Peniaga wanita desa – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Sun, 11 May 2025 11:21:44 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.2 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Peniaga wanita desa – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 PM umum RM10 juta kepada peniaga wanita desa, hadiah sempena Hari Ibu https://sabahmedia.com/2025/05/11/pm-umum-rm10-juta-kepada-peniaga-wanita-desa-hadiah-sempena-hari-ibu/ https://sabahmedia.com/2025/05/11/pm-umum-rm10-juta-kepada-peniaga-wanita-desa-hadiah-sempena-hari-ibu/#respond Sun, 11 May 2025 11:19:29 +0000 https://sabahmedia.com/?p=73644
Read Time:1 Minute, 9 Second

Oleh Siti Azizah Talata

TAWAU: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta kepada peniaga wanita desa di daerah ini hadiah sempena Hari Ibu pada hari ini.

Anwar berkata, penerima bantuan itu adalah terdiri daripada peniaga wanita di luar dari kawasan Majlis Perbandaran Tawau dan bukan di bawah Jawatankuasa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Tambah beliau, peruntukan istimewa itu akan digunakan bagi membina kemudahan lebih baik dan selesa buat peniaga wanita di tepi-tepi jalan.

“Kita nak bagi bumbung yang baik supaya ibu-ibu ini boleh berniaga dan berlindung daripada cuaca panas,” katanya dalam ucapan perasmian penutupan Program Madani Rakyat (PMR) 2025 di Tawau, di sini hari ini.

Hadir sama ialah, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick dan Ketua Setiausaha KUSKOP, Datuk Sri Khairul Dzaimee Daud.

Program yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 Mei lalu berjaya menarik seramai 148,697 orang itu, sekaligus melepasi sasaran awal iaitu 100,000 orang.

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) dengan kerjasama kerajaan dan agensi negeri telah membawakan 120 produk unik SDSI dari seluruh negeri di Malaysia ke negeri Sabah.

Produk-produk ini meliputi makanan dan minuman, hasil kraf, inap desa serta produk dan perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan kepada pengunjung.

Dalam pada itu, Anwar berkata sebanyak 144 projek Pembangunan berjumlah RM14 billion telah dan sedang dilaksanakan di Sabah.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/05/11/pm-umum-rm10-juta-kepada-peniaga-wanita-desa-hadiah-sempena-hari-ibu/feed/ 0 73644