Pengendali – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 31 Mar 2024 22:54:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pengendali – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pastikan pengendali bas penumpang ada dua pemandu untuk keselamatan – David https://sabahmedia.com/2024/04/01/pastikan-pengendali-bas-penumpang-ada-dua-pemandu-untuk-keselamatan-david/ https://sabahmedia.com/2024/04/01/pastikan-pengendali-bas-penumpang-ada-dua-pemandu-untuk-keselamatan-david/#respond Sun, 31 Mar 2024 22:44:23 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51972
Read Time:2 Minute, 3 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Semua pengendali pengangkutan awam khususnya perkhidmatan bas penumpang yang melalui perjalanan jarak jauh disarankan mesti mempunyai dua pemandu untuk memastikan keselamatan dan melancarkan perjalanan menuju ke destinasi.

Justeru, Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah David Chan menggesa kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Sabah supaya menjalankan penguatkuasaan lebih tegas terhadap perkara tersebut.

“Bersempena dengan sambutan perayaan Hari Raya Aidilfitri, saya menggesa Jabatan Pengangkutan Jalan supaya menjalankan penguatkuasaan lebih tegas seperti membuat pemeriksaan terhadap pengendali kenderaan awam khususnya setiap perkhidmatan bas penumpang diwajibkan mempunyai dua pemandu terutama bagi perjalanan jarak jauh dan tanpa henti.

“Ini kerana sekiranya seorang pemandu sudah penat dan letih, sekurang-kurangnya ada seorang pemandu boleh bertukar memandu bas tersebut untuk meneruskan perjalanan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Selain itu, David berkata, penguat kuasa JPJ juga digesa agar menjalankan pemeriksaan di setiap stesen bas untuk memastikan pengendali perkhidmatan bas telah melakukan penyelenggaraan ke atas bas-bas mereka.

“Saya juga menyeru kepada penguat kuasa JPJ supaya membuat pemeriksaan di stesen-stesen bas memastikan sama ada pengendali bas tersebut telah melakukan penyelenggaraan dan memastikan adakah bas-bas penumpang mereka berada dalam keadaan yang baik.

“Kita tidak mahu ada kejadian yang tidak diingini berlaku pada masa perayaan nanti kerana bas-bas ini membawa banyak nyawa di dalamnya.

“Justeru, saya sekali lagi merayu kepada JPJ supaya menghantar anggota penguat kuasa ke stesen bas untuk menjalankan pemeriksaan itu,” tegasnya.

Dalam pada itu, David turut mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor atas pengumuman memberikan subsidi tiket penerbangan kepada pelajar Sabah yang menjalani pengajian di Semenanjung, Sarawak dan Labuan baru-baru ini.

“Saya ucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah kerana memberikan subsidi tiket penerbangan kepada pelajar Sabah.

“Ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung keluarga mereka.
Jadi ramai pelajar Sabah yang sedang menjalani pengajian di Semenanjung sangat gembira mendengar berita ini kerana dapat pulang berhari raya bersama keluarga di Sabah nanti.

“Namun demikian, kita juga berharap Kerajaan Persekutuan akan terus mempertimbangkan untuk memberi tiket penerbangan yang murah khususnya kepada pelajar semasa musim perayaan.

“Kita tidak mahu tiket ini diperdagangkan seperti trend pasaran saham yang turun naik, ini sangat tidak bagus.

“Banyak insiden yang berlaku, apabila pelajar-pelajar ini tiba di lapangan terbang untuk membeli tiket dan mereka mendapati tiket penerbangan itu sangat mahal jadi mereka sangat kecewa.

“Kita berharap Kerajaan Persekutuan dapat menetapkan satu harga yang berpatutan kepada pengguna khususnya kepada pelajar-pelajar Sabah,” ujarnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/04/01/pastikan-pengendali-bas-penumpang-ada-dua-pemandu-untuk-keselamatan-david/feed/ 0 51972
Pengendali Tapak Perkhemahan Beroperasi Tanpa Lesen https://sabahmedia.com/2022/12/16/pengendali-tapak-perkhemahan-beroperasi-tanpa-lesen/ https://sabahmedia.com/2022/12/16/pengendali-tapak-perkhemahan-beroperasi-tanpa-lesen/#respond Fri, 16 Dec 2022 08:54:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=26409
Read Time:1 Minute, 31 Second

BERNAMA

HULU SELANGOR: Pengusaha Father Organic Farm yang menjadi lokasi tragedi tanah runtuh yang telah meragut 16 nyawa setakat ini disahkan tidak mempunyai lesen untuk mengendalikan tapak perkhemahan.

Perkara itu disahkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming yang turun padang meninjau operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan tersebut, hari ini.

“Mengikut laporan yang saya terima, tapak perkhemahan ini sebenarnya diusahakan tanpa lesen. Ia tidak memperolehi lesen kebenaran untuk beroperasi sebagai campsite. Tidak ada lesen diberikan oleh Majlis Daerah Hulu Selangor.

“Ini adalah satu kesalahan di bawah Akta 133 iaitu Akta Parit dan Bangunan. Sekiranya sabit kesalahan dia boleh dipenjara tiga tahun ataupun denda tidak lebih RM50,000,” katanya.

Bagi mengelakkan kejadian yang sama berulang terutamanya di saat negara akan mengharungi Angin Monsun Timur Laut yang dijangka bermula esok, Nga berkata arahan telah dikeluarkan kepada PBT di seluruh negara supaya menutup semua kawasan tapak perkhemahan berisiko tinggi selama tujuh hari dengan serta-merta.

“Arahan telah dikeluarkan pagi tadi dengan segera supaya semua campsite di tepi sungai, air terjun dan juga lereng bukit yang mungkin merbahaya akan dikosongkan segera selama tujuh hari sehingga kerajaan memberikan arahan baru.

“Kita akan memantau keadaan cuaca dan kita akan bekerjasama dengan Met Malaysia untuk mendapatkan ramalan cuaca dengan tepat,” katanya.

Sementara itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali setakat tengahari ini seramai 628 anggota penyelamat dari 16 agensi terlibat dengan operasi SAR tersebut.

Armizan berkata, fokus utama operasi ketika ini adalah untuk mengeluarkan dan menyelamat 17 lagi mangsa-mangsa yang tertimbus.

“Pada masa yang sama anggota kesihatan kita juga telah memulakan operasi bantuan kepada mangsa-mangsa yang tercedera.

“Selepas ini kita juga akan melihat kepada bantuan kebajikan kepada mangsa-mangsa kematian. Bantuan-bantuan akan diuruskan oleh NADMA berserta dengan Jawatankuasa Pengurusan Bencana di peringkat daerah,” katanya. – BERNAMA

]]>
https://sabahmedia.com/2022/12/16/pengendali-tapak-perkhemahan-beroperasi-tanpa-lesen/feed/ 0 26409