penerima pingat sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 04 Oct 2024 16:46:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png penerima pingat sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Premier Sarawak dahului penerima darjah kebesaran negeri Sabah https://sabahmedia.com/2024/10/05/premier-sarawak-dahului-penerima-darjah-kebesaran-negeri-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/10/05/premier-sarawak-dahului-penerima-darjah-kebesaran-negeri-sabah/#respond Fri, 04 Oct 2024 16:39:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61679
Read Time:1 Minute, 38 Second

Kota Kinabalu: Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Abang Openg mendahului senarai 1,376 penerima darjah kebesaran negeri Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada Sabtu.

Abang Johari adalah antara empat penerima darjah kebesaran tertinggi negeri Sabah Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.

Selain Abang Johari, turut menerima SPDK ialah Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew; Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain @ Abd Rashid dan ahli perniagaan, Datuk Kumar Prabakaran.

Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, termasuk dua berjawatan Pembantu Menteri tersenarai untuk menerima darjah kebesaran Panglima Gemilang Darjah Kinabalu’ (PGDK) yang membawa gelaran ‘Datuk’.

Antaranya adalah Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah, Peto Galim; Pembantu Menteri Kewangan Sabah, Tan Lee Fat; ADUN Tanjung Kapor, Ben Chong Chen Bin; ADUN Banggi, Mohammad Mohamarin; ADUN Kukusan, Rina Jainal dan ADUN Dilantik, Dr Aliakbar Gulasan.

Selain itu, turut menerima PGDK ialah Ketua Hakim Syarie Negeri Sabah, Ahadin Arinen; Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Maria Chong dan Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Josie Lai Mei Sing.

Penerima lain PGDK ialah Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS), Jumain Jikah Abdul Ghani; Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah, Philemon Lajawai; Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Sawit Kinabalu, Victor Ationg dan Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn Bhd Ahmad Naim Uddang.

Jumain (kiri) dan Mohammad Arif (kanan)

Turut tersenarai menerima PGDK adalah Focal Person Kebangsaan KPM Sabah Mohammad Arif Sakaran dan Setiausaha Agung Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) Iman Ali.

Secara keseluruhan seramai 87 individu menerima PGDK, manakala seramai 116 orang menerima Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK), diikuti 274 orang menerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK).

Selain itu, seramai 320 orang menerima Bintang Setia Kinabalu (BSK), 421 orang menerima Bintang Kinabalu (BK), 144 orang menerima Sijil Kehormat, manakala 10 orang menerima Jaksa Pendamai. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/10/05/premier-sarawak-dahului-penerima-darjah-kebesaran-negeri-sabah/feed/ 0 61679
Acryl Sani dahului senarai 1,209 penerima pingat kebesaran Sabah https://sabahmedia.com/2023/10/06/acryl-sani-dahului-senarai-1209-penerima-pingat-kebesaran-sabah/ https://sabahmedia.com/2023/10/06/acryl-sani-dahului-senarai-1209-penerima-pingat-kebesaran-sabah/#respond Fri, 06 Oct 2023 13:32:43 +0000 https://sabahmedia.com/?p=43218
Read Time:1 Minute, 48 Second

Kota Kinabalu : Pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang juga bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani mendahului senarai penerima anugerah darjah kebesaran bintang dan pingat kehormat sempena sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang ke-70 Yang di-Pertua Negeri Sabah esok.

Acryl bersama seorang lagi penerima iaitu Presiden Persekutuan Persatuan Alumni Universiti-Universiti Taiwan Malaysia Datuk Tang Yong Chew dianugerahkan pingat kebesaran tertinggi negeri iaitu Seri Panglima Darjah Kinabalu (SPDK) yang membawa gelaran ‘Datuk Seri Panglima’.

Sementara itu, seramai 88 orang individu menerima darjah kebesaran kedua tertinggi Sabah, iaitu Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) yang membawa gelaran Datuk.

Antara penerima ialah Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia Datuk Arthur Joseph Kurup; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Mustapha Sakmud; Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Chan Foong Hin; dan Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui.

Selain itu, turut menerima PGDK ialah beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah, antaranya Phoong Jin Zhe (Luyang) yang juga Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah; Hendrus Anding (Tandek), Jonnybone J Kurum (Telupid), Mokran Ingkat (Sungai Manila), Norazlinah Arif (Kunak), Samad Jambri (Labuk) dan George Hiew Vun Zin (Karamunting).

Turut menerima PGDK ialah Setiausaha Persekutuan Sabah, Datuk Makhzan Mahyuddin; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Asits Sanna; Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Sabah dan Labuan, Laksamana Pertama Che Engku Suhaimi Che Engku Daik; Panglima Armada Timur, Laksamana Muda Datuk Pahlawan Muhammad Ruzelme Ahmad Fahimy dan Komander Easten Command Deputi Komisioner Victor Sanjos.

Seterusnya ialah Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri Sabah, Effendi Mohd Sunoh; Ketua Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sabah, Ceasar Mandela Malakun dan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Raisin Saidin.

Selain itu, penerima dalam kalangan pengamal media ialah Ketua Pengarang Utusan Borneo Lichong Angkui selain penyanyi tempatan Francis Landong turut menerima PGDK.

Sementara itu, bekas Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Allahyarham Ag Askandar Ampuan Yaacub yang terkorban ketika misi pendakian Gunung Everest pada Mei lalu menerima pingat Ahli Darjah Kinabalu (ADK) secara Posthumous.

Secara keseluruhan, seramai 1,209 individu menerima darjah kebesaran, bintang dan pingat kehormatan negeri Sabah sempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Yang ke-70 Yang di-Pertua Negeri Sabah , Tun Juhar Mahiruddin, esok. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2023/10/06/acryl-sani-dahului-senarai-1209-penerima-pingat-kebesaran-sabah/feed/ 0 43218