Pengurusan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 12 Jan 2023 07:02:31 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Pengurusan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Terserah pihak pengurusan tertinggi UMNO – Shahelmey https://sabahmedia.com/2023/01/12/terserah-pihak-pengurusan-tertinggi-umno-shahelmey/ https://sabahmedia.com/2023/01/12/terserah-pihak-pengurusan-tertinggi-umno-shahelmey/#respond Thu, 12 Jan 2023 07:02:30 +0000 https://sabahmedia.com/?p=27766
Read Time:1 Minute, 13 Second

KOTA KINABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Keramat Datuk Ir Shahelmey Yahya menyerahkan kepada pihak pengurusan tertinggi UMNO Pusat bagi menangani isu dakwaan pelantikan beliau dalam jawatan Jemaah Menteri Kabinet Sabah bukan wakil ADUN UMNO Sabah.

Shahelmey mengulas mengenai dakwaan tersebut yang dibuat oleh Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dalam satu kenyataannya semalam selepas Majlis Angkat Sumpah jawatan Jemaah Menteri Kabinet Sabah yang baharu berlangsung di Istana Seri Kinabalu di sini.

“Itu adalah kenyataan daripada dia (Bung) setakat ini kita serahkan kepada pengurusan tertinggi UMNO Pusat untuk menangani isu terbabit,” katanya pada sidang media selepas majlis taklimat selaku hari pertama berkhidmat sebagai Menteri Kerja Raya di Bangunan Jabatan Kerja Raya di sini hari ini.

Shahelmey yang juga Timbalan Ketua Menteri III berkata, lantikan jemaah menteri adalah prerogatif Ketua Menteri Sabah menurut perlembagaan.

Pada sidang media sama, ditanya mengenai ada pihak yang cuba mempertikai keabsahan Kerajaan Perpaduan yang dibentuk.

Beliau berkata, macam mana dia pertikaikan? Pertikaikan dari sudut apa?

“Ketua Menteri Sabah punya sokongan seramai 44 orang ADUN jadi lebih daripada majoriti mudah dan Perdana Menteri pun telah menyatakan sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.

“So, apa lagi, keabsahan apa lagi dan kalau kita lihat daripada sidang khas DUN yang telah kita lalui pada hari Selasa yang mana kita telah bentang bil atau Rang Undang-Undang (RUU) Tenaga dan Gas, RUU itu diluluskan oleh 44 orang ADUN dan itu merupakan bukti bahawa Ketua Menteri mendapat sokongan,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2023/01/12/terserah-pihak-pengurusan-tertinggi-umno-shahelmey/feed/ 0 27766
Semua Jawatankuasa Pengurusan Bencana Diaktifkan – Hajiji https://sabahmedia.com/2021/12/29/semua-jawatankuasa-pengurusan-bencana-diaktifkan-hajiji/ https://sabahmedia.com/2021/12/29/semua-jawatankuasa-pengurusan-bencana-diaktifkan-hajiji/#respond Wed, 29 Dec 2021 11:18:42 +0000 https://sabahmedia.com/?p=10447
Read Time:35 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor telah memanggil semua agar jawatankuasa pengurusan bencana di negeri ini diaktifkan bagi menjangkakan cuaca buruk di pantai timur dan bahagian utara negeri seperti yang diramalkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

“Saya telah bercakap dengan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Safar Untung untuk memberi arahan semua pihak berkuasa tempatan dan pegawai daerah untuk segera mengaktifkan jawatankuasa pengurusan bencana mereka dan sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan, terutamanya angin ribut, banjir dan tanah runtuh.

“Saya mahu pihak berkuasa tempatan terus membersihkan semua laluan air dan longkang bagi memastikan tiada tersumbat sekiranya hujan berterusan,” kata Hajiji.

Beliau menggesa orang ramai supaya mengambil perhatian terhadap amaran cuaca MetMalaysia dan menjaga keselamatan pada setiap masa.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/12/29/semua-jawatankuasa-pengurusan-bencana-diaktifkan-hajiji/feed/ 0 10447
Hajiji Terima Kunjungan Pengurusan SAFA https://sabahmedia.com/2021/07/13/hajiji-terima-kunjungan-pengurusan-safa/ https://sabahmedia.com/2021/07/13/hajiji-terima-kunjungan-pengurusan-safa/#respond Tue, 13 Jul 2021 07:18:03 +0000 https://sabahmedia.com/?p=2977
Read Time:31 Second

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor hari ini menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) di pejabatnya di Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS).

Rombongan SAFA diketuai oleh Presidennya, Dato’ Sri Bung Mokthar Radin yang juga Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Sabah.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden, Dato’ Abdul Rahman Mohd Zakaria, Naib Presiden II, Dato Jalani Hamdan, Setiausaha Agung, Benedict Asmat, Bendahari, Jasnih Daya dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelab Bola Sepak Sabah (SFC), Firdaus Akhbar Khan.

Bung telah memberi taklimat mengenai perjalanan SAFA dibawah pimpinannya dan perancangan masa depan bagi memajukan sukan bola sepak di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/13/hajiji-terima-kunjungan-pengurusan-safa/feed/ 0 2977