Penerbangan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 06 Dec 2024 01:27:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Penerbangan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan ke Sabah, Sarawak dan Labuan diteruskan https://sabahmedia.com/2024/12/06/inisiatif-bantuan-subsidi-pembelian-tiket-penerbangan-ke-sabah-sarawak-dan-labuan-diteruskan/ https://sabahmedia.com/2024/12/06/inisiatif-bantuan-subsidi-pembelian-tiket-penerbangan-ke-sabah-sarawak-dan-labuan-diteruskan/#respond Fri, 06 Dec 2024 01:27:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64933
Read Time:1 Minute, 40 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur: Kementerian Pengangkutan (MOT) akan terus melaksanakan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan sehala bagi laluan dari Semenanjung Malaysia ke Sabah, Sarawak dan Labuan sempena musim perayaan utama bagi 2024 dan 2025.

Kementerian itu dalam kenyataan semalam memaklumkan bantuan tersebut, adalah bagi perayaan Krismas tahun ini, manakala untuk tahun depan pula ialah sambutan Tahun Baharu Cina, Hari Raya Aidilfitri, Kaamatan dan Gawai serta Krismas.

“Pelaksanaan inisiatif ini akan ditambah baik dengan pemberian subsidi harga tiket penerbangan sehala kepada setiap penumpang bagi laluan domestik yang menghubungkan Semenanjung Malaysia dengan Sabah, Sarawak, dan Labuan untuk tiket yang berharga melebihi RM499.

“Harga ini tidak termasuk cukai dan fi. Penetapan harga maksimum RM499 ini adalah penurunan harga ambang yang telah ditetapkan sebelum ini iaitu RM599,” menurut kenyataan itu yang menambah kerajaan akan membayar perbezaan harga antara harga asal tiket penerbangan dan harga maksimum berkenaan.

Menurut kenyataan MOT, tempoh pelaksanaan inisiatif itu juga akan dilanjutkan daripada tiga hari kepada empat hari perjalanan sebelum tarikh sambutan perayaan utama iaitu bermula 21 hingga 24 Dis ini bagi Krismas, manakala bagi Tahun Baharu Cina bermula 25 hingga 28 Jan depan.

Bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri, tarikh pelaksanaan tambang maksimum sempena perayaan itu ditetapkan pada 27 hingga 30 Mac, manakala bagi Kaamatan dan Gawai masing-masing bermula 26 hingga 29 Mei dan 28 hingga 31 Mei, dengan Krismas tahun depan pula ditetapkan pada 21 hingga 24 Dis.

Kenyataan itu memaklumkan penetapan harga tambang tetap akan dilaksanakan bermula jam 0001 pada 6 Dis ini dan orang ramai boleh membeli tiket melalui laman sesawang syarikat-syarikat penerbangan mulai tarikh tersebut.

Antara terma dan syarat tiket ialah perubahan tarikh atau pertukaran penerbangan tidak dibenarkan dan hanya sah untuk tarikh atau penerbangan yang ditunjukkan pada tiket, selain tiada pertukaran nama dibenarkan dan tiket penerbangan yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan.

“Dalam hubungan ini, mungkin terdapat beberapa variasi kepada terma dan syarat yang ditambah baik dan ditawarkan sesetengah syarikat penerbangan. Bagaimanapun, pengguna akan tetap dilindungi mengikut Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC),” menurut kenyataan MOT.- BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/06/inisiatif-bantuan-subsidi-pembelian-tiket-penerbangan-ke-sabah-sarawak-dan-labuan-diteruskan/feed/ 0 64933
10 laluan penerbangan antarabangsa baharu diperkenalkan bulan ini https://sabahmedia.com/2024/12/04/10-laluan-penerbangan-antarabangsa-baharu-diperkenalkan-bulan-ini/ https://sabahmedia.com/2024/12/04/10-laluan-penerbangan-antarabangsa-baharu-diperkenalkan-bulan-ini/#respond Wed, 04 Dec 2024 05:20:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64866
Read Time:1 Minute, 46 Second

