pengganas – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 26 May 2023 02:47:35 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png pengganas – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 KP BHEUU Buat Laporan Polis Terhadap Penuntut Mendakwa Waris Kesultanan Sulu https://sabahmedia.com/2023/05/26/kp-bheuu-buat-laporan-polis-terhadap-penuntut-mendakwa-waris-kesultanan-sulu%ef%bf%bc/ https://sabahmedia.com/2023/05/26/kp-bheuu-buat-laporan-polis-terhadap-penuntut-mendakwa-waris-kesultanan-sulu%ef%bf%bc/#respond Fri, 26 May 2023 02:47:35 +0000 https://sabahmedia.com/?p=35147
Read Time:1 Minute, 5 Second

BERNAMA

CYBERJAYA — Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya terhadap penuntut-penuntut yang mendakwa waris Kesultanan Sulu.

Menurut kenyataan Sekretariat Khas JPM, laporan tersebut dibuat susulan tindakan tuntutan difailkan oleh penuntut-penuntut itu melalui Notis Timbang Tara yang diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada 30 Julai 2019 melibatkan anggaran tuntutan melebihi US$32 bilion. 

“Ketua Pengarah BHEUU JPM membuat laporan ini kerana tuntutan ini merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut rentetan daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu, kerajaan Malaysia mengisytiharkan Kumpulan Royal Sulu Force (RSF) sebagai entiti pengganas yang terbabit dalam tragedi pencerobohan di Sabah pada 2013.

Sementara itu, seorang daripada penuntut, Fuad A. Kiram juga diklasifikasikan sebagai pengganas di bawah Seksyen 66B Akta Pencegahan Penggubalan Wang Haram Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAATFUAA) pada 6 April 2023. 

Menurut kenyataan itu, objektif laporan polis tersebut dibuat adalah dengan mengambil kira wujudnya elemen sabotaj ke atas ekonomi dan ancaman kepada keselamatan negara melalui tindakan agresif penuntut-penuntut yang dipercayai bersubahat dengan menyalahguna proses timbang tara antarabangsa.

Susulan laporan ini dipercayai satu siasatan jenayah akan dimulakan oleh pihak berkuasa demi menjamin keamanan, keselamatan dan kestabilan negara, menurut kenyataan itu.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/05/26/kp-bheuu-buat-laporan-polis-terhadap-penuntut-mendakwa-waris-kesultanan-sulu%ef%bf%bc/feed/ 0 35147
Perjumpaan 19 ‘Datuk Bandar’ berkaitan usaha jaga keselamatan – Polis https://sabahmedia.com/2021/12/10/perjumpaan-19-datuk-bandar-berkaitan-usaha-jaga-keselamatan-polis/ https://sabahmedia.com/2021/12/10/perjumpaan-19-datuk-bandar-berkaitan-usaha-jaga-keselamatan-polis/#respond Fri, 10 Dec 2021 07:05:22 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9688
Read Time:1 Minute, 44 Second

BERNAMA

KOTA KINABALU ~~ Perjumpaan 19 ‘datuk bandar’ dari selatan Filipina baru-baru ini adalah berkaitan usaha menjaga keselamatan dan rancangan mempertahankan kawasan itu dari elemen yang menggugat keselamatan, bukan merancang plot baharu untuk menawan Sabah.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata berita palsu berkenaan telah dimanipulasi individu tertentu yang cemburu dengan keamanan dan keselamatan dikecapi negeri ini serta Malaysia keseluruhannya.

“Maklumat itu tidak sahih, kita dapat maklumat perjumpaan itu fokus untuk keselamatan di sana bagi mempertahankan diri mereka daripada elemen pengganas, lawless elements dan sebagainya, kemudian mereka hendak menjemput lebih ramai pelabur masuk (ke kawasan itu).

