Pendirian – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sat, 10 Jul 2021 08:47:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pendirian – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Salleh sambut baik pendirian Ketua Menteri Sabah membenarkan aktiviti ‘Dine-in’ di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/10/salleh-sambut-baik-pendirian-ketua-menteri-sabah-membenarkan-aktiviti-dine-in-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/10/salleh-sambut-baik-pendirian-ketua-menteri-sabah-membenarkan-aktiviti-dine-in-di-sabah/#respond Sat, 10 Jul 2021 08:47:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2866
Read Time:54 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Kelab Penyokong Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak menyambut baik pengumuman Ketua Menteri Sabah untuk kekal membenarkan aktiviti “dine-in” di negeri ini.

Ketetapan tersebut baginya sekaligus menjelaskan keraguan orang awam terhadap prosedur operasi standard (SOP) di Sabah.

“Saya menyambut baik pengumuman Ketua Menteri Sabah untuk terus membenarkan ‘dine-in’ di Sabah dengan peralihan kita ke Fasa 2 PPN bermula hari ini.

“Harap ini menjelaskan sebarang keraguan orang awam dengan SOP Sabah,” katanya dalam hantaran terbaharu di Facebooknya, hari ini.

Terdahulu, Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor dalam satu kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Ketua Menteri (JKM) Sabah, pagi tadi mengumumkan bahawa kerajaan tetap dengan pendirian membenarkan aktiviti dine-in di negeri ini yang dikuatkuasakan sejak 29 Jun lalu.

Sementara itu, berhubung penambahan vaksin di Sabah, Salleh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan berkata, semua pihak turut gembira dengan berita baik berkenaan dalam memastikan proses pemulihan di negeri ini berjalan lancar.

“Kita juga gembira bakal menerima penambahan vaksin untuk imunisasi Sabah.

“Semoga proses pemulihan Sabah berjalan dengan lancar,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/10/salleh-sambut-baik-pendirian-ketua-menteri-sabah-membenarkan-aktiviti-dine-in-di-sabah/feed/ 0 2866