penangah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 16 Sep 2026 11:53:22 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png penangah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 600 sertai usaha perkukuh pemuliharaan gajah Borneo di Penangah https://sabahmedia.com/2026/09/16/600-sertai-usaha-perkukuh-pemuliharaan-gajah-borneo-di-penangah/ https://sabahmedia.com/2026/09/16/600-sertai-usaha-perkukuh-pemuliharaan-gajah-borneo-di-penangah/#respond Wed, 16 Sep 2026 11:33:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=103540
Read Time:1 Minute, 34 Second

PENANGAH: Kira-kira 600 orang menyertai Sambutan Hari Gajah Sedunia Peringkat Mukim Penangah di Dewan Terbuka Penangah, hari ini, dalam usaha memperkukuh kesedaran dan kerjasama komuniti terhadap pemuliharaan gajah Borneo.

Program itu turut menjadi platform bagi komuniti, agensi kerajaan, pemimpin tempatan dan organisasi pemuliharaan berkongsi pengalaman serta memperkukuh usaha menangani konflik manusia-gajah bagi mewujudkan kehidupan yang lebih selamat dan harmoni.

Program dirasmikan Penolong Pegawai Daerah, Ronley Saringan, yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah.

Turut hadir wakil agensi kerajaan, ketua kampung, pemimpin masyarakat, Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM), kumpulan pengiring gajah dari sekitar Telupid dan Tongod serta pelajar sekolah sekitar Penangah.

Sambutan berkenaan dianjurkan sepenuhnya oleh Kumpulan Pengiring Gajah Maman, Penangah bersama Earthworm Foundation, dengan sokongan dan tajaan Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jetama, K2 Life, Datuk Mohd Kurniawan Naim Moktar, Datuk Masiung Banah serta rakan konservasi lain.

Ketua Projek Earthworm Foundation, Juhana Johnny, berkata program berkenaan penting sebagai ruang untuk komuniti dan pelbagai pihak bertemu, berkongsi pengalaman serta memperkukuh kerjasama dalam menangani konflik manusia-gajah.

“Program seperti ini juga memberi ruang untuk meningkatkan kesedaran masyarakat serta membina hubungan yang lebih harmoni antara manusia dan gajah Borneo, khususnya di Mukim Penangah dan daerah Tongod,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang 11 hingga 15 September, termasuk pertandingan melukis dan mewarna, sukaneka, bola sepak serta pameran berkaitan pemuliharaan gajah Borneo.

Juhana berkata, penglibatan aktif komuniti amat penting kerana penduduk setempat merupakan antara pihak yang paling dekat dengan gajah, selain mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang dapat membantu mengurangkan risiko konflik serta meningkatkan keselamatan manusia dan gajah.

Dalam ucapan yang dibacakan Ronley, Masiung menegaskan pemuliharaan gajah memerlukan kerjasama dan komitmen berterusan daripada komuniti, pemimpin tempatan, agensi kerajaan, sektor swasta serta organisasi pemuliharaan.

Kerjasama itu penting bagi memastikan usaha pemuliharaan dapat dilaksanakan secara berkesan, sekali gus mewujudkan masa depan yang membolehkan manusia dan gajah Borneo hidup secara lebih harmoni dan selamat.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/09/16/600-sertai-usaha-perkukuh-pemuliharaan-gajah-borneo-di-penangah/feed/ 0 103540
Penangah bakal berubah wajah dengan pelaksanaan projek pekan baharu https://sabahmedia.com/2025/10/01/penangah-bakal-berubah-wajah-dengan-pelaksanaan-projek-pekan-baharu/ https://sabahmedia.com/2025/10/01/penangah-bakal-berubah-wajah-dengan-pelaksanaan-projek-pekan-baharu/#respond Wed, 01 Oct 2025 09:21:07 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82314
Read Time:1 Minute, 3 Second

SANDAKAN: Penangah, sebuah perkampungan padat di daerah Tongod, dijangka akan mengalami perubahan besar berikutan pelaksanaan projek pekan baharu pada awal tahun hadapan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Datuk Masiung Banah, mengumumkan bahawa sebanyak 200 ekar tanah telah diwartakan untuk projek transformasi bercampur ini.

Projek ini dilaksanakan di bawah Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) dan akan dibangunkan secara berperingkat melalui kerjasama strategik dengan Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB).

Masiung membuat pengumuman ini pada Majlis Makan Malam ‘Santai Kalaga’ di sebuah restoran di sini pada hari Isnin.

Pembangunan ini diharap dapat membuka lembaran baharu untuk daerah Tongod, yang kini disenaraikan sebagai antara daerah termiskin di Malaysia. Kewujudan pekan baharu ini dijangka akan merangsang pertumbuhan ekonomi penduduk Tongod, khususnya di Penangah.

Sebanyak RM3 juta telah diperuntukkan untuk kerja-kerja awal projek, yang merangkumi:
pengukuran tapak, pembinaan jalan masuk, sistem perparitan, kemudahan yang akan dibina, pekan baharu Penangah akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, termasuk: bangunan komersial, perumahan awam, hospital, masjid, pejabat Urusetia Kecil Penangah, Bangunan Majlis Daerah, stesen minyak, jambatan menyeberangi Sungai Milian.

Penangah, yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Pekan Tongod, mempunyai potensi pembangunan yang tinggi. Kedudukannya yang berdekatan dengan sebuah kilang simen yang dijangka beroperasi pada akhir tahun hadapan diramalkan akan mempercepatkan kemajuan prasarana awam di kawasan tersebut.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/01/penangah-bakal-berubah-wajah-dengan-pelaksanaan-projek-pekan-baharu/feed/ 0 82314