Pengerusi – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 14 Oct 2021 03:43:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pengerusi – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Hajiji Serah Watikah Pelantikan Kepada Pengerusi Baharu PBNS https://sabahmedia.com/2021/10/14/hajiji-serah-watikah-pelantikan-kepada-pengerusi-baharu-pbns/ https://sabahmedia.com/2021/10/14/hajiji-serah-watikah-pelantikan-kepada-pengerusi-baharu-pbns/#respond Thu, 14 Oct 2021 03:43:14 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7500
Read Time:53 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan watikah pelantikan Pengerusi Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah (PBNS) yang baharu kepada Omar Raisul As-Salam Sulaiman Omar di pejabatnya di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu, hari ini.

Hajiji berkata, pelantikan itu merupakan amanah yang perlu dipikul dengan penuh komitmen bagi memperkasa PBNS.

Katanya, PBNS merupakan sebuah institusi yang penting dalam membantu masyarakat Islam di Sabah.

Beliau juga mahu pengerusi dan pengurusan PBNS memastikan objektif penubuhan perbadanan baitumal tercapai.

Antara lain objektif PBNS ialah mengumpul dan mentadbir wang atau harta alih atau tidak alih mengikut peruntukan Enakmen Perbadanan Baitulmal dan Hukum Syarak.

PBNS juga bertanggungjawab terhadap pentadbiran segala urusan berhubung dengan harta wakaf dan nazar.

Di samping itu, PBNS juga berperanan untuk membelanjakan atau menggunakan wang dan harta yang diperolehi bagi memajukan, menggalakkan, memudahkan dan menyelenggarakan pembangunan ekonomi, sosial dan kebajikan orang-orang Islam di dalam Negeri Sabah mengikut Hukum Syarak.

Turut hadir ialah Menteri Tugas-Tugas Khas, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif, Setiausaha Tugas-Tugas Khas, Sapdin Ibrahim dan Timbalan Pengerusi PBNS, Ag Syairin Ag Bakar.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/14/hajiji-serah-watikah-pelantikan-kepada-pengerusi-baharu-pbns/feed/ 0 7500
Ka Siong Terima Kunjungan Pengerusi LPKP Sabah Dato’ Chin Kim Hiung https://sabahmedia.com/2021/10/11/ka-siong-terima-kunjungan-pengerusi-lpkp-sabah-dato-chin-kim-hiung/ https://sabahmedia.com/2021/10/11/ka-siong-terima-kunjungan-pengerusi-lpkp-sabah-dato-chin-kim-hiung/#respond Mon, 11 Oct 2021 08:19:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=7399
Read Time:40 Second

KOTA KINABALU : Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah, Dato’ Chin Kim Hiung mengadakan kunjungan hormat kepada Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Seri Ir. Dr. Wee Ka Siong di pejabat beliau baru-baru ini.

Dalam kunjungan itu, Chin telah memberi taklimat ringkas kepada Ka Siong berkenaan program-program serta inisiatif kerajaan yang telah dilaksanakan oleh Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah sepanjang tahun 2021.

Antara program serta inisiatif kerajaan yang telah dilaksanakan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan di Sabah dan Labuan adalah pemberian bantuan PERMAI kepada 5571 penerima melibatkan RM5.57 juta peruntukan serta pemberian bantuan PEMERKASA Plus Fasa 1 dan 2 kepada 6755 penerima melibatkan peruntukan berjumlah RM3.24 juta.

Turut dilaksanakan adalah program bantuan bakul makanan bersasar kepada pemandu pengangkutan awam di Kota Kinabalu dan Sandakan serta kempen pendaftaran suntikan vaksin COVID-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/10/11/ka-siong-terima-kunjungan-pengerusi-lpkp-sabah-dato-chin-kim-hiung/feed/ 0 7399