RANAU: Penduduk terpaksa berjalan kaki mengusung keranda sejauh kira-kira satu kilometer ke tanah perkuburan dari Kg Kantos di sini berikutan jalan raya terputus akibat tanah runtuh selepas hujan berterusan beberapa hari lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kg.Nawanon, Jemisi Sabal berkata, susulan hujan berterusan beberapa hari yang lalu menyebabkan berlakunya tanah runtuh dan jalan raya terputus malah penduduk dari sekitar Kg. Nawanon, Kg.Kantas, Kg.Pugi dan Kg.Kieyep terletak kira-kira 62 kilometer dari pekan Ranau, terpaksa berjalan kaki mengusung keranda ke tanah perkuburan sejauh kira-kira 1 kilometer untuk upacara pengkebumian seorang wanita warga emas berusia 91 tahun dari Kg. Kantas yang meninggal dunia kelmarin (4 Januari).
“Ia adalah disebabkan sebarang kenderaan tidak dapat melalui jalan yang rosak teruk itu, sementara jambatan di kawasan Kg Nawanon yang menghubungkan antara kampung juga turut musnah akibat hakisan air sungai yang deras.
“Berikutan kerosakan teruk jalan ke Kg Nawanon dan ke beberapa buah kampung sekitarnya menyukarkan penduduk berurusan ke pekan Ranau terutama menghantar pesakit ke hospital daerah atau ke klinik terdekat,” jelas Jamisi.
Jamisi yang juga mewakili ratusan penduduk dari beberapa kampung yang terputus hubungan ke pekan Ranau memohon kepada pihak berwajib supaya segera bertindak membaiki kerosakan jalan raya dan jambatan yang musnah itu.
]]>Oleh NORMIMIE DIUN
KOTA KINABALU: Satu kluster baharu direkodkan di Sabah semalam berpunca dari menghadiri upacara pengebumian di Kg Alab Senagang, Tenom.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kluster tersebut dikenali sebagai Kluster Alab Senagang, Tenom merupakan kluster jenis komuniti.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, penularan jangkitan disyaki berpunca daripada upacara pengebumian ibu mertua kepada kes indeks.
“Pada 10 Oktober 2021, ibu mertua kes indeks yang meninggal dunia, telah dibawa balik ke Kg Alab Senagang pada 11 Oktober 2021.
“Seramai 20 ahli keluarga dilaporkan berkumpul semasa jenazah di bawa pulang ke rumah kes namun siasatan lanjut masih dijalankan. Daripada 88 saringan, 50 kes didapati positif termasuk empat kes baharu dilaporkan pada Jumaat (22 Oktober 2021),” kata Masidi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan semalam.
Dalam pada itu, kes indeks kluster tersebut adalah seorang wanita tempatan berusia 37 tahun, tinggal di Kg Alab Senagang, Tenom.
“Kes indeks disahkan positif COVID-19 di Hospital Tenom pada 14 Oktober 2021 dan telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) pada hari yang sama,”katanya.
]]>Oleh NORMIMIE DIUN
KOTA KINABALU: Dua kluster baharu direkodkan di Sabah hari ini iaitu Kluster Nasakot, Ranau dan Kluster Sawit Jeroco, Lahad Datu masing-masing melibatkan kluster komuniti dan tempat kerja.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, Kluster Nasakot, Ranau adalah kluster jenis komuniti yang berlaku di Kg Nasakot, Ranau iaitu menghadiri satu majlis pengebumian.
Katanya, kes indeks adalah wanita, 40, yang membawa anak yang juga pesakit Talasemia dan dikesan positif (RTK-Ag) semasa saringan pra-kemasukan wad pada 20 Ogos 2021.
“Siasatan awal mendapati, kes indeks membawa anaknya untuk transfusi di Hospital Ranau pada 03 Ogos 2021 dan saringan kemasukan wad adalah negatif.
“Oleh itu, mereka telah dibenarkan keluar pada 05 Ogos 2021 dan hanya berada di rumah sejak 06 Ogos 2021. Namun, pada 12 Ogos 2021 kes indeks mula menunjukkan gejala demam, selesema, hilang deria rasa dan bau,” jelas Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri.
Menurut Masidi, kes indeks tidak mengendah dengan simptom, pada 14 Ogos 2021 malah telah menghadiri majlis pengebumian ahli keluarga yang berlanjutan selama tujuh hari bersama-sama hampir keseluruhan penduduk Kg Nasakot.
Berikutan dengan kes tersebut, saringan kontak rapat telah dijalankan pada 21 hingga 23 Ogos 2021 dan berjaya mengesan empat kontak rapat yang menjadi sub-indeks untuk kes-kes seterusnya.
Perkumpulan beramai-ramai semasa majlis pengebumian ini mencetus penularan wabak dalam komuniti Kg Nasakot dan Kg Tanid di Mukim Malinsau. Daripada 95 kontak yang disaring, 31 individu dikesan positif dalam kluster ini termasuk dua kes baharu hari ini.
Sementara Kluster Sawit Jeroco, Lahad Datu pula dikesan berlaku di Mukim Segama dalam kategori tempat kerja.
Masidi turut memaklumkan bahawa, kes indeks adalah pekerja kilang, lelaki, 27, yang disahkan positif COVID-19 di klinik swasta pada 26 Ogos 2021 selepas bergejala sejak 25 Ogos 2021.
Pihak pengurusan kilang dan klinik panel telah melakukan saringan kontak dan saringan bersasar mulai 26 hingga 28 Ogos 2021.
