Tetapi, saya percaya sebagai sektor eko-pelancongan bertaraf antarabangsa, masih banyak yang perlu diterokai dan diperbaiki, terutama selepas pandemik ini,” lebih-lebih lagi selepas wabak itu,” katanya.

Dari perspektif jaringan kelestarian hijau, Ketua Menteri berharap hutan di Sabah akan terus berfungsi sebagai yang terbaik untuk inisiatif Heart of Borneo (HoB).

“Ia juga sejajar dengan aspirasi SMJ bahawa pemuliharaan dan mengekalkan hutan serta biodiversitinya diberi penekanan bukan sahaja untuk kepentingan Sabah serta negara malah juga untuk dunia,” katanya.

Untuk usaha itu, Hajiji memuji Jabatan Perhutanan atas inisiatif dalam membuat langkah awal ke arah mencapai kelestarian hijau, yang disifatkannya sebagai langkah bijak.

Dengan memastikan 30 peratus atau 2.2 juta hektar hutan Sabah menjadi Kawasan Terlindung Sepenuhnya (TPA) menjelang tahun 2025, beliau berkata ia akan melengkapkan usaha mewujudkan koridor dan menyelesaikan isu ketersambungan (connectivity issue) hutan simpan di seluruh negeri.

Hajiji juga mengambil maklum dengan ucapan Kugan mengenai inisiatif Jabatan Perhutanan dalam usahanya untuk membentuk semula sektor perhutanan bagi membawa manfaat sosial dan ekonomi berimpak tinggi kepada masyarakat, termasuk melihat ke dalam menjana pendapatan melalui produk bukan kayu seperti karbon kredit, pembangunan tenaga hijau hidro, pengkomersilan hasil penyelidikan, pengkajian semula Lesen SFMLA atau FMU yang tidak berdaya maju, penstrukturan semula sektor perindustrian kayu kayan yang lebih inklusif serta pelan tindakan tranformasi ladang
hutan.

“Sebagai penghuni/pemilik tanah ini, kita lebih tahu apa yang terbaik untuk mengurus hutan kita. Saya percaya Jabatan Perhutanan sebagai agensi yang diamanahkan dalam menguruskan sumber ini telah mengambil kira semua aspek, sejajar dengan pengurusan hutan lestari, untuk memenuhi keperluan. generasi kini dan akan datang,” katanya.

Terdahulu, Ketua Menteri turut menekankan kepentingan ‘character building’ terutamanya dalam memerhatikan tahap integriti yang tinggi dalam kalangan kakitangan.

“Sektor awam dan jabatan yang diamanahkan untuk menyimpan maklumat sulit kerajaan serta mereka yang mempunyai kuasa membuat keputusan mesti mempunyai integriti.

“Pelan antirasuah yang telah dirangka oleh kerajaan akan menjadi penanda aras kepada semua kementerian, jabatan dan agensi,” katanya.

Turut hadir ialah Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan,Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pertanian dan Perikanan, Datuk Dr Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri/Menteri Pembangunan Perindustrian, Penasihat-Penasihat Teknikal kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Sam Mannan (Perhutanan) dan Datuk Darrel Webber (Perubahan Iklim) dan Ketua Konservator Hutan Sabah, Datuk Frederick Kugan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/01/usaha-pemulihan-dan-pemuliharaan-hutan-sabah-perlu-sokongan-semua-pihak-hajiji/feed/ 0 9115
Belanjawan Pemulihan Untuk Semua – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/10/29/belanjawan-pemulihan-untuk-semua-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/10/29/belanjawan-pemulihan-untuk-semua-hajiji/#respond Fri, 29 Oct 2021 12:29:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8036
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri mengalu-alukan Bajet 2022 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Senator Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz sebagai inklusif tanpa meminggirkan mana-mana sektor dan tiada mana-mana pihak tertinggal ketika negara terkesan akibat pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sejumlah RM332.1 bilion Bajet Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera adalah sangat besar kerana tahun hadapan dijangka menjadi tahun pemulihan untuk semua sektor ekonomi yang terjejas oleh wabak itu.

