peniaga kecil – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Thu, 21 Nov 2024 11:00:01 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png peniaga kecil – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Peniaga kecil, sederhana dipelawa sertai EKSES 2025 https://sabahmedia.com/2024/11/21/peniaga-kecil-sederhana-dipelawa-sertai-ekses-2025/ https://sabahmedia.com/2024/11/21/peniaga-kecil-sederhana-dipelawa-sertai-ekses-2025/#respond Thu, 21 Nov 2024 10:34:16 +0000 https://sabahmedia.com/?p=64168
Read Time:1 Minute, 14 Second

Kota Kinabalu : Peniaga kecil dan sederhana di negeri ini dipelawa untuk menyertai Ekspo Semarak Emas Sabah (EKSES) 2025 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) Januari depan.

Pengerusi Pertubuhan Semarak Emas Sabah Mariah Takin berkata, ekspo yang diadakan selama tiga hari bermula 24 Januari itu diserikan dengan pelbagai acara yang telah dirancang dan disusun atur.

”Pada ekspo kali ini, kami menyediakan ruang niaga khusus untuk usahawan kecil yang baru bermula dengan menyediakan ruang niaga yang dinamakan Lot Madani dengan kadar bayaran mampu milik agar semua berpeluang untuk mempamer dan menjual produk masing-masing.

”Peluang untuk menyertai ekspo ini sebagai pempamer masih terbuka sehingga 31 Disember 2024. Penyertaan dari agensi kerajaan mahupun swasta amat kami alu-alukan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mariah berkata, ekspo yang dijayakan dengan kerjasama rakan strategik Persatuan Wanita Berniaga (PEWAGA) Kota Kinabalu; Borneo Culinary Association dan Adabi itu akan turut disertai ahli-ahli Pusat Aktiviti Warga Emas  (PAWE) dari seluruh Sabah.

Katanya, antara aktiviti disediakan antaranya pertandingan memasak, pertandingan nyanyian Bintang Semarak Emas, ratu songket, mr & mrs culture, mewarna batik untuk warga emas, mewarna untuk kanak-kanak dan banyak lagi pertandingan lain.

”Harapan kami agar program ini bukan sahaja menjadi medan untuk para usahawan dan agensi korporat mahu pun agensi kerajaan untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan masing-masing malah ia juga menjadi ruang interaksi dan silaturrahim dalam kalangan pengunjung ekspo,” katanya.

Menurutnya, sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian 011-12053109 dan 016-836 6779. – SABAH MEDIA

]]>
https://sabahmedia.com/2024/11/21/peniaga-kecil-sederhana-dipelawa-sertai-ekses-2025/feed/ 0 64168