Pendidikam – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 19 Jul 2026 07:14:39 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pendidikam – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Negeri sokong usaha perluas akses pendidikan anak berkeperluan khas https://sabahmedia.com/2026/07/19/kerajaan-negeri-sokong-usaha-perluas-akses-pendidikan-anak-berkeperluan-khas/ https://sabahmedia.com/2026/07/19/kerajaan-negeri-sokong-usaha-perluas-akses-pendidikan-anak-berkeperluan-khas/#respond Sun, 19 Jul 2026 07:14:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=100140
Read Time:2 Minute, 18 Second

KENINGAU: Kerajaan Negeri akan terus menyokong usaha memperkukuh jaringan kerjasama dalam memperluaskan akses kepada pendidikan, intervensi awal serta sokongan menyeluruh kepada anak-anak berkeperluan pendidikan khas di Sabah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, usaha itu akan diperkukuhkan menerusi kerjasama strategik melibatkan Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, sekolah, ibu bapa, agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi, sektor swasta serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Beliau berkata, kerajaan komited memastikan golongan berkeperluan khas terus mendapat peluang pendidikan yang inklusif serta perkhidmatan sokongan yang diperlukan bagi membantu perkembangan mereka.

“Malah, untuk tahun ini sahaja kerajaan memperuntukkan sebanyak RM173.56 juta kepada Kementerian Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat serta jabatan dan agensi di bawahnya bagi melaksanakan agenda kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

“Dalam konteks kerajaan negeri, kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan termasuk kebajikan orang kelainan upaya (OKU), anak yatim, warga emas, ibu tunggal serta golongan daif dan miskin,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian The Neurohope Programme 2026 di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Bingkor, di sini, pada Sabtu.

Teks ucapan beliau disampaikan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ceasar Mandela Malakun.

Hajiji berkata, pelbagai inisiatif kebajikan terus dilaksanakan kerajaan negeri termasuk Program Bantuan Kebajikan yang merangkumi Skim Bantuan OKU, warga emas, kanak-kanak, ibu tunggal, Skim Bantuan Anak Yatim serta Program Bantuan Makanan kepada golongan daif dan miskin.

Beliau berkata, kerajaan turut memperluaskan penyediaan Pusat Autisme Sabah (PAUS) bagi meningkatkan akses kepada pendidikan awal yang berkualiti dan mampu milik untuk kanak-kanak autisme.

“Ketika ini PAUS Kota Kinabalu di Sembulan telah beroperasi dengan baik dan menempatkan kanak-kanak autisme di sekitar Kota Kinabalu.

“Pusat ini menyediakan pendidikan awal berkualiti dan mampu milik kepada kanak-kanak autisme berusia tiga hingga tujuh tahun. Ia juga akan diwujudkan secara berfasa di Tawau, Sandakan, Kudat dan Beaufort mulai tahun ini,” katanya.

Mengulas mengenai penganjuran The Neurohope Programme 2026, Hajiji berkata program itu merupakan satu gerakan komuniti yang menghimpunkan sektor pendidikan, kesihatan, kerajaan, pertubuhan masyarakat, ibu bapa dan komuniti dengan matlamat memperkukuh sokongan terhadap perkembangan setiap anak.

Sehubungan itu, beliau menyeru ibu bapa, guru, pemimpin masyarakat dan orang ramai agar memanfaatkan platform berkenaan untuk menambah ilmu, berkongsi pengalaman serta berganding bahu membina ekosistem sokongan yang lebih holistik kepada anak-anak berkeperluan khas.

“Kita sedar sokongan bukan sahaja datang daripada keluarga terdekat, malah memerlukan dokongan padu daripada komuniti, pakar kesihatan dan pertubuhan bukan kerajaan,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada warga SK Bingkor yang berjaya menjadikan sekolah sebagai pusat pembangunan komuniti serta mengucapkan tahniah kepada Dr. Velerie Primus atas kejayaan mengharumkan nama Sabah dan Malaysia di peringkat antarabangsa dalam memperjuangkan pendidikan inklusif.