BERNAMA

Kuala Lumpur : Sebanyak 10 laluan penerbangan antarabangsa baharu termasuk satu laluan penerbangan sewa akan diperkenalkan pada bulan ini, dengan jangkaan lebih 3,100 penerbangan mingguan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, laluan tambahan yang menghubungkan lima destinasi utama dalam negara, iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Langkawi dan Pulau Pinang, membolehkan negeri terlibat berkongsi faedah pasaran pelancongan sambil menyediakan pelbagai pilihan perjalanan.

“Inisiatif ini sudah pasti akan meningkatkan daya saing Malaysia dalam industri pelancongan global sekali gus dapat menjadikan Malaysia sebagai negara pilihan utama bagi pelancong antarabangsa.

“Setakat Oktober lepas, ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia telah melebihi 20.5 juta untuk 2024, melebihi 20.14 juta sepanjang 2023. Saya optimis dorongan akhir tahun ini akan membawa kita lebih dekat ke tahap prapandemik,” katanya dalam hantaran Facebook pada Selasa.

Beliau berkata, 10 laluan baharu ini akan dilancarkan secara progresif bermula dengan penerbangan harian terus Vietjet antara Hanoi, Vietnam dan Kuala Lumpur.

Tiong berkata, ia akan diikuti dengan penerbangan pertama Indigo Airlines ke negara ini dengan tiga laluan baharu menghubungan Malaysia dengan India, termasuk penerbangan harian dari Bengaluru ke Kuala Lumpur dan Langkawi serta penerbangan harian dari Chennai ke Pulau Pinang.

Beliau berkata, laluan baharu itu turut merangkumi penerbangan harian Batik Air antara Bangkok, Thailand dengan Johor Bahru, penerbangan tiga kali seminggu AirAsia dari Saigon, Vietnam ke Kota Kinabalu; penerbangan lima kali seminggu Malaysia Airlines dari Kolkata, India ke Kuala Lumpur serta penerbangan tiga kali seminggu Shanghai Airlines dari Yuncheng, China ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Tiong berkata, tarikh pelancaran penerbangan dua kali seminggu Jiangxi dari Nanchang, China ke Kuala Lumpur akan diumumkan kelak.

Beliau berkata, Jeju Air pula akan memperkenalkan laluan penerbangan sewa yang menawarkan penerbangan dua kali seminggu antara Muan, Korea Selatan dengan Kota Kinabalu, Sabah pada 10 Dis ini.

“Setelah kesemua 10 laluan mula beroperasi, kita akan menambah 50 penerbangan antarabangsa setiap minggu ke Malaysia. Kapasiti penumpang akan meningkat daripada 612,423 kepada hampir 620,000 setiap minggu.

“Berita ini pastinya menjadi peristiwa penting bagi sektor pelancongan negara ini dan saya yakin ia mampu mengukuhkan lagi kedudukan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama,” katanya. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/12/04/10-laluan-penerbangan-antarabangsa-baharu-diperkenalkan-bulan-ini/feed/ 0 64866
Kerajaan Persekutuan Digesa Teliti Harga Tiket Penerbangan Yang Tinggi https://sabahmedia.com/2022/04/13/kerajaan-persekutuan-digesa-teliti-harga-tiket-penerbangan-yang-tinggi/ https://sabahmedia.com/2022/04/13/kerajaan-persekutuan-digesa-teliti-harga-tiket-penerbangan-yang-tinggi/#respond Wed, 13 Apr 2022 12:20:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14216
Read Time:1 Minute, 23 Second

KOTA KINABALU: Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS)-Barisan Nasional (BN) menggesa Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pengangkutan untuk meneliti isu kenaikan harga tiket penerbangan yang tinggi.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, tambang penerbangan yang tinggi telah meningkat dengan ketara sehingga membebankan orang ramai yang terpaksa terbang ke Kuala Lumpur dari sini atau sebaliknya.

