Pengundi muda – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 02 Nov 2025 01:33:03 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pengundi muda – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PRU Sabah : Golongan muda mahu pemimpin responsif, dekat dengan rakyat https://sabahmedia.com/2025/11/02/pru-sabah-golongan-muda-mahu-pemimpin-responsif-dekat-dengan-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/11/02/pru-sabah-golongan-muda-mahu-pemimpin-responsif-dekat-dengan-rakyat/#respond Sun, 02 Nov 2025 01:31:31 +0000 https://sabahmedia.com/?p=84745
Read Time:1 Minute, 15 Second

Oleh Eviana Mazinal

KOTA BELUD :  Golongan pengundi muda kini semakin aktif dalam politik selain menekankan bahawa pemimpin masa kini perlu peka terhadap isu semasa, mudah didekati, dan bukan sekadar “bercakap kosong”.

Bagi pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taun Gusi, Datu Mohammad Quefathir Datu Mazinal, 18, beliau berkata, media sosial memainkan peranan penting dalam menghubungkan rakyat dengan pemimpin.

“Kita hidup di era digital di mana maklumat mudah diperoleh. Pemimpin sepatutnya menggunakan saluran ini untuk mendengar kehendak rakyat, bukannya saling menuding jari. Golongan muda mampu menilai sendiri setiap isu,” katanya.

Beliau menambah bahawa calon seperti penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tempasuk Datuk Arshad Bistari yang rapat dengan belia di kawasan berkenaan menjadi contoh ideal pemimpin dekat dengan masyarakat.

Nurul Farahain Riamat, 19, pula menekankan kestabilan politik sebagai kunci untuk memastikan program bantuan rakyat diteruskan.

“Kerajaan negeri baru sahaja mula stabil, dan banyak inisiatif rakyat telah dilaksanakan. Tidak mudah untuk menunaikan semua tuntutan dalam satu penggal, jadi mereka wajar diberi peluang untuk meneruskan usaha ini,” katanya.

Beliau mengakui mengidolakan penyandang kerusi DUN Pintasan Datuk Fairuz Renddan kerana berjaya membawa suara belia Pintasan ke peringkat lebih tinggi.

Mohammad Irfan Abd Rakman, 19, menegaskan bahawa integriti dan manifesto yang realistik menjadi keutamaan.

“Kami mahu pemimpin yang ‘walk the talk’. Tidak banyak yang dituntut – cukup menunaikan keperluan rakyat, membaiki infrastruktur, dan menghindari sebarang penyelewengan,” ujarnya.

Pandangan golongan muda ini menandakan perubahan sikap politik di Sabah, di mana pemimpin yang relevan dengan zaman digital dan responsif terhadap rakyat semakin menjadi pilihan pengundi baharu. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/11/02/pru-sabah-golongan-muda-mahu-pemimpin-responsif-dekat-dengan-rakyat/feed/ 0 84745
KM seru pengundi muda buat pilihan bijak pada PRN17 https://sabahmedia.com/2025/10/11/km-seru-pengundi-muda-buat-pilihan-bijak-pada-prn17/ https://sabahmedia.com/2025/10/11/km-seru-pengundi-muda-buat-pilihan-bijak-pada-prn17/#respond Sat, 11 Oct 2025 06:06:59 +0000 https://sabahmedia.com/?p=82989
Read Time:2 Minute, 30 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor meletakkan harapan kepada anak muda yang menjadi separuh daripada 1.72 juta pengundi di Sabah untuk membuat pilihan yang bijak pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) nanti.

Beliau berkata, anak muda wajar memberi peluang kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) agar mendapat mandat untuk meneruskan hala tuju pembangunan yang dirancang oleh kerajaan negeri menerusi Pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Daripada 1.72 juta pengundi di Sabah, orang muda merangkumi separuh daripada itu, jadi saya harap mereka akan beri peluang kepada kerajaan kerana kita mempunyai hala tuju untuk membangunkan Sabah dan memajukan ekonomi.

“Kita juga mahu wujudkan kestabilan politik di Sabah dan kerana itulah saya katakan kita perlu bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan dan meneruskan kerjasama GRS – Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Tamu Suara 360: Aspirasi Anak Muda Sabah 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, pada Sabtu.

Sejajar dengan itu, Hajiji meminta golongan muda di negeri ini agar tidak mensia-siakan peluang yang datang lima tahun sekali itu demi melakar masa depan Sabah yang lebih baik melalui kerajaan sedia ada yang dipimpinnya.

“Oleh itu buatlah pilihan terbaik dalam PRN17 yang akan diadakan tidak lama lagi, bagi menjamin kesinambungan pembangunan, kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat. PRN kali ini adalah peluang keemasan kita untuk memilih sebuah kerajaan yang kuat dan yang paling penting kerajaan yang didominasi oleh parti lokal,” katanya.

Beliau berkata, anak muda perlu bijak menilai apa yang dibuat oleh kerajaan dan menimbangkan dengan sebaik mungkin pencapaian yang dilakar sehingga kini dan mahu anak muda menjadi ejen untuk menjelaskannya kepada rakyat.

Hajiji juga menjelaskan mengenai kepentingan kerjasama GRS-PH dalam mewujudkan kestabilan politik di Sabah dan hubungan yang erat dengan kerajaan Persekutuan.

“Apa yang kita mahu ialah kita mahu maju dan kalau mahu maju, kita perlukan bantuan kerajaan Persekutuan, tapi ada pemimpin di Sabah, macam-macam fikiran mereka yang saya rasa merugikan Sabah pada masa depan.

