pendidikan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 29 Feb 2024 07:59:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pendidikan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sabah memperuntukkan bajet besar untuk pendidikan rakyat https://sabahmedia.com/2024/02/29/sabah-memperuntukkan-bajet-besar-untuk-pendidikan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2024/02/29/sabah-memperuntukkan-bajet-besar-untuk-pendidikan-rakyat/#respond Thu, 29 Feb 2024 07:51:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50301
Read Time:1 Minute, 56 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri akan terus memperuntukkan bajet yang besar bagi memastikan rakyat Sabah mendapatkan pendidikan yang sempurna di negeri ini, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau berkata pelbagai inisiatif bantuan pendidikan disediakan oleh kerajaan negeri bagi memperkasakan prestasi pendidikan di Sabah, antaranya sejumlah RM101 juta
untuk biasiswa dan dermasiswa kepada pelajar yang melanjutkan pengajian ke
peringkat lebih tinggi, pada tahun ini.

“Saya meminta warga pendidik terus melakar kejayaan, bersemangat dan menunjukkan budaya kerja berprestasi tinggi untuk melahirkan modal insan yang terdidik serta mampu bersaing di persada global,” katanya ketika merasmikan Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPenS) Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran Tahun
2023 di sini pada Khamis.

Melahirkan harapan itu, beliau berkata ini kerana dunia pada hari ini menuntut modal
insan yang berjiwa kental dan cemerlang agar dapat bersama-sama membina negara bangsa.

“Pembangunan pendidikan sentiasa diberikan keutamaan oleh kerajaan negeri. Ini kerana pendidikan penting untuk mengubah nasib anak bangsa. Ini selaras dengan Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang mana pembangunan modal insan antara agenda utama yang diberi penekanan oleh kerajaan negeri.

“Justeru, peranan dan sumbangan guru amat penting dan bermakna dalam memastikan generasi baharu yang lahir dapat memenuhi segala ruang dan peluang yang ada sekali gus mendepani apa jua cabaran yang datang.

“Oleh itu, saya menggesa supaya warga pendidikan di negeri ini, khususnya di Tuaran agar melakukan anjakan perubahan dan penambahbaikan untuk meningkatkan
pencapaian pendidikan termasuk sahsiah pelajar di sekolah masing-masing,” katanya.

Mengenai majlis itu, Ketua Menteri berkata kerajaan negeri terus komited untuk menyokong segala aktiviti yang mengiktiraf sumbangan guru di negeri ini.

Justeru, beliau berkata pelaksanaan MAPenS Pejabat Pendidikan Daerah Tuaran Tahun 2023 amat signifikan dengan objektif utamanya iaitu memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada kecemerlangan pengurusan sekolah dan peranan warga
pendidik.

“Saya berharap anugerah ini menjadi penyuntik semangat untuk terus berusaha dan memberikan sumbangan yang terbaik kepada pembangunan pendidikan di daerah ini.

“Dalam masa sama, warga pendidik perlu terus berusaha memacu tenaga demi melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri tinggi dan berupaya merealisasikan hasrat dan aspirasi negara. Komitmen guru mampu memperkembangkan potensi, mengetengahkan bakat dan kebolehan murid,” katanya.

Katanya, kerajaan negeri juga akan terus bekerjasama dengan Persekutuan dalam usaha meningkatkan pembangunan pendidikan di negeri ini.

Mengenai prestasi pelaksanaan sekolah sekolah daif di negeri ini, beliau berkata kerja
menaik taraf sekolah daif kini sedang rancak dilaksanakan.

“Semua usaha ini bertujuan memberi keselesaan kepada pelajar dan guru,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/29/sabah-memperuntukkan-bajet-besar-untuk-pendidikan-rakyat/feed/ 0 50301
Pendigitalan pendidikan sekolah-sekolah Putatan terus diperkasa https://sabahmedia.com/2024/01/17/pendigitalan-pendidikan-sekolah-sekolah-putatan-terus-diperkasa/ https://sabahmedia.com/2024/01/17/pendigitalan-pendidikan-sekolah-sekolah-putatan-terus-diperkasa/#respond Tue, 16 Jan 2024 22:00:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=48072
Read Time:1 Minute, 6 Second

PUTATAN: Pendigitalan dalam sistem pendidikan khususnya di sekolah-sekolah daerah Putatan akan terus diperkasa.

