pendidikan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 24 Jan 2026 03:37:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pendidikan sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Sejarah Sabah dicadang diketengah dalam silibus pendidikan Kebangsaan https://sabahmedia.com/2026/01/24/sejarah-sabah-dicadang-diketengah-dalam-silibus-pendidikan-kebangsaan/ https://sabahmedia.com/2026/01/24/sejarah-sabah-dicadang-diketengah-dalam-silibus-pendidikan-kebangsaan/#respond Sat, 24 Jan 2026 02:28:38 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90257
Read Time:1 Minute, 43 Second

PUTRAJAYA: Sejarah Sabah dicadang untuk disusun dan diketengahkan secara lebih menyeluruh dalam silibus mata pelajaran Sejarah di peringkat kebangsaan bagi memastikan identiti serta latar belakang negeri itu diberi pengiktirafan sewajarnya dalam sistem pendidikan negara.

Menteri Pendidikan, Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk James Ratib berkata, penambahbaikan silibus Sejarah itu penting agar sejarah Sabah dapat dikoordinasikan dengan lebih teratur serta dipersembahkan secara komprehensif kepada generasi pelajar.

Menurutnya, langkah itu bukan sahaja mampu memperkukuh kefahaman murid terhadap pembentukan Malaysia, malah membantu memupuk semangat perpaduan melalui penghargaan terhadap kepelbagaian sejarah dan budaya setiap negeri.

“Sejarah Sabah mempunyai peranan penting dalam landskap sejarah negara dan wajar diberi ruang yang lebih jelas serta tersusun dalam kandungan pembelajaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada kunjungan hormat rasmi ke atas Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek, di pejabatnya di sini, pada Jumaat.

James berkata, perbincangan turut melibatkan keperluan penelitian semula kandungan silibus sedia ada supaya selari dengan konteks semasa, selain mengambil kira perspektif tempatan tanpa menjejaskan kerangka sejarah nasional.

Katanya, kunjungan itu menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama dua hala antara Kerajaan Negeri Sabah dan Kementerian Pendidikan Malaysia, khususnya dalam usaha memperkasa sistem pendidikan yang inklusif dan seimbang.

Menurutnya, usaha mengetengahkan sejarah Sabah dalam subjek Sejarah ini dilihat selari dengan aspirasi kerajaan untuk melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri kukuh serta pemahaman mendalam terhadap sejarah negara secara menyeluruh.

Dalam pada itu, James berkata, perancangan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Botition akan diaktifkan semula selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bersetuju untuk mengemukakan projek berkenaan dalam Rolling Plan 3 (RP3) akan datang.

Katanya, pembinaan SMK Botition dilihat penting bagi menampung keperluan pendidikan menengah di kawasan berkenaan selain mengurangkan kesesakan di sekolah sedia ada, selaras dengan pertambahan jumlah pelajar dari semasa ke semasa.

“Langkah mengaktifkan semula perancangan projek tersebut juga mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan akses pendidikan yang lebih menyeluruh dan seimbang, khususnya di kawasan yang memerlukan kemudahan sekolah baharu,” katanya.

Selain pembangunan sekolah baharu, pertemuan itu turut membincangkan pelbagai isu lain berkaitan pendidikan di Sabah termasuk penyelenggaraan sekolah daif, pemerkasaan pentadbiran pendidikan serta usaha memperluas penggunaan teknologi digital dalam pengajaran dan pembelajaran. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/24/sejarah-sabah-dicadang-diketengah-dalam-silibus-pendidikan-kebangsaan/feed/ 0 90257
Kerajaan Sabah perkukuh komitmen pendidikan, pastikan pelajar tidak tercicir https://sabahmedia.com/2025/10/08/kerajaan-sabah-perkukuh-komitmen-pendidikan-pastikan-pelajar-tidak-tercicir/ https://sabahmedia.com/2025/10/08/kerajaan-sabah-perkukuh-komitmen-pendidikan-pastikan-pelajar-tidak-tercicir/#respond Wed, 08 Oct 2025 04:08:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82764
Read Time:1 Minute, 36 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah terus memperkukuh komitmen terhadap pembangunan pendidikan dengan melaksanakan pelbagai inisiatif dan program bantuan bagi memastikan pelajar negeri ini tidak tercicir dalam pelajaran akibat kekangan kewangan dan kemudahan.

Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Md. Hanafiah Md. Kassim berkata, antara inisiatif yang telah dijalankan termasuk bantuan tiket pengangkutan bagi pelajar tempatan dan Semenanjung, pemberian komputer riba kepada pelajar yang memerlukan, serta penyelenggaraan bangunan sekolah di kawasan luar bandar.

Katanya, pelaksanaan inisiatif itu sudah berjalan hampir lima tahun dan akan terus dipantau dari semasa ke semasa bagi menambah baik keberkesanannya.

“Kita mahu memastikan bantuan ini berterusan supaya pelajar kita tidak terdedah kepada risiko keselamatan siber dan terus mendapat kemudahan yang sesuai dengan keperluan semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyampaian bantuan pendidikan negeri Sabah di Menara Kinabalu di sini pada Selasa.

Hanafiah berkata, antara tumpuan utama kerajaan negeri adalah memastikan kelangsungan bantuan pendidikan ini sebagai satu pelaburan jangka panjang untuk masa depan anak muda Sabah.

“Ini pelaburan penting untuk generasi muda kita, mereka inilah yang akan memimpin negeri ini pada masa hadapan,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, sebanyak 16 program pendidikan telah dilaksanakan di bawah pelbagai skim termasuk Bantuan Komputer Riba, Balkis (Bantuan Penyelenggaraan Kecil Sekolah), dan Budi — dengan jumlah peruntukan tertinggi diterima oleh program Budi yang melebihi RM20 juta.

Katanya,  meskipun peruntukan kewangan agak terhad, kerajaan negeri tidak akan berdiam diri dalam membantu pelajar Sabah.

“Kita tidak boleh tunggu, sebab ini untuk anak-anak Sabah. Kerajaan negeri akan terus membantu walaupun bajet terhad,” katanya.

Beliau turut mengakui bahawa kadar pengangguran dan jumlah pelajar yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi masih tinggi akibat faktor kewangan. 

Oleh itu, usaha menambah baik program penajaan dan biasiswa akan terus diperkasakan.

“Kita tidak boleh biarkan mereka berhenti setakat itu sahaja. Kita sedang menilai cara terbaik untuk meningkatkan bantuan dan tajaan pendidikan, supaya lebih ramai pelajar Sabah dapat meneruskan pengajian,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/08/kerajaan-sabah-perkukuh-komitmen-pendidikan-pastikan-pelajar-tidak-tercicir/feed/ 0 82764
Usaha berterusan Kerajaan Sabah perkukuh pendidikan, prestasi pelajar terus meningkat https://sabahmedia.com/2025/10/07/usaha-berterusan-kerajaan-sabah-perkukuh-pendidikan-prestasi-pelajar-terus-meningkat/ https://sabahmedia.com/2025/10/07/usaha-berterusan-kerajaan-sabah-perkukuh-pendidikan-prestasi-pelajar-terus-meningkat/#respond Tue, 07 Oct 2025 12:57:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82733
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU : Usaha berterusan Kerajaan Negeri Sabah dalam memperkukuh sektor pendidikan terus membuahkan hasil apabila prestasi pelajar di negeri ini menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) Datuk Raisin Saidin berkata, sejak memegang jawatan itu, pelbagai bantuan dan inisiatif telah disalurkan oleh kerajaan negeri menerusi dua kementerian utama, termasuk Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI).

“Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah yang sentiasa memberikan perhatian serius terhadap pembangunan pendidikan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri majlis penyampaian bantuan pendidikan negeri Sabah di Menara Kinabalu di sini pada Selasa.

Raisin berkata, sebanyak 16 inisiatif pendidikan telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri meliputi penyelenggaraan sekolah, bantuan kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), sokongan kepada murid berkeperluan, serta pembayaran yuran MUET untuk pelajar Tingkatan Enam yang melibatkan kira-kira 6,500 pelajar di seluruh Sabah.

Secara keseluruhan katanya, JPNS telah menerima lebih RM22 juta dalam bentuk bantuan dan semua itu disalurkan semula bagi meningkatkan kemenjadian murid.

