Pendidikan tinggi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 19 Apr 2025 09:43:59 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pendidikan tinggi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pendidikan tinggi perlu selari dengan tuntutan industri global https://sabahmedia.com/2025/04/19/pendidikan-tinggi-perlu-selari-dengan-tuntutan-industri-global/ https://sabahmedia.com/2025/04/19/pendidikan-tinggi-perlu-selari-dengan-tuntutan-industri-global/#respond Sat, 19 Apr 2025 09:43:58 +0000 https://sabahmedia.com/?p=72278
Read Time:1 Minute, 41 Second

Sandakan : Kerajaan akan memastikan program akademik di universiti selari dengan keperluan industri moden dan tuntutan global termasuk dalam mendepani era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, kecerdasan buatan (AI), analitik data, keusahawanan digital dan inovasi teknologi bukan lagi sekadar pilihan, tetapi sebahagian dunia pekerjaan masa kini. 

Justeru katanya, pendidikan tinggi dalam negara memainkan peranan yang cukup besar dan luas. 

Menurutnya, pendidikan tinggi adalah pemacu utama kepada kemajuan negara khususnya dalam bidang teknologi, inovasi dan pertumbuhan ekonomi.

“Melalui landskap dan landasan yang dibina oleh pendidikan tinggi pada ketika ini, lulusan pendidikan tinggi yang bergelar graduan akan menjadi komponen penting bagi menambahbaik pembangunan negara daripada pelbagai aspek.

“Justeru, matlamat penganjuran karnival ini juga menyokong Sustainable Development Goals (SDGs) 4 iaitu pendidikan untuk semua. Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) harus bersedia melahirkan graduan yang bukan sahaja memiliki ilmu teori, tetapi juga kemahiran tinggi untuk mempraktikkan teori tersebut. 

“Perkara ini juga merupakan Tujuh Fokus Utama Hala Tuju KPT 2025 iaitu Penyediaan Bakat Terbaik Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Karnival Jom Masuk U Zon Sabah di Kompleks Sukan Sandakan di sini hari ini.

Mustapha berkata, kemahiran digital dan daya inovasi yang tinggi menjadi tuntutan semasa kepada semua graduan.

Justeru katanya, para pelajar perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang ada agar mampu bersaing dan menjadi peneraju dalam ekonomi digital yang semakin berkembang pesat seterusnya menyumbang kepada pembangunan negara.

Mengenai karnival itu, Mustapha berkata, ia adalah salah satu program yang penting bukan sahaja bagi menarik minat pelajar untuk masuk ke alam pendidikan tinggi tetapi menyediakan satu  platform  bagi memastikan para pelajar mempunyai gambaran yang jelas terhadap masa depan yang lebih cerah.

“Umum mengetahui melalui karnival ini pelajar-pelajar akan didedahkan dengan maklumat yang tepat mengenai syarat, tatacara dan proses permohonan melalui UPUOnline. 

“Malah, melalui karnival seperti ini, para pelajar juga akan dapat mengenal pasti program pengajian yang ditawarkan sesuai dengan minat masing-masing serta bantuan kewangan yang disediakan bagi memudahkan proses pembelajaran di IPT,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/04/19/pendidikan-tinggi-perlu-selari-dengan-tuntutan-industri-global/feed/ 0 72278
Cabaran Mengekalkan Rangking Cemerlang Dan Kewangan Terus Mencabar Universiti Awam https://sabahmedia.com/2025/03/20/cabaran-mengekalkan-rangking-cemerlang-dan-kewangan-terus-mencabar-universiti-awam/ https://sabahmedia.com/2025/03/20/cabaran-mengekalkan-rangking-cemerlang-dan-kewangan-terus-mencabar-universiti-awam/#respond Thu, 20 Mar 2025 05:36:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70777
Read Time:3 Minute, 12 Second

Oleh Wan Azrain Adnan

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) terus mengukuhkan kedudukannya sebagai universiti terbaik di Malaysia dengan pencapaian cemerlang dalam ranking QS World University Rankings 2025. UM berada di tangga ke-60 universiti terbaik dunia dan menjadi universiti tempatan dengan jumlah kursus terbanyak dalam ranking tersebut, dengan 20 daripada 46 kursusnya berada dalam kelompok 100 teratas dunia.