Menurut Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir. Shahelmey Yahya, ini penting kerana pendigitalan adalah sangat berkait rapat dengan kehidupan masa kini termasuklah pendidikan.

“Dengan evolusi digital masa kini, kita tidak ingin pelajar-pelajar yang bersekolah di daerah Putatan ketinggalan disebabkan oleh kekurangan prasarana di sekolah masing-masing.

“Melalui sumbangan-sumbangan prasarana seperti ‘Smart TV’ ini diharapkan akan dapat menggalakkan dan membantu pihak sekolah dalam usaha pembelajaran secara digital” ujarnya.

Shahelmey berkata demikian ketika berucap di Majlis penyerahan sumbangan ‘Smart TV’ kepada sekolah-sekolah dalam daerah Putatan di Pejabat Pusat Khidmat Rakyat ADUN N24 Tanjung Keramat, Putatan pada Selasa.

Shahelmey yang juga ahli Parlimen Putatan berkata, pihaknya sentiasa terbuka untuk membincangkan isu-isu pendidikan dalam daerah Putatan demi untuk pembangunan masyarakat.

“Pihak sekolah sentiasalah berkomunikasi dengan kami berhubung apa-apa juga isu pendidikan di dalam Parlimen Putatan agar kita sama-sama dapat membangunkan masyarakat melalui agenda pendidikan” jelasnya.

Untuk rekod, sebanyak 10 buah sekolah dalam daerah Putatan mendapat sumbangan tersebut yang disumbangkan oleh Pejabat Pusat Khidmat Rakyat ADUN N24 Tanjung Keramat.

Turut hadir ialah Awang Mohd Kadir Awang Kanak; Pegawai Pendidikan Daerah Penampang, Mohd Sufian Matin; Setiausaha Politik kepada Timbalan Ketua Menteri III dan Mahadzir Abdul Majid; Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjung Keramat.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/17/pendigitalan-pendidikan-sekolah-sekolah-putatan-terus-diperkasa/feed/ 0 48072
Pendidikan penting lahirkan modal insan berdaya saing – Hajiji https://sabahmedia.com/2023/12/12/pendidikan-penting-lahirkan-modal-insan-berdaya-saing-hajiji/ https://sabahmedia.com/2023/12/12/pendidikan-penting-lahirkan-modal-insan-berdaya-saing-hajiji/#respond Tue, 12 Dec 2023 07:28:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46415
Read Time:1 Minute, 43 Second

TUARAN: Kerajaan negeri memberi keutamaan kepada aspek pendidikan untuk melahirkan modal insan yang berdaya saing, berkemahiran dan berkualiti tinggi, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, komitmen kerajaan juga seiring dengan Pelan Pembangunan Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menjadikan Pembangunan Modal Insan dan Kesejahteraan Rakyat
sebagai teras kedua pelan berkenaan.

Justeru, katanya, banyak inisiatif yang telah beliau perkenalkan dan berikan kepada pelajar negeri ini dari peringkat sekolah rendah, menengah hingga ke institut pengajian tinggi (IPT) untuk memastikan mereka dapat meneruskan pembelajaran hingga ke tahap lebih tinggi.

“Semua inisiatif itu semata-mata untuk membantu dan memastikan kecemerlangan anak-anak dalam pendidikan, kerana mereka merupakan modal insan yang penting dan amat diperlukan untuk membawa negeri ini ke tahap yang lebih
membangun.

“Kerajaan juga mahu memastikan anak-anak sama ada berada di bandar atau luar bandar negeri ini mendapat kesamarataan akses pendidikan yang sempurna dengan keadaan sekolah yang baik dan selesa.

“Hanya menerusi ilmu pengetahuan, kemahiran dan pendidikan yang tinggi, mereka dapat bersaing dan berjaya, sekaligus menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan negeri Sabah khususnya.

