pendaki – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 10 Jul 2025 11:24:07 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pendaki – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Detik cemas aliran deras di Gunung Kinabalu, semua pendaki berjaya diselamatkan https://sabahmedia.com/2025/07/10/detik-cemas-aliran-deras-di-gunung-kinabalu-semua-pendaki-berjaya-diselamatkan/ https://sabahmedia.com/2025/07/10/detik-cemas-aliran-deras-di-gunung-kinabalu-semua-pendaki-berjaya-diselamatkan/#respond Thu, 10 Jul 2025 11:12:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77068
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU:  Kejadian aliran air deras dilaporkan berlaku di kawasan KM 7, Check Point Sayat-Sayat, Gunung Kinabalu susulan hujan lebat di puncak gunung sekitar jam 6.15 pagi tadi.

Menurut Pengurusan Lembaga Pemegang Amanah Taman-Taman Sabah, hujan yang turun sejak awal pagi menyebabkan limpahan air deras dari kawasan dataran tinggi ke atas denai pendakian. Bagaimanapun, pemantauan oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (SAR), Pasukan Tindak Balas Kecemasan Gunung (MOSAR) dan Malim Gunung mendapati kawasan tersebut masih selamat untuk dilalui dengan penggunaan tali keselamatan yang telah disediakan.

Seramai 155 pendaki yang berada di kawasan itu berjaya melepasi laluan berkenaan dengan selamat pada jam lebih kurang 7.48 pagi.

“Taman-Taman Sabah ingin memaklumkan bahawa kejadian aliran air deras seperti ini adalah fenomena biasa yang boleh berlaku setiap kali hujan turun di kawasan pergunungan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebagai langkah keselamatan, Taman-Taman Sabah telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) melibatkan pemantauan cuaca dan penutupan laluan pendakian sekiranya keadaan cuaca tidak mengizinkan. Pemeriksaan cuaca biasanya dilakukan seawal jam 2 hingga 3 pagi oleh petugas SAR Taman sebelum sebarang keputusan pendakian dibuat.

Pada hari kejadian, pemeriksaan awal mendapati cuaca masih dalam keadaan selamat dan pendakian dibuka pada jam 3.26 pagi. Namun, cuaca berubah secara mendadak dengan hujan lebat dan angin kencang bermula jam 6.15 pagi sehingga menyebabkan pembentukan aliran air deras di kawasan Check Point Sayat-Sayat.

Pendaki yang menuruni laluan ketika itu dibantu oleh Malim Gunung untuk melepasi kawasan tersebut dengan selamat.

Taman-Taman Sabah menasihati para pendaki agar sentiasa bertenang dan mematuhi arahan serta nasihat yang diberikan oleh Malim Gunung dan pasukan SAR Taman sekiranya berdepan situasi sedemikian demi keselamatan semua pihak.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/10/detik-cemas-aliran-deras-di-gunung-kinabalu-semua-pendaki-berjaya-diselamatkan/feed/ 0 77068
MOSAR bantu turunkan pendaki alami sakit perut, muntah dan pening https://sabahmedia.com/2024/05/15/mosar-bantu-turunkan-pendaki-alami-sakit-perut-muntah-dan-pening/ https://sabahmedia.com/2024/05/15/mosar-bantu-turunkan-pendaki-alami-sakit-perut-muntah-dan-pening/#respond Wed, 15 May 2024 10:12:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54446
Read Time:49 Second

KUNDASANG: Pasukan Bomba Bantuan (PBB) Mountain Search and Rescue (MOSAR) Gunung Kinabalu membawa turun seorang pendaki wanita yang mengalami sakit perut, muntah dan pening di Kilometer 2, dalam perjalanan ke Gunung Kinabalu pada Selasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihak Balai Bomba Ranau menerima panggilan kecemasan pada jam 2 petang pada Selasa (14 Mei) mengenai kejadian itu.

“Pasukan MOSAR seramai lima orang diketuai oleh PBB Feliks Taimin selaku Komander Operasi bersama malim gunung telah bergegas ke lokasi mangsa.

“Sejurus tiba di lokasi tersebut, terdapat seorang pendaki mengalami sakit perut, muntah, pening dan mengadu tidak mampu berjalan di Kilometer 2 yang dalam perjalanan ke Gunung Kinabalu.

“Mangsa seorang perempuan berusia 25 tahun itu kemudiannya di bawa turun dengan menggunakan kaedah ‘piggyback carry’.

“Sebaik tiba di Timpohon Gate, mangsa telah diserahkan kepada petugas perubatan Ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurutnya, operasi membawa turun mangsa tamat sepenuhnya pada jam 4.15 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/15/mosar-bantu-turunkan-pendaki-alami-sakit-perut-muntah-dan-pening/feed/ 0 54446
MOSAR bawa turun pendaki warga Slovakia https://sabahmedia.com/2023/03/21/mosar-bawa-turun-pendaki-warga-slovakia/ https://sabahmedia.com/2023/03/21/mosar-bawa-turun-pendaki-warga-slovakia/#respond Tue, 21 Mar 2023 11:05:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=31237
Read Time:41 Second

KOTA.KINABALU: Seorang pendaki warganegara Slovakia terpaksa diturunkan dari Layang-layang KM 4, Gunung Kinabalu kerana mengalami simptom Akut Gunung atau Altitude Mountain Sickness (AMS).

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.46 pagi tadi (21 Mac) mengenai kejadian itu dan mengerahkan sepasukan Mencari dan Menyelamat Gunung Kinabalu (MOSAR) pergi ke lokasi kejadian.

“Setibanya pasukan MOSAR dengan bantuan Park SAR dan Malim Gunung di lokasi kejadian mendapati seorang lelaki warga Slovakia mengalami AMS dan pasukan bertindak memberikan rawatan awal kepada mangsa.

“Mangsa yang berusia 68 tahun itu dibawa turun ke Timpohon gate menggunakan teknik usungan (Robinson Strecher),” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Ranau menggunakan kenderaan dari Taman-Taman Sabah dan operasi ditamatkan pada jam 4.40 petang.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/03/21/mosar-bawa-turun-pendaki-warga-slovakia/feed/ 0 31237