penang – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 01 Jul 2025 15:44:40 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png penang – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Lelaki Terselamat Ditembak Ketika Tunggu Anak di Hadapan Sekolah https://sabahmedia.com/2025/07/01/lelaki-terselamat-ditembak-ketika-tunggu-anak-di-hadapan-sekolah/ https://sabahmedia.com/2025/07/01/lelaki-terselamat-ditembak-ketika-tunggu-anak-di-hadapan-sekolah/#respond Tue, 01 Jul 2025 15:44:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=76512
Read Time:43 Second

BUTTERWORTH – Seorang lelaki dilaporkan terselamat selepas pikap yang dinaikinya ditembak oleh individu tidak dikenali berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Nyior, di sini petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang itu, mangsa yang dipercayai berusia dalam lingkungan 40-an sedang menunggu anaknya pulang dari sekolah apabila kenderaannya dihampiri suspek yang melepaskan beberapa das tembakan ke arah cermin sisi pemandu sebelum melarikan diri.

Setakat ini, tiada kecederaan dilaporkan dan motif serangan masih belum diketahui.

Beberapa keping gambar kejadian yang tular di media sosial menunjukkan kerosakan pada cermin hadapan dan sisi kenderaan mangsa dipercayai akibat tembakan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Anuar Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan satu kenyataan rasmi akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Polis kini sedang giat menjalankan siasatan termasuk meneliti rakaman CCTV di kawasan berhampiran bagi mengenal pasti suspek serta motif sebenar kejadian.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/01/lelaki-terselamat-ditembak-ketika-tunggu-anak-di-hadapan-sekolah/feed/ 0 76512
Pelajar USM maut terjatuh ketika mahu ambil pakaian  https://sabahmedia.com/2022/04/28/pelajar-usm-maut-terjatuh-ketika-mahu-ambil-pakaian/ https://sabahmedia.com/2022/04/28/pelajar-usm-maut-terjatuh-ketika-mahu-ambil-pakaian/#respond Thu, 28 Apr 2022 06:33:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14875
Read Time:1 Minute, 24 Second

BERNAMA

GEORGETOWN: Polis mengesahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian seorang pelajar lelaki Universiti Sains Malaysia (USM) ditemukan maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat lapan Desasiswa Tekun, dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong, berkata pelajar Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan berusia 22 tahun itu dipercayai tergelincir ketika mahu mengambil pakaiannya yang terjatuh daripada ampaian.

“Menurut keterangan rakan-rakan mangsa, pelajar berkenaan pada mulanya memanjat tembok koridor di tingkat lapan itu untuk mengambil pakaiannya yang terjatuh dari ampaian di kawasan bahagian luar koridor iaitu terdapat ruang kira-kira dua kaki persegi di situ (ruang simen) sebelum mangsa terjatuh ke bawah.

“Mereka (rakan-rakan mangsa) hanya menyedari mangsa terjatuh selepas dia tidak masuk ke bilik semula sebelum bertindak mencarinya dan menemui mayatnya di kawasan bawah bangunan asrama itu kira-kira jam 10.30 malam sebelum memaklumkan kepada pengurusan universiti serta menghubungi polis,” katanya ketika dihubungi BERNAMA, hari ini.

Beliau juga menafikan mangsa membunuh diri sebaliknya ia adalah kemalangan dan kejadian itu disiasat sebagai mati mengejut.

Terdahulu, tular di media sosial berhubung kejadian seorang pelajar USM ditemukan mati dipercayai terjatuh daripada bangunan asrama di situ.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Kelestarian dan Pembangunan Institusi) USM, Prof Dr Md Roslan Hashim berkata USM telah melantik sebuah pasukan kerja untuk memeriksa fasiliti pelajar terutama di desa siswa bagi memastikan keselamatan pelajar terjamin.

Katanya, pasukan itu sedang meneliti semua aspek yang perlu dan mengambil langkah pencegahan untuk mengelak kejadian sama berulang.

“Pihak universiti juga menasihatkan semua pelajar agar lebih berhati-hati untuk memastikan kejadian sama tidak berulang,” katanya dan menambah USM akan terus memantau keselamatan pelajar dari semua aspek yang berkaitan menerusi pengurusan desa siswa dan majlis penghuni desa siswa.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/28/pelajar-usm-maut-terjatuh-ketika-mahu-ambil-pakaian/feed/ 0 14875