Beliau turut menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian pelajar-pelajar Sabah yang kini berjaya mengharumkan nama negeri di peringkat antarabangsa.

“Ini selaras dengan landskap baharu pendidikan Sabah yang memberi penumpuan kepada pembangunan sahsiah, akademik dan potensi pelajar secara menyeluruh,” katanya.

Menurut beliau, kejayaan tersebut adalah hasil sokongan padu semua pihak termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ibu bapa, serta kerajaan negeri yang turut memainkan peranan aktif melalui Jabatan Pendidikan Sabah.

“Insya-Allah, kami di Jabatan Pendidikan Sabah akan memanfaatkan sebaik-baiknya semua bantuan ini untuk memperkukuh prestasi pelajar,” katanya lagi.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa pencapaian SPM di Sabah meningkat ketara dengan 10 daripada 24 daerah kini mencatatkan Gred Purata Daerah (GPD) di bawah 5.00, satu peningkatan signifikan dalam sejarah pendidikan negeri ini.

“Kejayaan ini adalah bukti komitmen bersepadu antara kerajaan, sekolah, PIBG dan ibu bapa dalam memastikan anak-anak Sabah terus berjaya,” katanya.

Menurutnya lagi,  pihaknya akan terus memperkukuh kerjasama dengan kerajaan negeri bagi memastikan pendidikan di Sabah kekal inklusif, berkualiti dan seimbang antara bandar serta luar bandar. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/07/usaha-berterusan-kerajaan-sabah-perkukuh-pendidikan-prestasi-pelajar-terus-meningkat/feed/ 0 82733
Sabah tawar biasiswa untuk pelajar asasi, matrikulasi dan A-Level  https://sabahmedia.com/2025/07/21/sabah-tawar-biasiswa-untuk-pelajar-asasi-matrikulasi-dan-a-level/ https://sabahmedia.com/2025/07/21/sabah-tawar-biasiswa-untuk-pelajar-asasi-matrikulasi-dan-a-level/#respond Mon, 21 Jul 2025 06:24:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77654
Read Time:3 Minute, 12 Second

Oleh Erdie Ab Wahid

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah turut menawarkan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) kepada pelajar yang akan melanjutkan pengajian di peringkat asasi, matrikulasi dan A-Level bermula tahun ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, selain itu, elaun biasiswa bagi semua pelajar tajaan yang sedang melanjutkan pengajian di universiti awam dan swasta akan turut diseragamkan. 

“Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen berterusan BKNS dalam menyokong pembangunan pendidikan di negeri ini bagi memastikan lebih ramai pelajar berpotensi mendapat akses kepada pendidikan tinggi.

“Pada tahun ini Kerajaan Negeri telah memperuntukkan jumlah tertinggi untuk biasiswa berbanding tahun-tahun sebelumnya,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Biasiswa Kecemerlangan Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini pada isnin.

Hadir sama Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mojd Arif.

Hajiji berkata, peruntukan BKNS telah meningkat setiap tahun sepanjang lima tahun lalu, dan mencapai RM136 juta pada tahun 2025 berbanding RM50 juta pada tahun 2020.

“Ini menunjukkan peningkatan sebanyak RM86 juta berbanding tahun 2019, mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam menyokong pendidikan anak-anak Sabah,” katanya. 

Menurutnya, Kerajaan Negeri telah membuat pelaburan yang besar untuk melaksanakan pelbagai inisiatif dalam pembangunan pendidikan di negeri ini, yang telah memberi manfaat kepada sejumlah 13,550 pelajar dari tahun 2021 hingga 2024. 

Sementara itu, Hajiji turut menyatakan bahawa komitmen Kumpulan Yayasan Sabah amat jelas dengan peruntukan sebanyak RM67.17 juta untuk sektor pendidikan tahun lalu, yang memberi manfaat kepada 3,234 pelajar. 

Katanya, jumlah itu mencatat peningkatan ketara sebanyak 148.96 peratus berbanding hanya RM26.98 juta pada tahun 2020.

Menurutnya lagi, seramai 10,104 penerima telah mendapat manfaat daripada Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang dilancarkan beliau pada Jun 2022, melibatkan perbelanjaan keseluruhan RM15.8 juta. 