Hajiji turut menggesa Kerajaan Persekutuan mengurangkan harga tambang penerbangan domestik.

“Sama ada untuk bekerja atau beriadah, tambang penerbangan yang tinggi telah memberi cabaran kepada individu dan keluarga.

“Ini juga tidak sesuai dengan aspirasi untuk membawa lebih ramai pengunjung ke Sabah memandangkan sempadan negara telah dibuka semula pada 1 April,” katanya.

Menurut Hajiji, Kabinet Negeri telah membincangkan perkara itu semasa mesyuarat mingguannya di sini hari ini dan melihat kenaikan tambang penerbangan yang keterlaluan.

Beliau berkata, laporan kenaikan harga tambang penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah baru-baru ini semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri telah menimbulkan kebimbangan dan Kerajaan Negeri mahu Kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pengangkutan meneliti perkara itu.

“Kami menggesa Menteri Pengangkutan melihat perkara itu segera dan mengurangkan harga tiket yang dilaporkan melonjak kepada sekitar 566 peratus berbanding tambang penerbangan bukan musim perayaan untuk laluan yang sama.

“Ramai rakyat Sabah sama ada belajar atau bekerja di semenanjung dan kebanyakan mereka mahu pulang ke kampung halaman untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga.

“Tetapi dengan harga tiket penerbangan yang melambung tinggi, ramai yang tidak dapat pulang ke tanah air semata-mata kerana tidak mampu. Ia membebankan rakyat, justeru, kami di Kabinet Negeri merasakan pihak berkuasa berkaitan perlu bertindak,” tegasnya.

“Terdapat juga laporan bahawa harga tiket penerbangan ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau adalah lebih mahal daripada beberapa destinasi antarabangsa dari Kuala Lumpur,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/13/kerajaan-persekutuan-digesa-teliti-harga-tiket-penerbangan-yang-tinggi/feed/ 0 14216
Jangan Naik Harga Tiket Penerbangan Tanpa Pertimbangan – David https://sabahmedia.com/2022/04/12/jangan-naik-harga-tiket-penerbangan-tanpa-pertimbangan-david/ https://sabahmedia.com/2022/04/12/jangan-naik-harga-tiket-penerbangan-tanpa-pertimbangan-david/#respond Tue, 12 Apr 2022 08:04:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=14181
Read Time:2 Minute, 8 Second

KOTA KINABALU: Pengerusi Persatuan Pengguna Bijaksana Pantai Barat Sabah, David Chan meminta syarikat penerbangan untuk tidak menaikkan harga tiket penerbangan domestik sesuka hati, terutama pada musim perayaan, sekaligus menjadi beban kepada anak perantauan yang ingin kembali pulang bertemu keluarga dan berhari raya.

“Anak perantau sudah berpeluang pulang ke sisi keluarga, bertemu saudara mara untuk sama-sama berpuasa dan pulang beraya, namun kecewa kerana ramai yang berduka dan tidak mampu kerana kos tiket penerbangan yang terlampau mahal.

“Dari Kuala Lumpur atau Penang, ingin pulang ke Borneo, fikir banyak kali sebab mereka tidak mampu, harga tiket penerbangan yang begitu melampau, keadaan ini menyedihkan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan media di sini hari ini.

Menurut David, peralihan fasa endemik setelah sekian lama bergelut dengan pandemik COVID-19 adalah berita gembira untuk semua rakyat kita, terutama mereka yang sudah lama tidak berjumpa keluarga.

“COVID-19 kini beransur membaik, ekonomi kita juga sedang mula ‘sembuh’ dan pulih, bagaimana pula perkara sebegini (peningkatan harga tiket penerbangan) boleh berlaku secara keterlaluan, tanpa memikirkan kesan kepada pengguna, kepada anak-anak kita yang bekerja atau belajar jauh.

