Pengakap – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 29 Apr 2026 02:58:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pengakap – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 51 pemimpin pengakap kanak-kanak terima Manikayu Il Butir pengakap Zon 1 Tawau https://sabahmedia.com/2026/04/29/51-pengakap-kanak-kanak-terima-manikayu-il-butir-pengakap-zon-1-tawau/ https://sabahmedia.com/2026/04/29/51-pengakap-kanak-kanak-terima-manikayu-il-butir-pengakap-zon-1-tawau/#respond Wed, 29 Apr 2026 02:47:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=95762
Read Time:1 Minute, 19 Second

TAWAU: Seramai 51 pemimpin pengakap kanak-kanak diraikan apabila ditauliahkan dan dikalungkan Manikayu II Butir dalam Majlis Pengalungan Manikayu II Butir dan Apresiasi Pengakap Zon 1 Tawau 2025 yang berlangsung meriah di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Batu Keramat, di sini, baru-baru ini.

Majlis berkenaan menghimpunkan pemimpin serta ahli Pengakap dari seluruh Zon 1 Tawau sebagai pengiktirafan terhadap mereka yang berjaya menamatkan latihan kepimpinan sekali gus layak menerima pentauliahan Manikayu II Butir.

Alex Dennis (kanan) dianugerahkan Penolong Pesuruhjaya Pengakap Daerah Terbaik 2025. Anugerah disampaikan Oleh Timbalan Majlis Pengakap Sabah, Datuk Awang Zaini Suntim.

Selain itu, sebanyak 45 anugerah turut disampaikan sebagai tanda penghargaan kepada ahli dan pemimpin yang menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2025, sekali gus diharap menjadi pemangkin untuk terus aktif dalam aktiviti kepengakapan.

Majlis tersebut dirasmikan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Jamaluddin @ Jamal Jinal yang diwakili Timbalan Ketua Pesuruhjaya Negeri Sabah II, Lasalama Lai.

Dalam ucapan perasmian yang disampaikan, beliau menegaskan latihan berterusan serta semangat kesukarelawanan merupakan tunjang utama dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin, berdaya saing dan berakhlak mulia selaras dengan prinsip Pengakap.

Turut hadir, Pesuruhjaya Latihan Pengakap Negeri Sabah, Makkrin Sudi serta Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri Sabah, Datuk Dr Awang Zaini Suntim.

Dalam majlis sama, seramai 38 pemimpin bagi Unit Pengakap Muda turut menerima Manikayu II Butir.

Majlis turut diserikan dengan penyampaian sijil dan lencana Keris Gangsa, Perak dan Emas bagi Pengakap Kanak-kanak serta lencana Usaha, Maju dan Jaya bagi Pengakap Muda.

Penganjuran program itu mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh pembangunan kepimpinan serta memperkasa gerakan Pengakap di Zon 1 Tawau khususnya, dan Sabah amnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/04/29/51-pengakap-kanak-kanak-terima-manikayu-il-butir-pengakap-zon-1-tawau/feed/ 0 95762
648 ahli Pengakap Sabah sertai Jamboree Radio, Internet Peringkat Global https://sabahmedia.com/2025/10/19/648-ahli-pengakap-sabah-sertai-jamboree-radio-internet-peringkat-global/ https://sabahmedia.com/2025/10/19/648-ahli-pengakap-sabah-sertai-jamboree-radio-internet-peringkat-global/#respond Sun, 19 Oct 2025 11:57:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=83717
Read Time:1 Minute, 6 Second

SANDAKAN: Seramai 648 ahli Pengakap pelbagai peringkat umur bersama petugas dari enam daerah menyertai Program Jamboree on the Air (JOTA) ke-68 dan Jamboree on the Internet (JOTI) ke-68 di Stesen Utama Pengakap Negeri Sabah, Gilwell Scouts Nature Park, di sini.

Program yang berlangsung dari 17 hingga 19 Oktober itu dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia Sabah dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), dan disempurnakan penutupannya oleh Ahli Parlimen Sandakan, Vivian Wong Shir Yee.