Beliau berkata melalui Bahagian Zakat dan Fitrah Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) lebih 48,000 pelajar di seluruh Sabah telah menerima manfaat dalam tempoh lima tahun lalu, dengan jumlah perbelanjaan sebanyak RM92.4 juta. 

Hajiji berkata inisiatif-inisiatif ini akan terus membantu meningkatkan mutu pendidikan anakanak Sabah serta menyokong pembangunan modal insan yang berkualiti. 

Beliau turut menegaskan bahawa selaras dengan usaha memperkukuh dan mempelbagaikan inisiatif bantuan pendidikan di negeri ini, pelbagai jenis bantuan telah dilaksanakan melalui Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas). 

Tahun ini sahaja, katanya, sebanyak RM77.5 juta telah diperuntukkan bagi membiayai 14 inisiatif bantuan pendidikan, antaranya Bantuan Tunai Pendaftaran IPT secara one-off (BUDI); Bantuan Ihsan Komputer (BAIK); Bantuan Tiket Penerbangan Pelajar Sabah (GRSSUBFLY); dan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Sabah (SENTOSA). 

Inisiatif bantuan pendidikan ini turut disokong oleh agensi seperti Yayasan Kebajikan Sabah dan Perbadanan Baitulmal Sabah, katanya. 

Hajiji berkata pelbagai bentuk bantuan pendidikan yang disediakan melalui jabatan dan agensi berbeza mencerminkan komitmen kuat Kerajaan Negeri dalam menjaga kebajikan dan masa depan anak-anak Sabah. 

“Kita akan terus memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa dijaga dan diberi perhatian sewajarnya, tanpa mengira latar belakang. Kepada golongan belia, belajarlah bersungguhsungguh dan berusahalah mencapai kecemerlangan lebih tinggi. 

“Terokailah bidang profesional seperti minyak, gas dan tenaga, Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), serta Kecerdasan Buatan (AI), bagi melahirkan individu berkepakaran tinggi dan berkualiti dari Sabah dalam pelbagai sektor,” katanya. 

Hajiji berharap anugerah ini menjadi dorongan kuat kepada para pelajar untuk terus cemerlang dan pada masa yang sama, membantu mengharumkan nama Sabah di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 

“Saya juga ingin mengingatkan semua penerima supaya tidak menjadikan anugerah ini sebagai alasan untuk berasa selesa. Sebaliknya, jadikan ia sebagai aspirasi untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan, demi menyokong agenda Sabah Maju Jaya dan visi Madani negara. 

“Pelajar yang menerima Anugerah Biasiswa Kecemerlangan ini memikul amanah dan tanggungjawab yang lebih besar di masa depan. Ini termasuk menjadi contoh teladan kepada rakan-rakan sebaya, tidak mudah terpengaruh dengan sentimen, retorik berlebihan, atau perkara yang boleh merosakkan negeri dan negara kita,” katanya.  – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/21/sabah-tawar-biasiswa-untuk-pelajar-asasi-matrikulasi-dan-a-level/feed/ 0 77654
Sabah belanja hampir RM1 bilion untuk pendidikan https://sabahmedia.com/2025/07/17/sabah-belanja-hampir-rm1-bilion-untuk-pendidikan/ https://sabahmedia.com/2025/07/17/sabah-belanja-hampir-rm1-bilion-untuk-pendidikan/#respond Thu, 17 Jul 2025 01:30:17 +0000 https://sabahmedia.com/?p=77451
Read Time:1 Minute, 58 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri telah membelanjakan sebanyak RM848.26 juta untuk pelbagai bantuan pendidikan bagi tempoh empat tahun sejak 2021.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, komitmen Kerajaan Negeri terhadap pembangunan modal insan amat jelas kerana setiap anak Sabah berhak mendapat pendidikan yang berkualiti dan saksama.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri sentiasa memberi perhatian serius terhadap pembangunan modal insan melalui Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa majlis makan malam Konvensyen Pendidikan Kali ke-29 dan Persidangan Agung Perwakilan Kali ke- 3 Persatuan Guru Besar Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Rabu.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

Hadir sama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Hajiji berkata sepanjang lima tahun lalu, sebanyak 14 inisiatif baharu telah diperkenalkan melibatkan peruntukan berjumlah RM164.14 juta, yang telah memberi manfaat kepada 210,918 pelajar di Sabah.

