pendidikan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 25 Jan 2026 02:54:41 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pendidikan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Negeri pastikan akses pendidikan untuk semua anak Sabah https://sabahmedia.com/2026/01/25/kerajaan-negeri-pastikan-akses-pendidikan-untuk-semua-anak-sabah/ https://sabahmedia.com/2026/01/25/kerajaan-negeri-pastikan-akses-pendidikan-untuk-semua-anak-sabah/#respond Sun, 25 Jan 2026 02:54:36 +0000 https://sabahmedia.com/?p=90366
Read Time:1 Minute, 17 Second

TAMPARULI: Kerajaan Negeri komited untuk memastikan tiada anak Sabah, khususnya daripada kumpulan B40, tercicir dalam mendapatkan akses kepada peluang pendidikan.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, di bawah pelan pembangunan Sabah Maju Jaya 1.0 sebelum ini, pelbagai inisiatif telah dilaksanakan termasuk bantuan persekolahan dan biasiswa bagi menyokong proses pembelajaran serta merapatkan jurang pendidikan.

“Inisiatif bantuan pendidikan ini akan diteruskan di bawah pelan pembangunan Sabah Maju Jaya 2.0,” katanya pada majlis penyampaian cermin mata kepada murid sekolah oleh Sabah Electricity sempena program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di SK Tamparuli di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Joniston Bangkuai.

“Sehubungan itu, saya ingin menegaskan bahawa semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri perlu memainkan peranan yang lebih aktif dalam membantu golongan yang memerlukan, khususnya kumpulan B40.

“Sumbangan kepada masyarakat bukan sekadar satu pilihan, tetapi merupakan satu tanggungjawab selaras dengan mandat penubuhan GLC itu sendiri.

“Saya mahu setiap GLC terus melaksanakan program tanggungjawab sosial korporat yang berimpak tinggi, berfokus dan mampan, khususnya dalam memperkasa pendidikan, kebajikan serta pembangunan modal insan rakyat Sabah,” katanya.

Selain itu, Hajiji berkata setiap inisiatif yang dilaksanakan akan dipantau secara telus dan sistematik, dengan laporan berkala dikemukakan kepada Kerajaan Negeri bagi memastikan keberkesanan dan akauntabiliti program.

“Pendekatan holistik yang mengimbangi prestasi operasi, kelestarian kewangan dan tanggungjawab sosial adalah selari dengan aspirasi Kerajaan Negeri di bawah Sabah Maju Jaya 2.0,” katanya.

Ketua Menteri turut menasihati para penerima sumbangan CSR agar menjadikan bantuan tersebut sebagai motivasi untuk terus berusaha dan kekal fokus dalam pelajaran mereka.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/25/kerajaan-negeri-pastikan-akses-pendidikan-untuk-semua-anak-sabah/feed/ 0 90366
Kerjasama sekolah, ibu bapa dan PIBG hasilkan pelajar cemerlang https://sabahmedia.com/2025/12/16/kerjasama-sekolah-ibu-bapa-dan-pibg-hasilkan-pelajar-cemerlang/ https://sabahmedia.com/2025/12/16/kerjasama-sekolah-ibu-bapa-dan-pibg-hasilkan-pelajar-cemerlang/#respond Tue, 16 Dec 2025 04:16:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=88363
Read Time:1 Minute, 20 Second

TUARAN: Sokongan padu ibu bapa, penjaga dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dikenal pasti sebagai antara faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tambalang, selain dedikasi guru dan komitmen pihak sekolah.

Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, Muhamad Zaini Jali berkata, kejayaan murid bukanlah hasil usaha sekolah semata-mata, sebaliknya terhasil daripada kerjasama erat antara pihak sekolah dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan moral dan dorongan berterusan.

Katanya, pengorbanan tanpa jemu semua pihak terlibat juga penting dalam memastikan anak-anak mendapat pendidikan terbaik.

