Pengorbanan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 22 Dec 2021 03:24:02 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pengorbanan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Kerajaan Negeri Hargai Pengorbanan Barisan Hadapan Mengekang Penularan COVID-19 https://sabahmedia.com/2021/12/22/kerajaan-negeri-hargai-pengorbanan-barisan-hadapan-mengekang-penularan-covid-19/ https://sabahmedia.com/2021/12/22/kerajaan-negeri-hargai-pengorbanan-barisan-hadapan-mengekang-penularan-covid-19/#respond Wed, 22 Dec 2021 03:24:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10178
Read Time:1 Minute, 27 Second

TUARAN: Keputusan kerajaan melonggarkan lebih banyak sektor ekonomi dibuka, menyebabkan tugas dan tanggungjawab petugas barisan hadapan juga semakin bertambah.

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, Kerajaan Negeri amat menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus tanpa mengira masa demi untuk mengekang penularan pandemik COVID-19 khususnya di Sabah.

Katanya, semua pihak masih berusaha menangani krisis yang telah mengorbankan banyak jiwa dan memberi impak negatif yang amat besar ke atas ekonomi, sosial dan cara hidup masyarakat global.

“Pandemik ini juga telah mengubah gaya hidup rakyat kepada norma baharu dengan pengamalan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah dikuatkuasakan dan perlu dipatuhi.

“Kerajaan Negeri berharap hubungan yang erat di antara barisan petugas hadapan dan juga masyarakat dapat dikekalkan agar kita dapat menjaga keselamatan, keamanan dan kemakmuran di negeri ini,” katanya pada Majlis Penghargaan Sekalung Budi kepada Barisan Hadapan Daerah Tuaran di Grand Ballroom Rasa Ria Resort, di sini semalam.

Hajiji berharap rakyat secara keseluruhannya akan membantu kerajaan menangani pandemik ini dengan mematuhi sepenuhnya SOP yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa.

“Kita bantu barisan hadapan dan sama-sama memikul tanggungjawab untuk melindungi keluarga, komuniti dan negara daripada pandemik COVID-19,” tegasnya.

Beliau juga menyeru petugas barisan hadapan agar memberikan kerjasama dan sokongan padu kepada kerajaan dengan membantu menjayakan aspirasi pembangunan sejajar dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Katanya, setelah hampir dua tahun berlalu, rakyat pastinya telah berjaya mengadaptasi persekitaran kerja dengan norma baharu.

Hajiji bagi pihak kerajaan negeri turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada petugas barisan hadapan yang hingga kini masih bertungkus-lumus mengawal penularan wabak COVID-19 dalam negara.

Beliau turut mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh warga kerja Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) daerah Tuaran dibawah kepimpinan Pegawai Daerah yang komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat semasa pandemik COVID-19.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/22/kerajaan-negeri-hargai-pengorbanan-barisan-hadapan-mengekang-penularan-covid-19/feed/ 0 10178
Aidiladha: Ambil iktibar pengorbanan Nabi – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/07/18/aidiladha-ambil-iktibar-pengorbanan-nabi-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/07/18/aidiladha-ambil-iktibar-pengorbanan-nabi-hajiji/#respond Sun, 18 Jul 2021 05:26:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3198
Read Time:1 Minute, 2 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor meminta umat Islam di negeri ini agar menghayati dan mengambil iktibar sejarah serta kisah pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan puteranya baginda Ismail AS, dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar ini.

Katanya, Aidiladha adalah hari kebesaran Islam yang juga disambut di seluruh dunia dengan penuh keinsafan dan pengertian besar.

“Ini adalah tahun kedua umat Islam menyambut Aidiladha ketika penularan pandemik COVID-19.

Bagi kita umat Islam di Sabah, iktibar daripada Aidiladha menjadi panduan dalam menghadapi cabaran pandemik COVID-19.

“Aidiladha pada kali ini mengingatkan kita erti kesabaran. Dalam keadaan dan cabaran yang sedang kita hadapi ketika ini, situasi sebegini sebenarnya menuntut kita agar sentiasa bersabar, bersyukur, bermuhasabah diri, berlapang dada dan menempuh cabaran ini secara bersama.

“Ia juga adalah satu pengorbanan besar setiap individu, selaras dengan tuntutan dan ajaran Islam.

Raikanlah Aidiladha ini bersama keluarga di rumah masing-masing dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya dalam Perutusan Hari Raya Aidiladha 1442/2021, di sini pada Ahad.

Hajiji juga meminta umat Islam yang membuat ibadah korban sempena Aidiladha ini agar melaksanakannya dengan penuh penghayatan di samping mematuhi SOP yang ditetapkan kerajaan.

Beliau bersama keluarganya turut merakamkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di negeri ini.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/18/aidiladha-ambil-iktibar-pengorbanan-nabi-hajiji/feed/ 0 3198