Pendapatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 09 May 2024 11:26:42 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pendapatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kementerian Kewangan berjaya tingkatkan pendapatan Sabah https://sabahmedia.com/2024/05/09/kementerian-kewangan-berjaya-tingkatkan-pendapatan-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/05/09/kementerian-kewangan-berjaya-tingkatkan-pendapatan-sabah/#respond Thu, 09 May 2024 11:26:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54183
Read Time:1 Minute, 16 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata beliau gembira dan berpuas hati dengan prestasi Kementerian Kewangan (MoF) dan pengurusan berhemat di bawah pentadbiran Datuk Seri Masidi Manjun yang telah berjaya meningkatkan pendapatan negeri.

Beliau berkata demikian semasa lawatan kerjanya ke MoF hari ini.

“MoF telah melakukan dengan baik dan saya menggesa kementerian lain untuk mencontohi kerja baik yang dicapai oleh kementerian. Kita boleh maju jauh jika kita komited, mengambil tindakan ke atas apa yang perlu, dan memudahkan proses,” katanya.

Hajiji berkata di bawah pentadbirannya, negeri ini mempunyai dasar yang jelas dalam bentuk Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) untuk mengemudi pembangunan dan khususnya menarik pelaburan dan menyelesaikan kemiskinan tegar demi kebaikan negeri dan rakyat.

Semasa lawatan kerja ke MoF, Hajiji telah diberi taklimat mengenai prestasi dan pencapaian kementerian serta isu, cabaran yang dihadapi dan hala tuju termasuk penerokaan sumber pendapatan baharu.

Lawatan kerja ke MoF menandakan yang pertama Lawatan Ketua Menteri ke semua kementerian dengan tujuan untuk mendengar operasi dan prestasi mereka serta memahami isu dan cabaran yang dihadapi oleh kementerian masing-masing.

Hadir sama Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim, Menteri Sains, Teknologi dan Menteri Inovasi Datuk Ariffin Arif, Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Datuk Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib, Menteri Belia dan Sukan Datuk Ellron Angin, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, Peguam Negara Datuk Nor Asiah Mohd Yusof, Setiausaha Tetap MoF Datuk Mohd Sofian Alfian Nair, pembantu menteri dan pegawai kanan MoF.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/09/kementerian-kewangan-berjaya-tingkatkan-pendapatan-sabah/feed/ 0 54183
Peneroka Ladang LKTNS Wilayah Timur Bakal Terima Durian Runtuh berjumlah lebih RM21 Juta https://sabahmedia.com/2023/02/04/peneroka-ladang-lktns-wilayah-timur-bakal-terima-durian-runtuh-berjumlah-lebih-rm21-juta/ https://sabahmedia.com/2023/02/04/peneroka-ladang-lktns-wilayah-timur-bakal-terima-durian-runtuh-berjumlah-lebih-rm21-juta/#respond Sat, 04 Feb 2023 10:12:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=29033
Read Time:1 Minute, 20 Second

SANDAKAN — Peneroka ladang-ladang di Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) Kawasan Wilayah Timur akan menerima pendapatan peneroka berjumlah RM21,299,702 secara keseluruhannya.

Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah (LKTNS) di dalam satu kenyataan berkata Seramai 908 peneroka di wilayah itu terlibat dalam penerimaan pendapatan bagi tahun 2022 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM21,299,702.

” Daripada jumlah tersebut sebanyak RM8,399,210 adalah tabungan peneroka yang akan diagihkan pada setiap hujung tahun.

“ Purata pendapatan peneroka adalah RM1,955 sebulan dan jumlah ini melebihi sasaran RM1,600 sebulan”

” Seramai 472 peneroka Ladang Sg. Manila/Ulu Dusun/Suan Lamba menerima pendapatan berjumlah RM8,817,820. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM3,387,451 adalah tabungan, manakala purata pendapatan adalah RM2,165 sebulan.

Dalam pada itu satu Majlis simbolik penyerahan pendapatan peneroka bagi Ladang Sg Manila, Ulu Dusun dan Suan Lamba telah diadakan yang bertempat di pejabat Ladang Sg Manila, Sandakan di sini hari ini.