“Ibu bapa dan PIBG memainkan peranan penting sebagai rakan strategik sekolah. Sokongan padu mereka dalam program akademik, kokurikulum dan pembangunan sahsiah murid menjadi tulang belakang kepada kejayaan yang dicapai hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Apresiasi Murid Tahun 6, Prasekolah dan Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik SK Tambalang Sesi 2025/2026 di sini baru-baru ini.

Terdahulu, beliau hadir mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Zaini berkata, PIBG turut dilihat aktif membantu pihak sekolah melalui penganjuran program sokongan pembelajaran, kebajikan murid serta penglibatan dalam aktiviti sekolah yang mewujudkan persekitaran pembelajaran kondusif dan positif.

Dalam majlis tersebut, penghargaan khas turut diberikan kepada ibu bapa dan penjaga yang sentiasa memberi kepercayaan kepada pihak sekolah serta komited dalam membentuk sahsiah dan disiplin anak-anak, sejajar dengan matlamat melahirkan generasi berilmu dan berakhlak mulia.

Beliau berkata, kejayaan murid yang menerima Anugerah Kecemerlangan Akademik juga menjadi bukti bahawa gandingan erat antara sekolah, ibu bapa dan PIBG mampu melahirkan pelajar cemerlang, bukan sahaja dari segi akademik, malah dalam pembentukan jati diri dan nilai murni.- SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/16/kerjasama-sekolah-ibu-bapa-dan-pibg-hasilkan-pelajar-cemerlang/feed/ 0 88363
Geran pendidikan tahunan sekolah di Penampang dan Kadamaian diteruskan – Ewon https://sabahmedia.com/2025/12/06/geran-pendidikan-tahunan-sekolah-di-penampang-dan-kadamaian-diteruskan-ewon/ https://sabahmedia.com/2025/12/06/geran-pendidikan-tahunan-sekolah-di-penampang-dan-kadamaian-diteruskan-ewon/#respond Sat, 06 Dec 2025 11:14:40 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87857
Read Time:1 Minute, 33 Second

KOTA KINABALU: Geran pendidikan tahunan untuk sekolah-sekolah dalam kawasan Parlimen Penampang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian akan diteruskan pada tahun 2026, kata Ahli Parlimen Penampang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata, penyaluran geran tersebut merupakan komitmen berterusan bagi memastikan sekolah rendah dan menengah, termasuk yang melaksanakan Program Pendidikan Khas, terus memperoleh sokongan sewajarnya bagi meningkatkan mutu pengajaran serta kemudahan pembelajaran.

“Sejak diberi mandat sebagai Ahli Parlimen Penampang, setiap Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah rendah dan menengah di daerah ini menerima geran pendidikan tahunan, termasuk keperluan tambahan kepada sekolah yang memerlukan sokongan segera, sebagaimana bantuan yang pernah disalurkan kepada SK St. Joseph.

“Inisiatif yang sama turut dilaksanakan di kawasan Kadamaian dan geran tahunan ini akan diteruskan kepada semua sekolah di kawasan Kadamaian,” katanya.

Timbalan Ketua Menteri III yang juga Menteri Perindustrian, Keusahawanan dan Pengangkutan itu berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Graduasi SK St. Joseph Penampang, di sini, hari ini.

Ewon berkata, sokongan terhadap institusi pendidikan akan terus menjadi keutamaan, bukan sahaja melalui peruntukan tahunan, tetapi juga menerusi kerjasama rapat dengan pihak sekolah dan warga pendidik.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para pendidik dan ibu bapa atas usaha memastikan pembangunan pendidikan dan sahsiah pelajar terus terjamin serta menjadi asas kepada kecemerlangan daerah Penampang.

“Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru-guru dan ibu bapa yang memastikan anak-anak kita mendapat pendidikan sempurna serta terus menyumbang kepada kecemerlangan sekolah dan Penampang,” katanya.

Dalam pada itu, Ewon menasihati para pelajar agar terus membina jati diri, menghormati guru dan keluarga serta mempersiapkan masa depan dengan disiplin, iltizam dan nilai murni yang menjadi asas pembentukan sahsiah dan kecemerlangan pendidikan.

