Peniaga – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Fri, 15 Mar 2024 14:52:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Peniaga – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 31 notis kesalahan dikeluarkan, peniaga bazar ramadan tidak patuh peraturan – JKNS https://sabahmedia.com/2024/03/15/31-notis-kesalahan-dikeluarkan-peniaga-bazar-ramadan-tidak-patuh-peraturan-jkns/ https://sabahmedia.com/2024/03/15/31-notis-kesalahan-dikeluarkan-peniaga-bazar-ramadan-tidak-patuh-peraturan-jkns/#respond Fri, 15 Mar 2024 14:51:24 +0000 https://sabahmedia.com/?p=51112
Read Time:1 Minute, 37 Second

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah mengeluarkan sebanyak 31 notis kesalahan berjumlah RM3700 kepada peniaga di bazar ramadan atas pelbagai kesalahan tidak mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan dibawahnya.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Asits Sanna berkata, setakat semalam pihak JKNS telah memeriksa sebanyak 240 premis, 31 notis kesalahan telah dikeluarkan dengan kompaun berjumlah RM3700.

“Didapati bazar ramadan di Tawau merupakan daerah penyumbang tertinggi kompaun dikeluarkan iaitu 18 kompaun, diikuti Keningau tujuh dan lain-lain daerah.

“Pemantauan bazar ramadan tahun ini melibatkan 105 lokasi di seluruh Sabah dengan jumlah gerai sebanyak 5674,” katanya pada sidang media selepas mengadakan Pemantauan Keselamatan Makanan Walkabout JKNS bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bagi memantau pengendalian makanan di bazar ramadan Lintasan Deasoka di sini, hari ini.

Dr Asits berkata, pemantauan ini adalah untuk memastikan pengendali makanan menyediakan makanan dengan bersih dan selamat serta juga mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan dibawahnya.

“Sebelum ramadan ini kami telah mengadakan sesi taklimat sebanyak 26 sesi kepada semua peniaga-peniaga bazar ramadan supaya mereka mematuhi keperluan yang telah ditetapkan.

“Kita berharap pada tahun ini tiada kes keracunan makanan dari bazar-bazar ramadan di seluruh Sabah berbanding tahun lalu sebanyak 65 kes keracunan makanan membabitkan makanan dari bazar ramadan,” katanya.

Menurutnya, antara kompaun yang dikeluarkan iaitu atas kesalahan menggaji pekerja pengendalikan makanan, pekerja tiada sijil latihan pengendalian makanan, tiada suntikan vaksin anti tifoid, pakaian tiada apron, tiada kasut, tiada tutup kepala, pengendali tiada kebersihan diri seperti kuku panjang, pengendali memakai perhiasan diri seperti jam, cincin dan sebagainya.

Mengulas mengenai pengendali makanan menggunakan pewarna makanan yang tidak dibenarkan, Dr Asits berkata, sampel makanan tersebut akan dihantar ke makmal untuk dianalisis.

“Sekiranya ada aduan peniaga yang menggunakan pewarna makanan yang tidak dibenarkan, kita akan pergi ke gerai berkenaan dan mengambil sampel makanan yang dinyatakan dan hantar ke makmal untuk dianalisis.

“Sekiranya pengguna ada sebarang kemusykilan mengenai keselamatan makanan, bolehlah mengajukan melalui Aduan Whatsapp Sabah Healthline di talian 0198602929,” katanya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/15/31-notis-kesalahan-dikeluarkan-peniaga-bazar-ramadan-tidak-patuh-peraturan-jkns/feed/ 0 51112
Peniaga diingatkan tidak ambil kesempatan naik harga susulan kenaikan SST https://sabahmedia.com/2024/03/02/peniaga-diingatkan-tidak-ambil-kesempatan-naik-harga-susulan-kenaikan-sst/ https://sabahmedia.com/2024/03/02/peniaga-diingatkan-tidak-ambil-kesempatan-naik-harga-susulan-kenaikan-sst/#respond Sat, 02 Mar 2024 00:15:10 +0000 https://sabahmedia.com/?p=50364
Read Time:42 Second

KOTA KINABALU: Peniaga di Sabah diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan menaikkan harga susulan kenaikan dua peratus cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang mula berkuatkuasa 1 Mac 2024.

Presiden Persatuan Pengguna Bijak Pantai Barat Sabah David Chan berkata ini penting bagi memastikan kenaikan SST itu tidak membebankan orang ramai.

Menurutnya selepas wabak Covid-19, pihaknya menyedari pola pasaran barangan telah berubah kerana orang ramai mengalami kemerosotan kewangan.

“Orang ramai kini sangat selektif untuk membeli makanan dan produk yang lebih murah akibat kekangan kewangan,” katanya dalam kenyataan semalam.

Oleh itu, David menggesa peniaga supaya bertimbang rasa untuk tidak mengambil kesempatan menaikkan harga makanan dan produk pengguna secara tidak munasabah hanya kerana kenaikan dua peratus SST.