Namun daripada 215 kontak yang disaring, 57 individu didapati positif termasuk 25 kes baharu hari ini, manakala 194 individu negatif saringan pertama.
“Semua kes positif COVID-19 dalam kluster ini telah dirujuk ke CAC Lahad Datu untuk rawatan lanjut dan pengasingan.
“Sementara kontak-kontak rapat pula telah diarahkan untuk menjalani kuarantin di ladang tersebut. Kebanyakan kes adalah dalam kalangan bukan warganegara yang masih belum menerima vaksin. Punca jangkitan masih dalam siasatan,”katanya.
]]>KOTA KINABALU: Kluster Kebun Lama, Papar merupakan kluster kategori komuniti yang dikesan di daerah Kota Kinabalu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, kes indeks adalah lelaki, 33, yang disahkan positif COVID-19 hasil saringan sign-on kapal pada 15 Julai 2021.
Bagaimanapun, saringan kontak rapat mendapati satu kes positif di daerah Papar pada 17 Julai 2021.
Menurut Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 negeri dalam satu kenyataan media hari ini, berikutan penemuan kes positif itu bagi Kluster Kebun Lama, Papar, saringan kontak dijalankan terhadap 35 sampel dan mendapati 26 kontak positif menjadikan jumlah kumulatif kes positif sebanyak 27 kes, lapan sampel negatif dan satu sampel masih menunggu keputusan ujian saringan.
Katanya, berdasarkan siasatan awal, punca pertambahan bilangan kes positif dalam kalangan keluarga disyaki berpunca daripada majlis pengebumian pada 6 Julai 2021 di Kg Kabang diikuti majlis tahlil selama lima hari yang dihadiri 60 orang di Kg Nagapas, Papar.
Manakala Kluster Kuril Kinabatangan berlaku di tempat kerja iaitu sebuah ladang sawit di Mukim Sukau, Kinabatangan.
“Kes indeks merupakan pemandu ladang, lelaki, 26, yang disahkan positif COVID-19 dengan keputusan RTK-Ag (grading 100%) di Klinik Mabello Paris, Kinabatangan pada 15 Julai 2021.
“Namun saringan kontak kemudian mengesan 11 lagi kes positif dalam kalangan keluarga, pekerja dan tanggungan”,katanya.
Aktiviti siasatan, persampelan COVID-19 dan disinfeksi masih diteruskan di lapangan untuk menilai sebaran jangkitan dan risiko kemungkinan jangkitan lebih meluas kepada pekerja ladang berdekatan yang lain.
Setakat hari ini, terdapat 12 kes positif COVID-19 bagi Kluster Kuril, Kinabatangan direkodkan termasuk 10 kes baharu.
Semantara itu, terdapat tujuh lokaliti dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) 14 hari berkuat kuasa 24 Julai hingga 6 Ogos 2021 melibatkan dua lokaliti di Tuaran iaitu Kg Pukak, Mukim Tengah dan PPR Gayang Ria, Mukim Berungis, Kampung Gumandang, Kudat, Kampung Lumatai Ulu, Beaufort, tiga Lokaliti di Sipitang iaitu Kampung Banting, Kampung Kawang dan Kampung Ulu Bole.
]]>13 Jun 2021
KOTA KINABALU: Tiga kluster baharu direkodkan hari ini, iaitu Kluster EIOZ Selatan, Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang, Kluster Jalan Agaseh, Lahad Datu, Kluster Kg. Kebayu, Kota Belud, Keningau dan Kluster Jalan Agaseh, Lahad Datu.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Masidi Manjun berkata dalam kenyataan medianya hari ini, daripada tiga kluster tersebut, dua Kluster EIOZ Selatan, Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang dan Kluster Jalan Agaseh, Lahad Datu berpunca dari tempat kerja manakala Kluster Kg. Kebayu, Kota Belud, berpunca daripada upacara pengebumian.
Masidi yang juga Jururcakap Rasmi Covid-19 Negeri menjelaskan, Kluster Eioz Selatan, Kota Kinabalu, Tuaran, Penampang merupakan penularan jangkitan di tempat kerja melibatkan kakitangan Servay Express Warehouse di KKIP Selatan Kota Kinabalu.
Kebanyakan kes positif terdiri daripada
pekerja dari daerah Kota Kinabalu,
Penampang dan Tuaran, malah telah merebak kepada generasi kedua iaitu ahli keluarga kepada kakitangan di gudang terbabit.
Kes indeks adalah pekerja am, lelaki, 23, tinggal di Taman Sri Rugading Tuaran disahkan positif COVID-19 pada 03 Jun 2021, setelah mengalami gejala sejak 31 Mei 2021 di Hospital Tuaran.
Dalam pada itu, Kluster Kg Kebayau, Kota Belud, Keningau berkaitan rapat dengan majlis pengebumian di Kg Kebayau pada 26 Mei 2021.
Kes indeks merupakan tukang bina rumah, lelaki, 26, bergejala demam, batuk, sakit tekak serta hilang deria bau dan rasa sejak 30 Mei 2021, sebelum disahkan positif COVID-19 pada
03 Jun 2021.
Manakala Kluster Jalan Agaseh, Lahad Datu membabitkan penularan jangkitan di tempat kerja iaitu sebuah syarikat kejuruteraan elektrik.
Kes indeks adalah warganegara, wanita, 64, yang dikesan positif COVID-19 pada 09 Jun 2021 hasil saringan bergejala di Klinik Kesihatan Lahad Datu.
“Oleh yang demikian, aktiviti pengesanan kontak dan siasatan punca jangkitan ketiga-tiga kluster sedang giat dijalankan,” tambah Masidi.
]]>