“Kenaikan peruntukan kepada RM5.6 bilion untuk kemudahan asas, infrastruktur, air dan elektrik serta pembangunan penjagaan kesihatan untuk Sabah adalah berita baik,” katanya.

Katanya, Sabah menghargai usaha berterusan sensitiviti Kerajaan Persekutuan terhadap keperluan negeri dengan mencadangkan RM1.5 bilion untuk infrastruktur luar bandar pembangunan di Sabah dan Sarawak.

Ketua Menteri juga mengalu-alukan cadangan peruntukan RM746 juta, bahagian utama daripadanya untuk 112 projek menaik taraf sekolah usang di Sabah.

Turut disambut baik ialah jaminan bahawa projek infrastruktur bernilai RM3.5 bilion, antaranya lebuh raya Pan Borneo akan diteruskan tahun hadapan.

Cadangan pelepasan cukai dan insentif untuk pelbagai sektor dalam Belanjawan Negara dibentangkan oleh Menteri Kewangan melengkapkan Hala Tuju Sabah Maju Jaya agenda Kerajaan Sabah.

“Kita melihat Belanjawan Negara sebagai melengkapkan Rancangan Malaysia Ke-12 dan kita mengalu-alukan cadangan peruntukan untuk Sabah tahun hadapan,” katanya selepas memantau pelancaran Belanjawan Negara 2022 pada Jumaat.

Hajiji juga mengalu-alukan subsidi RM209 juta yang berterusan untuk perkhidmatan pengangkutan udara di Sabah dan Sarawak.

“Cadangan Kem Pasukan Gerakan Am (GOF) di Pagalungan akan sangat membantu meningkatkan keselamatan sempadan antara Malaysia dan Indonesia,” katanya.

Turut bersama Hajiji ialah Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan/Menteri Kewangan II, Datuk Seri Masidi Manjun, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong dan pegawai kanan kerajaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/29/belanjawan-pemulihan-untuk-semua-hajiji/feed/ 0 8036
Sabah Akan Pastikan Kejayaan Pelan Pemulihan Ekonomi BIMP-EAGA https://sabahmedia.com/2021/10/28/sabah-akan-pastikan-kejayaan-pelan-pemulihan-ekonomi-bimp-eaga/ https://sabahmedia.com/2021/10/28/sabah-akan-pastikan-kejayaan-pelan-pemulihan-ekonomi-bimp-eaga/#respond Thu, 28 Oct 2021 07:10:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8005
Read Time:1 Minute, 21 Second

KOTA KINABALU: Sabah mengalu-alukan Kenyataan Bersama Sidang Kemuncak Ke-14, Kawasan Pertumbuhan Timur ASEAN-Brunei-Indonesia- Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) untuk menjalinkan kerjasama yang lebih erat antara negara yang menyertai bagi melonjakkan ekonomi selepas pandemik COVID-19.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Sabah akan melakukan tanggungjawabnya bagi memastikan kejayaan rancangan pemulihan antaranya pembangunan Koridor Ekonomi BIMP-EAGA.

Katanya, antara perkara yang telah dipersetujui dalam Kenyataan Bersama itu ialah inisiatif Kuarantin Satu Borneo untuk memudahkan perdagangan dan pelaburan.

Sabah telah mengenalpasti tiga titik sempadan iaitu Bantul, Sebatik dan Serudung di bawah fasa kedua inisiatif itu manakala fasa perintis adalah di sempadan Entikong, Indonesia – Tebedu, Sarawak dan Sungai Tujuh, Brunei – Sungai Tujuh, Miri.