Sebagai perbandingan, dua universiti dari Singapura, National University of Singapore (NUS) dan Nanyang Technological University (NTU), masing-masing berada di tangga ke-8 dan ke-15 terbaik dunia. Pencapaian UM ini mencerminkan komitmennya terhadap kecemerlangan akademik dan penyelidikan, namun masih ada cabaran besar yang perlu diatasi.

KategoriUniversitiJumlah
Universiti PenyelidikanMemberi tumpuan kepada bidang penyelidikanUniversiti MalayaUniversiti Kebangsaan MalaysiaUniversiti Teknologi MalaysiaUniversiti Sains MalaysiaUniversiti Putra Malaysia5
Universiti KomprehensifMenawarkan pelbagai kursus dan bidang pengajianUniversiti Teknologi MARAUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaUniversiti Malaysia SabahUniversiti Malaysia Sarawak4
Universiti BerfokusMemberi tumpuan kepada bidang khusus berkaitan dengan penubuhannya seperti teknikal, pendidikan, pengurusan dan pertahananUniversiti Utara MalaysiaUniversiti Pendidikan Sultan IdrisUniversiti Tun Hussein Onn MalaysiaUniversiti Teknikal Malaysia MelakaUniversiti Malaysia PerlisUniversiti Malaysia TerengganuUniversiti Malaysia PahangUniversiti Sains Islam MalaysiaUniversiti Sultan Zainal AbidinUniversiti Malaysia KelantanUniversiti Pertahanan Nasional Malaysia11

Cabaran Ranking Universiti Awam

Selain QS World University Rankings, Times Higher Education Ranking 2025 turut meletakkan UM sebagai satu-satunya Universiti Awam tempatan dalam kelompok 251–300 universiti terbaik dunia. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) pula berada dalam kelompok 401–500.

Menurut data Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Malaysia mempunyai 20 Universiti Awam yang terbahagi kepada tiga kategori iaitu Universiti Penyelidikan, Universiti Komprehensif, dan Universiti Berfokus. UM bersama empat universiti lain iaitu UKM, UTM, USM, dan Universiti Putra Malaysia (UPM) diklasifikasikan sebagai Universiti Penyelidikan.

Prestasi Kewangan Mengecewakan

Namun, di sebalik kejayaan akademik, Laporan Ketua Audit Negara 1/2025 (LKAN 1/2025) membongkar kelemahan pengurusan kewangan beberapa Universiti Awam. UiTM, sebagai penerima geran terbesar sebanyak RM2.826 bilion pada 2023, mencatatkan kerugian operasi sebanyak RM0.212 bilion. Begitu juga dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan UPM yang masing-masing mengalami kerugian RM0.141 bilion dan RM0.128 bilion.

Selain itu, tiga universiti – UMS, UPM, dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) – disenaraikan antara lima agensi persekutuan dengan kerugian tertinggi sepanjang tempoh 2021–2023, dengan jumlah kerugian terkumpul mencecah RM708.45 juta.

Isu Pengurusan Dana Penyelidikan

Dalam pada itu, isu pengurusan Dana Penyelidikan Fundamental (DPF) turut mencuri tumpuan. melalui projek penyelidikan yang di laksanakan oleh 5 Universiti Penyelidikan berkenaan, majoriti (61.2%) berada pada tahap Kurang Memuaskan (53.9%) dan Bermasalah (7.3%), melibatkan 1,270 projek bernilai RM 171.73 juta.

UTM telah merekodkan tahap kemajuan projek Kurang Memuaskan tertinggi (83.8%: 263 projek: RM 23.42 juta). Manakala UKM pula telah merekodkan tahap kemajuan projek Bermasalah tertinggi (16.5%: 111 projek: RM 13.24 juta).

Sebaliknya, USM telah merekodkan tahap kemajuan projek Baik tertinggi (37%: 206 projek: RM 31 juta).

Tambahan lagi, LKAN 1/2025 melaporkan bahawa daripada 1,668 projek DPF yang telah tamat bagi tempoh masa 2021 – 2023, 42.1% (702 projek) belum mencapai KPI yang telah di tetapkan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

UPM telah merekodkan pencapaian KPI terburuk, di mana 85.1% projek belum mencapai KPI. UTM pula merekodkan pencapaian KPI tertinggi (95.4%).

