Pengarah – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 04 Apr 2022 11:09:32 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pengarah – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji Terima Kunjungan Hormat Pengarah Baharu MKN Sabah & SDO https://sabahmedia.com/2022/04/04/hajiji-terima-kunjungan-hormat-pengarah-baharu-mkn-sabah-sdo/ https://sabahmedia.com/2022/04/04/hajiji-terima-kunjungan-hormat-pengarah-baharu-mkn-sabah-sdo/#respond Mon, 04 Apr 2022 11:09:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=13912
Read Time:30 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan hormat pengarah baharu Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah, Noor Alam Khan A.Wahid Khan di pejabatnya di Menara Kinabalu, hari ini.

Noor Alam secara rasmi memulakan tugas baru di MKN pada 6 Mac 2022 lalu.

Sebelum ini beliau merupakan Pengarah Pembangunan Negeri Sabah (SDO). Beliau juga pernah menyandang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

Tempat Noor Alam di SDO kini disandang oleh Samsul Dollah, yang turut mengadakan kunjungan hormat kepada Hajiji, hari ini.

Samsul yang berasal dari Tawau sebelum ini bertugas di Kementerian Kesihatan Malaysia.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/04/04/hajiji-terima-kunjungan-hormat-pengarah-baharu-mkn-sabah-sdo/feed/ 0 13912
Hajiji Terima Kunjungan Perpisahan Pengarah MITI Sabah https://sabahmedia.com/2022/01/04/hajiji-terima-kunjungan-perpisahan-pengarah-miti-sabah/ https://sabahmedia.com/2022/01/04/hajiji-terima-kunjungan-perpisahan-pengarah-miti-sabah/#respond Tue, 04 Jan 2022 11:53:50 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10699
Read Time:32 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor menerima kunjungan perpisahan daripada Pengarah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) Sabah, Mohd Hijri Mat Rani di kediaman rasminya di Sri Gaya, hari ini.

Hajiji mewakili Kerajaan Negeri merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohd Hijri yang telah berkhidmat di Sabah, terutamanya dalam membantu meningkatkan sektor perdagangan di negeri ini.

Mohd Hijri telah berkhidmat selama 3 tahun sebagai Pengarah MITI Sabah.

Jawatan baru yang akan beliau sandang ialah Pegawai Khas kepada Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Sementara itu, Hajiji turut menerima kunjungan hormat daripada Ketua Pengarah Insolvensi Malaysia, Dato’ Anita Harun dan rombongan.

]]>
https://sabahmedia.com/2022/01/04/hajiji-terima-kunjungan-perpisahan-pengarah-miti-sabah/feed/ 0 10699
Hentikan polemik pertukaran Pengarah Kesihatan Negeri Sabah – Masidi https://sabahmedia.com/2021/07/26/hentikan-polemik-pertukaran-pengarah-kesihatan-negeri-sabah-masidi/ https://sabahmedia.com/2021/07/26/hentikan-polemik-pertukaran-pengarah-kesihatan-negeri-sabah-masidi/#respond Mon, 26 Jul 2021 04:30:41 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3603
Read Time:1 Minute, 43 Second

KOTA KINABALU: Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun dalam satu kenyataan media hari ini berkata, polemik pertukaran Pengarah Kesihatan Sabah ini perlu dihentikan agar kita menumpukan semua usaha kita mengurus dan melawan ancaman penularan virus COVID-19 yang semakin merunsing.

“Kita harus memberi peluang kepada Pengarah Kesihatan baharu, Dr Rose Nani Mudin untuk membuktikan kewibawaan dan kemampuannya mengurus ancaman COVID-19 ini, sama dengan peluang yang kita telah berikan kepada Datuk Dr Christina Rundi.

“Dr Rose Nani Mudin berasal dari daerah Papar, anak jati sabah, bapa berbangsa Kadayan dan ibu, Kadazan,” kata Masidi.

Tambahnya, Dr Rose Nani juga mempunyai latar belakang kepakaran yang sama dengan Dr Christina.

“Bagaimanapun, pertukarannya tidak ada kena mengena dengan isu kebenaran ‘dine-in’ yang diputuskan oleh Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 Negeri yang dipengerusikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah (SKN).

“Ketua Menteri Sabah dan Kerajaan Negeri sendiri telah merayu agar Dr Christina dikekalkan di Sabah dalam keadaan kita sedang menghadapi ancaman pandemik COVID-19 yang serius.

“Saya sendiri telah menghubungi Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, merayu agar Dr Christina dikekalkan atau sekurang-kurangnya bertukar hanya pada hujung tahun.

“Namun, Dr Noor Hisham memaklumkan keputusan ini adalah diperingkat Ketua Setiausaha Negara (KSN) yang melibatkan pergerakan pertukaran pegawai-pegawai tinggi lain Kerajaan Pusat.