Sementara itu, beliau berkata tinjauan rambang di pekan Menggatal menunjukkan terdapat beberapa restoran yang menaikkan harga minuman seperti Chinese teh kosong sehingga RM1.50 bermula semalam.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/03/02/peniaga-diingatkan-tidak-ambil-kesempatan-naik-harga-susulan-kenaikan-sst/feed/ 0 50364
Peniaga dinasihatkan letak tanda harga dengan jelas, elak dikenakan tindakan undang-undang – KPDN Sandakan https://sabahmedia.com/2024/01/11/peniaga-dinasihatkan-letak-tanda-harga-dengan-jelas-elak-dikenakan-tindakan-undang-undang-kpdn-sandakan/ https://sabahmedia.com/2024/01/11/peniaga-dinasihatkan-letak-tanda-harga-dengan-jelas-elak-dikenakan-tindakan-undang-undang-kpdn-sandakan/#respond Thu, 11 Jan 2024 04:45:44 +0000 https://sabahmedia.com/?p=47814
Read Time:2 Minute, 57 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sandakan menasihatkan kepada para peniaga supaya meletakkan tanda harga dengan jelas pada setiap barangan yang dijual untuk mengelakkan kekeliruan sekali gus memudahkan pengguna membuat pembelian secara berhemah.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KKPDN Sandakan Azdy Zukkry John berkata, beliau bersama pasukannya menjalankan pemantauan setiap hari di pasaraya, kedai runcit dan gerai-gerai jualan sekitar Sandakan untuk memastikan para peniaga menjalankan aktiviti perniagaan mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh KPDN.

Azdy menunjukkan cara meletakkan tanda harga dengan betul di sebuah gerai makanan semasa membuat tinjuan di sekitar Sandakan semalam. – Foto ihsan KPDN Sandakan.

Selain itu, katanya, meletakkan tanda harga dengan jelas ke atas setiap barangan yang dijual juga adalah sangat penting. Ini adalah supaya tidak menimbulkan sebarang kekeliruan kepada pengguna sekali gus memudahkan pengguna membuat pembelian secara berhemah.

Beliau berkata, pemantauan oleh pegawai penguat kuasa KPDN Sandakan yang dijalankan setiap hari meliputi lima kawasan Parlimen dan 13 Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuklah Sandakan, Beluran, Paitan, Telupid, Tongod dan Kinabatangan.

“Untuk makluman, penandaan harga ini sudah ada sejak 1946 lagi. Sepatutnya semua peniaga sudah faham mengenai perkara ini.

“Peniaga ada tanggungjawab iaitu menjual barangan yang ada kualiti
namun penandaan harga adalah tanggungjawab peniaga dan KPDN ada tanggungjawab untuk menguatkuasakan undang-undang, justeru, kita masing-masing mempunyai tanggungjawab,” katanya ketika dihubungi Sabah Media hari ini.

Peniaga (kiri) terharu, Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDN Sandakan, Azdy membantunya cara membuat tanda harga dengan betul di gerai makanannya semasa tinjauan oleh pihak KPDN semalam. – Foto ihsan KPDN Sandakan

Menurutnya, beberapa tahun lepas KPDN ada buat kempen Timbang Tepat Harga Jelas (TTHJ). Kempen ini menyasarkan kepada para peniaga untuk meletakkan tanda harga yang jelas dan menggunakan alat timbang sukat yang telah ditentusahkan.

“Penguatkuasaan yang berterusan sebagai contoh memberikan khidmat nasihat dan seterusnya mengambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 ke atas peniaga yang enggan mematuhi peraturan dan melakukan kesalahan berulang.

“Khidmat nasihat akan kami sampaikan sebelum memberikan apa-apa notis amaran ataupun kompaun terhadap peniaga yang ingkar arahan bagi kesalahan pertama tetapi jika kesalahan berulang pihak penguat kuasa KPDN tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap kesalahan yang dilakukan.

“Semalam, pihak KPDN Sandakan selain membuat tinjauan bekalan barangan runcit di pasaraya, kami juga membuat tinjuan di gerai-gerai menjual makanan sekitar Sandakan.

“Bagaimanapun masih terdapat gerai-gerai yang tidak mempamerkan tanda harga dan meletakkan tanda harga yang mengelirukan pada produk makanan yang dijual, jadi tinjuan kali ini kami hanya memberikan nasihat dan menunjukkan cara meletakkan tanda harga yang betul.

“Rata-rata para peniaga yang kita bantu dalam khidmat nasihat menyatakan rasa berterima kasih kerana penguatkuasaan berhemah ini, saya dapati cara ini sangat berkesan untuk beri kesedaran kepada peniaga mengenai perkara ini,” ujarnya.

Azdy berkata, harapan KPDN Sandakan agar para peniaga sedar akan tanggungjawab mereka sebagai peniaga iaitu menjual barang yang berkualiti dan bersih, membuat penandaan harga yang jelas iaitu tidak mengelirukan atau ada dua harga yang tidak jelas serta menggunakan alat timbang yang telah ditentusahkan.

“Manakala bagi pihak KPDN tanggungjawabnya pula adalah memastikan para peniaga mematuhi semua peraturan yang telah digariskan atau mereka akan berhadapan dengan tindakan kes daripada KPDN.

“Tindakan undang-undang akan dikenakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 iaitu Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penandaan Harga dan Caj Perkhidmatan) 2020. Ini bagi individu yang melakukan kesalahan gagal meletakkan tanda harga atau senarai harga ke atas barangan yang dijual boleh didenda oleh mahkamah sehingga RM50,000 atau dikompaun sehingga RM25,000

“Manakala bagi syarikat yang melakukan kesalahan tersebut boleh didenda sehingga RM100,000 atau dikompaun sehingga RM50,000,” tegasnya.

]]>
https://sabahmedia.com/2024/01/11/peniaga-dinasihatkan-letak-tanda-harga-dengan-jelas-elak-dikenakan-tindakan-undang-undang-kpdn-sandakan/feed/ 0 47814