Hajiji berharap The Neurohope Programme dapat diperluaskan ke lebih banyak sekolah, komuniti dan daerah di seluruh Sabah agar menjadi pemangkin kepada usaha memperkukuh pendidikan inklusif, memperkasa institusi keluarga serta membina masyarakat yang lebih prihatin terhadap keperluan setiap anak.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/07/19/kerajaan-negeri-sokong-usaha-perluas-akses-pendidikan-anak-berkeperluan-khas/feed/ 0 100140
Pendidikan pelaburan penting bangunkan modal insan berkualiti di Sabah https://sabahmedia.com/2026/06/25/pendidikan-pelaburan-penting-bangunkan-modal-insan-berkualiti-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/06/25/pendidikan-pelaburan-penting-bangunkan-modal-insan-berkualiti-di-sabah/#respond Wed, 24 Jun 2026 22:30:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=98823
Read Time:1 Minute, 58 Second

KOTA KINABALU: Pendidikan merupakan pelaburan penting dalam usaha membangunkan modal insan berkualiti yang mampu memacu kemajuan Sabah pada masa hadapan.

Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Mohd Razali Wahab berkata, pembangunan sesebuah negeri tidak hanya bergantung kepada kemudahan fizikal seperti jalan raya, jambatan, pelabuhan dan lapangan terbang, sebaliknya memerlukan modal insan berilmu, berkemahiran serta berdaya saing untuk menerajui pelbagai sektor ekonomi.

Beliau berkata, pelaburan dalam pendidikan adalah pelaburan untuk masa depan negeri kerana usaha memperkukuh sistem persekolahan akan meningkatkan daya saing Sabah, sekali gus membantu merealisasikan agenda pembangunan Sabah Maju Jaya.

“Apabila kita melabur dalam pendidikan, kita melabur dalam masa depan Sabah. Usaha memperkukuh sekolah akan memperkukuh daya saing negeri serta membangunkan potensi murid untuk menghadapi cabaran masa depan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2025 dan Jasamu Dikenang 2026 Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di sini, pada Rabu.

Mohd Razali berkata, Sabah kini sedang menikmati perkembangan positif dalam pelbagai sektor termasuk pelancongan, minyak dan gas, ekonomi digital serta kecerdasan buatan (AI), namun peluang yang tersedia memerlukan tenaga kerja berkualiti tinggi yang mampu bersaing di peringkat global.

Katanya, sistem pendidikan juga perlu terus diperkasakan bagi melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah memiliki kemahiran berfikir secara kritis, menyelesaikan masalah, berinovasi serta mampu menyesuaikan diri dengan perubahan teknologi yang pesat.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata sektor pendidikan Sabah turut mencatat pencapaian membanggakan apabila keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 merekodkan Gred Purata Negeri (GPN) 4.85 berbanding 5.00 pada tahun sebelumnya.

“Pencapaian ini amat signifikan kerana buat pertama kali Sabah berjaya merekodkan GPN di bawah paras 5.00, sekali gus membuktikan usaha berterusan seluruh warga pendidikan negeri mula membuahkan hasil,” katanya.

Beliau turut memaklumkan prestasi Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menunjukkan peningkatan apabila peratus calon yang memperoleh lulus penuh dalam lima dan empat mata pelajaran meningkat daripada 98.81 peratus kepada 98.87 peratus.

Sehubungan itu, Mohd Razali menggesa penerima APC agar terus menjadi teladan dan ejen perubahan dalam organisasi masing-masing dengan berkongsi pengalaman, kepakaran, idea serta inovasi bagi memperkukuh sistem pendidikan negeri.

“Masyarakat melihat penerima APC sebagai contoh teladan, manakala organisasi pula mengharapkan mereka menjadi pemangkin kepada budaya kerja cemerlang dalam perkhidmatan awam,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 354 warga pendidikan dari seluruh Sabah menerima APC 2025 sebagai pengiktirafan terhadap kecemerlangan prestasi, integriti dan komitmen dalam melaksanakan tugas, manakala 15 pesara turut diraikan menerusi segmen Jasamu Dikenang.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/06/25/pendidikan-pelaburan-penting-bangunkan-modal-insan-berkualiti-di-sabah/feed/ 0 98823