Peningkatan – Sabah Media https://sabahmedia.com The Voice of Sabah Tue, 16 Sep 2025 02:59:50 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=7.0.4 https://sabahmedia.com/wp-content/uploads/2024/04/cropped-s_icon-32x32.png Peningkatan – Sabah Media https://sabahmedia.com 32 32 189073890 Peningkatan hasil negeri Sabah tahap tertinggi, lonjak peluang ekonomi rakyat  https://sabahmedia.com/2025/09/16/peningkatan-hasil-negeri-sabah-tahap-tertinggi-lonjak-peluang-ekonomi-rakyat/ https://sabahmedia.com/2025/09/16/peningkatan-hasil-negeri-sabah-tahap-tertinggi-lonjak-peluang-ekonomi-rakyat/#respond Tue, 16 Sep 2025 02:59:48 +0000 https://sabahmedia.com/?p=81368
Read Time:1 Minute, 37 Second

KUNDASANG: Peningkatan hasil negeri ke tahap tertinggi dalam sejarah telah melonjak peluang ekonomi rakyat serta membawa pelbagai manfaat kepada masyarakat Sabah. 

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam berkata, hasil negeri yang mencecah RM5.49 bilion pada 2021, RM6.96 bilion (2022), RM6.97 bilion (2023) dan RM6.84 bilion (2024) jelas menunjukkan dasar pentadbiran di bawah pelan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) memberi kesan positif kepada pembangunan ekonomi negeri.

“Pencapaian ini bukan angka kosong, sebaliknya membuktikan Kerajaan mempunyai asas yang kukuh dalam mentadbir. Hasil yang tinggi inilah yang diterjemahkan kepada pelbagai manfaat untuk rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan sempena Majlis Perasmian Pesta Kubis Tahun 2025 disini.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Musa Aman dan turut diserikan dengan kehadiran Isteri ,Toh Puan Faridah Tussin.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Kewangan Datuk Seri Masidi Manjun, Ahli Parlimen Ranau Datuk Jonathan Yasin dan pengerusi penganjur tersebut Datuk Japiril Suhaimin.

Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, hasil itu membolehkan Kerajaan melaksanakan Inisiatif seperti Rumah Mesra SMJ Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS), pemberian Bantuan Tunai Rakyat Sabah RM300 sebulan dan bantuan one off RM5,000 kepada penjaja tepi jalan seramai 643 penerima. 

Katanya, sektor minyak dan gas turut memberi sumbangan besar apabila penubuhan SMJ Energy Sdn Bhd melonjakkan pendapatan negeri daripada RM50 juta kepada RM5.1 bilion, selain mewujudkan lebih 1,000 peluang pekerjaan baharu.

“Pelaburan strategik daripada syarikat gergasi antarabangsa seperti Kibing Solar, SK Nexilis dan Esteel Enterprise turut membuka ribuan peluang kerja untuk anak muda tempatan, sekali gus mengukuhkan daya saing Sabah sebagai destinasi pelaburan,”katanya.

Dalam majlis itu juga Tun Musa turut menyampaikan anugerah kepada para penerima yang telah memberikan sumbangan kepada industri di daerah tersebut.

Pesta Kubis Kundasang mula dianjurkan pada tahun 1997 sebagai inisiatif awal Allahyarham Datuk Mynoor Ginggor serta akar umbi masyarakat Kundasang dengan sokongan padu daripada Pejabat Daerah Ranau.

]]>
https://sabahmedia.com/2025/09/16/peningkatan-hasil-negeri-sabah-tahap-tertinggi-lonjak-peluang-ekonomi-rakyat/feed/ 0 81368
COVID-19: Jumlah Kes Tertunggak Dan Saringan Kontak Rapat Punca Peningkatan Kes Tinggi di Sabah https://sabahmedia.com/2021/08/18/covid-19-jumlah-kes-tertunggak-dan-saringan-kontak-rapat-punca-peningkatan-kes-tinggi-di-sabah/ https://sabahmedia.com/2021/08/18/covid-19-jumlah-kes-tertunggak-dan-saringan-kontak-rapat-punca-peningkatan-kes-tinggi-di-sabah/#respond Wed, 18 Aug 2021 13:35:00 +0000 https://sabahmedia.com/?p=4855
Read Time:1 Minute, 45 Second

Oleh NORMIMIE DIUN

KOTA KINABALU: Jumlah kes baharu di Sabah terus melonjak ke paras yang amat tinggi iaitu 2,413 kes, dengan peningkatan sebanyak 310 lebih tinggi berbanding semalam (17 Ogos 2021) selain 18 kes kematian dilaporkan pada hari ini iaitu enam kes di Tawau, lima kes di Kota Kinabalu, empat kes di Sandakan dan masing-masing satu kes di Penampang, Tuaran dan Kunak.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah kes tinggi adalah meliputi keputusan saringan tertunggak (backlog) sebanyak 258 kes atau 10.7% daripada kumulatif kes hari ini.