“Maklumat ini dimanipulasi, ini bukan perlakuan daripada negeri tapi lebih kepada individu. Walau apapun kita di pihak keselamatan sentiasa bersedia, Sabah dan seluruh Malaysia kita sentiasa bersedia, ini bumi kita tetap kita akan pertahankan,” katanya pada sidang media di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Terdahulu, beliau menghadiri Majlis Serah Terima Tugas Komander Eastern Command daripada Datuk Ahmad Fuad Othman kepada Hamzah Ahmad, disaksikan Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Idris Abdullah yang juga hadir.

Baru-baru ini, media melaporkan satu mesyuarat bagi membincangkan rancangan menyerang Sabah dipercayai diadakan di selatan Filipina, yang mana kononnya terdapat rancangan bagi merekrut 600 individu untuk menyerang negeri itu serta menghantar pengintip.

Hazani berkata pihak keselamatan di negara ini mempunyai kerjasama erat dengan pasukan keselamatan negara jiran melibatkan pertukaran maklumat dan pelbagai elemen bersama.

“Setiap kali ada acara besar di sana seperti pilihan raya akan timbul perkara seperti ini…kita ada kerjasama, jika ada ancaman pasukan keselamatan negara jiran akan salur maklumat kepada kita, seperti kumpulan Abu Sayyaf masuk Sabah kita terima maklumat dari mereka,” katanya.

Sementara itu, Hamzah berkata beliau akan memastikan kerjasama erat terjalin dengan semua pasukan keselamatan di kawasan pantai timur Sabah bagi menjaga keamanan serta keselamatan di kawasan tersebut terutama di Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZone).

“Saya akan semak semula apa perlu diberi penambahbaikan dan kita buat pembaharuan dalam usaha penugasan keselamatan ini bagi memastikan kita berada dalam keadaan selamat dan baik sentiasa,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/10/perjumpaan-19-datuk-bandar-berkaitan-usaha-jaga-keselamatan-polis/feed/ 0 9688
Polis Ambil Serius Laporan Pencerobohan Sabah https://sabahmedia.com/2021/12/09/polis-ambil-serius-laporan-pencerobohan-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/12/09/polis-ambil-serius-laporan-pencerobohan-sabah/#respond Thu, 09 Dec 2021 13:38:27 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9652
Read Time:1 Minute, 25 Second

CYBERJAYA ~~ Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius laporan media bahawa terdapat pihak dari Filipina yang sedang merancang untuk menceroboh Sabah ujar Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Bin Haji Abdullah Sani malam ini.

Katanya PDRM akan mengambil tindakan segera bagi meningkatkan kesiapsiagaan ke tahap tertinggi bagi menghadapi sebarang kemungkinan / ancaman pencerobohan.

Beliau yang megulas mengenai laporan media hari ini bahawa terdapat pihak dari filipina sedang merancang untuk menceroboh sabah itu berkata komitmen dalam perkara ini akan diberikan demi mengelak sebarang insiden pencerobohan berulang di sabah katanya melalui satu kenyataan sebentar tadi

Menurut Acryl lagi PDRM turut mempunyai hubungan baik dengan pihak berkuasa filipina dalam aspek perkongsian maklumat risikan mengenai sebarang aktiviti yang boleh mengancam hubungan akrab serta keselamatan kedua-dua negara.

“ setakat ini, tiada pengesahan diterima mengenai pelan yang dimaksudkan dan ianya dipercayai merupakan maklumat yang telah dimanipulasi oleh pihak-pihak yang mencemburui tahap keselamatan serta hubungan rapat antara negeri sabah dengan wilayah selatan filipina”

“ PDRM memberi jaminan bahawa tahap keselamatan di sabah adalah terkawal dan elemen-elemen PDRM sentiasa dalam keadaan siap siaga pada setiap masa untuk menangani sebarang ancaman.

Tambah Acryl lagi, PDRM akan mengesan dan mengenal pasti anasir-anasir yang berkemungkinan terlibat di dalam komplot berkenaan dan katanya sebarang usaha untuk menggugat keselamatan dan kedaulatan negara oleh mana-mana pihak akan diambil tindakan tegas

Sebelum ini kami turut melaporkan Seramai 600 anggota Tentera Diraja Sulu (Royal Sulu Army, RSA) dilaporkan bersedia untuk melancarkan operasi menawan Sabah.