“Kebanyakan daripada kita tidak mampu kerana kita bukan orang senang, bayangkan jika kos penerbangan yang keterlaluan ini, menjadi sebab, sekali lagi anak-anak kita yang jauh ini terpaksa bersendirian di perantauan berhari raya, sedih, saya sungguh tidak dapat bayangkan sebab saya sendiri merasakan isu ini adalah isu yang tidak wajar untuk berlaku,” katanya.

Jelas David, kos tiket penerbangan yang meningkat secara mendadak bagi penerbangan domestik adalah suatu perkara yang tidak sepatutnya berlaku dan perlu diteliti semula oleh pihak berwajib.

“Kerajaan perlu lihat perkara ini dengan serius, ya kita boleh faham, setelah sekian lama syarikat penerbangan tidak dapat beroperasi dan menjana pendapatan, kini masanya mereka kembali menjana pendapatan, namun adalah tidak wajar jika ia umpama ‘menjerat’ pengguna.

“Kerajaan perlu lihat perkara ini dengan sangat serius, tolonglah fahami keadaan dan keperluan serta keperitan rakyat di bawah, yang sekian lama bertahan berjauhan dari keluarga,” katanya lagi.

Dalam pada itu, David turut menyeru syarikat penerbangan untuk tidak bersikap mementingkan diri dan rakus.

“Boleh mahu berniaga dan menjana pendapatan, untuk menggantikan semula segala apa yang telah berlaku selama kita bersama COVID-19, namun jangan sampai bersifat zalim, menyiksa pengguna, kita semua untuk penerbangan domestik pastinya bertujuan untuk urusan pekerjaan, belajar dan untuk bertemu keluarga.

“Lainlah jika penerbangan antarabangsa, mau mahal, mahal lah tidak mengapa, sebab melancong ke luar negara adalah kemampuan yang luar biasa untuk mereka-mereka yang tidak mempunyai masalah kewangan dan ekonomi, dan untuk penerbangan domestik, adalah sangat tidak wajar, tolong peka dan faham keadaan pengguna kita,” ujar David lagi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/12/jangan-naik-harga-tiket-penerbangan-tanpa-pertimbangan-david/feed/ 0 14181
Penerbangan Terus KK-Kuala Terengganu Berupaya Erat Hubungan Dua Negeri https://sabahmedia.com/2022/01/31/penerbangan-terus-kk-kuala-terengganu-berupaya-erat-hubungan-dua-negeri/ https://sabahmedia.com/2022/01/31/penerbangan-terus-kk-kuala-terengganu-berupaya-erat-hubungan-dua-negeri/#respond Mon, 31 Jan 2022 04:15:01 +0000 https://sabahmedia.com/?p=11774
Read Time:1 Minute, 12 Second

KOTA KINABALU : Penerbangan terus menghubungkan Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu menerusi penerbangan syarikat tambang murah AirAsia mampu mengeratkan lagi hubungan antara kedua-dua negeri.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin berkata, penerbangan itu juga diyakini mampu merancakkan lagi industri pelancongan domestik sekaligus memulihkan pelancongan di negeri ini.

“Bagi pihak Kerajaan Negeri, saya ingin merakamkan penghargaan kepada pihak AirAsia kerana memilih Kota Kinabalu Sabah sebagai salah satu laluan baharunya.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Jafry Ariffin

“Saya juga berharap agar kerjasama ini dapat terus dilaksanakan dalam memulihkan industri pelancongan khususnya di Sabah yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19 sebelum ini,” katanya dalam kenyataan disini hari ini.

Jafry berkata, dengan adanya penerbangan terus ini juga akan menjadikan Sabah akan lebih mudah diakses oleh pelancong bukan sahaja daripada Semenanjung malah pelancong antarabangsa.

“Saya mengalu-alukan lebih ramai rakyat Malaysia untuk datang meneroka Sabah dan menikmati tawaran pelancongan serta kebudayaannya.

“Pihak kementerian saya akan terus menyokong AirAsia dan berharap untuk bekerjasama pada masa hadapan bagi mempromosikan industri pelancongan,” katanya.