“Antaranya ialah bantuan tunai pendaftaran kemasukan IPT atau BUDI, program Graduan Rindu Sabah (GRS – SUBFLY) dan Sumbangan Mahasiswa Pengajian Tinggi Dalam Negeri (SENTOSA).

“Semua inisiatif ini mencerminkan kesungguhan Kerajaan Negeri Sabah untuk membina sistem pendidikan yang inklusif, progresif dan lestari,” katanya.

Sementara itu, Hajiji berkata dalam era transformasi digital dan pendidikan abad ke-21 ini, peranan guru besar sangat penting dan mereka perlu bersedia menghadapi cabaran serta berinovasi dalam pendekatan masing-masing.

“Ini seiring dengan peranan guru besar sebagai tonggak utama dalam sistem pendidikan dan kepemimpinan sekolah. Kualiti sesebuah sekolah amat bergantung kepada keberkesanan kepemimpinan guru besar dalam mentadbir, membimbing warga pendidik, dan memacu pembaharuan pendidikan yang selaras dengan aspirasi negara,” katanya.

Hajiji berkata konvensyen ini merupakan platform penting untuk semua berkongsi pengalaman, idea, dan strategi dalam memacu kecemerlangan pendidikan di peringkat sekolah.

“Peranan guru besar sangat penting dalam membentuk generasi masa depan. Saya percaya melalui perkongsian ilmu dan pengalaman dalam konvensyen ini, kita dapat mempertingkatkan lagi kualiti kepimpinan dan pengurusan sekolah.

“Marilah kita bersama-sama melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan terhadap peranan Kesatuan Guru Besar Malaysia sebagai sebuah badan yang aktif memperjuangkan profesionalisme kepimpinan sekolah rendah di seluruh negara.

“Semoga konvensyen ini membuahkan hasil yang cemerlang kepada semua guru besar yang terlibat dalam memastikan pemerkasaan berterusan terhadap para pelajar.

“Justeru, marilah kita berganding bahu memartabatkan profesion perguruan, memperkukuh peranan guru besar dan terus berusaha memperkasakan anak bangsa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/17/sabah-belanja-hampir-rm1-bilion-untuk-pendidikan/feed/ 0 77451
Sabah perkukuh komitmen pendidikan, pastikan tiada pelajar tercicir https://sabahmedia.com/2025/05/02/sabah-perkukuh-komitmen-pendidikan-pastikan-tiada-pelajar-tercicir/ https://sabahmedia.com/2025/05/02/sabah-perkukuh-komitmen-pendidikan-pastikan-tiada-pelajar-tercicir/#respond Fri, 02 May 2025 13:25:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73069
Read Time:1 Minute, 25 Second

Alor Setar : Kerajaan Negeri Sabah terus memperkukuh komitmen terhadap pendidikan apabila menjamin tiada pelajar baharu dari negeri itu akan tercicir daripada menerima bantuan atau penajaan, termasuk yang melanjutkan pengajian ke luar negara.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, sehanyak RM125 juta diperuntukkan tahun ini melalui Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS),  melonjak lebih dua kali ganda berbanding RM51 juta tahun lalu, demi menampung keperluan lebih 8,824 pelajar baharu.

“Kerajaan negeri serius memastikan anak-anak Sabah mampu menjejak kaki ke menara gading. Bagi yang belum memohon, masih banyak ruang dan peluang. Rujuk segera kepada Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS), Yayasan Sabah atau Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).

“Sejak dua tahun lalu, sebanyak RM13 juta telah disalurkan menerusi TPNS dan telah memberi manfaat kepada hampir 9,000 pelajar Sabah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Mahabbah pelajar Sabah di Semenanjung Utara, yang menghimpunkan 150 pelajar dari Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).

Arifin yang juga Exco Pendidikan dan Agama Sabah berkata, sebanyak RM10,000 turut diperuntukkan melalui Sekretariat Mahasiswa Sabah (SEMESTA) sebagai sokongan terhadap penganjuran program dan aktiviti mahasiswa Sabah di seluruh IPT.

Salah seorang pelajar UUM, Sharina Erasuara, menyifatkan sokongan kerajaan negeri sebagai ‘suntikan semangat’ kepada mahasiswa Sabah di perantauan.

