Penerima – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 22 Aug 2021 09:45:05 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Penerima – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 100 Jalur Gemilang Diserahkan Kepada Penerima Kawasan DUN Kundasang Sempena Program ‘Info on Wheels’ Merdeka https://sabahmedia.com/2021/08/22/100-jalur-gemilang-diserahkan-kepada-penerima-kawasan-dun-kundasang-sempena-program-info-on-wheels-merdeka/ https://sabahmedia.com/2021/08/22/100-jalur-gemilang-diserahkan-kepada-penerima-kawasan-dun-kundasang-sempena-program-info-on-wheels-merdeka/#respond Sun, 22 Aug 2021 09:32:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=5060
Read Time:1 Minute, 35 Second

RANAU: Sebanyak 100 Jalur gemilang telah diserahkan kepada beberapa penerima di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang dekat sini, pada Ahad, sempena program ‘Info on Wheels’ Merdeka anjuran Jabatan Penerangan Daerah Ranau.

Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Joachim Gunsalam yang turut menjayakan program tersebut menyerahkan Jalur Gemilang kepada wakil-wakil penerima iaitu Pengerusi Gerai Peniaga Kundasang, Pengerusi JPKK Kampung Mesilau, Kampung Dumpiring dan juga Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) Kundasang.

Jalur gemilang berkenaan akan dikibarkan di balai-balai raya dalam daerah Ranau bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos ini.

Terdahulu, Dr Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang telah menyerahkan sumbangan berupa bakul makanan kepada 3,100 ketua isi rumah (KIR) dari 85 kampung dalam kawasan DUN Kundasang.

“Memandangkan peningkatan kes COVID-19 di daerah Ranau, hanya Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) sebagai wakil mengambil kesemua bakul makanan mengikut kampung dari pusat penyimpanan bakul makanan dan kemudiannya akan diedarkan di kampung masing-masing.

“Manakala edaran bakul makanan ini dikendalikan UPPM DUN Kundasang, diketuai oleh Dounis Sani bersama dengan kakitangan UPPM serta Pejabat ADUN Kundasang,”katanya.

Menurut Dr Joachim, bantuan bakul makanan ini diberikan penduduk yang tersenarai dalam kategori B40 tanpa mengira fahaman politik.

“Mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19 akan mendapat bantuan ini,”ujarnya, sambil menambah pihaknya akan terus berusaha untuk memastikan rakyat di sini mendapat bantuan.

“Saya akan pastikan rakyat DUN Kundasang mendapat bekalan makanan tanpa ada yang tercicir,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Dr Joachim turut menasihatkan semua penduduk untuk terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

“Kini COVID-19 sudah berada dalam komuniti, oleh itu ia bergantung kepada kita untuk menjaga diri sendiri dan keluarga. Terus amalkan penjarakan sosial dan mengikut SOP,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/22/100-jalur-gemilang-diserahkan-kepada-penerima-kawasan-dun-kundasang-sempena-program-info-on-wheels-merdeka/feed/ 0 5060
1,200 Penerima Vaksin, Petugas Barisan Hadapan Terima Sumbangan Makanan https://sabahmedia.com/2021/08/19/1200-penerima-vaksin-petugas-barisan-hadapan-terima-sumbangan-makanan/ https://sabahmedia.com/2021/08/19/1200-penerima-vaksin-petugas-barisan-hadapan-terima-sumbangan-makanan/#respond Thu, 19 Aug 2021 06:03:51 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4875
Read Time:45 Second

RANAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kundasang, Datuk Dr. Joachim Gunsalam merakamkan penghargaan kepada syarikat pengeluar makanan terkemuka Kim Teck Cheong Consolidated Berhad (KTC) Sdn. Bhd. atas sumbangan yang tidak putus-putus kepada penduduk daerah Ranau.

Dr Joachim yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah berkata, pihaknya menyambut baik sumbangan daripada mana-mana pihak yang bermurah hati untuk membantu.

“KTC telah memberikan sumbangan 1,200 roti jenama Creamos bun dan susu kotak Dutch Lady. Terima kasih saya ucapkan kepada Pegarah Eksekutif Dexter Lau.

“Roti dan susu kotak ini kemudiannya diagihkan ke pusat pemberian vaksin (PPV) di Kg. Kaingaran, Kg. Timbua, Kg. Perancangan dan Klinik Kesihatan Kundasang dan akan diserahkan kepada penerima vaksin, untuk dijadikan alas perut setelah selesai menerima suntikan,”katanya.

Edaran tersebut diketuai oleh Japli Sami, dibantu oleh kakitangan Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) serta Pejabat ADUN Kundasang.

“Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dengan edaran,” kata Dr. Joachim.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/19/1200-penerima-vaksin-petugas-barisan-hadapan-terima-sumbangan-makanan/feed/ 0 4875
PPV IPT UMS bantu tingkatkan penerima vaksin di Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/22/ppv-ipt-ums-bantu-tingkatkan-penerima-vaksin-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/22/ppv-ipt-ums-bantu-tingkatkan-penerima-vaksin-di-sabah/#respond Thu, 22 Jul 2021 07:13:18 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3429
Read Time:1 Minute, 27 Second

KOTA KINABALU: Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mula beroperasi pada 14 Jun lalu, telah membantu memberi vaksinasi kepada 13,729 orang setakat hari ini, yang membabitkan kakitangan dan pelajar universiti itu serta orang awam di negeri ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berkata usaha yang diambil UMS itu telah membantu kerajaan negeri untuk terus meningkatkan jumlah penerima vaksin di negeri ini sekali gus mencapai imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini.

“Saya dimaklumkan bahawa mulai minggu depan, kapasiti pemberian vaksin oleh PPV UMS adalah sebanyak 3,000 dos sehari berbanding hanya 1,000 dos sehari pada masa sekarang.

“Ini juga sudah pasti akan membolehkan Sabah mencapai imuniti kelompok apabila 2.7 juta penduduk negeri ini menerima suntikan vaksin COVID-19,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke PPV IPT UMS, di Kompleks Dewan Kuliah Pusat Ke-2, di sini hari ini.

Bilangan petugas di PPV IPT UMS adalah seramai 177 orang yang antaranya membabitkan petugas klinikal (doktor dan jururawat), sukarelawan kakitangan, sukarelawan pelajar, bahagian keselamatan dan anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan sukarelawan MyVac atau Malaysia Vaccine Support Volunteer.

Ketua Menteri turut merakamkan tahniah dan terima kasih kepada UMS terutama Naib Canselornya kerana menyediakan PPV kepada kakitangan dan pelajar universiti serta awam untuk menerima vaksin.

Sempena lawatan itu, Ketua Menteri turut mendengar taklimat daripada Naib Canselor UMS berkaitan perkembangan Hospital UMS (HUMS) yang dijadualkan siap menjelang akhir tahun depan.

Apabila siap kelak, HUMS akan menjadi hospital pengajar yang dilengkapi kemudahan terkini dan moden yang boleh memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat Sabah.

Turut hadir semasa lawatan tersebut ialah Naib Canselor UMS, Prof Datuk Dr Taufiq Yap Yun Hin dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS), Dr Rose Nani Mudin.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/22/ppv-ipt-ums-bantu-tingkatkan-penerima-vaksin-di-sabah/feed/ 0 3429