Peninggang maut – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Mon, 24 Feb 2025 02:05:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.1 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Peninggang maut – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Penunggang motosikal maut terhumban ke dalam parit selepas kemalangan https://sabahmedia.com/2025/02/24/penunggang-motosikal-maut-terhumban-ke-dalam-parit-selepas-kemalangan/ https://sabahmedia.com/2025/02/24/penunggang-motosikal-maut-terhumban-ke-dalam-parit-selepas-kemalangan/#respond Mon, 24 Feb 2025 02:00:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=69260
Read Time:43 Second

Oleh FLORIETA DIET

KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut terhumban ke dalam parit sedalam tiga meter selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Jalan Kepayan, dekat 88 Market, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu Timbalan Penguasa Bomba I, Ordine Gilu berkata, mangsa yang menunggang motosikal jenis Harley-Davidson disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan yang bertugas.

“Pasukan bomba bertindak mengeluarkan mayat mangsa dengan menggunakan stretcher seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Manakala pemandu kereta jenis Proton Saga lelaki berusia 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ordine menambah, sepasukan anggota yang terdiri daripada BBP, pegawai perubatan dan pihak polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 1.26 pagi.

Operasi tamat pada 2.09 pagi setelah memastikan tiada lagi bahaya lain di lokasi kejadian.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/02/24/penunggang-motosikal-maut-terhumban-ke-dalam-parit-selepas-kemalangan/feed/ 0 69260