Dalam ucapannya, Vivian berkata penganjuran JOTA dan JOTI membuka ruang komunikasi serta interaksi antara ahli pengakap seluruh dunia melalui gelombang radio dan rangkaian internet.

“Ia juga mampu menerapkan semangat persahabatan sejagat, kerjasama dan saling menghormati tanpa mengira bangsa, agama serta sempadan geografi.

“Pada era digital kini, keupayaan menguasai teknologi komunikasi amat penting bagi melahirkan generasi yang berdaya saing dan berfikiran global,” katanya.

Beliau menambah, program itu bukan sekadar aktiviti tahunan tetapi menjadi platform membina kepimpinan, semangat kerjasama dan jaringan antarabangsa yang membantu membentuk peribadi unggul dalam kalangan anak muda.

“Kerajaan sentiasa menyokong program berimpak tinggi seperti ini yang berperanan membangunkan potensi belia secara menyeluruh dari aspek intelektual, sosial dan spiritual,” katanya.

Majlis penutupan turut dihadiri Ketua Pesuruhjaya Pengakap Sabah, Jamaludin Jinal; Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negeri, Datuk Awang Zaini Suntim; dan Pengarah Program JOTA JOTI 2025 Stesen Utama Negeri Sabah, Barmuli Parudin.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/19/648-ahli-pengakap-sabah-sertai-jamboree-radio-internet-peringkat-global/feed/ 0 83717
Hari Pengasas Pengakap Peringkat Daerah Tawau, Aktiviti Pupuk Jati Diri Pelajar https://sabahmedia.com/2025/02/26/hari-pengasas-pengakap-peringkat-daerah-tawau-aktiviti-pupuk-jati-diri-pelajar/ https://sabahmedia.com/2025/02/26/hari-pengasas-pengakap-peringkat-daerah-tawau-aktiviti-pupuk-jati-diri-pelajar/#respond Wed, 26 Feb 2025 02:56:57 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69382
Read Time:1 Minute, 21 Second

TAWAU: Sambutan Hari Pengasas Pengakap Peringkat Daerah Tawau walaupun sederhana namun berlangsung meriah dengan kehadiran hampir 1,000 peserta, terdiri daripada ahli dan pemimpin pengakap serta ibu bapa.

Majlis yang diadakan di Dewan Masyarakat Tawau pada 22 Februari lalu bertujuan memperingati kelahiran pengasas pergerakan pengakap, Robert Baden-Powell. Pelbagai aktiviti dianjurkan bagi menghargai jasa beliau dalam membentuk generasi muda yang berdisiplin, beretika dan berkemahiran.

Antara aktiviti yang menarik perhatian ialah Pertandingan Tarian Kebudayaan, Pahlawanku, Projek Perintis Pengakap, Pertandingan Mewarna Kanak-kanak, Kuiz serta Penyampaian Anugerah Pemimpin dan Pengakap Kelana Cemerlang.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Tawau, Matnoor Sima, yang diwakili oleh Penolong Pegawai Unit Kemanusiaan Pejabat Pendidikan Daerah Tawau, Sandy Kahar Kaharudin.

Dalam ucapannya, beliau memuji usaha Pengakap Tawau dalam menjayakan program ini yang memberi manfaat besar kepada ahli dan pemimpin pengakap.

Menurutnya, aktiviti sebegini bukan sahaja melatih kepimpinan dan kesukarelawanan, malah membantu pelajar mengimbangi pembelajaran akademik dengan aktiviti luar bilik darjah.

Selain itu, penglibatan dalam pengakap juga membuka peluang kepada pelajar untuk memperluaskan jaringan hingga ke peringkat antarabangsa.

Turut hadir, Pesuruhjaya Pengakap Zon 1 Tawau, Arbin Setta; Pesuruhjaya Pengakap Daerah Tawau, Lee Chee Kiong; Pesuruhjaya Pengakap Daerah Balung, Muliadi Mustapa serta Pesuruhjaya Pengakap Daerah Merotai, Rusli Nambi.

