Penggiat – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 30 Nov 2021 04:37:04 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Penggiat – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penggiat Industri Pelancongan Berharap Bajet 2022 Sabah Lebih Banyak Peluang & Manfaat https://sabahmedia.com/2021/11/30/penggiat-industri-pelancongan-berharap-bajet-2022-sabah-lebih-banyak-peluang-manfaat/ https://sabahmedia.com/2021/11/30/penggiat-industri-pelancongan-berharap-bajet-2022-sabah-lebih-banyak-peluang-manfaat/#respond Tue, 30 Nov 2021 04:31:56 +0000 https://sabahmedia.com/?p=9071
Read Time:1 Minute, 40 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Sebaik sahaja kerajaan mengumumkan Sabah beralih ke fasa 4 dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), banyak aktiviti sosial telah dibuka dan kembali beroperasi termasuklah sektor pelancongan.

Presiden Persatuan Pemandu Pelancong Sabah Grace Leong berkata, lebih kurang 1,200 pemandu pelancong Sabah kehilangan punca mata pencarian akibat pandemik COVID-19 melanda negara. Dan menjadi harapan beliau bersama penggiat-penggiat industri pelancongan lain Bajet 2022 Sabah yang akan dibentangkan nanti memberi banyak peluang dan manfaat kepada usaha mereka untuk kembali beroperasi dengan lebih aktif agar dapat menarik ramai pelancong ke negeri ini seterusnya dapat memulih ekonomi dalam sektor ini.

“Pada masa yang sukar semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ramai pekerja kami (pemandu pelancong) tiada pendapatan sebab kekangan penularan COVID-19, mereka terpaksa mencari alternatif lain seperti ada yang menjadi penghantar makanan ‘GrabFood’ dan lain-lain lagi.

“Kami bersyukur baru-baru ini, kerajaan turut mengambil perhatian terhadap nasib kami iaitu mendapat bantuan kewangan daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC). Ia serba sedikit dapat meringankan beban yang kami tanggung,” katanya.

Menurut Grace cabaran bagi menarik pengunjung secara norma baharu ini adalah cara meyakinkan para pengunjung dari segi jaminan keselamatan dan kesihatan memandangkan kita masih berada dalam pandemik COVID-19.

Dengan inisiatif Grace bersama beberapa rakannya telah mempromosikan tempat-tempat menarik di negeri ini secara maya bagi menarik lebih ramai pelancong -pelancong yang rindukan Sabah.

“Kaedah memuatnaik destinasi pelancongan di dalam laman sosial seperti Facebook adalah sangat berkesan, kami dapat meyakinkan para pelancong yang bakal berkunjung ke negeri Sabah dan membawa penonton (pelancong) melakukan lawatan berjalan kaki secara maya sebelum mengadakan lawatan sebenar, melihat tempat-tempat menarik di Sabah seterusnya dibawa melihat pelbagai kemudahan yang telah disediakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan,” jelas Grace.

Grace berharap dalam Bajet 2022 yang akan dibentangkan oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor pada 3 Disember ini, kerajaan turut sama mempromosi dan terus menyokong usaha penggiat-penggiat industri pelancongan di Sabah yang juga turut memainkan peranan penting dalam memacu meningkatkan ekonomi negara.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/11/30/penggiat-industri-pelancongan-berharap-bajet-2022-sabah-lebih-banyak-peluang-manfaat/feed/ 0 9071
FINAS serah 200 bakul makanan kepada penggiat industri kreatif Borneo https://sabahmedia.com/2021/07/31/finas-serah-200-bakul-makanan-kepada-penggiat-industri-kreatif-borneo/ https://sabahmedia.com/2021/07/31/finas-serah-200-bakul-makanan-kepada-penggiat-industri-kreatif-borneo/#respond Sat, 31 Jul 2021 03:41:33 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3836
Read Time:39 Second

KOTA KINABALU: Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) Cawangan Sabah menyerahkan 200 bakul makanan kepada penggiat industri kreatif Borneo.

Ahli Perbadanan FINAS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Industri Sabah, Dr. Rose Patsy Tibok berkata, bantuan disampaikan bagi meringankan beban para penggiat seni yang terjejas oleh pandemik Covid-19.

“Selain itu, FINAS turut mengumpul data mana-mana penggiat industri kreatif yang memerlukan bantuan,” katanya ketika ditemui media selepas Program Agihan Bakul Makanan Pandu Lalu Kepada Penggiat Industri Kreatif Sabah di Kompleks Bersepadu KKMM, pada Khamis.

Lima persatuan yang terlibat dalam penyerahan bakul makanan itu ialah Persatuan Penggiat Perfileman Sabah (FILEMS), Persatuan Penggiat Filem dan Kadazan Dusun Murut Sabah (KDMFM), Persatuan Penggerak Kreatif dan Inovasi Sabah, Karyawan Seni Sabah (KERIS) dan Sabah Photo.Video.MUA (Sabah PVM). – Penerangan

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/31/finas-serah-200-bakul-makanan-kepada-penggiat-industri-kreatif-borneo/feed/ 0 3836