“Mudah-mudahan sepuluh tahun dari sekarang, setiap seorang daripada 88 pelajar ini kembali sebagai graduan universiti dengan ijazah masing-masing,” katanya.

Pada majlis itu seramai 88 pelajar Tahun 6 menerima sijil graduasi masing-masing.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/12/06/geran-pendidikan-tahunan-sekolah-di-penampang-dan-kadamaian-diteruskan-ewon/feed/ 0 87857
JPN Sabah jamin keselamatan calon SPM, sedia hadapi risiko banjir https://sabahmedia.com/2025/11/26/jpn-sabah-jamin-keselamatan-calon-spm-sedia-hadapi-risiko-banjir/ https://sabahmedia.com/2025/11/26/jpn-sabah-jamin-keselamatan-calon-spm-sedia-hadapi-risiko-banjir/#respond Wed, 26 Nov 2025 00:28:39 +0000 https://sabahmedia.com/?p=87066
Read Time:1 Minute, 17 Second

KENINGAU :  Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah memberi jaminan bahawa keselamatan serta kebajikan lebih 37,000 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di negeri ini akan terus menjadi keutamaan sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung sehingga 23 Disember ini.

Pengarah JPN Sabah Datuk Raisin Saidin berkata, pihaknya sentiasa cakna terhadap sebarang kemungkinan termasuk risiko bencana banjir dan penularan penyakit berjangkit seperti Influenza.

Menurutnya, JPN Sabah telah memperkemas persiapan dan bersedia mengaktifkan Operasi Payung sekiranya berlaku bencana alam yang menjejaskan perjalanan peperiksaan.

“Calon akan ditempatkan di asrama sekolah atau pusat pemindahan sementara, manakala bantuan logistik akan segera disalurkan kepada mereka serta petugas yang terkesan,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mengadakan sesi turun padang bagi meninjau persiapan peperiksaan bagi kertas pertama Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Keningau di sini pada Selasa.

Hadir sama Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.

Bagi memastikan calon kekal fokus dan berada dalam keadaan emosi yang stabil, Raisin berkata JPN Sabah turut menyediakan khidmat sokongan psikososial sepanjang tempoh peperiksaan.

Dalam masa sama, beliau mengingatkan calon agar segera memaklumkan ketidakhadiran ke pusat peperiksaan – sama ada di pusat asal atau berhampiran – sekiranya terhalang akibat bencana.

“Calon boleh menghubungi talian bilik gerakan peperiksaan JPN Sabah di 088-304099 atau 088-221132. Kami komited memastikan peperiksaan SPM 2025 berjalan lancar dan teratur,” ujarnya.

Tahun ini, Sabah merekodkan seramai 37,038 calon SPM, termasuk 232 Calon Berkeperluan Khas (CBK) yang akan menduduki peperiksaan di 320 pusat peperiksaan dengan penyertaan 4,214 petugas, merangkumi pengawas peperiksaan daripada kalangan sukarelawan.

Peperiksaan bertulis SPM 2025 turut melibatkan 81 mata pelajaran merangkumi 113 kertas peperiksaan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/26/jpn-sabah-jamin-keselamatan-calon-spm-sedia-hadapi-risiko-banjir/feed/ 0 87066
Anak muda sokong pendidikan percuma dan harap peluang lebih baik https://sabahmedia.com/2025/10/18/anak-muda-sokong-pendidikan-percuma-dan-harap-peluang-lebih-baik/ https://sabahmedia.com/2025/10/18/anak-muda-sokong-pendidikan-percuma-dan-harap-peluang-lebih-baik/#respond Sat, 18 Oct 2025 06:41:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83596
Read Time:1 Minute, 43 Second

Oleh Florieta Diet

KOTA KINABALU: Pendidikan percuma kepada pelajar Sabah yang melanjutkan pengajian di institusi pengajian tinggi milik kerajaan negeri seperti University College Yayasan Sabah (UCSF) dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS), yang diumumkan oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, baru-baru ini menerima reaksi positif daripada golongan belia.