Semalam,  penerbangan sulung AK5310 berlepas dari Kota Kinabalu tepat pada jam 3.15 petang dan tiba di Kuala Terengganu pada jam 5.40 petang.

Untuk rekod, penerbangan antara Kota Kinabalu dan Kuala Terengganu berlepas pada setiap hari Ahad dengan tambang promosi sehala tersedia untuk tempahan daripada serendah RM128 sahaja dari sekarang hingga 14 Februari 2022, untuk tempoh perjalanan dari 13 Februari hingga 30 September 2022.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/31/penerbangan-terus-kk-kuala-terengganu-berupaya-erat-hubungan-dua-negeri/feed/ 0 11774
Tempahan Tiket Penerbangan Ke Kota Kinabalu Meningkat https://sabahmedia.com/2021/11/23/tempahan-tiket-penerbangan-ke-kota-kinabalu-meningkat/ https://sabahmedia.com/2021/11/23/tempahan-tiket-penerbangan-ke-kota-kinabalu-meningkat/#respond Tue, 23 Nov 2021 07:34:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=8759
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) mencatatkan peningkatan tempahan tiket ke Sabah selepas Kerajaan Negeri melonggarkan syarat ujian calitan Covid-19 kepada pengunjung yang lengkap divaksin datang ke negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAS Kapten Izham Ismail berkata, penjualan tiket bagi penerbangan ke Kota Kinabalu adalah yang tertinggi untuk MAS sepanjang tempoh pameran Matta Fair yang berakhir baru-baru ini.

Perkara itu disampaikan kepada delegasi Sabah yang diketuai Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Negeri, Datuk Jafry Ariffin, dalam pertemuan yang diadakan di Akademi MAB di Petaling Jaya, Selangor, pada Isnin lepas.

Turut hadir ialah Pembantu Menteri merangkap Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah (STB), Datuk Joniston Bangkuai; Ketua Pegawai Eksekutif STB, Noredah Othman; dan Ketua Pegawai Pemasaran STB Tay Shu Lan.

Izham berkata, Sabah adalah hab penting bagi mereka dan MAS telah meningkatkan penerbangan mingguannya ke Kota Kinabalu daripada 68 kepada 75 penerbangan dari November hingga Disember tahun ini.

Tambah beliau, syarikat penerbangan itu akan menyambung semula perkhidmatan penerbangan antara Pulau Pinang dan Kota Kinabalu mulai 1 Disember ini.

Dengan sempadan antarabangsa dijangka dibuka semula tahun depan, MAS juga menyatakan persediaan mereka untuk membawa masuk pelawat antarabangsa ke negara ini dan seterusnya ke Sabah.

Sementara itu, Jafry menyatakan bahawa penjualan tiket penerbangan yang memberansangkan itu merupakan petunjuk bahawa pelancongan semakin pulih dan ramai rakyat Malaysia masih bersemangat untuk melawat Sabah.

“Kementerian kami dan STB sentiasa bersedia untuk bekerjasama dengan MAS untuk mewujudkan semula penerbangan terus domestik dan antarabangsa ke Sabah.

“Kami menyasarkan untuk melihat ketibaan pelawat meningkat selepas sekian lama industri pelancongan terhenti, dan ini tidak akan dicapai tanpa bantuan daripada syarikat penerbangan,” katanya.

Pertemuan dengan ketua pegawai eksekutif Kumpulan MAS adalah sebahagian daripada penglibatan berterusan STB dengan syarikat-syarikat penerbangan.

Pada 19 Nov, perwakilan STB yang diketuai oleh Joniston mengadakan pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Riad Asmat bagi membincangkan rancangan masa depan syarikat penerbangan tambang murah itu untuk Sabah.

Perancangan juga sedang dibuat untuk bertemu dengan pengurusan Malindo Air.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/23/tempahan-tiket-penerbangan-ke-kota-kinabalu-meningkat/feed/ 0 8759