Pengiran Saifuddin – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 11 Feb 2026 08:10:17 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pengiran Saifuddin – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Pengiran Saifuddin kemuka cadangan bantu nelayan Pantai Manis https://sabahmedia.com/2026/02/11/pengiran-saifuddin-kemuka-cadangan-bantu-nelayan-pantai-manis/ https://sabahmedia.com/2026/02/11/pengiran-saifuddin-kemuka-cadangan-bantu-nelayan-pantai-manis/#respond Wed, 11 Feb 2026 08:10:11 +0000 https://sabahmedia.com/?p=91446
Read Time:1 Minute, 30 Second

PAPAR: Beberapa cadangan dan pendekatan terbaik berkaitan isu komuniti nelayan di Pantai Manis yang berdepan tindakan saman kerana didakwa melepasi kawasan persempadanan perairan dilindungi telah dikemukakan kepada pihak berwajib.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir Petra berkata, perkara itu telah diambil maklum dan turut disuarakan dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun lalu.

Menurutnya, beliau telah meneliti isu berkenaan secara menyeluruh termasuk mendengar sendiri luahan komuniti nelayan, khususnya dari Kampung Kuala, sebelum memberi penjelasan kepada pihak berkaitan.

Beliau turut mengadakan sesi libat urus bersama Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah serta agensi, jabatan dan pemain industri berkaitan bagi mencari penyelesaian terbaik.

“Kita telah suarakan perkara ini dan ia sudah diambil maklum. Ada beberapa pendekatan yang kita ajukan kepada kementerian, terutama bagaimana mencari jalan penyelesaian berkaitan isu nelayan ini.

“Kadang-kadang ada antara mereka hanya mencari tempat berteduh daripada hujan ketika menangkap ikan. Sekiranya mereka sekadar berteduh dan bukan menangkap ikan di kawasan larangan, seharusnya tidak diambil tindakan.

“Jika diikutkan, kawasan perairan berdekatan Pulau Tiga itu memang kawasan tradisi mereka. Namun kawasan itu telah digazetkan dan kita hormati undang-undang, cuma ada masa tertentu mereka perlu berteduh,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penghargaan Masyarakat Cina DUN N.29 Pantai Manis, di sini, semalam.

Dalam pada itu, Pengiran Saifuddin yang juga Pengerusi Sabah Urban Development Corporation Sdn Bhd memohon agar pihak berkaitan mempertimbangkan supaya nelayan yang hanya berteduh di kawasan perairan dilindungi Taman-Taman Sabah tidak dikenakan tindakan.

Katanya, kebanyakan nelayan pesisir pantai menjalani kehidupan ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan mereka merupakan nelayan tradisi yang tidak menggunakan kaedah merosakkan seperti bom ikan.

“Mereka tidak mengancam terumbu karang dan kita akan terus berusaha mencari jalan terbaik untuk mengatasi perkara ini kerana ini adalah rintihan golongan nelayan,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/02/11/pengiran-saifuddin-kemuka-cadangan-bantu-nelayan-pantai-manis/feed/ 0 91446
Pengiran Saifuddin dilantik sebagai Pengerusi SUDC https://sabahmedia.com/2026/01/16/pengiran-saifuddin-dilantik-sebagai-pengerusi-sudc/ https://sabahmedia.com/2026/01/16/pengiran-saifuddin-dilantik-sebagai-pengerusi-sudc/#respond Fri, 16 Jan 2026 06:34:37 +0000 https://sabahmedia.com/?p=89820
Read Time:59 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Manis, Datuk Pengiran Saifuddin Pengiran Tahir Petra telah dilantik sebagai pengerusi yang baharu bagi menerajui syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC) Sabah Urban Development Corporation Sdn Bhd.

Susulan pelantikan terbabit, Pengiran Saifuddin berkata beliau komited untuk memastikan anak syarikat dibawah Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO) itu terus memainkan peranan dalam pembangunan ekonomi Sabah.

“Anak syarikat ini telah lama menjalankan tanggungjawab dalam merancang dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan hartanah, selain
membantu merangsang pertumbuhan ekonomi Sabah.

“Dengan pelantikan ini, saya akan memastikan peranan anak syarikat ini akan terus menjalankan fungsinya sebagai pemaju hartanah utama kerajaan negeri.

“Saya turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor atas kepercayaan beliau kepada saya untuk menerajui anak syarikat ini,” katanya dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan, semalam.

Pada masa sama, beliau turut menerima fail penyerahan tugas daripada pengerusi terdahulu, Datuk Jamawi Jaafar yang kini dilantik sebagai Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan.

Ditubuhkan pada tahun 1972, SUDC yang sebelum ini dikenali sebagai Milek Perkara dibangunkan berpacu kepada matlamat membangunkan hartanah khususnya untuk komuniti usahawan bumiputera tempatan negeri ini.

Kemudian, Milek Perkasa ditukar kepada SUDC pada 25 Ogos 1984.

]]>
https://sabahmedia.com/2026/01/16/pengiran-saifuddin-dilantik-sebagai-pengerusi-sudc/feed/ 0 89820