Fredlee Ronny, 21, dari Sipitang, berkata inisiatif itu berpotensi melahirkan lebih ramai generasi muda berpendidikan, khususnya dalam kalangan keluarga kurang berkemampuan.

“Usaha ini pasti akan melahirkan lebih ramai anak Sabah yang berpendidikan serta memberi peluang kepada pelajar daripada keluarga susah untuk meneruskan pengajian tanpa terbeban masalah kewangan,” katanya.

Beliau turut memuji usaha kerajaan yang menyediakan biasiswa pelajar cemerlang dan Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI) secara one-off sebagai sokongan kewangan kepada pelajar institusi pengajian tinggi.

“Saya sebagai seorang yang baru menamatkan pengajian Diploma in Business Administration merasakan bahawa sokongan kewangan daripada kerajaan amat diperlukan oleh pelajar,” katanya.

Menurut Fredlee, kerajaan hari ini telah menunjukkan komitmen membantu rakyat melalui pelbagai inisiatif.
“Saya akan menyokong kerajaan hari ini kerana apa yang saya lihat, kerajaan telah berusaha menyalurkan bantuan, meningkatkan ekonomi serta memperkasa bidang pendidikan,” tambahnya.

Beliau berharap, sekiranya kerajaan terus diberi mandat, lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan agar anak muda tidak perlu berhijrah ke luar negeri untuk mencari rezeki, selain memperkasa penglibatan belia dalam teknologi.

Sementara itu, seorang lagi belia, Celevianna Aena Dominic, 23, pelajar tahun akhir Universiti Malaysia Sabah (UMS), turut menyambut baik usaha kerajaan memperkenalkan pendidikan percuma dan bantuan kewangan kepada pelajar.

“Kerajaan ada sediakan biasiswa dan bantuan kewangan. Pelajar baharu yang mendapat tawaran pengajian pun menerima Bantuan BUDI One-Off. Mereka beruntung, sebab waktu saya masuk UMS dulu, bantuan BUDI belum wujud, jadi saya tidak dapat bantuan itu,” katanya.

Celevianna yang berasal dari Penampang turut berharap kerajaan terus memberi perhatian kepada isu infrastruktur.

“Saya harap kerajaan dapat mencari jalan menyelesaikan masalah banjir di Penampang, serta menaik taraf jalan di kawasan-kawasan utama,” tambahnya.

Bagi golongan belia ini, sokongan terhadap kerajaan hari ini hadir hasil usaha nyata dalam meningkatkan ekonomi rakyat, memperkukuh pendidikan dan memberikan bantuan secara langsung kepada golongan yang memerlukan.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/18/anak-muda-sokong-pendidikan-percuma-dan-harap-peluang-lebih-baik/feed/ 0 83596
Kerajaan perkasa rakyat melalui inisiatif pendidikan, kebajikan dan pembangunan modal insan https://sabahmedia.com/2025/09/29/kerajaan-perkasa-rakyat-melalui-inisiatif-pendidikan-kebajikan-dan-pembangunan-modal-insan/ https://sabahmedia.com/2025/09/29/kerajaan-perkasa-rakyat-melalui-inisiatif-pendidikan-kebajikan-dan-pembangunan-modal-insan/#respond Mon, 29 Sep 2025 11:02:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82223
Read Time:1 Minute, 26 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Kerajaan negeri terus komited memastikan rakyat mendapat manfaat menyeluruh melalui pelbagai inisiatif pendidikan, kebajikan dan pembangunan modal insan yang dilaksanakan di bawah Yayasan Sabah (YS) serta Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Tugas-Tugas Khas).

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah, Datuk Dr. Mohd Arifin Mohd Arif berkata, menerusi Program Jerayawara Yayasan Sabah Bersama Rakyat (YSBR), ia merupakan platform penting menyantuni masyarakat dengan menyalurkan pelbagai bentuk bantuan secara terus.