Majlis yang diadakan sebagai simbolik penyerahan pendapatan kepada peneroka wilayah timur, untuk ladang-ladang kelolaan Lembaga Kemajuan Tanah Negeri Sabah, khususnya bagi peneroka ladang Sg Manila, Ulu Dusun dan Suan Lamba.

Majlis yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Abd Ghani Mohamed Yassin (Pengerusi LKTNS merangkap ADUN N46 Nabawan) dan Tuan Syaheddrul R Joddari (Pengurus Besar LKTNS)

Hadir sama pada majlis tersebut adalah barisan Pengurusan Kanan LKTNS dan para peneroka Ladang Sg Manila, Ulu Dusun dan Suan Lamba.

Diharapkan dengan agihan pendapatan para peneroka yang diterima ini meningkatkan lagi semangat para peneroka agar terus berusaha dan akan terus menyokong segala usaha yang dilaksanakan LKTNS demi kebaikan dan jaminan masa depan Bersama kata kenyataan itu lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/02/04/peneroka-ladang-lktns-wilayah-timur-bakal-terima-durian-runtuh-berjumlah-lebih-rm21-juta/feed/ 0 29033
KEPKAS Bantu Pengusaha Industri Pelancongan Untuk Jana Semula Pendapatan https://sabahmedia.com/2021/10/15/kepkas-bantu-pengusaha-industri-pelancongan-untuk-jana-semula-pendapatan/ https://sabahmedia.com/2021/10/15/kepkas-bantu-pengusaha-industri-pelancongan-untuk-jana-semula-pendapatan/#respond Fri, 15 Oct 2021 13:08:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7568
Read Time:2 Minute, 4 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar (KEPKAS) kini memberi tumpuan khususnya dalam membantu pengusaha industri pelancongan, memulihkan keyakinan pelancong sekaligus memastikan sektor pelancongan di Sabah mampu menjana semula pendapatan secara berterusan.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin berkata, susulan pengumuman oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor memberi kebenaran untuk rentas daerah dan negeri, kementeriannya kini giat melaksanakan pelbagai pendekatan baharu termasuk kempen promosi yang lebih agresif dan strategik bagi memulihkan semula industri pelancongan serta mampu merancakkan kembali sektor pelancongan di negeri Sabah.

“Antaranya termasuk sesi libat urus secara maya untuk pameran pelancongan Sabah yang turut melibatkan Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA), Persatuan Agensi Pelancongan dan Pengembaraan Sabah (SATTA), Persatuan Pelancongan Asia Pasifik (PATA) dan bekerjasama dengan perdagangan luar negara dalam kempen media sosial,” kata Jafry.

Dalam pada itu, bagi menjamin kelangsungan hidup pekerja-pekerja dalam rantaian sektor ini, kerajaan negeri juga telah memberi bantuan khas termasuk para pengusaha penginapan.

Menurut Jafry, bantuan secara one off RM2,000 diberikan kepada pengusaha pelancongan seterusnya RM300 kepada pemandu pelancongan, penggiat seni, divemaster, malim gunung dan porter.

Katanya, untuk pengusaha hotel dan penginapan, masing masing menerima RM5,000 kepada hotel bertaraf 5 dan 4 bintang. Manakala hotel bertaraf 3, 2, dan 1 bintang menerima RM2,000. Turut menerima manfaat sama , hotel yang belum mendapat pengiktirafan, persatuan Homestay dan juga Persatuan Pelancongan Luar Bandar masing-masing mendapat bantuan one off sebanyak RM1,000.

Selain itu, kementerian juga menawarkan insentif untuk menggalakkan aktiviti Pelancongan Domestik serta penganjuran aktiviti perniagaan termasuk mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran (MICE).

“Semua pihak perlu sedar untuk mengembalikan sektor ini kepada keadaan sebelum berlakunya wabak COVID-19 bukan satu perkara mudah,” tambahnya.

Walau bagaimanapun, pengusaha pelancongan kini mampu menarik nafas lega susulan kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan yang membolehkan mereka beroperasi semula.

