Pengurus Tenaga Elektrik – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Wed, 25 Sep 2024 11:50:25 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pengurus Tenaga Elektrik – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 16 Pengurus Tenaga Elektrik dapat pengiktirafan ECoS https://sabahmedia.com/2024/09/25/16-pengurus-tenaga-elektrik-dapat-pengiktirafan-ecos/ https://sabahmedia.com/2024/09/25/16-pengurus-tenaga-elektrik-dapat-pengiktirafan-ecos/#respond Wed, 25 Sep 2024 11:38:28 +0000 https://sabahmedia.com/?p=61199
Read Time:1 Minute, 20 Second

KOTA KINABALU: Energy Commission of Sabah (ECoS) hari ini mengiktiraf seramai 16 Pengurus Tenaga Elektrik Berdaftar ECoS (EREEM) yang telah berjaya lulus peperiksaan yang dijalankan pada 5 September 2024 yang lalu.

Pengiktirafan ini adalah penting untuk memastikan EREEM memenuhi syarat-syarat kelayakan dan mampu memenuhi tanggungjawab mereka seperti yang ditetapkan dibawah Peraturan-Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik yang Cekap (EMEER) 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif ECoS Datuk Ir. Abdul Nasser Abdul Wahid berkata kepakaran golongan profesional ini adalah penting untuk pembangunan tenaga yang lebih lestari di negeri Sabah di samping memastikan standard pengurusan tenaga adalah mematuhi piawai industri.

“Hari ini, kita bukan sahaja meraikan pengiktirafan EREEM tetapi juga menegaskan semula komitmen kita terhadap penggunaan tenaga yang lebih cekap,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, inisiatif ini selaras dengan usaha ECoS untuk memastikan semua pengurus tenaga elektrik dan Certified Energy Manager (CEM) yang berkhidmat atau bercadang untuk berkhidmat di Sabah adalah harus berdaftar dengan ECoS menjelang 2 Januari 2025.

EREEM berfungsi sebagai individu berkelayakan dan berdaftar yang memberikan khidmat juru perunding dan pemantauan berterusan kepada syarikat-syarikat premis komersial dan industri dalam mematuhi keperluan perundangan yang berkuatkuasa di Sabah.

Berdasarkan EMEER 2024, mana-mana syarikat yang mempunyai pepasangan yang menerima atau menjana tenaga elektrik menyamai atau melebihi 3 juta kWj bagi apa-apa tempoh yang tidak melebihi enam bulan berturut-turut adalah dikehendaki untuk melantik EREEM bagi memenuhi kehendak perundangan tersebut.

Ketidakpatuhan terhadap perundangan adalah suatu kesalahan di bawah Peraturan 22,EMEER 2024, yang, jika disabitkan kesalahan, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM20,000.00 atau penjara untuk tempoh tidak melebihi satu tahun, atau kedua-duanya sekali.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/25/16-pengurus-tenaga-elektrik-dapat-pengiktirafan-ecos/feed/ 0 61199
Pengurus Tenaga Elektrik di Sabah mesti miliki Perakuan Pendaftaran ECoS https://sabahmedia.com/2024/09/05/pengurus-tenaga-elektrik-di-sabah-mesti-miliki-perakuan-pendaftaran-ecos/ https://sabahmedia.com/2024/09/05/pengurus-tenaga-elektrik-di-sabah-mesti-miliki-perakuan-pendaftaran-ecos/#respond Thu, 05 Sep 2024 10:34:53 +0000 https://sabahmedia.com/?p=60218
Read Time:1 Minute, 26 Second

KOTA KINABALU: Satu Kursus Modul Enakmen Bekalan Elektrik (EBE) 2024 dan Peraturan-Peraturan Pengurusan Tenaga Elektrik Dengan Cekap (PPPTEC) 2024 anjuran Suruhanjaya Tenaga Sabah (ECoS), telah diadakan khusus untuk para pengurus tenaga elektrik Suruhanjaya Tenaga Malaysia (ST) dan Certified Energy Manager (CEM) keluaran Institusi Latihan Ditauliah ST yang sedang atau akan berkhidmat di Sabah.

Seramai 30 peserta dari seluruh Sabah telah menghadiri kursus ini, yang merangkumi sesi taklimat serta peperiksaan bagi menilai tahap pengetahuan peserta mengenai perundangan berkaitan yang berkuatkuasa di Sabah sejak 3 Januari 2024 yang lalu.

Ketua Pegawai Operasi ECoS, Ridwan Saham berkata, peserta yang lulus peperiksaan boleh memohon daripada ECoS untuk mendapatkan Perakuan Pendaftaran Pengurus Tenaga Elektrik ECoS (bagi pemegang Perakuan Pendaftaran Pengurus Tenaga Elektrik ST) atau memohon daripada ECoS untuk menduduki peperiksaan lisan (bagi CEM keluaran Institusi Latihan Ditauliah ST).

“Ini adalah satu inisiatif penting yang dilaksanakan oleh ECoS untuk memastikan pengurus tenaga elektrik dan CEM memiliki perakuan pendaftaran ECoS yang setara.

“Semua pemegang Perakuan Pendaftaran Pengurus Tenaga Elektrik ST yang sedia ada diberikan tempoh sehingga 2 Januari 2025 untuk memiliki perakuan pendaftaran ECoS yang setara,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. .

Menurut Ridwan, kursus ni merupakan satu langkah untuk memastikan mereka memiliki pengetahuan dalam bukan sahaja dari aspek teknikal tetapi juga peka dengan aspek-aspek berkaitan perundangan yang berkuatkuasa di negeri Sabah.

“Ini termasuklah EBE 2024 dan PPPTEC 2024. Ini adalah selaras dengan Kehendak Kelayakan di bawah Peraturan 12(1)(b), PPPTEC 2024,” jelasnya.

Beliau turut menegaskan mana-mana pihak yang melanggar atau gagal untuk mematuhi perkara ini boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Peraturan 22, PPPTEC 2024 dan sekiranya didapati bersalah, didenda tidak melebihi RM20,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/09/05/pengurus-tenaga-elektrik-di-sabah-mesti-miliki-perakuan-pendaftaran-ecos/feed/ 0 60218