“Antara yang kita sampaikan ialah dermasiswa untuk anak-anak Tawau, Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) kepada pelajar cemerlang SPM dan STPM melalui inisiatif Mercu, skim Bestari iaitu tabungan RM100 untuk anak kelahiran baharu, serta bantuan Bagus yang memberi sumbangan RM2,000 setiap tahun kepada lebih 1,500 sekolah di Sabah.

“Kita juga membantu sekolah dengan peruntukan RM8,000 setahun untuk membeli komputer dan peralatan bantu mengajar. Secara keseluruhan, terdapat 15 inisiatif bernilai lebih RM70 juta bagi memperkasa rakyat Sabah,” katanya ketika ditemui media selepas mewakili Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor merasmikan program tersebut di Dewan Masyarakat Tawau, di sini hari ini.

Menurut beliau, kerajaan turut memberi pengiktirafan kepada anak-anak Sabah yang cemerlang dalam kokurikulum di peringkat kebangsaan dan antarabangsa, selain melaksanakan program perumahan Rumah Mesra SMJ.

Pada majlis sama, turut disampaikan beberapa inisiatif lain termasuk Skim Bantuan Khas (SBK), Tajaan Pengajian Tinggi Yayasan Sabah 2025, Program Khas Anak Negeri (PKAN) Sabah 2025, Geran Dana Mula Niaga, Anugerah Pengusaha Kraftangan Berpotensi, serta program CSR Sabah Softwoods Berhad.

Mohd Arifin turut menghargai penglibatan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah Yayasan Sabah yang banyak menyumbang kepada dana pendidikan negeri.

“Kerajaan negeri akan terus memastikan hasil dan keuntungan Yayasan Sabah digunakan sebaiknya untuk kebajikan rakyat, terutama dalam bidang pendidikan dan pembangunan modal insan,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/29/kerajaan-perkasa-rakyat-melalui-inisiatif-pendidikan-kebajikan-dan-pembangunan-modal-insan/feed/ 0 82223
Sabah cadang beri pendidikan percuma untuk pelajar lanjut ke IPT milik kerajaan negeri – Hajiji https://sabahmedia.com/2025/09/21/sabah-cadang-beri-pendidikan-percuma-untuk-pelajar-lanjut-ke-ipt-milik-kerajaan-negeri-hajiji/ https://sabahmedia.com/2025/09/21/sabah-cadang-beri-pendidikan-percuma-untuk-pelajar-lanjut-ke-ipt-milik-kerajaan-negeri-hajiji/#respond Sun, 21 Sep 2025 06:09:32 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81719
Read Time:2 Minute, 34 Second

Oleh Florieta Diet

PENAMPANG: Kerajaan Negeri bercadang memberi pendidikan percuma kepada pelajar Sabah yang melanjutkan pengajian di institusi pendidikan tinggi milik kerajaan negeri iaitu University College Yayasan Sabah (UCSF) dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).

Hajiji bersama tetamu kerhormat merakamkan kenangan bersama mahasiswa yang hadir di konvesyen itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, inilah bukti kesungguhan kerajaan untuk memastikan lebih ramai anak Sabah dibantu bagi menjamin akses pendidikan sampai kepada para pelajar yang layak.

“Kerajaan Negeri memberi penekanan serius kepada soal pendidikan dan pembangunan modal insan kerana kita yakin golongan muda merupakan cerminan kepada masa hadapan negeri Sabah,” katanya ketika berucap pada Majlis Konvensyen Mahasiswa Sabah di Dewan KDCA, di sini, hari ini.

Selain itu, beliau menambah Kerajaan Negeri juga berhasrat memperkenalkan dasar subsidi pinjaman pendidikan khususnya pinjaman PTPTN dan Yayasan Sabah agar beban hutang pelajar dapat diringankan.

“Inisiatif ini akan memanfaatkan lebih 100,000 peminjam. Saya optimis, dasar ini praktikal untuk dilaksanakan Kerajaan Negeri sesuai dengan kedudukan kewangan kerajaan pada masa akan datang.”
katanya.