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi bagaimanapun menegaskan bahawa universiti bukan entiti perniagaan dan istilah kerugian serta defisit tidak seharusnya digunakan dalam konteks pendidikan. Menurut beliau, geran kerajaan hanya merangkumi 80% keperluan dan universiti digalakkan menjana pendapatan sendiri bagi menampung baki 20%.

Langkah Penambahbaikan

Para pemerhati berpendapat bahawa universiti perlu meningkatkan pengurusan kewangan dan penyelidikan agar lebih mampan. Menjana pendapatan melalui projek komersial, sumbangan dana dari alumni dan korporat, serta pengurusan penyelidikan yang lebih cekap adalah kunci untuk memperkukuh kedudukan universiti di peringkat global.

Penyelidikan yang dihasilkan juga perlu lebih relevan dan dapat dikomersialkan bagi menyelesaikan isu dan cabaran negara. Dengan meningkatkan daya saing dan kebolehan menjana pendapatan, universiti tempatan boleh menjadi pusat kecemerlangan akademik dan penyelidikan yang diiktiraf di peringkat antarabangsa.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/20/cabaran-mengekalkan-rangking-cemerlang-dan-kewangan-terus-mencabar-universiti-awam/feed/ 0 70777
Pelbagai inisiatif pendidikan disediakan bantu pelajar B40 lanjut pengajian https://sabahmedia.com/2024/10/04/pelbagai-inisiatif-pendidikan-disediakan-bantu-pelajar-b40-lanjut-pengajian/ https://sabahmedia.com/2024/10/04/pelbagai-inisiatif-pendidikan-disediakan-bantu-pelajar-b40-lanjut-pengajian/#respond Fri, 04 Oct 2024 09:42:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61675
Read Time:1 Minute, 32 Second

Kota Kinabalu : Kerajaan menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu pelajar khususnya dari golongan B40 untuk melanjutkan pengajian terutama ke peringkat lebih tinggi.

Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Mustapha Sakmud berkata, ia termasuklah Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) yang diteruskan bagi edisi ketiga.

“Seperti yang kita sedia maklum juga, terutama Universiti Malaysia Sabah (UMS) ini ada beberapa masalah yang timbul. Terutama semasa pendaftaran dan tular di seluruh negara. Kita mahu sampaikan kepada ibu bapa di luar sana bahawa untuk UniversitI Awam (UA) terutamanya, pendaftaran dan yuran pendaftaran jangan risau. Yang itu kalau tidak mampu, kita boleh tangguhkan.

“Yang kedua, kita ada beberapa skim yang kita tawarkan kepada pelajar-pelajar, antaranya Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan juga SULUNG.

“Bagi mereka yang memohon melalui UPU online, pelajar boleh mohon minta wang pendaftaran PTPTN sebanyak RM1,500, itu ramai yang tidak tahu dan SULUNG pula adalah khusus untul membantu mereka dalam golongan B40 terutama yang ada eKASIH ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menghadiri program ‘Talk To Us’ sempena pendaftaran pelajar baharu UMS di Dewan Canselor di sini hari ini.

Mustapha berkata, program SULUNG memfokuskan usaha membantu pelajar B40 menjadi individu pertama dalam keluarga menjejak kaki ke menara gading.

Katanya, program ini juga memberi penawaran pengecualian yuran universiti kepada individu pertama dalam kalangan keluarga B40 yang belum ada ahli keluarga melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama untuk menyambung pengajian di UA.

“Ertinya mereka layak untuk memohon dan dipertimbangkan. Malah yuran pengajian tidak perlu bayar sepanjang pengajian, hanya sara diri. Jadi ini sebenarnya antara usaha kita,” katanya.

Dalam pada itu, Mustapha berkata, seramai 193 pelajar di UMS dikenal pasti untuk menerima SULUNG 3.0.

“Setakat ini yang dikenal pasti lebih kurang, 193 orang yang disenarai pendek.  Tapi UMS akan meneliti dan tapis mana yang memang layak. Jadi kalau semua layak, Alhamdulillah,” katanya. – SABAH MEDIA / FOTO UMS

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/04/pelbagai-inisiatif-pendidikan-disediakan-bantu-pelajar-b40-lanjut-pengajian/feed/ 0 61675