“Kerajaan Pusat secara rasmi memaklumkan Kerajaan Negeri bahawa rayuan Kerajaan Negeri tidak dapat dipertimbangkan atas sebab-sebab keperluan perkhidmatan dan pergerakan pertukaran pegawai-pegawai tinggi di Kementerian yang terlibat.

“Kita sayang dan mengiktiraf dedikasi kerjaya Dr Christina, kerana itu Kerajaan Negeri merayu agar beliau dikekalkan, tetapi kita menerima hakikat beliau juga seorang pegawai perkhidmatan awam yang tertakluk kepada pertukaran bila-bila masa untuk bertugas di tempat lain.

“Semasa mula-mula dilantik dalam perkhidmatan awam, semua pegawai kerajaan akur dengan syarat ini,”katanya.

Masidi juga menjelaskan bahawa Datuk Dr Christina Rundi antara beberapa pegawai tinggi yang dikenalpasti ada potensi untuk pegang jawatan yang lebih tinggi di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Beliau ditukar ke Ibu Pejabat adalah sebagai persediaan untuk mengisi salah satu jawatan penting akhir tahun ini apabila penyandangnya bersara,” tambahnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/26/hentikan-polemik-pertukaran-pengarah-kesihatan-negeri-sabah-masidi/feed/ 0 3603
Dr Rose Nani Dilantik Pengarah Baharu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah https://sabahmedia.com/2021/07/14/dr-rose-nani-dilantik-pengarah-baharu-jabatan-kesihatan-negeri-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/07/14/dr-rose-nani-dilantik-pengarah-baharu-jabatan-kesihatan-negeri-sabah/#respond Wed, 14 Jul 2021 02:10:21 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3011
Read Time:45 Second

KOTA KINABALU : Timbalan Pengarah (Penyakit Berjangkit) Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Dr Rose Nani Mudin dilantik sebagai Pengarah Baharu Jabatan Kesihatan Negeri Sabah berkuat kuasa 13 Julai 2021.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Dr Rose merupakan seorang Pakar Perunding Perubatan Kesihatan Awam yang berpengalaman luas di dalam bidang kesihatan awam dan klinikal.

“Dr Rose juga mempunyai kepakaran di dalam bidang epidemiologi dan penyakit bawaan vektor selain pernah bertugas sebagai Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian Kawalan Penyakit, KKM,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pagi ini.

Noor Hisham berkata, Dr Rose juga pernah bertugas di Pejabat Kesihatan Wilayah Persekutuan Putrajaya, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Besar Kesihatan Sungai Koyan, Raub, Pahang.

“Saya mengucapkan selamat menjalankan tugas dan amanah. Semoga kecemerlangan Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dapat diteruskan,”katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/14/dr-rose-nani-dilantik-pengarah-baharu-jabatan-kesihatan-negeri-sabah/feed/ 0 3011
Pembantu Menteri KBS Terima Kunjungan Hormat Pengarah Sabah FC https://sabahmedia.com/2021/06/26/pembantu-menteri-kbs-terima-kunjungan-hormat-pengarah-sabah-fc/ https://sabahmedia.com/2021/06/26/pembantu-menteri-kbs-terima-kunjungan-hormat-pengarah-sabah-fc/#respond Sat, 26 Jun 2021 06:42:20 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2000
Read Time:47 Second

KOTA KINABALU: Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri, Andy Muhammad Surady Bandy menerima kunjungan hormat Pengarah Sabah FC yang baharu, Datuk Dr. Jelani Hamdan di pejabatnya, kelmarin (25 Jun).

Turut bersama Jelani yang juga Naib Presiden Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) dalam kunjungan itu ialah Penolong Setiausaha Agung SAFA, Azman Mastar dan Setiausaha Eksekutif SAFA, David Wisom.

Menurut Andy, perbincangan mereka menjurus kepada soal pelan dan tindakan berhubung perancangan pembangunan bolasepak negeri, tapak tanah SAFA dan usahasama mengenai cadangan pengendalian Stadium Likas.

“Ia bertujuan untuk memantapkan lagi kewangan dan pentadbiran jangka masa panjang badan bolasepak itu,”katanya.

Pembantu Menteri itu memberitahu, turut dibincangkan ialah Akademi bolasepak SAFA yang mendapat tajaan Petronas melalui Kementerian Belia dan Sukan.

Selain itu, kata Andy, pihaknya juga tertarik dengan prestasi yang ditunjukkan Sabah FC dalam saingan Liga Super yang memberangsangkan.

“Pencapaian kelab itu dalam carta Liga Super 2021 agak baik kerana berjaya melonjak ke kedudukan tangga ketujuh selepas mengharungi 13 perlawanan,” ujar beliau.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/06/26/pembantu-menteri-kbs-terima-kunjungan-hormat-pengarah-sabah-fc/feed/ 0 2000