Hajiji berkata sejak diberikan amanah untuk mengemudi negeri Sabah, kerajaan pimpinannya memberi penumpuan serius terhadap pendidikan dan pembangunan modal insan. Perkara ini diterjemahkan melalui Hala Tuju SMJ, sebuah pelan pembangunan yang inklusif dan komprehensif yang terbukti berjaya membawa Sabah membangun dengan signifikan.

“Sejak tahun 2021, Kerajaan Negeri telah membelanjakan lebih RM1.3 bilion dalam bidang pendidikan. Jumlah ini merupakan peruntukan terbesar dalam sejarah Sabah, menandakan komitmen tinggi kerajaan terhadap anak-anak muda.

“Lebih 14 inisiatif pendidikan diperkenalkan, antaranya Bantuan sekali sahaja sebanyak RM600 kepada pelajar Sabah yang melanjutkan pelajaran ke Semenanjung, Sarawak dan Labuan melalui program GRS-SubFly, selain bantuan sebanyak RM300 melalui inisiatif SENTOSA untuk pelajar yang belajar dalam negeri.

“Kerajaan Negeri juga telah menyediakan dana biasiswa tertinggi sejak merdeka iaitu RM136 juta pada tahun 2025 yang telah memanfaatkan ribuan pelajar di pelbagai peringkat pengajian,” katanya sambil menambah, Kerajaan Negeri turut menubuhkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) bagi membantu pelajar yang menghadapi cabaran kewangan.

“Semua ini dapat dilaksanakan kerana Kerajaan Negeri telah berjaya meningkatkan hasil negeri ke tahap tertinggi dalam sejarah. Pendapatan negeri Sabah meningkat kepada hampir RM7 bilion,” katanya.

Beliau juga yakin rakyat Sabah, terutamanya 970,000 pengundi muda, akan membuat pilihan bijak pada Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN-17) nanti. Hajiji berkata PRN-17 amat penting kerana ia akan menentukan kesinambungan pembangunan negeri Sabah di bawah GRS.

“Masa depan Sabah terletak di tangan anda. Jangan sia-siakan peluang ini. Sabah tidak lagi boleh ketinggalan. Kita ada potensi besar untuk menjadi negeri maju dan berjaya. Inilah masanya, inilah ketikanya,” katanya.

Menurutnya, Kerajaan GRS telah membuktikan keupayaan dengan rekod pencapaian dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, ekonomi, kebajikan, pelaburan serta pengurusan hasil negeri.

“Buatlah pilihan terbaik, yang menjamin kesinambungan pembangunan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat. PRN kali ini merupakan peluang keemasan kita untuk memilih sebuah kerajaan yang kuat, dan yang paling penting kerajaan yang didominasi oleh parti tempatan.

“Jangan lagi kita mengulangi kesilapan sebelum ini. Kononnya mahukan perubahan, namun lain pula jadinya. Pembangunan dan kemajuan negeri terencat. Banyak projek pembangunan terbengkalai disebabkan dasar yang lemah dan tidak terancang. Akhirnya, kita semua yang menerima kesannya,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/21/sabah-cadang-beri-pendidikan-percuma-untuk-pelajar-lanjut-ke-ipt-milik-kerajaan-negeri-hajiji/feed/ 0 81719
Kerjasama padu pacu Tawau daerah nombor satu pendidikan di Sabah https://sabahmedia.com/2025/09/09/kerjasama-padu-pacu-tawau-daerah-nombor-satu-pendidikan-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/09/09/kerjasama-padu-pacu-tawau-daerah-nombor-satu-pendidikan-di-sabah/#respond Tue, 09 Sep 2025 01:29:34 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80846
Read Time:1 Minute, 42 Second

Oleh Sitti Nor Azizah Talata

TAWAU: Kejayaan Tawau muncul sebagai daerah nombor satu pendidikan di Sabah membuktikan kesatuan matlamat antara Pejabat Pendidikan Daerah (PPD), warga guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan pelajar dalam memastikan bumi Tawau terus melahirkan generasi berintegriti dan berjaya.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata, pencapaian cemerlang itu adalah hasil kerjasama erat semua pihak yang berkongsi tujuan sama iaitu menjadikan pendidikan sebagai agenda utama dan memastikan anak-anak Tawau mampu menyambung kecemerlangan negeri serta negara.