“Kerajaan Negeri juga terus memperkukuhkan lagi pembangunan modal insan dengan penyediaan peruntukan sebanyak RM474.55 juta pada tahun depan, untuk
melaksanakan pelbagai program antaranya berkaitan pendidikan dan latihan”, katanya pada Majlis Sambutan Jubli Intan 60 Tahun Sekolah Kebangsaan (SK) Bundung, di sini
pada Selasa.

Menyentuh sekolah-sekolah daif di Sabah, Hajiji berkata Kerajaan Persekutuan dibawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Panglima Anwar Ibrahim memberi keutamaan
untuk menaiktaraf infrastruktur dan kemudahan sekolah-sekolah tersebut.

Beliau juga mengingatkan ibu bapa agar memastikan anak-anak mendapat pendidikan yang baik, dan tidak membiarkan mereka terjebak dengan kegiatan dan anasir negatif yang boleh merosakkan kehidupan dan masa depan mereka.

Sejajar dengan usia Jubli Intan SK Bundung, Hajiji mahu sambutan itu menjadi pemangkin dan pencetus semangat kepada seluruh warga sekolah untuk terus melahirkan lebih ramai modal insan yang cemerlang dari segi akademik dan insaniah, serta bersama-sama membangunkan negeri ini pada masa hadapan.

Beliau turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM200 ribu untuk membantu membaiki beberapa kemudahan di SK Bundung yang telah berusia 60 tahun, dan diketegorikan sebagai Sekolah Kurang Murid (SKM) luar bandar.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/12/pendidikan-penting-lahirkan-modal-insan-berdaya-saing-hajiji/feed/ 0 46415
TPNS bentuk masa depan pendidikan berkualiti https://sabahmedia.com/2023/12/11/tpns-bentuk-masa-depan-pendidikan-berkualiti/ https://sabahmedia.com/2023/12/11/tpns-bentuk-masa-depan-pendidikan-berkualiti/#respond Mon, 11 Dec 2023 07:31:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=46391
Read Time:1 Minute, 25 Second

KOTA KINABALU: Penubuhan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) diwujudkan untuk menjadi landasan bagi membolehkan lebih ramai anak-anak Sabah berpeluang ke institusi pengajian tinggi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana TPNS, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, inisiatif TPNS juga selaras dengan salah satu teras hala tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) iaitu meningkatkan pembangunan modal insan dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata demikian semasa berucap sempena Majlis Penyerahan Bantuan TPNS di Wisma Bandaraya, hari ini.

Mengenai program-program yang dilaksanakan, Mohd Arifin berkata, sejak dilancarkan pada 2 Jun 2022, jumlah sumbangan dana yang diterima ialah RM55.7 juta.

“Daripada jumlah tersebut, setakat bulan Disember 2023, TPNS melalui Kumpulan Yayasan Sabah telah menggunakan RM3.7 juta untuk memberikan bantuan pendidikan kepada seramai 2,890 orang siswa-siswi yang sedang menuntut di dalam Sabah, Sarawak, Semenanjung Malaysia dan juga di luar negara.

“Keutamaan pemberian bantuan adalah kepada siswa-siswi yang dalam kalangan keluarga B40 dan M40 yang sangat memerlukan bantuan serta pelajar yang melanjutkan pengajian dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik kerana bidang-bidang tersebut mempunyai potensi kebolehpasaran yang baik dan amat diperlukan di masa hadapan,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kumpulan Yayasan Sabah melalui Bahagian Pembangunan Pendidikan selaku Urusetia TPNS kerana sentiasa proaktif dalam menjalankan program-program TPNS dan sentiasa menyokong usaha Kerajaan Negeri Sabah dalam melaksanakan program-program pembangunan pendidikan di Sabah.

Tambah beliau, sepanjang satu tahun pelaksanaan TPNS, seramai 2,890 orang siswa-siswi telah mendapat bantuan tajaan pendidikan.

“Semoga jawatankuasa TPNS akan lebih giat melaksanakan program-program bantuan pendidikan agar lebih ramai anak-anak Sabah dapat dibantu agar mereka dapat melanjutkan pengajian di peringkat pendidikan tinggi untuk tahun hadapan dan seterusnya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/12/11/tpns-bentuk-masa-depan-pendidikan-berkualiti/feed/ 0 46391