“Kami banyak terima bantuan – termasuk subsidi tiket penerbangan melalui program ‘Graduan Rindu Sabah’, dan bantuan one-off RM600. Ia amat membantu,” katanya.

Majlis Mahabbah yang dianjurkan saban tahun menjadi platform penting kerajaan Sabah untuk turun padang, mengenal pasti cabaran pelajar serta mengukuhkan jalinan bersama mahasiswa.

Langkah agresif kerajaan negeri ini mencerminkan iltizam tinggi dalam membina generasi cemerlang Sabah, tanpa membiarkan kekangan kewangan menjadi penghalang.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/02/sabah-perkukuh-komitmen-pendidikan-pastikan-tiada-pelajar-tercicir/feed/ 0 73069
Inisiatif pendidikan Kerajaan Sabah beri peluang pelajar cipta kejayaan https://sabahmedia.com/2024/12/05/inisiatif-pendidikan-kerajaan-sabah-beri-peluang-pelajar-cipta-kejayaan/ https://sabahmedia.com/2024/12/05/inisiatif-pendidikan-kerajaan-sabah-beri-peluang-pelajar-cipta-kejayaan/#respond Thu, 05 Dec 2024 06:22:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64919
Read Time:2 Minute, 17 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Kota Kinabalu : Inisiatif Kerajaan Sabah dalam menyediakan pelbagai bantuan pendidikan kepada anak-anak di negeri ini khususnya yang kurang berkemampuan memberi peluang untuk mereka mencipta kejayaan dalam bidang pendidikan.

Ia termasuklah bantuan menerusi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) yang diilhamkan dan dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor pada Jun 2022 bertujuan membangunkan agenda pendidikan di negeri ini.

Selain TPNS, bantuan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) serta beberapa inisiatif pendidikan lain turut disediakan Kerajaan negeri meliputi pelbagai peringkat dari sekolah rendah ke peringkat lebih tinggi.

Bagi pelajar Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Olivia Raziah Mansiang berkata, bantuan yang diberikan Kerajaan Sabah itu berupaya membantu meringankan bebanan kewangan mereka.

“Perasaan kami sebagai seorang pelajar sangat bersyukur dan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah yant sangat prihatin kepada kami sebagai pelajar yang mempunyai masalah kewangan yang tidak stabil. 

“Dari bantuan pendidikan ini, ianya sangat meringankan beban kami sebagai seorang pelajar dan membuat kami lebih bersemangat dan berkeyakinan untuk mencapai kami punya cita-cita masa akan datang,” katanya.

Anak kedua dari lima beradik itu ditemui Sabah Media pada Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan Negeri Sabah di Dewan Bankuasi Utama, Menara Kinabalu, di sini semalam.

Majlis itu disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan turut dihadiri Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Olivia yang kini berada dalam semester dua mengakui belum mendapat sebarang pinjaman pendidikan dan hanya menerima bantuan TPNS pada ketika ini.

Seorang lagi penerima Muhammad Imran Yusuf yang merupakan pelajar Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Akuakultur) Universiti Malaysia Sabah (UMS) turut mengakui gembira kerana turut diraikan bagi menerima bantuan berkenaan meskipun berasal dari negeri Kedah.

“Perasaan saya gembira kerana turut diraikan dalam bantuan ini. Bagi saya, bantuan asalkan atas nama pendidikan, dia tidak sepatutnya mengira latar belakang pemohon daripada negeri mana. 

“Asalkan kami menepati  kriteria  yang  dinyatakan ketika sesi permohonan, saya rasa sepatutnya dilayan dan diterima,” katanya.

Imran berkata, bantuan TPNS itu akan digunakan sebagai perbelanjaan untuk tujuan latihan industri selama tiga hingga empat bulan di Jepun.

“Bantuan ini akan membantu kami dari segi kami punya perbelanjaan ketika berangkat ke Jepun nanti. Sebab kami punya perbelanjaan akan merangkumi beberapa benda antaranya wang kecemasan, wang poket, pasport, perbelanjaan ketika di Jepun nanti. 