“Syabas dan tahniah kepada PPD Tawau, warga guru, PIBG, pelajar serta ibu bapa kerana mempunyai satu matlamat yang sama, iaitu memastikan Tawau terus melahirkan pelajar berintegriti dan berjaya. Kejayaan ini adalah hasil usaha bersama, doa dan semangat pantang menyerah,” katanya ketika ditemui seleps merasmikan Majlis Anugerah Gemilang Inspirasi Kurikulum (ANGGERIK) 2025 di Dewan SJKC Yuk Chin, di sini, semalam.

Dalam majlis itu, Tawau diraikan sebagai penerima pelbagai anugerah pendidikan peringkat negeri termasuk Anugerah Pengurusan Akademik Cemerlang 2024 (PPD Gred A), Anugerah Pencapaian Terbaik SPM Gred Purata Daerah (GPD) PPD Gred A, serta Anugerah Pencapaian STPM PNGK Terbaik PPD Gred A.

Nizam yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Apas menegaskan, selain kecemerlangan akademik, aspek akhlak dan moral juga tidak boleh dipinggirkan kerana generasi berilmu tanpa nilai tidak mampu menjadi penyumbang kepada keharmonian negara.

“Dalam era media sosial yang penuh cabaran ini, kita mahu anak-anak Sabah bukan sahaja cemerlang dalam akademik, tetapi juga mampu menjadi penyumbang kepada perpaduan, kemakmuran dan keharmonian hidup di negara tercinta ini,” ujarnya.

Beliau yakin dengan kesungguhan guru mendidik, murid gigih menuntut ilmu serta ibu bapa yang konsisten memberi sokongan, Tawau mampu mengekalkan kedudukan sebagai daerah nombor satu di Sabah, malah melangkah lebih jauh.

Tambahnya, ANGGERIK yang mekar di Tawau hari ini mesti terus berkembang hingga ke pentas antarabangsa, melahirkan saintis, pemimpin, usahawan dan tokoh akademik bertaraf dunia.

Majlis ANGGERIK 2025 menjadi wadah penghargaan kepada warga guru yang telah bertungkus-lumus memastikan pendidikan di Tawau berada di tahap tertinggi, sekaligus mengukuhkan komitmen daerah ini sebagai pusat melahirkan generasi berilmu dan berintegriti.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/09/kerjasama-padu-pacu-tawau-daerah-nombor-satu-pendidikan-di-sabah/feed/ 0 80846
Tiga nilai utama pacu kecemerlangan pendidikan https://sabahmedia.com/2025/09/06/tiga-nilai-utama-pacu-kecemerlangan-pendidikan/ https://sabahmedia.com/2025/09/06/tiga-nilai-utama-pacu-kecemerlangan-pendidikan/#respond Sat, 06 Sep 2025 09:51:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=80635
Read Time:1 Minute, 12 Second

Kota Belud : Tiga nilai utama dalam ekosistem pendidikan menjadi antara tonggak utama dalam menjayakan misi kemanjadian murid.

Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Belud Mokilau Rudin berkata, nilai utama itu termasuklah kepimpinan sekolah, kualiti guru dan sokongan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Katanya, ketiga-tiga aspek itu merupakan tonggak utama bagi memastikan kecemerlangan sekolah dan melahirkan murid yang bukan sahaja hebat akademik tetapi juga berdaya saing dan berjiwa patriotik.

“Guru adalah agen perubahan yang paling berpengaruh dalam membentuk masa depan anak-anak kita. Komitmen guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Nanamun bukan sahaja dari sudut pedagogi, malah dalam membimbing murid secara menyeluruh. 