“Kerana itu kita putuskan GRS-PH teruskan kerjasama, insyaAllah kita akan capai kejayaan dan saya harap anak muda gunakan kesempatan ini pilihlah kerajaan yang boleh dan mempunyai dasar jelas untuk membangun ekonomi dan majukan Sabah.

“Kita tidak boleh maju dari emosi semata-mata, cukuplah apa berlaku pada masa lalu. Selalu kita bandingkan kenapa kita ketinggalan dalam pelbagai bidang, sebab kita selalu gaduh tukar kerajaan. Tengoklah pembinaan Pan Borneo apabila kerajaan baharu ambil alih batalkan PDP hingga kita tertinggal empat tahun,” katanya.

Pada majlis itu Hajiji turut menyatakan harapan dan aspirasinya untuk negeri Sabah yang dipimpinnya sejak lima tahun lalu.

“Saya mahu Sabah ada kestabilan politik supaya kita dapat laksanakan program kerajaan, membangunkan ekonomi dan memikirkan program yang baik untuk anak muda.

“Kini semua ada di hujung jari kita dengan pelbagai teknologi baharu yang kita perlu kuasai kerana Sabah tidak boleh ketinggalan dalam apa juga kemajuan termasuk dalam bidang AI, TVET dan sebagainya.

“Tapi yang utama kita mesti bersatu padu, ada kestabilan, ada kerjasama antara negeri dan persekutuan, insyaAllah Sabah akan maju dan makmur,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/10/11/km-seru-pengundi-muda-buat-pilihan-bijak-pada-prn17/feed/ 0 82989
Pengundi muda main peranan penting dalam PRN17 https://sabahmedia.com/2025/03/14/pengundi-muda-main-peranan-penting-dalam-prn17/ https://sabahmedia.com/2025/03/14/pengundi-muda-main-peranan-penting-dalam-prn17/#respond Fri, 14 Mar 2025 00:46:55 +0000 https://sabahmedia.com/?p=70345
Read Time:2 Minute, 9 Second

Oleh ERDIE AB WAHID

Putatan : Pengundi muda bakal menjadi penentu selain memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 akan datang.

Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) Petagas Mohd Isquzawan Israq Arsit berkata, pengundi muda adalah bijak dan jentera parti perlu pandai mendekati mereka kerana pengundi muda merupakan antara komponen penting yang perlu diberi perhatian sewajarnya.

Katanya, pilihan raya pada tahun ini merupakan PRN pertama bagi pengundi yang bermula pada usia 18 tahun dan ianya amat wajar calon muda diketengahkan bagi mengimbangi suara golongan berkenaan.

“Kita memahami bahawa rata-rata pengundi yang berdaftar di seluruh Sabah ini, 60 peratus merupakan pengundi di bawah 40 tahun. Jadi, ini merupakan satu nombor yang amat besar yang perlu kita teliti.

“Jadi saya sebagai ketua bahagian menyarankan agar lebih ramai lagi calon-calon muda ini ditampilkan. Bukan sahaja daripada kaum lelaki, malahan juga keterlibatan daripada kaum wanita, muda dan sebagainya.

“Kalau di Petagas ini, berdasarkan data Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kita mendapati hampir 60 peratus juga adalah pengundi 40 tahun ke bawah ini. Oleh kerana itu, kita perlu mencari pendekatan bagi mendekatkan golongan muda ini,” katanya ketika ditemui Sabah Media di sini semalam.

Isquzawan berkata, oleh kerana itu perlunya wakil calon muda ditampilkan pada PRN akan datang agar Gagasan Rakyat itu terus dekat dihati golongan muda selain memberi kelebihan kepada orang muda untuk menjadi salah satu sebahagian daripada pembuat dasar dan keputusan.

Katanya, idea golongan muda juga akan dapat diutarakan selain diangkat ke Kabinet seterusnya melaksanakan pelbagai program serta menyalurkan bantuan kebajikan kepada rakyat.

“Kita khuatir sekiranya kita tidak dekat dengan mereka ini, kita tidak memberikan sesuatu yang dapat menarik minat mereka ini, kita takut mereka ini di atas pagar ataupun yang tidak baiknya mengundi kepada pihak lawan,” katanya.

Dalam pada itu, Isquzawan berkata, golongan muda pada masa ini lebih cenderung memilih kepada kriteria calon yang boleh didekati berbanding parti.

“Bagi saya, pengalaman selama berkecimpungan dalam dunia politik ini, kalau dahulu memang mereka melihat dari segi parti, tetapi akibat perubahan daripada pilihan raya sebelum ini, di mana kestabilan kerajaan itu agak kurang keseimbangan, maka mereka ini lebih memilih kepada kriteria calon.

“Sebab bagi mereka parti ini hanya platform, tetapi yang akan menggerakkan parti, akan mendekat dengan mereka, mudah untuk mereka menyampaikan idea atau kemudahan dan sebagainya adalah calon yang mesra, yang boleh didekati oleh mereka.

“Jadi, bagi saya memang mana-mana pun kalau dilihat, kita tanya kepada kawan-kawan di bahagian lain pun, memang salah satu faktor mereka ini untuk turun mengundi adalah disebabkan oleh faktor calon itu atau pemimpin itu sendiri,” katanya. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2025/03/14/pengundi-muda-main-peranan-penting-dalam-prn17/feed/ 0 70345