Dalam majlis tersebut, Sekolah Kebangsaan Ranggu Tawau dinobatkan sebagai Kontinjen Teramai bagi kategori sekolah rendah, manakala SMK Titingan Tawau meraih anugerah yang sama bagi kategori sekolah menengah. Sementara itu, Pasukan Pengakap Kelana Laut B Tawau menerima pengiktirafan bagi kategori Pengakap Kelana.

Selain itu, seramai sembilan guru pemimpin pengakap dan tiga Pengakap Kelana turut menerima anugerah Pemimpin Pengakap Cemerlang 2024 atas sumbangan mereka dalam memperkasakan pergerakan pengakap di daerah ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/26/hari-pengasas-pengakap-peringkat-daerah-tawau-aktiviti-pupuk-jati-diri-pelajar/feed/ 0 69382
PPMCS Komited Lahirkan Sifat Kepimpinan Dalam Khidmat Masyarakat https://sabahmedia.com/2022/03/06/ppmcs-komited-lahirkan-sifat-kepimpinan-dalam-khidmat-masyarakat/ https://sabahmedia.com/2022/03/06/ppmcs-komited-lahirkan-sifat-kepimpinan-dalam-khidmat-masyarakat/#respond Sun, 06 Mar 2022 07:22:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=12755
Read Time:56 Second

KOTA KINABALU : Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sabah (PPMCS) terus komited melahirkan sifat kepimpinan dalam memberi khidmat kepada masyarakat.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah, Datuk Dr. Awang Zaini Suntim berkata, kegiatan kepengakapan di Sabah akan bersatu hati dan berganding bahu dalam usaha melahirkan lebih ramai pemimpin berkaliber.

Katanya ia termasuklah yang mempunyai kemahiran memimpin sukarelawan bagi melatih generasi muda merangkumi Unit Pengakap Kanak-kanak, Pengakap Muda, Pengakap Remaja dan Pengakap Kelana. 

Menurutnya, PPMCS komited dan siap siaga membantu memberikan khidmat sukarelawan dan kemasyarakatan kepada yang memerlukan.

“Ini termasuklah mengedarkan hampir 1,000 bantuan makanan kepada keluarga yang kurang berkemampuan hasil sumbangan masyarakat semasa awal pandemik COVID-19 dan juga menyediakan makanan kepada mangsa banjir di pusat-pusat tahanan sementara,” katanya.

Pada majlis tersebut, seramai 39 daripada 53 orang Pesuruhjaya dari seluruh negeri Sabah telah menerima warkah pelantikan dan perlanjutan tugas Pesuruhjaya.

Turut hadir, Yang DiPertua Majlis Pengakap Negeri Sabah, Datuk Yahamad Budin,Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah (KPPNS) I, Mejar Baharuddin Dato’ Chinchang Ujang dan Pengerusi Majlis Penyerahan Surat Lantikan Jawatan dan Perlanjutan Tugas Pesuruhjaya, Makrin Sudi.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/03/06/ppmcs-komited-lahirkan-sifat-kepimpinan-dalam-khidmat-masyarakat/feed/ 0 12755
Hajiji Terima Kunjungan Pemimpin Pengakap Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/13/hajiji-terima-kunjungan-pemimpin-pengakap-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/13/hajiji-terima-kunjungan-pemimpin-pengakap-sabah/#respond Tue, 13 Jul 2021 09:17:02 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2983
Read Time:26 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat daripada rombongan Pengakap Sabah terdiri daripada Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Negeri, Mohd Yusrie Abdullah, Presiden Majlis Pengakap Malaysia Sabah, Datuk Yusoff Datuk Seri Mohamed Kasim dan Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah yang baharu, Abdul Rahman Laman.

Hajiji diberi taklimat mengenai program-program yang akan dilaksanakan oleh Pengakap Sabah pada masa depan.

Dalam pada itu, Abdul Rahman Laman baru saja menerima watikah perlantikan sebagai Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sabah yang baharu berkuat kuasa 1 Julai 2021.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/13/hajiji-terima-kunjungan-pemimpin-pengakap-sabah/feed/ 0 2983