Pengamal media sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 08 Aug 2024 23:27:55 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pengamal media sabah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 HASiL mengiktiraf pengamal media Sabah menerusi jalinan kerjasama strategik https://sabahmedia.com/2024/08/09/hasil-mengiktiraf-pengamal-media-sabah-menerusi-jalinan-kerjasama-strategik/ https://sabahmedia.com/2024/08/09/hasil-mengiktiraf-pengamal-media-sabah-menerusi-jalinan-kerjasama-strategik/#respond Thu, 08 Aug 2024 23:27:54 +0000 https://sabahmedia.com/?p=58727
Read Time:1 Minute, 28 Second

KOTA KINABALU: Mengangkat tema sempena Hari Wartawan Nasional 2024 “Etika Teras Kewartawanan Mapan”, peranan media terus diiktiraf Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dengan meraikan seramai hampir 40 pengamal media menerusi Majlis Hi-Tea Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) HASiL Bersama dengan Media Sabah di salah sebuah hotel terkemuka di sini pada Khamis (8 Ogos).

Program HASiL bersama media merupakan salah satu daripada program wajib yang dilaksanakan setiap tahun mulai tahun 2017 sehingga kini menerusi pelbagai platform penganjurannya.

Gambar Kenangan… Majlis Hi-Tea Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) HASiL Bersama dengan Media Sabah di salah sebuah hotel terkemuka di Kota Kinabalu pada Khamis

Dalam majlis itu, KPE HASiL, Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin merakamkan penghargaan kepada rakan-rakan media atas sokongan yang telah diberikan kepada HASiL sepanjang tahun 2023 dan 2024 menerusi laporan berita serta publisiti yang diterbitkan dalam menyampaikan maklumat terkini yang tepat dan relevan kepada masyarakat.

Beliau berharap kerjasama strategik yang terjalin selama ini akan terus diperkukuh dalam memastikan agenda percukaian nasional dapat disebarluaskan dengan cara yang efektif dan efisien.

Menurutnya, kejayaan yang dikecapi HASiL selama ini tidak hadir dengan sendirinya tanpa sokongan jitu daripada rakan-rakan media yang selama ini telah banyak membantu dan memudahkan pelaksanaan strategi HASiL hingga ke peringkat akar umbi.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan penyampaian plak penghargaan kepada wakil wakil media yang hadir.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan), Datuk Hisham Rusli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian), Shaharuddy Othman, Pengarah Negeri HASiL Sabah, Azrul Hisham Shamsudin, Pengarah Jabatan Khidmat Korporat Noraini Mustafa serta barisan pengurusan kanan HASiL.

“Diharap dengan penganjuran majlis ini, pengaruh dan kekuatan media dapat dijana dengan optimum, efektif dan berkesan demi kebaikan bersama selaras dengan hasrat kerajaan untuk menyampaikan perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat,” kata Dr Abu Tariq.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/08/09/hasil-mengiktiraf-pengamal-media-sabah-menerusi-jalinan-kerjasama-strategik/feed/ 0 58727
Kerajaan negeri hargai peranan media di Sabah https://sabahmedia.com/2024/05/06/kerajaan-negeri-hargai-peranan-media-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2024/05/06/kerajaan-negeri-hargai-peranan-media-di-sabah/#respond Mon, 06 May 2024 12:35:12 +0000 https://sabahmedia.com/?p=54039
Read Time:1 Minute, 58 Second

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah menghargai peranan dan kerjasama media selama ini terutama dalam memberi laporan berkaitan segala usaha yang telah, sedang dan akan diambil oleh kerajaan di negeri ini, termasuklah Pelan Pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pengamal media di negeri ini diminta untuk terus memberi sokongan dan membantu dalam melaporkan program yang dilaksanakan kerajaan agar dapat diketahui oleh rakyat di peringkat akar umbi.

“Sebab itu, sebagai tanda sokongan berterusan dan menghargai sumbangan media di Sabah, saya telah membuat keputusan pada tahun 2022 untuk meningkatkan jumlah sumbangan kerajaan negeri bagi penganjuran Anugerah Kewartawanan Kinabalu daripada RM60,000 sebelum ini kepada RM100,000.

“Jumlah yang sama juga diberikan bagi penganjuran Anugerah Kewartawanan Kinabalu pada tahun ini. Peningkatan sumbangan ini juga adalah pengiktirafan kerajaan negeri kepada media sebagai salah satu rakan kongsi yang penting dalam membantu menyebarkan dasar dan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Aidilfitri Ketua Menteri bersama Media 2024 di sini hari ini.

Hajiji berkata, media turut memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan rakyat dan negeri.

Katanya, menerusi laporan media ia dapat menjadi antara sumber maklumat kepada kerajaan untuk mengetahui apa yang berlaku di peringkat akar umbi, selain rintihan rakyat.

“Saya juga meminta media supaya mengamalkan sikap bertanggungjawab, profesional dan beretika dalam menyampaikan laporan agar rakyat tidak keliru hingga menimbulkan rasa bimbang.

“Oleh itu, saya menggesa media arus perdana supaya menyediakan berita yang tepat dan berfakta bagi menangkis pelbagai berita palsu yang dilaporkan di media sosial,” katanya.

Mengenai sambutan raya bersama media itu, Hajiji berkata majlis itu adalah sebagai tanda terima kasih dan menghargai peranan penting pengamal media sama ada media cetak, elektronik dan portal dalam membuat liputan program-program dan aktiviti anjuran kerajaan negeri.

Sempena majlis itu, Hajiji turut menyampaikan sumbangan sebanyak RM100,000 untuk penganjuran Anugerah Kewartawanan Kinabalu 2024 kepada Presiden Wartawan Sabah (SJA) Datuk Muguntan Vanar.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong; Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar, Datuk Joniston Bangkuai; Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Ruslan Muharram; Pengarah Media dan Komunikasi, Jabatan Ketua Menteri, Datuk Lucy Irene Yong; Presiden Kota Kinabalu Journalists Association (KKJA), Jimmy Goh; Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia, Sabah, Salmah Hashim dan Pengarah Jabatan Penerangan Malaysa, Sabah, Jainisah Mohd Noor.

Lebih 250 pengamal media termasuk ketua-ketua biro dan pengarang menghadiri majlis berkenaan. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/05/06/kerajaan-negeri-hargai-peranan-media-di-sabah/feed/ 0 54039