“Jadi bantuan daripada TPNS ini dia sedikit sebanyak akan membantu kami jugalah. Kami akan menjalani latihan industri dekat Jepun, dengan beberapa entiti terpilih di negara Jepun kira-kira dalam tempoh tiga hingga empat bulan,” katanya.

Semalam, seramai lebih 200 penerima menerima bantuan pendidikan antaranta BKNS seramai 106 orang; TPNS (100 orang); bantuan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) seramai 40 orang; penerima BISBAH iaitu melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sabah; BANTU (5) dan BAIK (5). – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/05/inisiatif-pendidikan-kerajaan-sabah-beri-peluang-pelajar-cipta-kejayaan/feed/ 0 64919
Kerajaan Sabah terus beri perhatian, keutamaan kepada keperluan pendidikan https://sabahmedia.com/2024/06/25/kerajaan-sabah-terus-beri-perhatian-keutamaan-kepada-keperluan-pendidikan/ https://sabahmedia.com/2024/06/25/kerajaan-sabah-terus-beri-perhatian-keutamaan-kepada-keperluan-pendidikan/#respond Tue, 25 Jun 2024 14:03:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=56531
Read Time:1 Minute, 27 Second

Tawau: Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian dan keutamaan kepada keperluan pendidikan serta isu pendidikan demi memastikan pendidikan anak bangsa khususnya di negeri ini terus diberikan perhatian.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan juga komited selain merangka pelbagai program dan memperkasakan inisiatif-inisiatif sedia ada demi memastikan setiap anak-anak mempunyai akses kepada pendidikan.

Katanya, ia juga adalah demi kecemerlangan pendidikan di negeri ini, termasuklah memperkasa ekosistem sains, teknologi dan inovasi.

“Bagi tujuan itu, Kerajaan Negeri memperuntukkan bajet yang besar iaitu sebanyak RM474.55 juta untuk meningkatkan tahap pendidikan di Sabah tahun ini.

“Peruntukan itu juga adalah untuk memperkukuhkan lagi pembangunan modal insan seperti pemberian biasiswa dan dermasiswa, pembangunan serta operasi sekolah termasuklah perpustakaan.

“Ini sejajar dengan hasrat kerajaan negeri dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekan kepentingan modal insan.

“Inilah bukti betapa kerajaan sangat prihatin akan kebajikan rakyatnya dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk meningkatkan tahap pendidikan negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (MAPENS) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) 2024 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kung Ming di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Dalam pada itu, Hajiji turut mengucapkan tahniah kepada semua pendidik atas kejayaan yang dicapai dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dengan lonjakan yang amat memberangsangkan.

Katanya, pencapaian calon peperiksaan SPM Tahun 2023 lebih baik berdasarkan indeks Gred Purata Negeri (GPN) berbanding tahun lepas dengan nilai GPN 5.09 mata pada 2023 berbanding 5.22 mata pada tahun 2022, perbezaan 0.13 mata.

“Saya berharap dengan kerja bersungguh-sungguh dan penuh komitmen semua guru akan dapat meneruskan legasi kecemerlangan pendidikan negeri Sabah,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO JAPEN TAWAU-APAS POST

]]>
https://sabahmedia.com/2024/06/25/kerajaan-sabah-terus-beri-perhatian-keutamaan-kepada-keperluan-pendidikan/feed/ 0 56531
Sabah peruntuk RM474.66 juta perkukuh pembangunan modal insan, tingkat pendidikan https://sabahmedia.com/2024/02/21/sabah-peruntuk-rm474-66-juta-perkukuh-pembangunan-modal-insan-tingkat-pendidikan/ https://sabahmedia.com/2024/02/21/sabah-peruntuk-rm474-66-juta-perkukuh-pembangunan-modal-insan-tingkat-pendidikan/#respond Wed, 21 Feb 2024 14:38:08 +0000 https://sabahmedia.com/?p=49868
Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM474.55 juta pada tahun ini bagi memperkukuhkan lagi pembangunan modal insan dan meningkatkan tahap pendidikan di negeri ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, peruntukan itu antaranya untuk biasiswa dan dermasiswa, pembangunan dan operasi sekolah agama Islam dan masjid, pembangunan badan-badan keagamaan bukan Islam dan sekolah mubaligh.