Laporan itu menyatakan terdapat satu pertemuan rahsia dalam kalangan 19 Datuk Bandar di Filipina bagi membincangkan pengambilan 600 tentera bersenjata untuk melakukan serangan yang dijangka pada sekitar Februari 2022, sebagai memperingati peristiwa Lahad Datu 2013.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/09/polis-ambil-serius-laporan-pencerobohan-sabah/feed/ 0 9652
Polis Tembak Mati Dua Individu Dipercayai Kumpulan Abu Sayyaf Di Sandakan https://sabahmedia.com/2021/08/20/polis-tembak-mati-dua-individu-dipercayai-kumpulan-abu-sayyaf-di-sandakan/ https://sabahmedia.com/2021/08/20/polis-tembak-mati-dua-individu-dipercayai-kumpulan-abu-sayyaf-di-sandakan/#comments Fri, 20 Aug 2021 05:30:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4925
Read Time:1 Minute, 55 Second

KOTA KINABALU, — Polis menembak mati dua individu dipercayai anggota kumpulan Abu Sayyaf di Pulau Timbang, Sandakan, awal pagi ini.

Dalam kejadian tersebut, 2 individu yang merupakan anggota Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) mati ditembak pasukan keselamatan di sebuah ladang kelapa sawit di Pulau Timbang, kira-kira 6 kilometer dari sini awal pagi tadi, yang merancang untuk menculik pemilik ladang itu untuk mendapatkan wang tebusan (KFR).

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata rancangan mereka itu digagalkan apabila ia didedahkan oleh seorang ketua kumpulan kecil ASG Sansibar Bencio yang ditahan di Taman Sri Arjuna, Beaufort pada Mei lepas, ketika siasatan dilakukan.

“Operasi ini dilancarkan selepas Bencio mendedahkan bahawa dia telah mengarahkan dua anggota yang ditembak itu untuk menculik dua pemilik ladang kelapa sawit berketurunan Cina yang tinggal di Sandakan dan Sukau (Kinabatangan) untuk mendapatkan wang tebusan.

“Tindakan itu bagi memberi dana kepada kumpulan di markas timur Sulu di Kompleks Bud Bawis, Panamao, Sulu, Selatan Filipina,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Hazani berkata dua anggota militan yang maut itu dikenali sebagai Rakim Landasan dan Alnasir Landasan berumur antara 30 dan 40 tahun, ditembak mati kira-kira 5 pagi dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di ladang berkenaan.

Sepucuk pistol A Colt.45, yang biasa digunakan di Filipina dan sebilah parang ditemukan bersama pengganas yang maut itu, katanya.

Beliau berkata operasi itu adalah susulan daripada serbuan di ladang terbabit dua hari sebelumnya (18 Ogos), yang membawa kepada tangkapan 11 lelaki, tujuh daripadanya disahkan oleh pihak berkuasa Filipina sebagai anggota ASG.

“Pada serbuan itu, dipercayai beberapa lelaki telah melarikan diri dan usaha mengesan mereka disambung semula keesokannya (19 Ogos),” katanya.

Hazani berkata operasi itu dijalankan dengan bantuan antaranya pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) dan Angkatan Tentera Malaysia.

Tanpa mendedahkan maklumat lebih lanjut, beliau berkata polis mempunyai maklumat risikan mengenai lokasi saki-baki anggota ASG yang mungkin bersembunyi di negeri ini yang menurut kumpulan itu, mereka percaya Sabah adalah ‘safe haven’ (tempat perlindungan yang  selamat)  untuk mereka daripada dikesan pihak berkuasa.

“Saya menegaskan bahawa Sabah bukan ‘safe haven’ untuk ASG. Saya mahu membuang persepsi itu. Kami (polis) tidak akan berhenti mengesan mereka,” katanya.