“Saya percaya guru-guru kita akan terus berinovasi untuk melahirkan murid yang berilmu, berakhlak, dan mempunyai semangat kebangsaan yang tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Permuafakatan Sekolah bersama PIBG di SK Nanamun di sini baru-baru ini.

Hadir sama Guru Besar SK Nanamun Hamdan Hajad.

Mokilau berkata, peranan penting PIBG yang disifatkan bukan sekadar penyumbang kewangan, tetapi rakan strategik dalam membentuk kemajuan sekolah. 

Katanya, hubungan erat antara ibu bapa dan pihak sekolah dilihat sebagai kunci utama kejayaan murid.

Majlis tersebut diserikan dengan semangat patriotik bersempena sambutan Hari Kebangsaan, di samping kenduri kesyukuran bagi meraikan perpindahan SK Nanamun ke bangunan baharu yang lebih selesa serta kondusif untuk pembelajaran.

Beliau turut menyeru agar semua pihak khususnya guru, ibu bapa dan komuniti untuk terus berganding bahu dalam memastikan perjalanan pendidikan anak-anak berjaya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/06/tiga-nilai-utama-pacu-kecemerlangan-pendidikan/feed/ 0 80635
RM1.33 bilion perkasa kecemerlangan akademik anak Sabah  https://sabahmedia.com/2025/07/29/rm1-33-bilion-perkasa-kecemerlangan-akademik-anak-sabah/ https://sabahmedia.com/2025/07/29/rm1-33-bilion-perkasa-kecemerlangan-akademik-anak-sabah/#respond Tue, 29 Jul 2025 12:35:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=78184
Read Time:1 Minute, 29 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri terus mengutamakan pembangunan pendidikan dengan memperuntukkan sebanyak RM1.33 bilion bagi pelbagai program dan inisiatif pendidikan sepanjang tempoh tahun 2021 hingga 2025. 

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, sebanyak RM848.26 juta telah dibelanjakan bagi pelbagai bantuan pendidikan, manakala RM485 juta lagi diperuntukkan khusus untuk pembangunan modal insan. 

Katanya, bagi tempoh 2021 hingga 2025, sebanyak 14 inisiatif baharu bernilai RM164.14 juta telah memberi manfaat kepada kira-kira 210,918 pelajar di seluruh negeri. 

“Kecemerlangan akademik bukan hanya kejayaan individu tetapi aset penting negara. Kerajaan Negeri komited memastikan tiada anak Sabah tercicir daripada akses pendidikan berkualiti,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengiktirafan Kecemerlangan Akademik (MEKAR) Kali Ke13 Jabatan Pendidikan Negeri Sabah di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini pada Selasa. 

Teks ucapan beliau dibacakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd.Arifin Mohd Arif. 

Hajiji berkata, Kerajaan Negeri turut menubuhkan Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Sabah pada 19 Mei tahun ini sebagai usaha menyelaras lebih 160 institusi latihan teknikal dan vokasional di seluruh negeri, selaras keperluan pasaran kerja masa hadapan. 

Katanya, Kerajaan Negeri juga menyalurkan insentif tunai RM1,000 kepada 146 pelajar cemerlang STPM 2024, selain seorang pelajar Sabah yang berjaya di peringkat kebangsaan turut menerima ganjaran RM3,000 sebagai tanda penghargaan. 

Hajiji turut menekankan pentingnya kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pendidikan bagi meningkatkan mutu dan infrastruktur pendidikan di Sabah. 

“Kerajaan Negeri sentiasa terbuka untuk berbincang demi memperkukuh pembangunan modal insan. Pendidikan kekal sebagai pasport utama masa depan anak-anak Sabah,” katanya. 

Beliau turut menyeru semua warga pendidikan agar kekal komited dan bekerjasama secara muafakat dalam membentuk ekosistem pendidikan yang cemerlang serta menjadi contoh teladan kepada generasi akan datang.  – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/07/29/rm1-33-bilion-perkasa-kecemerlangan-akademik-anak-sabah/feed/ 0 78184