Menurut kajian yang dijalankan oleh Lembaga Pelancongan Sabah ke atas pengusaha industri pelancongan baru baru ini menunjukkan 1 peratus yang telah menutup terus perniagaan mereka.

Manakala 48% hanya menutup sementara operasi ekoran pelaksanaan perintah kawalan Pergerakan PKP. Seterusnya, pengusaha pelancongan yang masih menjalankan operasi sepenuhnya sehingga kini adalah sebanyak 45.5%.

Dalam pada itu, Jafry turut memberi jaminan bahawa kementerian akan sentiasa mendengar keluhan dan cabaran yang dihadapi pemain industri di semua peringkat seterusnya bersama-sama untuk mengatasinya secara komprehensif.

“Justeru, KEPKAS akan terus membuat pendekatan yang baharu, terkini dan relevan dengan perkembangan semasa dalam usaha memulihkan sektor pelancongan, seterusnya kembali menjadi antara penyumbang ekonomi terbesar di negeri Sabah,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/15/kepkas-bantu-pengusaha-industri-pelancongan-untuk-jana-semula-pendapatan/feed/ 0 7568
Pelajar minat dalam bidang pertanian jana pendapatan lumayan https://sabahmedia.com/2021/07/25/pelajar-minat-dalam-bidang-pertanian-jana-pendapatan-lumayan/ https://sabahmedia.com/2021/07/25/pelajar-minat-dalam-bidang-pertanian-jana-pendapatan-lumayan/#respond Sun, 25 Jul 2021 09:45:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3579
Read Time:1 Minute, 24 Second

RANAU: Meskipun negara masih lagi dilanda pandemik COVID-19, dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara, keadaan itu tidak menjadi penghalang bagi seorang remaja lelaki, Joevier Jamesron, 17, mengisi masa lapang membantu ibubapanya berkebun menanam buah-buahan.

Joevier pelajar tingkatan 5, di Sekolah Menengah Kebangsaan Mat Salleh di sini, amat meminati bidang pertanian dan menimba ilmu dari datuknya di kampung membantu mengerjakan kebun buah-buahan dan ladang kelapa sawit yang terletak di daerah Telupid apabila musim cuti sekolah.

Katanya, dia mempunyai semangat tinggi membantu kedua ibubapa mengusahakan bidang pertanian tanpa mengabaikan pelajaran sekolahnya dan ia terbukti apabila sering mendapat gelaran ‘Pelajar Cemerlang’ di peringkat sekolah atas pencapaian kepujian cemerlang dalam semua matapelajaran yang diambilnya.

Sepanjang pelaksanaan PKP, Joevier menanam nenas di kawasan tanah milik ibunya , dia berpuas hati hasil tanaman nenasnya mengeluarkan buah bersaiz besar dan rasanya manis, yang kemudian dijual di pasar pekan Telupid.

Selain kecemerlangan  dalam bidang Kurikulum dan Kokurikulum di sekolahnya, anak pertama daripada dua beradik itu juga berminat dan pandai bermain alat muzik seperti Piano, Ukulele dan Gitar.

Atas sebab kemahiran  bermain alat muzik itu, Joevier sering diundang untuk mengiringi persembahan koir atau lagu-lagu  rohani di Gereja SDA Batu 2 Ranau.

Ibu Joevier, Airine Abidin, 41, pula cukup membimbing  dan mengambil perhatian terhadap perkembangan pembelajaran kedua-dua anaknya, dengan memastikan sentiasa mengulangkaji pelajaran sekolah semasa  berada di rumah dan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) ketika pelaksanaan PKP ini.

” Saya tidak menghalang anak saya Joevier meminati bidang pertanian kerana bidang pertanian juga satu perniagaan yang boleh menjana pendapatan yang lumayan,” jelas Airine yang bertugas sebagai seorang Jururawat di salah sebuah klinik swasta di pekan Ranau.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/25/pelajar-minat-dalam-bidang-pertanian-jana-pendapatan-lumayan/feed/ 0 3579