Kata Masidi yang juga Jurucakap Rasmi COVID-19 Negeri menyatakan bahawa Daerah Kota Kinabalu mencatatkan 594 kes baharu dengan penambahan 127 kes berbanding semalam, Tawau 348 kes, Penampang 177 kes, Tuaran 174 kes, Sandakan 150 kes, Keningau 153 kes, Lahad Datu 125 kes, Sipitang 82 kes, Tenom 82 kes, Kalabakan 47 kes, Ranau 16 kes dan Telupid 18 kes.

Walau bagaimanapun, Saringan Kontak Rapat kekal penyumbang utama kepada kes-kes harian di Sabah dengan 1,410 kes atau 58.4%, Saringan Bergejala 538 kes atau 12.3% dan daripada Saringan Kluster sebanyak 233 kes atau 9.6% dari kumulatif kes hari ini.

Mengenai jumlah kes kategori pesakit yang terlibat iaitu 1,363 kes atau 56.5% daripada 2,413 kes hari ini merupakan pesakit Kategori 2, 1026 kes atau 42.5% adalah merupakan Kategori 1, 11 kes dalam Kategori 3, tiga kes dalam Kategori 4 dan lima kes dalam Kategori 5.

Dalam perkembangan lain, setakat kelmarin, 48.4% penduduk dewasa negeri Sabah telah pun memperolehi satu dos vaksin dan 24.7% telah melengkapkan pengambilan dua dos.

Sementara itu satu kluster baharu direkodkan hari ini iaitu Kluster Sungai Pin 2, Kinabatangan yang dikategorikan sebagai kluster tempat kerja.

Kes indeks merupakan pekerja wanita, 52, warganegara Indonesia di sebuah ladang sawit berdekatan Sungai Pin, Daerah Kinabatangan.

Setelah bergejala sejak 10 Ogos 2021, kes indeks disahkan positif COVID-19 (RTK-Ag) di Klinik Kesihatan Batu Putih, Kinabatangan dan telah dirujuk ke Hospital Kinabatangan untuk rawatan selanjutnya dan setakat ini, 20 kes positif COVID-19 telah dilaporkan termasuk 19 kes baharu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/08/18/covid-19-jumlah-kes-tertunggak-dan-saringan-kontak-rapat-punca-peningkatan-kes-tinggi-di-sabah/feed/ 0 4855
Leka, tidak patuh SOP punca peningkatan kes positif COVID-19 di Sabah – Masidi https://sabahmedia.com/2021/07/24/leka-tidak-patuh-sop-punca-peningkatan-kes-positif-covid-19-di-sabah-masidi/ https://sabahmedia.com/2021/07/24/leka-tidak-patuh-sop-punca-peningkatan-kes-positif-covid-19-di-sabah-masidi/#respond Sat, 24 Jul 2021 12:31:04 +0000 https://sabahmedia.com/?p=3533
Read Time:57 Second

KOTA KINABALU: Jumlah kes positif COVID-19 baharu di Sabah pada hari ini sebanyak 712 dan lapan kes kematian dilaporkan melibatkan tiga kes di Sandakan manakala Kota Kinabalu, Penampang, Kudat, Tawau dan Beluran masing-masing mencatatkan satu kes kematian.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun berkata, penyumbang utama kes hari ini adalah daripada Saringan Kontak Rapat sebanyak 383 kes atau 53.8% daripada kumulatif kes harian Negeri Sabah.

Katanya, diikuti tambahan kes dari Saringan Kluster Sedia Ada iaitu 112 kes atau 15.7 % dan Saringan Bersasar sebanyak 88 kes atau 12.4%.

“Peningkatan kes menggambarkan masih ramai yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepenuhnya walaupun kita berada dalam fasa pemulihan, ada kemungkinan masyarakat leka daripada mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan untuk sentiasa berada di rumah dan kurangkan pergerakan kerana mempunyai persepsi bahawa kita dalam status pemuilhan.

“Jumlah yang tinggi di kalangan kategori kontak rapat juga satu petunjuk bahawa lebih ramai telah menjadi pembawa virus dan kemungkinan telah menjangkiti sahabat-sahabat mereka. Ini akan mengakibatkan jumlah jangkitan berganda,” jelas Masidi.

Masidi menyeru kepada seluruh masyarakat supaya mematuhi semua SOP dan mengurangkan perjalanan keluar daripada rumah kecuali perlu.

]]>
https://sabahmedia.com/2021/07/24/leka-tidak-patuh-sop-punca-peningkatan-kes-positif-covid-19-di-sabah-masidi/feed/ 0 3533