Hazani turut mengingatkan majikan termasuk pemilik ladang kelapa sawit dan pengurus pembinaan, untuk memastikan pekerja mereka mempunyai dokumen yang sah bagi mengelakkan mengambil pengganas sebagai pekerja.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/20/polis-tembak-mati-dua-individu-dipercayai-kumpulan-abu-sayyaf-di-sandakan/feed/ 2 4925
Polis Rangka Operasi Besar-Besaran Musnahkan Persembunyian Pengganas https://sabahmedia.com/2021/05/19/polis-rangka-operasi-besar-besaran-musnahkan-persembunyian-pengganas/ https://sabahmedia.com/2021/05/19/polis-rangka-operasi-besar-besaran-musnahkan-persembunyian-pengganas/#respond Wed, 19 May 2021 05:39:57 +0000 http://sabahmedia.com/?p=405
Read Time:1 Minute, 45 Second

Polis akan melipatgandakan usaha mengatasi kehadiran kumpulan pengganas di negeri ini dengan meningkatkan kawalan keselamatan selain menjalankan pemantauan di kawasan setinggan.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali berkata tindakan ini adalah bagi memastikan kawasan setinggan yang berpotensi dijadikan tempat persembunyian kumpulan pengganas ini diawasi setiap masa.

“Kita sudah ada perancangan sedia ada berkenaan isu kawasan setinggan termasuk menjalinkan kerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk merobohkan serta-merta kawasan penempatan setinggan membabitkan pengganas.

“Kita sudah merangka operasi besar-besaran selepas ini untuk memburu dan memusnahkan kawasan yang dijadikan tempat persembunyian kumpulan pengganas ini,” katanya.

Beliau bagaimanapun berkata operasi di kawasan setinggan agak terbatas buat masa ini berikutan keadaan pandemik COVID-19 dan sebaik tiba masa sesuai operasi itu akan dilancarkan serta merta.

Terdahulu Hazani memaklumkan bahawa arahan sudah disampaikan kepada semua ketua polis daerah di negeri ini supaya terus menjalankan pemantauan ketat di kawasan masing-masing terutama setinggan haram.

Katanya, masyarakat juga terutamanya Ketua Kampung serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) turut digesa untuk bekerjasama rapat dengan pasukan keselamatan dengan menyalurkan sebarang maklumat di kawasan masing-masing.

“Ketua kampung dan JPKK lebih mengenali setiap individu di kampung mereka. Sekiranya mereka ada mengesyaki sesuatu atau perkara luar biasa di kawasan mereka laporkan segera kepada pihak berkuasa.

“Begitu juga dengan syarikat kontraktor atau pengurusan kilang-kilang supaya lebih berhati-hati dengan individu yang diambil bekerja bagi memastikan tiada kaitan dengan kegiatan pengganas,” katanya.

Hazani berkata, masyarakat tidak perlu takut untuk menyalurkan sebarang maklumat kerana pihak berkuasa akan mengambil tindakan sewajarnya.

Katanya, Sabah mempunyai ordinan khas untuk ketua kampung mengambil tindakan seperti melaporkan kepada pihak berkuasa.

Sebelum ini, seramai lapan individu termasuk dua dalam senarai orang dikehendaki membabitkan kumpulan militan Abu Sayyaf ditahan dalam serbuan di kawasan paya bakau berhampiran Taman Sri Arjuna, Beaufort, 8 Mei lalu.

Susulan daripada itu, siasatan terus giat dijalankan polis sebelum lima lagi ahli kumpulan pengganas terbabit berjaya ditembak mati dalam insiden berbalas tembakan di lokasi sama, kelmarin.

Katanya pihaknya tidak menolak kemungkinan masih ada saki baki ahli kumpulan ini serta penyokongnya yang masih bersembunyi di sini dan usaha pemantauan serta siasatan rapi giat dijalankan di lokasi dikenalpasti.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/05/19/polis-rangka-operasi-besar-besaran-musnahkan-persembunyian-pengganas/feed/ 0 405