Katanya, peruntukan itu turut melibatkan bantuan untuk sekolah jenis kebangsaan dan persendirian, operasi perpustakaan termasuk perpustakaan desa dan perpustakaan bergerak di seluruh negeri serta pelaksanaan pelbagai program, latihan dan kursus kemahiran.

Menurutnya, pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan generasi akan datang yang cemerlang, berdaya saing, berpengetahuan dan berkemahiran.

“Kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian dan keutamaan kepada keperluan serta isu pendidikan sebagai sebahagian agenda negara, selain secara berterusan meningkatkan tahap pendidikan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyampaian Sijil Tamat Belajar Kelas Dewasa Ibu Bapa Orang Asli dan Peribumi (KEDAP) Kali Kesembilam di Dewan Resital Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif.

Seramai 625 peserta KEDAP menerima sijil tamat belajar pada majlis itu.

Hajiji berkata, pendekatan pembelajaran sepanjang hayat Kementerian Pendidikan bukan sahaja untuk kanak-kanak seawal usia empat tahun mendapat pendidikan prasekolah secara formal, malah orang dewasa boleh mendapat pendidikan seperti melalui Program KEDAP yang menyediakan pendidikan asas kepada ibu bapa yang buta huruf dalam masyarakat luar bandar.

Katanya turut berharap agar kejayaan peserta KEDAP menamatkan program mereka, akan meningkatkan kadar celik huruf di negara ini sekali gus menjadi perangsang kepada generasi muda untuk mencapai kejayaan dalam bidang pendidikan.

“Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri dalam Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekankan kepentingan pembangunan modal insan di negeri ini,” katanya. SABAH MEDIA / FOTO KSTI

]]>
https://sabahmedia.com/2024/02/21/sabah-peruntuk-rm474-66-juta-perkukuh-pembangunan-modal-insan-tingkat-pendidikan/feed/ 0 49868
Usaha martabat pendidikan di Sabah terus diberi perhatian https://sabahmedia.com/2023/07/16/usaha-martabat-pendidikan-di-sabah-terus-diberi-perhatian/ https://sabahmedia.com/2023/07/16/usaha-martabat-pendidikan-di-sabah-terus-diberi-perhatian/#respond Sun, 16 Jul 2023 04:18:46 +0000 https://sabahmedia.com/?p=38356
Read Time:1 Minute, 16 Second

Membakut : Usaha untuk memartabatkan bidang pendidikan di negeri ini akan sentiasa diberi perhatian bagi memastikan para pelajar terus mencapai kejayaan cemerlang ke peringkat lebih tinggi.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia termasuklah menyalurkan bantuan menerusi beberapa inisiatif pendidikan yang telah diluluskan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini.

“Hari ini saya meraikan pelajar cemerlang Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Membakut.  Ini adalah kali ke-16 yang mana kita juga meraikan anak-anak dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan beberapa peperiksaan lain yang kini tidak dilaksanakan lagi.

“Saya juga telah memberi maklum berhubung dengan inisiatif yang telah diluluskan dan diumumkan Ketua Menteri berhubung pendidikan seperti Bantuan Ihsan Komputer (BAIK); Bantuan Tunai Pendaftaran IPT dan beberapa bantuan lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan motivasi kepada lima pelajar cemerlang STPM 2022 bagi DUN Membakut di sini semalam.

Arifin yang juga Exco Pendidikan Sabah berkata, para pelajar yang layak digalakkan untuk memohon melalui Pejabat Tugas-Tugas Khas Sabah.

“Setiap tahun kita akan menyantuni mereka (calon peperiksaan), sebelum peperiksaan saya akan datang sendiri ke sekolah berkenaan termasuklah mereka para calon peperiksaan di Sekolah Agama Negeri (SAN).

“Setelah mereka mendapat keputusan, saya juga meraikan mereka sebagai tanda sokongan dan semangat kepada mereka.  Saya ucapkan syabas dan tahniah kepada anak-anak yang cemerlang di kawasan DUN Membakut ini dan seluruh Sabah.

“Saya juga mahu mereka terus berjuang untuk pendidikan atau pembelajaran mereka ke peringkat lebih tinggi,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/07/16/usaha-martabat-pendidikan-di-sabah-terus-diberi-perhatian/feed/ 0 38356