Penduduk Rayu – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 03 May 2023 12:14:21 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Penduduk Rayu – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penduduk rayu projek naik taraf Jalan Siantan Kg Kota Klias dipercepatkan https://sabahmedia.com/2023/05/03/penduduk-rayu-projek-naik-taraf-jalan-siantan-kg-kota-klias-dipercepatkan/ https://sabahmedia.com/2023/05/03/penduduk-rayu-projek-naik-taraf-jalan-siantan-kg-kota-klias-dipercepatkan/#respond Wed, 03 May 2023 12:14:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=33770
Read Time:2 Minute, 4 Second

BEAUFORT: Kira-kira 50 orang penduduk di Kampung Kota Klias merayu kepada pihak berwajib supaya segera menyiapkan projek pembinaan naik taraf Jalan Siantan sepanjang 5 kilometer yang mengalami kerosakan teruk pada ketika ini.

Seorang penduduk Hanisah Roslan, 30, berkata projek naik taraf Jalan Siantan di Kampung Kota Klias bermula tahun lepas (2022) tetapi sejak Februari lalu jalan mulai rosak, jalan berturap hancur dan hanya tinggal tanah sahaja.

“Pada mulanya saya tidak juga risau tapi apabila musim hujan lebat, jalan semakin teruk berlumpur dan kenderaan ahli keluarga yang melalui jalan tersebut menjadi mangsa terkubur di tengah jalan,” katanya yang kesal dengan pihak kontraktor projek naik taraf Jalan Siantan yang membawa masuk lori-lori besar menambah kerosakan jalan yang lebih teruk lagi.

Menurut Hanisah, lori-lori besar keluar dan masuk di jalan tersebut menyebabkan laluan semakin rosak dan berlubang teruk apabila hujan.

“Sehubungan dengan itu, saya sudahpun meminta inisiatif tabur batu oleh pihak pekerja menaik taraf tetapi tidak dipedulikan oleh mereka. Jalan tersebut juga digunakan laluan pekebun sawit dan ini juga menyusahkan penduduk di sini.

“Laporan sudah dibuat kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) melalui emel, aplikasi whatsapp untuk membuat aduan di biro pengaduan awam, sudah sebulan aduan dibuat tapi sampai sekarang jalan tersebut sama juga,” katanya.

Hanisah juga turut meluahkan rasa sedih pada musim perayaan Aidilfitri ini kerana tiada saudara mara atau sahabat handai yang mahu ke rumah kerana memikirkan keadaan jalan masuk ke rumahnya yang rosak teruk.

“Musim Hari Raya, orangpun tidak mahu datang ke rumah kami disebabkan jalan rosak. Malah ada sebahagian tempat dalam pembinaan tiada tanda amaran diletakkan oleh kontraktor naik taraf jalan dan ia sangat membahayakan pengguna jalan raya. Manakala pembinaan naik taraf jalan juga tidak dipantau,” jelasnya.

Murid-murid sekolah terpaksa berjalan kaki ke sekolah mengelak dari kenderaan terkubur di tengah jalan. – Foto ihsan Hanisah.

Manakala pada hari persekolahan, Hanisah berkata, murid-murid yang tinggal di kawasan Jalan Siantan, Kampung Kota Klias terpaksa berjalan kaki untuk elak kenderaan terkubur.

“Mereka terpaksa memakai baju biasa sebelum tukar kepada seragam sekolah untuk mengelakkan baju kotor terkena lumpur. Ada juga yang tidak hadir ke sekolah tetapi tidaklah kerap tidak hadir ke sekolah,” katanya.

Tambah beliau, pihak pasukan perubatan yang menaiki ambulan juga menghadapi kesukaran untuk masuk ke kawasan berkenaan sekiranya berlaku kecemasan dan ini akan menyusahkan penduduk malah penduduk yang sakit juga sukar untuk keluar bagi mendapatkan rawatan.

Hanisah berharap pihak berkenaan dapat menyelesaikan masalah tersebut dan JKR juga diminta memantau jalan-jalan yang rosak untuk mengambil tindakan sewajarnya demi menjamin keselamatan penduduk setempat.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/03/penduduk-rayu-projek-naik-taraf-jalan-siantan-kg-kota-klias-dipercepatkan/feed/ 0 33770
Penduduk Rayu Pihak Berwajib Segera Tangani Banjir Kilat Di Tiga Buah Kampung Di Menumbok https://sabahmedia.com/2021/10/02/penduduk-rayu-pihak-berwajib-segera-tangani-banjir-kilat-di-tiga-buah-kampung-di-menumbok/ https://sabahmedia.com/2021/10/02/penduduk-rayu-pihak-berwajib-segera-tangani-banjir-kilat-di-tiga-buah-kampung-di-menumbok/#respond Sat, 02 Oct 2021 10:05:45 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7105
Read Time:1 Minute, 26 Second

MENUMBOK: Hujan lebat yang turun sejak pagi tadi telah mengakibatkan banjir kilat di tiga buah kampung di daerah ini menyebabkan rumah-rumah penduduknya ditenggelami air.

Penduduk merayu kepada pihak berwajib agar segera tampil menangani masalah banjir kilat yang kerap berlaku di kawasan tersebut.

Setiausaha Umno Bahagian Beaufort, Abdul Rahman Taib berkata, kejadian ini merupakan banjir kali kedua dalam tempoh seminggu melibatkan tiga kampung iaitu Kg Kinanap, Kg Darat dan Kg Padang Golf.

“Kampung-kampung berkenaan telah mengalami banjir minggu lepas dan hari ini ia sekali lagi ditimpa bencana banjir,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya sudah menghubungi jurutera daerah Jabatan Kerja Raya Daerah Kuala Penyu mengenai kejadian banjir kilat itu agar tindakan segera dapat diambil.

“Kita meminta mereka memeriksa dan memantau keadaan beberapa kalbut yang tidak mampu menampung air menyebabkan limpahan ke kawasan rumah penduduk terlibat,” kata Rahman.

Beliau menambah pihak berkuasa perlu mengambil tindakan dan mencari jalan penyelesaian memandangkan terlalu kerap berlaku banjir di daerah ini terutama ketika musim hujan.

“Kita sangat sedih dan kasihan melihat keadaan penduduk apabila rumah-rumah mereka ditenggelami air dan terpaksa meredah air banjir hingga ke paras leher untuk keluar rumah menyelamatkan diri,” tegasnya.

Sementara itu, penduduk meminta Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, Datuk Limus Jury atau pegawai-pegawainya untuk tampil memantau masalah yang dihadapi penduduk.

Seorang penduduk, Mohd Ariffin Said, berkata, penduduk di kawasan tersebut baru sahaja berhadapan dengan situasi bekalan air paip yang sangat keruh dalam minggu ini dan kali ini ditimpa bencana dua kali banjir dalam seminggu, memang sangat kecewa dan menyedihkan.

Ariffin berharap pihak berwajib atau wakil rakyat segera tampil untuk membantu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/02/penduduk-rayu-pihak-berwajib-segera-tangani-banjir-kilat-di-tiga-buah-kampung-di-menumbok/feed/ 0 7105