Hajiji adalah pemerhati pada Sidang Kemuncak ke-14 BIMP-EAGA yang diadakan secara maya pada Khamis yang dipengerusikan oleh Presiden Indonesia Joko Widodo.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Sultan Brunei Sultan Hassanal Bolkiah dan Presiden Filipina, Rodrigo Duterte berucap pada Sidang Kemuncak itu.

Manakala Setiausaha Agung Asean, Dato Lim Jock Hoi dan Presiden Bank Pembangunan Asia Masatsugu Asakawa juga turut berucap pada Sidang Kemuncak itu.

“Kami bersetuju dan menyokong pandangan Malaysia yang dikemukakan oleh Perdana Menteri bahawa BIMP-Eaga akan menjadi platform yang berguna dalam kebangkitan ekonomi. Ia juga merupakan petanda baik dengan objektif yang ditetapkan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (2021-2025),” kata Hajiji.

Bersama Ketua Menteri ialah Duta Khas Sabah ke BIMP-EAGA, Tan Sri Pandikar Amin Mulia; Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong; Peguam Besar Negeri Sabah, Datuk Nor Asiah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Sabah, Datuk Datu Rosmadi Sulai.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/28/sabah-akan-pastikan-kejayaan-pelan-pemulihan-ekonomi-bimp-eaga/feed/ 0 8005
Pemulihan Bekalan Elektrik Secara Berperingkat Ke Kawasan Terjejas Akibat Banjir https://sabahmedia.com/2021/09/04/pemulihan-bekalan-elektrik-secara-berperingkat-ke-kawasan-terjejas-akibat-banjir/ https://sabahmedia.com/2021/09/04/pemulihan-bekalan-elektrik-secara-berperingkat-ke-kawasan-terjejas-akibat-banjir/#respond Sat, 04 Sep 2021 11:41:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5819
Read Time:1 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Pemulihan bekalan elektrik ke kawasan-kawasan yang terjejas akibat banjir kilat yang melanda Pantai Barat Negeri Sabah pada Khamis dan Jumaat dilaksanakan secara berperingkat dan dalam keadaan yang selamat.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Asset) Sabah Electricity Sdn Bhd, Ir. Idris Mohd Noor berkata kerja-kerja pemulihan bekalan telah dimulakan serta merta pada Khamis di kawasan-kawasan yang boleh dilalui oleh pasukan teknikal SESB.

Kerja baikpulih bekalan disebabkan kerosakan sedang diambil tindakan, dengan keutamaan diberi kepada kerosakan-kerosakan yang boleh mendatangkan bahaya kepada orang awam, seperti tiang patah dan wayar putus.

“Namun ada sebahagian kawasan yang tidak dapat dilalui disebabkan banjir dan pencawang elektrik ditenggelami air,” katanya dan menambah bahawa pemulihan dilaksanakan apabila air banjir surut.

Selain itu, SESB terpaksa menutup bekalan ke beberapa kawasan yang ditenggelami air banjir atas sebab-sebab keselamatan.

Beliau berkata, lebih dari 3000 panggilan aduan gangguan bekalan dan kerosakan melibatkan talian putus dan pokok tumbang diterima oleh SESB Careline sejak Khamis sehingga lewat malam Jumaat.

Kerosakan talian dan gangguan bekalan itu telah menjejaskan lebih 20,000 pengguna di kawasan Kota Belud, Kota Kinabalu, Papar, Beaufort, Sipitang, Bongawan dan Penampang.

Sementara itu, Idris menasihati orang awam untuk tidak menghampiri ataupun menyentuh pepasangan SESB seperti wayar putus, tiang tumbang bagi tujuan keselamatan.

Pengguna juga dinasihatkan untuk menghubungi SESB Careline 15454, 088- 515000 atau melalui Whatsapp 019- 852 5427 untuk sebarang pertanyaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/09/04/pemulihan-bekalan-elektrik-secara-berperingkat-ke-kawasan-terjejas-akibat-banjir/feed/ 0 5819